Anda di halaman 1dari 16

IBN KHALDUN DAN

PEMERKASAAN BUDAYA
DAN TAMADUN
DENGAN MERUJUK KEPADA "AL-
"MUQADDIMAH
OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

Insha’ Allah dalam nota ini akan ditumpukan perhatian kepada beberapa segi pemikiran Ibn
Khaldun (Allahu yarhamuh) yang menyentuh pengajarannya berkenaan dengan peradaban dan
budaya, ciri-cirinya, faktor-faktor pembentukannya, dan sebab-sebab yang menguatkannya.
Perbincangan ini akan dilakukan dengan mengaitkannya dengan perkembangan semasa, dan
bagaimana ajarannya ini boleh dimanfaatkan bagi menangani perubahan budaya dan
menguatkannya apa lagi dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam zaman globalisasi ini.
Percubaan yang bercorak sederhana ini diharapkan akan disempurnakan oleh mereka yang mahir
dalam bidang ini. Allahumma amin.

Riwayat hidup secara ringkas(1)


Nama beliau ialah Wali al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-
Hasan ibn Khaldun, dilahirkan di Tunis tahun 1332, dan meninggal dunia di Kahirah, tahun 1406.
Kawasan Khalduniyah diTunis masih ada sekarang hampir-hampir tidak berubah, dengan rumah
yang dipercayai tempat kelahirannya.

Sebagaimana yang beliau sebutkan sendiri dalam riwayat hidupnya (at-Ta’rif bi’bni Khaldun)
keluarganya berasal dari keturunan Khaldun yang berketurunan Arab Selatan, yang datang ke
Sepanyol dalam tahun-tahun awal masa pembukaan Sepanyol oleh tentera Arab Muslimin;
kemudian mereka menetap di Carmona, kemudian berpindah ke Seville dan memainkan peranan
penting dalam perang-perang saudara di abad ke 9 itu, dan mereka dianggap termasuk ke dalam satu
daripada tiga keluarga yang terpenting dalam kota itu.

Dalam abad-abad berikutnya keluarga Ibn Khaldun itu secara berturutan memegang jawatan-
jawatan pentadbiran dan politik yang tinggi di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah, al-
Murabitun dan al-Muwahhidun; ahli-ahli lain keluarga itu berkhidmat dalam tentera dan beberapa
orang dari mereka terkorban dalam peperangan az-Zallaqah (1086) yang buat sementara waktu
menghentikan pengambilan kembali Sepanyol oleh tentera Kristian.

Bagaimanapun selepas kejatuhan Seville, keluarga Ibn Khaldun itu berpindah ke Tunis, di mana Ibn
Khaldun dilahirkan, dan juga di mana beliau mendapat pendidikan awalnya. Di sana juga, semasa
dalam umur belasan tahun beliau masuk dalam perkhidmatan Sultan Mesir iaitu Sultan Barquq;
bagaimanapun minatnya kepada ilmu dan pendidikan menyebabkan beliau meninggalkan
perkhidmatan itu dan berpindah ke Fez; di sini timbul lama suasana tidak tenang dari segi
politiknya yang ditandai dengan persaingan dari segi politik yang memberi kesan atas kerjayanya.

Masa yang tidak aman ini termasuk ke dalamnya masa tiga tahun yang di dalamnya beliau
berlindung di kampung kecil Qalat ibn Salamah di Algeria, di situlah beliau berpeluang untuk
mengarang kitab al-Muqaddimahnya yang terkenal itu, yang berupa jilid pertama dari kitab sejarah
dunia yang menjadikan beliau mendapat nama yang kekal abadi antara para ahli sejarah, sosiologi
dan falsafah. Keadaan tidak menentu dalam kerjayanya masih berterusan, dengan negeri Mesir
menjadi tempat ia menetap dalam 24 tahun terakhir dalam umurnya. Di sini beliau hidup dalam
keadaan mendapat kemasyhuran dan penghormatan sehingga beliau dilantik sebagai Ketua Hakim
dalam mazhab Maliki dan juga guru yang memberi kuliah di Universiti al-Azhar yang masyhur itu;
tetapi dikatakan kedengkian menyebabkan beliau dipecat dari jawatannya sebanyak lima kali.

Dalam hidupnya Ibn Khaldun terpaksa berpindah dari suatu istana kepada sebuah istana yang lain,
kadang dengan hasratnya sendiri, kadang-kadang terpaksa melakukan demikian kerana rancangan
seteru-seterunya atau raja-raja yang berkuasa penuh. Beliau mendapat banyak pengajaran daripada
hubungannya dengan para pemerintah, duta-duta, ahli-ahli politik dan para ulama dan sarjana di
Afrika Utara, Sepanyol di bawah kerajaan Islamnya, Mesir, dan lain-lain wilayah Islam.

Kitabnya yang terkenal sekali ialah al-Muqaddimah (“Pendahuluan”) yang merupakan kitab
terbesarnya (“masterpiece”nya) dalam persuratan tentang sejarah, falsafah dan sosiologi, termasuk
pendidikan. Tema utama dari kitab yang “monumental” ini ialah untuk mengecamkan fakta-fakta
psikologi, ekonomi, alam sekitar, dan kemasyarakatan yang memainkan peranan dalam proses
memajukan dan mengkedepankan peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya.

Beliau membuat analisis tentang dinamika hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan


bagaimana kesetiakawanan, atau perpaduan sosial (al’-asabiyyah) melahirkan satu tamadun baru
dan juga kekuasaan siasah. Ia mengecamkan adanya ulangan yang berlaku hampir-hampir sebagai
rentak yang sama dengan berulang-ulang dalam proses naik turun dan jatuhnya peradaban manusia
dan beliau membuat analisis tentang faktor-faktor yang membawa ke arah yang demikian.(2).

Pandangan-pandangan beliau yang revolusionari dan asli itum menarik perhatian ulama dan sarjana
Islam, dan juga para pemikir Barat. Dalam pemerhatiannya tentang pengajian sejarah beliau berupa
sarjana pertama, pengasas, dalam meletakkan laporan-laporan sejarah di bawah dua ujian iaitu ujian
kemunasabahan pada akal dan ujian undang-undang sosial dan fisikal yang diperhatikan.Beliau
menunjukkan ada empat perkara dalam penelitian dan analisis laporan sejarah:(3)

1. menghubungkan peristiwa-peristiwa satu dengan yang lainnya melalui kaedah sebab dan
musabab;
2. mengambil kiasan antara yang telah lalu dengan apa yang berlaku masa hadhir;
3. mengambil kira kesan dari alam sekitar dalam apa yang berlaku;
4. mengambil kira kesan daripada keadaan-keadaan perekonomian dan perkara-perkara yang
diwarisi.
Ibn Khaldun memulakan pengajian sejarah secara kritikal. Beliau memberi pengajian dan penelitian
secara analisis keatas peradaban manusia, permulaannya, faktor-faktor yang membawa kepada
pembangunannya, dan juga faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhannya. Dengan itu
nampaknya beliau mula mengasaskan satu ilmu baharu, iaitu ilmu berkenaan dengan pembangunan
sosial atau sosiologi sebagaimana yang dipanggil sekarang ini.

Beliau menulis demikian: "Saya telah menulis dalam bidang sejarah sebuah buku yang di dalamnya
saya bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesan pembangunan dan perkembangan negara-negara dan
peradaban-peradaban, dan saya ikuti satu cara yang bukan biasa dilakukan orang bagi menyusun
bahan-bahan kitab itu, dan saya ikuti jalan yang bukan biasa dilakukan dan yang baharu dalam
menulisnya”. Dengan memilih kaedah atau cara istimewa dan baharu dalam analisis , ia mencipta
dua ilmu baharu iaitu Historiologi atau analisis dan kajian sejarah sebagai ilmu khusus dan juga
sosiologi sekaligus.

Beliau berhujah menyuatakan bahawa sejarah adalah tertakluk kepada undang-undang sarwajagat
dan ia menyatakan kriteria untuk kebenaran sejarah.

"Kaedah untuk membezakan antara apa yang benar dan apa yang palsu dalam sejarah ialah
berdasarkan kepada kemungkinannya berlaku atau mustahilnya berlaku. Ertinya ialah: kita mesti
memeriksa masyarakat manusia dan bezakan antara ciri-ciri yang bersifat asasi yang penting dan
yang tidak boleh terpisah daripadanya dalam tabiat kejadiannya dan apa yang bersifat mendatang,
dan yang tidak perlu diambil kira, dengan mengenali secara lebih jauh lagi apa yang tidak mungkin
menjadi milik baginya.Kalau kita lakukan ini, maka kita ada peraturan untuk membezakan
kebenaran sejarah daripada kesilapan dengan cara kaedah pendalilan (‘kaedah demonstratif’) yang
tidak ada syak lagi padanya. Ianya dasar yang murni yang dengannya ahli sejarah boleh
mengesahkan apa-apa yang mereka laporkan." (4).

Oleh kerana beliau memberi penekanan kepada akal fikiran dan keperluannya dalam menghakiki
sejarah dan peristiwa-peristiwa kemasyarakatan, setengah sarjana mendakwa beliau cuba menolak
pengetahuan agama yang biasa dan konvensyenal dan menggantikannya akal fikiran dan falsafah
rasional. Ini tidak berasas sama sekali. Boleh diperhatikan bahawa setengah aliran berfikir mengajar
perkara-perkara yang tidak rasional tetapi ini bukan sifat Islam yang selalu memberi penekanan
kepada pemerhatian dan pencerapan serta pemikiran, dan ia memberi peringatan kepada mereka
yang tidak membawa iman kerana tidakmenggunakan akal fikiran dan renungan.

Dalam Surah al-Baqarah:

‫ ن‬./‫ء م‬/ 3‫ما‬5 .‫س‬ 7 ‫ ٱل‬5‫ ن‬./‫ م‬.;‫ٱل‬ 5 .7‫ ;ع ٱلن‬5‫نف‬5‫ما ي‬5 /‫ر ب‬/ ‫ح‬I 5‫ٱلب‬I ‫ى‬/‫رى ف‬/ ‫ج‬5I ‫ى ت‬/‫ت‬7‫ك ٱل‬/ ‫ل‬I ;‫ٱلف‬I ‫و‬5 ‫ر‬/ ‫ها‬5 7‫وٱلن‬5 ‫ل‬/ ‫ي‬I 7‫ف ٱل‬
7 ‫ل‬5 ‫ز‬5 .‫ن‬5‫ أ‬3‫ ا‬.5‫وم‬5 ‫اس‬ / ‫ـ‬Y 5‫ل‬/‫ٱخت‬I ‫و‬5 ‫ض‬
/ ‫ر‬I 5‫ٱل‬I ‫و‬5 ‫ت‬ / ‫وٲ‬5 ‫ـ‬Y ‫م‬5 ‫س‬ I
/ ‫خل‬5 ‫ى‬/‫ ف‬7‫ن‬/‫إ‬
7 ‫ق ٱل‬
I d
/ ‫ر‬I 5‫ٱل‬I ‫و‬5 ‫ء‬/ 3‫ما‬5 .7‫ ٱلس‬5‫ ن‬.I‫ي‬5‫ر ب‬/ ‫خ‬7 .5‫ب ٱل ;مس‬
e d .Y‫ـ‬5‫ي‬5‫ل‬5 ‫ض‬
‫م‬e d ‫و‬I .5‫ق‬h‫ت ل‬ / ‫حا‬5 .7‫وٱلس‬5 ‫ح‬/ .Y‫ـ‬5‫ري‬h ‫يف ٱل‬ .I ‫وت‬5 ‫ة‬e .7‫اب‬3 ‫د‬5 ‫ل‬h .;‫ ن ڪ‬./‫ا م‬.5‫يہ‬/‫ث ف‬
/ ‫ر‬/ ‫ص‬5 7 .5‫وب‬5 ‫ا‬.5‫ہ‬/‫وت‬I ‫م‬5 ‫د‬5 ‫ع‬.I 5‫ض ب‬5 ‫ر‬I 5‫ٱل‬I ‫ه‬/ ./‫ا ب‬5‫حي‬I 5 ‫أ‬5‫ء ف‬e d 3‫ما‬7
١٦٤) 5‫ل;ون‬/‫عق‬I 5‫)ي‬

Ayat 164 yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dalam pergantian siang dan malam, dan
berlayarnya kapal-kapal melalui lautan untuk faedah umat manusia, dan hujan yang Tuhan turunkan
dari langit, dan kehidupan yang diadakanNya melaluinya kepada bumi yang mati, dan haiwan-
haiwan semua jenisnya yang ada di serata bumi, dan perubahan angin dan awan yang mengekori
yang ditundukkan antara langit dan bumi - (di dalam ini semuanya) sesungguhnya ada tanda-tanda
bagi orang-orang yang bijaksana dan berfikir”.

7 ‫ل‬5 ‫ز‬5 ‫ن‬5‫ أ‬3‫ما‬5 ‫ع;و ‡ا‬/‫ب‬7‫ه; ;م ٱت‬5‫ل ل‬5 ‫ي‬/‫ذا ق‬5 /‫وإ‬5 )
١٧٠) 5‫د;ون‬5‫هت‬I 5‫ل ي‬5 ‫و‬5 ‫ـ•~ا‬d ‫ي‬5I ‫ ش‬5‫ل;ون‬/‫عق‬I 5‫ل ي‬5 I‫ ;ؤه;م‬3‫ا‬5‫ءاب‬5 5‫كان‬5 ‫و‬I 5‫ول‬5 5‫ أ‬3…‫ا‬5‫ءن‬5 3‫ا‬5‫ءاب‬5 ‫ه‬/ ‫ي‬I 5‫عل‬5 ‫ا‬5‫ين‬I 5‫لف‬I 5‫ أ‬3‫ما‬5 ‫ ;ع‬/‫ب‬7‫ت‬5‫ ن‬I‫ل‬5‫ال;و ‡ا ب‬5‫ٱل; ق‬

Dan dalam Surah al-Baqarah ayat 170 yang bermaksud:”

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah",
mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami
melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu
(apa pun tentang perkara-perkara agama) dan tidak pula mendapat petunjuk hidayat (dari Allah)?
(170)

Tentang kaedah penyelidikan beliau memberi penekanan tentang perlunya perkara-perkara


kemasyarakatan dan peristiwa sejarah diberi analisis secara saintifik dan objektif. Beliau
menyatakan bahawa semua yang berlaku dalam sejarah dan mesyarakat itu bukannya hasil daripada
perkara-perkara yang berlaku secara berkebetulan, tetapi semuanya dikawal oleh undang-
undangnya yang tersendiri, undang-undang yang boleh dicari dan didapati dan kemudian boleh
diaplikasikan dalam penyelidikan tentang masyarakat, tamadun dan sejarah.

Beliau menyatakan bahawa para ahli sejarah membuat kesilapan dalam penyelidikan mereka
tentang peristiwa sejarah kerana tiga faktor.

1. kejahilan mereka tentang hakikat dan keadaan peradaban dan umat manusia;
2. sikap prejudis atau prasangka mereka;
3. sikap mereka bertaklid mengikut laporan-laporan yang diberi oleh orang lain tanpa usul
periksa.
Ibn Khaldun menunjukkan bahawa kemajuan yang sebenarnya serta pembangunan datang melalui
kefahaman yang tepat tentang sejarah dan kefahaman yang tepat dan benar itu boleh dicapai melalui
pemerhatian terhadap tiga perkara penting.

1. Seseorang ahli sejarah itu hendaklah jangan ada prasangka dengan apa cara sekalipun
samaada pro atau kontra terhadap sesuatu perkara samaada manusia atau idea.
2. Seseorang itu hendaklah mengesahkan dan memeriksa laporan-laporan yang didapati. Ia
hendaklah mempelajari apa yang boleh dipelajari seboleh-bolehnya berkenaan dengan ahli-
ahli sejarah dan laporan-laporan yang didengari dan dibaca, dan seseorang itu hendaklah
memeriksa akhlak mereka yang berkenaan serta adakah mereka itu beramanah dalam ilmu
sebelum diterima laporan-laporan mereka.
3. Seseorang itu hendaklah jangan membataskan sejarah kepada penelitian tentang sejarah
politik dan ketenteraan sahaja ataupun berita-berita berkenaan dengan para pemerintah dan
negara-negara sahaja. Ini kerana sejarah bukan sahaja terdiri daripada yang demikian sahaja
bahkan terdiri daripada penelitian terhadap suasana-suasana kemasyarakatan, keagamaan
dan perekonomian.
Al-Muqaddimah itu dikenali sebagai kitab yang penting semenjak dari masa hayat pengarangnya
sendiri lagi. Jilid-jilid kitabnya yang lain itu berbicara berkenaan dengan sejarah dunia - Kitab
al-‘Ibar - membicarakan sejarah bangsa Arab, sejarah para penguasa semasa, penguasa-penguasa
Eropah sezaman dengannya, sejarah Arab zaman purba, Yahudi, Yunani, Rom, Parsi purba, dan
sejarah Islam, dan sejarah Mesir dan sejarah Afrika Utara, terutamanya sejarah bangsa Barbar dan
kabilah-kabilah yang berdekatan. Jilid terakhir al-Tasrif, sebahagian terbayaknya membicarakan hal
kehidupan beliau sendiri. Sebagaimana halnya dengan kitab-kitabnya yang lain, ianya ditulis dari
segi perspektif analitikal dan memulakan cara baharu dalam menulis seni biografi. Kitab yang
.ditulisnya tentang ilmu hisab tidak didapati

Ringkasnya, pengaruh Ibn Khaldun dalam sejarah, falsafah sejarah, sosiologi, sains politik, dan
pendidikan -pendeknya jasanya dalam epistemologi Sunni - kekal dan mendominasi sampai ke
zaman kita ini. Beliau juga diakui sebagai pemimpin dalam menulis biografi dan pembaharu dalam
pendidikan dan psikologi pendidikan serta penulisan persuratan yang indah dan tinggi kualitinya
dalam Bahasa.

Buku-bukunya telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa Barat dan Timur, dan menimbulkan
pengaruh dalam perkembangan ilmu-ilmu. Al-Muqaddimahnya ada terjemahannya dalam Bahasa
Melayu (terbitan DBP) dan Bahasa Indonesia selain daripada terjemahan Inggerisnya yang terkenal
oleh Franz Rosenthal dalam tiga jilid itu.

Berkenaan Dengan Naik Turunnya Bangsa-Bangsa (5)


Berkenaan dengan tajuk ini Ibn Khaldun menyatakan bahawa bangsa-bangsa dan peradaban
mengalami naik turunnya dalam bentuk pusingan. Titik-titik yang menghubungkan pusingan atau
gliliran ini kerapkali terbayang dalam perangai dan tabiat para pemimpin atau penguasa dan juga
tabiat dan perbuatan ahli masyarakat yang berkanaan.

Pada pendapat beliau pusingan edaran itu selalu ada dalam masyarakat manusia dan sejarahnya,
maka yang menjadi perkara penting ialah usaha untuk mengecam hubungan dan saling kait mengait
antara faktor-faktor yanmgt berkenaan itu. Inilah kerja yang dilakukan pertama kalinya dalam
sejarah oleh seorang pemikir, iaitu Ibn Khaldun. Beliau melakukan tugas ini dalam kitab yang kita
bicarakan iaitu al-Muqaddimah.

Berkenaan dengan buku penting ini Arnold Toynbee menyatakan bahawa ianya adalah "A
Philosophy of history which is undoubtedly the greatest work of its kind that has ever yet been
created by any mind in any time or place”(5) iaitu: "satu falsafah sejarah yang tidak syak lagi
merupakan karya teragung dalam jenisnya yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-
.mana pemikiran dimana dan bila-bila pun

Kehidupan Ibn Khaldun yang penuh dengan pelbagai macam peristiwa naik turun dan kegoncangan
itu, yang di dalamnya beliau berusaha sampai mendapat kedudukan perdana menteri, dan disatu
pihaknya pula beliau dipenjarakan beberapa tahun oleh kerana tuduhan-tuduhan, dan kadang-
kadang kerana cubaan untuk menentang pemerintah.

Kerjayanya selama suku abad itu yang didahului dengan pengajian yang mendalam tentang ilmu-
ilmu yang ada pada zamannya termasuk Quran dan tafsirnya penuh dengan pelbagai macam
peristiwa dan antara huraian-huraian yang penting tanpa tara ialah huraiannya berkenaan dengan
naik turunnya bangsa-bangsa.

Pada beliau naik turun bangsa-bangsa berlaku sama sahaja pada mereka yang Muslim dan juga yang
bukan Muslim. Beliau mengkaji sejarah bangsa-bangsa yang ada pada zamannya dan juga sejarah
zaman lampau mereka. Beliau melawat banyak tempat-tempat yang menjadi pusat kekuasaan pada
zamannya yang terletak dalam dinasti-dinasti Islam.

Antara faktor-faktor yang membawa kepada kekuatan bangsa-bangsa itu termasuklah bebarapa
faktor yang - dengan izin Ilahi - membawa kepada kekuatan dan kejayaan.

