Anda di halaman 1dari 9

BIDANG TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Menentukan kegiatan kokurikulum di sekolah berjalan dengan lancar.

Membuat analisa dan mengesan kemajuan dan kelemahan pencapaian


kokurikulum dan mengambil tindakan positif bagi meningkatkan bidang
tersebut.

Menjalankan pentadbiran dan penyusunan tentang hal-hal yang berkait


dengan kokurikulum.

Mengatur rancangan dan jadual kokurikulum sesuai dengan takwim


sekolah, zon, daerah dan negeri.

Membahagi-bahagikan pelajar mengikut kegiatan tertentu yang diadakan.

Menentukan bidang tugas guru-guru mengikut kegiatan yang diadakan.

Menyelaras kegiatan dan latihan supaya sesuai dengan hari, masa


gelanggang dan padang.

Mengatur rancangan lengkap untuk acara sukan tahunan sekolah.

Menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kokurikulum untuk setahun.

Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti yang diadakan di peringkat


zon, daerah dan negeri.

Menentukan segala keperluan alatan untuk kegunaan aktiviti kokurikulum


dapat digunakan pada bila-bila masa.

Mengawas dan mengemaskini buku inventori sukan.

Menguruskan kenderaan atau pengangkutan untuk menyertai aktiviti


kokurikulum.
Menentukan keselamatan pelajar-pelajar semasa aktiviti kokurikulum.

Menyediakan laporan lengkap mengenai sebarang aktiviti kokurikulum


yang disertai oleh pihak sekolah.

Melapor kepada Pengetua segala perkara berkaitan kokurikulum yang


difikirkan sesuai untuk pengetahuan Pengetua.

Mengadakan dan menghadiri menyuarat yang telah dirancangkan dari


semasa ke semasa.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke


semasa.
TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

Menyelaras semua aktiviti kokurikulum termasuk melengkapkan papan


kenyataan kokurikulum.

Membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum dalam perancangan,


pengagihan tugas, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas murid.

Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada


peringkat kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan.

Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa mengikuti


aktiviti kokurikulum.

Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik.

Memastikan borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa


dikemaskini dan mencukupi.

Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum


serta menyusun dan melaksanakan latihan untuk mereka.
TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB & PERSATUAN, BADAN
BERUNIFORM DAN SUKAN & PERMAINAN

Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti kelab dan persatuan, badan


beruniform serta sukan dan permainan.

Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

Menyelaras semua aktiviti aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform


serta sukan dan permainan.

Menyediakan borang kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk murid


menyertai aktiviti.

Menentukan laporan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan


dengan baik.

Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatakuasa diadakan


setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.

Menguruskan buku, buku log dan kad kokurikulum seperti:


♥ Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada murid
pada tarikh yang ditetapkan.
♥ Mengumpulkan kad tersebut semula pada akhir tahun untuk simpanan dan
rekod.

Menyediakan borang atau buku yang diperlukan untuk aktiviti iaitu:


♥ Borang penyertaan persatuan.
♥ Borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli.
♥ Buku laporan aktiviti.

Mengumpulkan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.

Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian


aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan
sekolah.
TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT ATAU PEMIMPIN

Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli


jawatankuasa.

Memastikan setiap badan mempunyai perlembagaan dan peraturan


sendiri.

Memastikan aktiviti yang dijalankan selaras dengan objektif sekolah.

Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam


perlembagaan.

Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.

Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan kelab dan


persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan.

Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda serta peralatan


kokurikulum diurus dan dipelihara dengan baik.

Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan.

Mendaftar setiap kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan
permainan yang ditubuhkan.

Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan


kepada ahli-ahli.

Menguruskan penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah, zon dan


daerah dalam aktiviti yang dijalankan.

Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.


Memantau dan menandatangani buku kehadiran ahli.

Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang


diwakili.

Memastikan papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan dengan


sepenuhnya.

Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam
kalangan ahli.

Mencadang nama ahli yang layak menerima anugerah atau sijil


penghargaan daripada pihak sekolah.

Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program


yang dijalankan.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penolong Kanan


Kokurikulum dari semasa ke semasa.
TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN

Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.

Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang bersesuaian dengan aktiviti


MSSD, MSSN dan MSSM.

Membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengagih dan menjayakan


tugas baru dalam olahraga dan permainan.

Menetapkan murid dalam rumah sukan.

Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktviti sukan dan


keperluan peralatan.

Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.

Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.

Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.

Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan


kemudahan sukan.

Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah dan


di luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.

Sentiasa berbincang dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk


kepentingan sukan sekolah.

Merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah dalam


buku rekod pencapaian sukan sekolah.

Menghadiri kursus berkaitan sukan dari semasa ke semasa untuk


meningkatkan ilmu dan kemahiran guru.
TANGGUNGJAWAB GURU SUKAN & PERMAINAN
DAN RUMAH SUKAN

Membentuk jawatankuasa.

Merancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid


dalam aktiviti sukan dan permainan.

Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.

Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.

Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim


kokurikulum sekolah.

Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan, kelas, tingkatan atau


sekolah.

Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.

Menguruskan surat kebenaran ibu bapa atau penjaga dan surat rawatan
untuk ke pertandingan luar.

Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang disertai.

Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk penyediaan dan pemuliharaan


peralatan serta pengurusan.

Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.

Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam


keadaan baik, selamat dan mencukupi.

Merancang aktiviti tahunan bersama guru rumah sukan.


Mengambil langkah untuk menilai dan mempertingkatkan prestasi pasukan
sekolah.

Merekod profil pemain dan pasukan yang cemerlang.

Menghadiri kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh


Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah dan badan-badan lain atau persatuan yang diluluskan.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penolong Kanan


Kokurikulum dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai