Anda di halaman 1dari 2

KESAN-KESAN MEROKOK TERHADAP KESIHATAN DAN

CARA-CARA MENGATASINYA

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis,Tuan Pengetua, barisan pentadbir sekolah,guru-guru,rakan-rakan,serta hadirin
yang dihormati sekalian.Saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana telah
mengundang saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajukKesan-kesan merokok
terhadap kesihatan dan cara cara mengatasinya.

Hadirin yang dihormati,


Kita sering terdengar ungkapan merokok dapat membahayakan kesihatan. Merokok
akan mendedahkan perokok kepada penyakit pelbagai bahaya.Antara penyakit yang
diakibatkan oleh merokok ialah barah paru paru dan penyakit jantung.Penyakit ini akan
membawa maut kepada perokok kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok
memberikan kesan negatif kepada jantung,saluran pernafasan,dan tekanan darah.Malahan
perokok juga terdedah kepada gejala negatif lain seperti mulut berbau dan batuk yang
berterusan. Kesan merokok turut dirasai oleh individu yang berada berdekatan dengan
perokok terutamanya kaum keluarga, rakan dan masyarakat.Sebenarnya,seseorang yang
menghidu asap rokok tanpa menghisap rokok lebih berisiko tinggi menghidap penyakit
yang disebabkan oleh asap rokok.

Amalan merokok juga secara tidak langsung akan menggugat ekonomi perokok itu
sendiri.Banyak wang yang terpaksa dibelanjakan untuk membeli rokok.Perokok mungkin
terpengaruh oleh iklan yang disiarkan di media massa yang menunjukkan keunggulan
dan gaya eksklusif seseorang yang merokok.Sebagai contoh,sekiranya seorang individu
membelanjakan RM5.00 sehari bagi sekotak rokok maka dalam sebulan dia akan
membelanjakan sejumlah RM150 dan RM1800 setahun. Bagaimanaka pula jika
ketagihan ini berterusan sehingga puluhan tahun? Perokok sebenarnya telah
membazirkan wangnya ke jalan yang tidak berfaedah.

Hadirin sekalian,
Seseorang yang menghadapi ketagihan merokok agak sukar untuk menghilangkan
ketagihan merokok dan mungkin mengambil masa yang agak panjang.Namun begitu,
terdapat pelbagai cara untuk seseorang itu berhenti merokok.Bak kata pepatahAlah bisa
tegal biasa.Sebenarnya,keazaman yang timbul dalam diri perokok merupakan ubat paling
mujarab bagi menghilangkan tabiat merokok.Keazaman untuk berhenti merokok bagi
memastikan kesihatan diri dan insan yang tersayang perlu dijadikan motivasi supaya
dapat menghalang tabiat merokok daripada terus menghantui mereka.
Di samping itu,undang-undang larangan merokok perlu dikuatkuasakan .Larangan
merokok di tempat tempat awan perlu dilaksanakan dengan lebih efektif lagi.Kerajaan
perlulah mengambil langkah drastikdengan mengharamkam rokok terhadap remaja yang
berumur bawah 18 tahun. Iklan iklan rokok yang disiarkan di media massa dalam apa
bentuk sekalipun hendaklah diharamkan.Hal ini demikian kerana iklan rokok di media
massa banyak meracuni fikiran remaja untuk merokok bagi menonjolkan kedewasaan dan
keunggulan gaya mereka.Kempen kempen anti merokok seperti Kempen Tak Nak
Merokok dan Minggu Tanpa Tembakau haruslah dilaksanakan dengan lebih bersungguh-
sungguh.Kempen ini hendaklah dilaksanakan di semua sekolah,jabatan kerajaan,dan
syarikat swasta.Iklan iklan tentang bahaya rokok haruslah digembar-gemburkan di media
massa dari semasa ke semasa.

Hadirin yang dikasihi,


Akhir kata sebelum saya mengundur diri,saya ingin menyeru kepada rakyat
Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup sihat.Marilah kita bersama-sama
mengahapuskan amalan merokok.Hal ini bukan sahaja dapat menjamin kesihatan
diri,malahan dapat melahirkan insan yang sihat sekaligus dapat memimpin Negara pada
masa akan datang.Sekian sahaja dari saya.Saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap
kata dan terlanjur bicara.