Antaranya ialah:

Faktor Asabiyyah atau Perpaduan Sosial atau Kesetiakawanan. Ibn Khaldun memandang •
penting perpaduan sosial dan etika sosial yanhg mengikat hubungan manusia dalam sesuatu
bangsa atau umat itu menjadi kuat. Berhubungan dengan ini Ibn Khaldun menyatakan
bahawa asabiyyah yang ditentang oleh Syara’ dan Nabi Muhammad saw itu ialah ‘asabiyyah
yang berlaku dalam hubungan dengan penindasan dan perbuatan zalim, bukannya zat
‘asabiyyah itu sendiri, sebagaimana juga keadaannya dengan sifat marah. Maka ‘asabiyyah
yang terpuji itu didokong oleh hadith yang dinukilnya dalam al-Muqaddimah yang
bermaksud: "Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan ia berada dalam lindungan
kekuatan bangsanya" (illah fi man’ati qaumihi). Dengan itu beliau menafsirkan bahawa
hadith yang menyebut “para imam itu mesti dari golongan Quraisy” itu maksudnya bukan
hanya Quraisy yang menjadi kabilah Nabi saw tetapi mana-mana golongan yang mempunyai
kasih yang kuat kepada kaumnya dan kerjasama dengan mereka dan yang lain-lain yang
berhubungan dengan mereka dalam hidup dan sejarah serta pengelaman hayat dan maut,
yang menyebabkan adanya kerjasama dan perpaduan antara mereka ini. Maka beliau
.memandang ini faktor yang sangat penting dalam masyarakat yang dikehendaki

Walaupun ini bermula dengan hubungan keluarga dan kabilah, akhirnya ia termasuk ke •
dalamnya mereka yang ada hubungan dengan apa cara sekalipun dengan mereka yang
mempunyai asabiyyah yang awal itu. Beliau menyatakan bahawa “asabiyyah datang hanya
.daripada pertalian darah ataupun sesuatu yang sama seperti itu

• Konsep asabiyyah yang digunakan oleh Ibn Khaldun dalam membicarakan kekuatan dan
keberkesanan hidup serta kejayaan menjunjung agama dan tamadun melalui asabiyyah ini
perlu dimenafaatkan oleh Muslimin untuk membina kekuatan sesama mereka dan kemudian
pihak lain bersama-sama dengan mereka dalam hal ini bila mereka menunjukkan contoh
yang baik dan berguna melalui perpaduan antara sesama mereka.

Maka usaha-usaha untuk menguatkan perpaduan melalui konsep asabiyyah ini perlu •
dijalankan dan faktor-faktor yang mele,mahkannya mesti dielakkan supaya dengan itu
kekuatan bangsa dan negara akan terjamin dan agama boleh dijayakan dengan baik. Dalam
hubungan dengan agama keadaan sedemikian rupa sehingga beliau menyatakan bahawa
“tanpa asabiyyah syariat-syariat agama tidak akan berjaya dan berkesan dalam hidup
.”(manusia (la batalat

Quwwatul-hayah.Antaranya ialah apa yang boleh disebutkan sebagai Quwwatul-hayah: iaitu •


semangat kuat untuk hidup. Beliau menyatakan bahawa “Bilangan, senjata, dan taktik-taktik
perang yang sesuai boleh memberi jaminan, tetapi kemenangan dalam perang adalah hasil
daripada faktor-faktor psikologi dan khayalan manusia”(6) Dan ini boleh kita fahami
daripada keimanan dan keyakinan Muslimin sebagaimana yang berlaku pada zaman awal
Islam yang menyebabkan mereka mencapai kemenangan dalam peperangan dengan pihak
musuh yang jauh lebih banyak bilangan tenteranya dan lebih banyak persiapan senjatanya
dan kemahirannya sebagai bangsa-bangsa yang hidup dalam tamadun yang hidup menetap.
Dari segi sejarah ini mungkin juga datang daripada hasrat yang kuat untuk mendominasi
pihak lain sebagaimana yang berlaku dalam sejarah Iskandar Zulkarnain yang mencapai
kemenangan satu demi satu alam sejarah dunia purba.Yang penting ialah keyakinan yang
kuat yang keimanan hidup dalam mengabdikan diri kepada Allah dan mencari
keredhaanNya dengan sebenarnya. Dan dalam sesuatu bangsa selain daripada keimanan
ialah keyakinan untuk melihat bangsanya mulia dan berjaya dalam jalan Allah dan kerja-
kerja yang mulia dalam membina tamadun dan peradaban

• Faktor Kekuatan Dalam berfikir Dan Menjayakan Budaya Ilmu.Ibn Khaldun memerhatikan
bahawa umat Islam mendapat kedudukan yang mulia dan tinggi dalam dunia ini bila mereka
mempunyai kemampuan yang tinggi dalam berfikir dan juga mempunyai kemampuan yang
tinggi dalam ilmu pengetahuan - yang ditonton oleh keimanan mereka yang tinggi dan
ketaqwaan mereka kepada Allah dalam kegiatan berfikir dan ilmunya. Dalam kitab
Muqaddimahnya dalam bab yang membicarakan ilmu pengetahuan beliau menyebut tentang
perkambangan ilmu-ilmu dalam Islam bermula dengan ilmu berkenaan dengan Quran,
Sunnah, hukum, akidah, akhlak, tasawwuf, sampai kepada ilmu perubatan, ekonomi dan
seterusnya yang memungkinkan tamadun Islam berkembang dalam dunia dengan jayanya
mengembangkan ilmu-ilmu Syariyyah dan juga ilmu-ilmu akliah.Muslimin memainkan
peranan memberi kefahaman tentang ilmu yang asli dan juga olahan yang mereka buat
daripada warisan tamadun yang terdahulu dalam perubatan, falsafah, fisik, kimia dan
seterusnya. Ilmu-ilmu itulah yang menyebabkan kehidupan Muslimin dalam tamadun
mereka dengan jayanya dilihat dari segi duniawi dan juga keagamaan.

• Berhubungan dengan akal dan berfikir beliau mempunyai huraian yang sangat menarik.
Beliau membuat perbezaan antara akal nazari yang membuat teori-teori dan akal tajribi yang
mahir melalui percubaan-percubaan dalam hidup serta akal tamyizi yang cekap boleh
membezakan antara sesuatu dengan sesuatu yang lain. Beliau berbicara bagaimana cara
berfikir yang bermatlamat yang dimisalkannya dengan usaha hendak mengadakan bumbung
atau atap rumah untuk perlindungan daripada panas dan hujan. Beliau menyatakan bila
seseorang berfikir tentang bumbung dia akan terfikir bahawa sebelum bumbung ada
mestilah ada tiang dahulu dan dinding di mana bumbung itu boleh diletakkan di atasnya.
Bila siap dinding dan tiang baharulah difikirkan bumbung. Tetapi sebelum ada tiang dan
dinding mestilah ada dasarnya dahulu. Maka perlulah difikirkan tentang lantai atau dasarnya
tempat tiang dan dinding itu boleh dibina. Dengan itu mestilah lantai atau tanah itu
diusahakan dahulu, kemudian baharulah dinding dan tiangnya, kemudian baharulah
bumbungnya dengan tertib yang betul. Itulah berfikiran mengikut matlamat dengan tepat
namanya. Dan itulah berfikir orang yang berjaya. Beliau menyebutkan bagaimana ada orang
yang boleh berfikir sampai tiga tahap, empat dan lima tahap, demikian seterusnya dengan
melihat mata-rantai perkara-perkara yang berkaitan, sampai kepada natijahnya. Semakin
banyak tahap-tahap dalam berfikir boleh dijangkau oleh seseorang semakin tinggi
kemanusiaannya dan semakin sedikit tahap-tahap dalam tangga pemikiran yang ia boleh
lihat semakin rendah taraf kemanusiaannya. Maka melatih diri berfikir dengan cekap dan
lanjut sedemikian ini menjadikan seseorang itu mulia kedudukannya.

• Beliau juga berbicara berkenaan dengan falsafah menulis. Bila seseorang itu terlibat dalam
menulis maka ia terlibat dalam satu kegiatan yang membabitkan tangannya yang bergerak,
daya khiyalnya yang membentuk huruf sesuai dengan maksudnya, dan nafs al-natikahnya
iaitu segi dirinya yang memahami makna dan ilmu, aspek akalnya, memahami makna yang
hendak diungkapkan. Dengan seseorang itu menulis maka ia berpindah dari satu kepada
paras lainnya dari tangan ke khiyal ke nafs natikahnya, dari nafs natikahnya ke khiyalnya
kemudian ke tangannya yang bergerak untuk mencatit lambang makna bagi ilmu. Orang
yang terlibat dalam penulisan begini dengan berfikir dan memahami makna yang ada dalam
nafs natikahnya kemanusiannya menjadi tinggi lagi mulia. Dengan huraiannya tentang
falsafah menulis begini kita fahamilah bagaimana pentingnya menulis dan membaca serta
kegiatan yang terlibat dengannya sebagaimana yang dimaksudkan dalam surah yang mula-
mula diwahyukan dalam Islam. Ertinya surah itu adalah surah yang berbicara berkenaan
dengan proses yang pokok dan asasi dalam meninggikan martabat dan darjah manusia dan
juga itu adalah kegiatan yang pokok dalam perkembangan tamadun manusia.

• Dalam hubungan dengan ilmu juga ibn Khaldun menyebut bagaimana ilmu perlu menjadi
sebagai malakah atau kemahiran dan kecekapan yang sedemikian mendalam dalam
seseorang dalam sesuatu ilmu sampai menjadi tabiat kedua baginya. Beliau menyatakan
bahawa malakah ini berlaku dalam ilmu dengan manusia membuat latihan menggunakan
fikiran dan percakapan dalam ilmu dengan perbincangan dan pertukaran pendapat dan
maklumat.

• Beliau menyatakan demikian:

Cara paling mudah untuk memperoleh “malakah” ini ialah dengan jalan melalui latihan
lidah guna mengungkapkan fikiran-fikiran dengan jelas dalam diskusi dan perdebatan
dalam masalah-masalah ilmiah. Inilah cara yang mampu menjernihkan persoalan

Kemudian beliau membezakan mereka yang mendengar sahaja pengajian dan mengamalkan hafalan
tanpa menggunakan kecekapan berfikir dan juga tanpa menggunakan kemahiran dalam bahasa.

• Kesabaran dan ketekunan merupakan sifat yang menguatkan, menjayakan umat dan
tamadun; dan ini dihuraikan oleh Ibn Khaldun tentang bagaimana pada tahap-tahap awal
dalam perkembangan bangsa-bangsa sifat-sifat sabar dan tekun dalam perjuangan itu kuat,
dan itu menjadikan bangsa atau daulah itu kuat. Tetapi bila perkembangan berlaku dalam
tahap-tahap yang kemudian selepas kejayaan yang awal itu timbul cara hidup mewah yan
melalaikan dan sifat sabar dan tekun dalam perjuangan itu beransur-ansur hilang dan
manusia kebanyakannya menjadi manja. Sebab itu maka sesuatu daulah atau dinasti itu
kalah kemudiannya kerana sifat perjuangan itu luntur dengan adanya cara hidup yag manja
dan senang. Ulasan Ibn Khaldun yang demikian memberi pengajaran yang penting kepada
kita supaya kita berjaga-jaga dalam hidup supaya tidak menjadi lemah dan tidak bermaya
dalam perjuangan kerana perkembangan tamadun yang berlaku sedemikian itu. Sifat
berjaga-jaga sedemikian ini sangat dianjur dalam Islam; sebab itu dalam huraian tentang
kesabaran kita berhadapan dengan hakikat bagaimana kesabaran itu diperlukan oleh manusia
dalam masa senang, susah, masa taat, masa derhaka (untuk kembali kepada taat), demikian
seterusnya.

• Ibn Khaldun menyebut dalam hubungan dengan perkembangan tamadun pada peringkat
kemudian bila ianya akan musnah maka ditandai dengan beberapa perkara: banyaknya
kemewahan, kehidupan penuh dengan hiburan dan perhiasan, kehidupan cara homoseks di
kota-kota, politik wang, kerana mereka yang memimpin tidak mampu lagi mendapat
kesetiaan dengan sifat-sifat utama yang dibuktikan dan mengajak orang lain kepada
perjuangan, maka berlakulah politik wang. Dengan itu moral masyarakat merosot. Inilah
antara pengajaran yang patut diambil ingat dari penerangan ibn Khaldun.

Antaranya beliau juga menyebut bagaimana pentingnya adat-adat kebiasaan yang baik dan •
kuat yang perlu diterapkan dalam masyarakat dan kehidupan untuk menjadi bahan penguat
masyarakat dan tamadun supaya tidak runtuh, bi izni’Llah

• Dalam hubungan dengan adat kebiasaan hidup dan kemahiran-kemahiran yang menguatkan
tamadun beliau menyatakan:

Orang-Orang Timur secara umumnya jauh lebih mantap dan teguh berbanding dengan masyarakat
Maghribi dalam keahlian memberi pengajaran ilmu dan dalam keahlian-keahlian lainnya. Bahkan
ramai orang-orang Maghribi yang pergi ke Timur dalam mencari ilmu pengetahuan mempunyai
anggapan bahawa secara umumnya akal fikiran orang-orang Timur adalah lebih sempurna daripada
orang-orang Maghribi. Mereka beranggapan bahawa nafsu natikah (atau bahagian jiwa yang
berfikir dan menerima ilmu) (orang-orang Timur) adalah lebih sempurna pada tabiat kejadiannya
daripada apa yang ada pada orang-orang Maghribi. Mereka mendakwa ada terdapat perbezaan pada
hakikat kemanusiaan antara kami (orang-orang Maghribi) dan mereka itu, kerana kemahiran mereka
dalam ilmu-ilmu dan kemahiran dan pertukangan kelihatan luar biasa kepada mereka. Tetapi hal
yang sebenar bukanlah demikian. Tidak ada perbezaan antara Timur dan Barat yang sedemikian
besar (sehingga dianggapkan) ianya perbezaan dalam hakikat (tabiat kejadian manusia) yang
memang (hakikat kemanusiaan itu) adalah satu (dan sama di mana-mana juga).

Kelainan yang sedemikian itu sebenarnya ada dalam kawasan-kawasan yang beriklim tidak )
sederhana seperti iklim yang pertama dan ketujuh. Sikap jiwa di sana tidak sederhana, dan jiwa juga
tidak sederhana sesuai dengan keadaan yang ada, sebagaimana yang telah disebutkan.(Sebenarnya)
kelebihan para penduduk Timur dengan penduduk Barat terletak pada akal tambahan (‘aqlul-
mazid’) yang ada pada jiwa yan datang hasil daripada pengaruh-pengaruh kebudayaan (hadharah)
sebagaimana yang telah disebutkan dalam hubungan dengan keahlian-keahlian

Selanjutnya sekarang kami akan membicarakannya secara lebih lanjut dan, mengesahkannya; ianya
seperti berikut:

Orang-orang yang hidup dalam berbudaya secara menetap memiliki peraturan-peraturan dalam
segala perkara yang mereka lakukan dan yang akan mereka kerjakan atau yang mereka tidak akan
kerjakan, dan dengan demikian merekapun mendapati cara-cara tertentu dalam mengusahakan
penghidupan, mencari tempat-tempat tinggal, mendirikan bangunan-bangunan, menangani masalah-
masalah keagamaan dan keduniaan mereka, termasuk masalah-maalah adat-adat kebiasaan pada
adat istiadat mereka, serta kira bicara mereka dengan orang lain, dan kegiatan-kegiatan lain mereka.
Cara-cara bertindak yang menjadi kebiasaan tetap ini merupakan batasan yang tidak dilanggar oleh
mereka, dan pada masa yang sama di dalamnya ada terdapat kebiasaan-kebiasaan yang bersifat
sebagai kepandaian-kepandaian (atau cara-cara pertukangan) yang diterima oleh generasi kemudian
daripada generasi yang awalnya. Tidak syak lagi setiap kemahiran itu ada kedudukan yang baik
dalam susunan tertib kemahiran-kemahiran yang ada, dan ianya mempengaruhi jiwa manusia dan
menjadikannya mendapat akal tambahan (‘aql al-mazid) (additional intelligence) yang
menyiapsediakan jiwa itu untuk menerima kemahiran-kemahiran lain selanjutnya pula (dengan itu
ia menjadi semakin lama semakin bijak dan cekap). Dengan itu maka akal manusia itu disediakan
untuk mencapai ilmu secara cepat dan segera

Kebiasaan-kebiasaan yang baik dalam pengajaran ilmu (“scientific instruction”), dalam kemahiran-
kemahiran pertukangan, dan dalam semua kegiatan-kegiatan yang dilakukan manusia, itu
menambahkan lagi pencerahan dalaman pada akalnya dan juga memberi pencahayaan
(enlightenment) pula pada pemikirannya, kerana dengan itu jiwanya itu mencapai banyak
kebiasaan-kebiasaan padanya. Kita telah nyatakan dahulu bahawa jiwa manusia itu berkembang di
bawah pengaruh pengesanan pancaindera yang diterimanya dan kemahiran-kemahiran (“malakah”)
yang timbul daripadanya. Dengan itu maka orang-orang Timur menjadi lebih pandai kerana jiwa-
jiwa mereka terpengaruh dengan kegiatan ilmiah. Orang awam menyangka bahawa itu adalah
kelainan dalam hakikat kemanusiaan. Ini bukan yang sebenarnya

Apabila seseorang membandingkan orang-orang dalam masyarakat berbudaya dengan orang-orang


Badui, maka boleh diperhatikan bagaimana lebih banyaknya kecerahan pemikiran dan kepandaian
yang ada pada orang yang berbudaya tetap itu. Dengan itu maka seseorang itu mungkin terfikir
bahawa mereka itu berbeza daripada orang-orang Badui itu dalam hakikat kemanusiaan dan
akalnya. Ini bukan demikian. Sebabnya hanyalah kelainan ada kerana orang yang berbudaya
menetap itu mempunyai kebiasan-kebiasaan dalam bidang teknikal dan juga adat kebiasaan budi
pekerti yang halus dalam hubungan dengan kegiatan-kegiatan yang sudah menjadi kebiasaan hidup
dan juga suasana-suasana hidup budaya menetap, yang semua itu tidak diketahui oleh orang-orang
Badui itu. Orang-orang yang hidup berbudaya menetap memiliki banyak kemahiran-kemahiran dan
juga kebiasaan-kebiasaan yang berjalan bersekali dengan semua itu, juga mereka mempunyai (cara)
yang baik untuk mengajar kemahiran-kemahiran itu. Oleh itu mereka yang tidak mempunyai
kebiasaan-kebiasaan itu berfikir bahawa itu semua menunjukkan kesempurnaan akal yang dimiliki
oleh mereka yang hidup dalam budaya menetap itu, dan bahawa kecekapan tabi’I orang-orang
Badui itu adalah lebih rendah daripada yang ada pada orang-orang yang berbudaya menetap itu. Ini
bukan demikian. Kita boleh dapati ada sebahagian daripada orang-orang Badui yang memiliki
kefahaman, dan kesempurnaan akal serta kecekaan semula jadi yang paling tinggi sekali

Nampaknya apa yang kelihatan secara lahir (sebagai kelebihan) orang-orang berbudaya menetap
adalah hanya hasil daripada penghalusan dan penggilapan kemahiran-kemahiran serta pengajaran
ilmu-ilmu yang diterima oleh mereka. Itu semua mempengaruhi jiwa sebagaimana yang dinyatakan
sebelum ini. Sekarang, para penduduk Timur lebih teguh dan lebih terkedepan kedudukan mereka
dalam pengajaran ilmu dan kemahiran-kemahiran (daripada orang-orang Maghribi) dan orang-
orang Maghribi pula adalah lebih dekat kepada kehidupan padang pasir, sebagaimanan yang kami
nyatakan dalam bahagian yang terdahulu. Ini menyebabkan orang-orang yang dangkal akalnya
memikirkan bahawa para penduduk Timur mengatasi kelebihannya daripada orang-orang Maghribi
dengan sebab kesempurnaan (yang tertentu) yang ada pada mereka yang menyangkut hakikat
kemanusiaan. Ini tidak benar, sebagaimana yang sepatutnya difahami. (Terjemahan penulis dengan
mengambil kira terjemahan Rosenthal).

Dalam hubungan dengan kebiasaan yang baik yang menguatkan peradaban juga, kita lihat ibn
Khaldun menyebut tentang budaya ilmu dan pengetahuan berkembang dalam kebudayaan dan
peradaban yang berkembang pesat.

Kata beliau: Ilmu pengetahuan menjadi banyak cabangnya bilamana tamadun itu besar dan budaya
hidup menetap dikota menjadi terbentuk dengan tingginya). Ini kerana pengajaran ilmu,
sebagaimana yang kami nyatakan berupa satu daripada kemahiran-kemahiran. Kami telah nyatakan
bahawa kemahiran-kemahiran banyak terdapat hanya di kota-kota. Kualiti dan bilangan kemahiran-
kemahiran atau pertukangan-pertukangan itu terletak pada lebih besar atau kecilnya peradaban
(‘umran) (‘civilization’) dalam kota-kota itu dan pada budaya menetap dan hidup mewah yang
dinikmati di kota-kota itu, kerana (kemahiran-kemahiran dan pertukangan-pertukangan yang
terbentuk dengan baik itu) adalah sesuatu yang berupa tambahan kepada mencari penghidupan
semata-mata. Bila orang-orang yang berperadaban ada mempunyai tenaga buruh yang lebih
daripada apa yang mereka perlukan setakat untuk mencari penghidupan sahaja, maka (tenaga
buruh) demikian yang berlebih itu digunakan untuk kegiatan-kegiatan yang lebih lagi dan mengatasi
apa yang digunakan hanya untuk mencari penghidupan sahaja. Kegiatan-kegiatan sedemikian ini
adalah hak istimewa manusia. Ianya terdiri daripada ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran serta
pertukangan-pertukangan.

Ini diikuti dengan kenyataan beliau berkenaan dengan kebiasan-kebiasan bertaraf tinggi yang
melibatkan perkembangan budaya ilmu di pusat-pussat tamadun Islam yang terkenal.

Kata beliau: Ini boleh ditunjukkan contohnya dengan kenyataan-kenyataan kami yang terdahulu
berkenaan dengan Baghdad, Qurtubah, Qairawan, Basrah dan Kufah. Pada masa permulaan Islam,
peradaban-peradaban (para penduduk kota) adalah ramai dan budayan hidup menetap wujud di
kalangan mereka. Maka ilmu-ilmu melimpah di sana dan penduduk-penduduknya tampil sebagai
ahli dalam pelbagai jenis peristilahan teknikal dalam pengajaran ilmu-ilmu dalam pelbagai
cawangan ilmu pengetahuan, dan ahli dalam menimbulkan persoalan-persoalan dan (menciptakan)
disiplin-disiplin ilmu (yang baharu). Mereka itu (semua) mengatasi para ahli ilmu yang datang
sebelum mereka dan mengatasi semua yang datang kemudian daripada mereka. Tetapi bila tamadun
merusut dan penduduknya berkurang, gambarannya menjadi terbalik pula daripada apa yang
terdahulunya. Ilmu pengetahuan dan pengajarannya tidak ada lagi dalam kota-kota tersebut tetapi
dipindah dan ditanam di kota-kota Islam lainnya.

Kita pada masa ini melihat bahawa ilmu pengetahuan dan pengajaran ilmu ada di Kahirah pula iaitu
di Mesir, kerana tamadun di sana (Mesir) terbentuk dengan tingginya dan budaya menetapnya telah
menjadi tetap teguh beribu-ribu tahun lamanya. Oleh itu maka kemahiran-kemahiran terdiri tetap
teguh di sana dalam banyak jenisnya. Satu daripadanya ialah pengajaran ilmu di sana. (Keadaan
yang sedemikian) ini diperteguhkan lagi dan dijaga di Mesir oleh beberapa peristiwa dalam dua
ratusan tahun lalu di bawah dinasti Turki, semenjak masa pemerintahan Salahud-Din al-Ayyubi dan
seterusnya

Ini diikuti dengan beberapa perkembangan tentang kemunculan ilmu-ilmu dalam Islam samaada
ilmu-ilmu Syariah atau juga ilmu-ilmu akliah.

Perkara-Perkara Yang Perlu dielakkan Untuk Menguatkan Bangsa dan


Tamadun:
Nampaknya ada beberapa perkara yang kita boleh renungkan sebagai perkara-perkara yang
melemahkan tamaddun yang perlu dielakkan. Antaranya adalah seperti berikut:

• perpecahan yang melemahkan umat samaada kerana ideologi siasah atau kerana lain-lain
kecenderungan budaya dan kelainan pendapat perlu tanhgani dengan mengamalkan budaya
beradab dalam berbeza pendapat.

• kerosakan pegangan dan nilai-nilai melalui unsur-unsur fahaman yang salah dan
menyeleweng dalam agama dan penafsiran yang tidak sebenar serta pengaruh budaya
hiburan yang berlebihan (entertainment culture) yang boleh mengatasi budaya ilmu dan
intelektuil yang akan melemahkan bangsa dan umat dari segi jangka panjang walaupun ada
faedah-faedah komersial jangka pendek.

Kemerosotan budaya intelektuil yang didominasi oleh budaya komersial - tanpa mengecil- •
gecilkan bidang komersial yang sedemikian penting dalam Islam - yang kalau dibiarkan
akan membawa padah kepada umat dalam perkembangan ilmu dan kepakaran yang
diperlukan untuk kepentingan pembentukan peribadi yang sepadu dan juga msyarakat
madani yang dikehendaki

• kerosakan nilai yang disebabkan oleh pendedahan kepada nilai-nilai yang negatif melalui
media dan lainnya yang menghakis nilai-nilai Islam dan nilai-nilai Asia dalam hubungan
dengan mereka yang selain daripada Muslimin, akibat negatif dari globalisasi yang disalah
terima.

Kerosakan nilai peribadi contoh yang didominasi dalam anggapan popular oleh budaya •
pemujaan “celebrity” (“celebrity cult”) yang sepatutnya diambil alih oleh budaya mengikut
contoh yang baik dan sempurna (“uswatun hasanah”) - terdiri daripada para nabi dan rasul
dan mereka yang utama dalam sejarah Islam dan juga sejarah dunia

• pengaruh budaya politik yang mungkin berlaku melebihi kewajarannya dilihat dari segi
perkembangan budaya dan hidup intelektuil umat yang perlu ditangani dengan segera.

Pengaruh yang tidak seimbang yang berlaku kerana tidak tunduk kepada epistemologi Sunni •
.yang seimbang, sebagaimana yanhg ditunjukkan dalam “al-Muqaddimah” oleh Ibn Khaldun

Ibn Khaldun menyatakan bahawa peranan agama ialah menyatu-padukan bangsa Arab dan
membawa kemajuan kepada mereka dan masyarakat mereka. Ia menunjukkan bahawa ketidak-
adilan, sifat kuasa raja bermaharajalela dan penindasan adalah tanda-tanda yang menunjukkan
kejatuhan dalam sesebuah negara. Beliau menunjukkan bahawa falsafah yang berbentuk metafisika
mendatangkan faedah mempertajamkan akal fikiran seseorang. Beliau menyatakan juga bahawa
pengetahuan tentang perkara-perkara metafiska terutama dalam hubungan dengan keimanan boleh
didapati hanya daripada wahyu.

Beliau juga seorang yang terkemuka dalam pendidikan. Beliau menyatakan bahawa paksaan adalah
seteru kepada pendidikan, membawa kepada timbulnya sifat malas, berbohong dan sifat bermuka
dua. Beliau juga menunjukkan kepada pentingnya contoh tauladan yang baik untuk ditiru.serta juga
penguasaan yang baik dalam penggunaan bahasa. Beliau menyanjung ilmu yang sampai menjadi
.“malakah” dalam seseorang

Oleh kerana beliau hidup dalam zaman permulaan menurunnya peradaban Islam maka apa yang
dialami itu menyebabkan beliau mengumpulkan dan membuat ringkasan serta menghafal himpunan
ilmu yang ditinggal oleh nenek moyangnya. Beliau menyerang amalan-amalan yang tidak sihat
yang menimbulkan kebekuan dalam kalangan Muslimin dan mengurangkan kreativiti di kalangan
para ahli ilmu.

Kesimpulan Tentang Usaha Menguatkan Budaya Dan Tamadun Bangsa:


Dalam hubungan dengan berfikir tentang menguatkan budaya dan umat, maka ada beberapa
pengajaran yang kita boleh ambil dari ibn Khaldun dengan "al-Muqaddimah"nya. Antaranya adalah
seperti berikut:

• Antaranya perpaduan Muslim Melayu yang kuat di negara ini sebagai nukleus untuk
perpaduan yang lebih luas dengan Melayu Muslim sebagai contoh tauladannya. Perpaduan
Melayu sebagai teras ini adalah selari dengan penonjolan kepada prinsip 'asabiyah yang
positif yang diberikan pembelaannya oleh Ibn Khaldun dalam huraiannya tentang 'asabiyah
yang disebutkan olehnya sebagai prinsip kekuatan yang menjayakan agama dan peradaban
yang besar dan teguh. Asabiyah yang ditentang oleh Nabi saw katanya ialah asabiyah yang
membawa kepada kejahatan, bukannya yang ditentang zat asabiyah itu sendiri. Beliau
menyamakan larangan itu dengan larangan terhadap sifat marah. Yang ditentang bukan sifat
marah itu sendiri tetapi sifat marah yang mambawa kepada kejahatan. Kemarahan yang
berlaku dalam jihad, itu marah yang terpuji. Perpaduan Melayu mesti diperjuangkan sampai
berjaya dengan dimanfaatkan prinsip asabiyah dalam huraian Ibn Khaldun in.

• Seperkara lagi asabiyah yang disebut oleh Ibn Khaldun adalah secara kebetulannya
menyamai konsep "Melayu" di kalangan kita sebagai orang yang beragama Islam dan
berbahasa Melayu serta yang mengamalkan adat istiadat Melayu. Dan adat istiadat itu pula
adalah tatatertib yang berkebetulan dan diterima oleh Syara'. Ini sesuai dengan kata-kata
dalam bidalan: "Hidup bersendikan adat dan adat bersendikan hukum dan hukum
bersendikan Kitab". Ertinya kasih kepada bangsa ini hendaklah diperkasakan dengan apa
cara yang boleh yang akan digunakan demi untuk mengekalkan kuasa Muslimin dalam
negeri ini untuk kebaikan semua pihak dan demi untuk menjayakan agama Islam beraliran
Ahlis-Sunnah wal-jamaah yang kita yakini.
• Seperkara lagi ialah sudah tentu pengawalan keatas ajaran dan amalan Ahlis-Sunnah wal-
Jamaah yang dihuraikan sistem ilmunya dalam "al-Muqaddimah"nya dalam semua
bidangnya. Beliau memberi pembelaan terhadap usuluddinnya, fiqhnya, tasawwufnya,
sejarahnya, nahu sarafnya, sains, fisik, hisabnya, demikian seterusnya; semua ilmu-ilmu itu
beliau lihat dalam perspektif faham ilmu Ahlis-Sunnah wal-Jamaah.

• Pemerkasaan budaya ilmu, perkembangan pengetahuan, dan kemahiran hendaklah dijadikan


bidang tumpuan dalam polisi mereka yang memerintah supaya dengan itu maka umat islam
akan menjadi umat yang mengutamakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna
dalam hidup supaya dengan itu hidup umat selamat dalam dunia yang penuh dengan
perlumbaan ini, sudah tentu dengan menyempurnakan tugas-tugas kita kepada Allah dan
pengabdian kepada-Nya. Ini sudah tentu berkaitan dengan polisi pendidikan yang ada dalam
negara. Selain daripada penekanan yang diberikan kepada sains dan teknologi hendaklah
diberikan penekanan yang memadai terhjadap kefahaman dan keyakinan serta amalan ilmu-
ilmu Islam mengikut tahap masing-masing, dengan tidak mengurangkan fardhu ainnya
dalam menyempurnakan fardhu kifayahnya supaya dengan itu berlakulah keseimbangan
yang memberi kebaikan untuk individu dan negara serta umat.

• Bertalian dengan itu ialah pemerkasaan budaya berfikir dengan baik dan objektif supaya
ianya membantu dalam perkembangan hidup individu dan juga negara; dan umat sebab
berfikir adalah perkara khusus istimewa untuk umat manusia yang menentukan darjahnya
yang sebenarnya. Kecekapan berfikir secara logika yang baik dan mengarah kepada
kebaikan serta yang bersifat "purposive" dan teratur perlu disemarakkan dalam pendidikan
formal dan tidak formal. Cara-cara berfikir mengikut kaedah Islam antaranya sebagaimana
yang ada dalam ibn Khaldun dan juga dalam ajaran Imam al-Ghazali hendaklah diberi
perhatian sewajarnya, selain daripada mengambil tahu tentang cara-cara berfikir masa kini
untuk perbandingan bagi mereka yang sewajarnya.

• Sejarah sebagai ilmu pengetahuan akademik hendaklah digandingkan dengan pengajian ilmu
itu sebagai sumber pengajaran dan pengenalan hakikat tentang kajian tamadun manusia yang
lebih luas. Dengan itu timbullah kesedaran intelektuil yang baik dan luas dalam negara.
Ertinya yang diambil kira bukan sahaja peristiwa politik dan para pemimpin serta masalah
ekonomi dan ketenteraan tetapi masalah-masalah lain yang menyangkut pemikiran dan nilai-
nilai kemanusiaan dalam hidup.

• Dalam huraian Ibn Khaldun diambil berat tentang perkembangan ekonomi yang baik dan
makmur yang memberi kesenangan hidup kepada umat dengan polisi pemerintah yang baik
dengan para ahli perniagaan yang berniaga dengan berjaya. Beliau juga memberi panduan
dalam bidang pencukaian sehingga komen-komennya tentang pencukaian mempengaruhi
Presiden Reagan masa pemerintahannya. Sebanyak dua kali Reagan menyebut ibn Khaldun
dalam hubungan dengan pencukaian di Amerika Syarikat.

Wallahu a'lam.

________________________________________________________________________________
_________
Nota:
Riwayat hidup Ibn Khaldun dibicarakan oleh banyak penulis seperti Abdullah Enan, Muhsin (1)
Mahdi, dan di awal jilid I terjemahan “al-Muqaddimah” oleh F. Rosenthal lainnya.
Terjemahan Rosenthal ada 3 jld; terjemahan Melayu oleh DBP satu jilid; demikian juga
.terjemahan Indonesianya
(2) Laman-laman web (url) berikut:
Dr A.Zahoor “Ibn Khaldun”, http://www.salam.muslimonline.com/~azahoor/khaldun.html; •
;juga http://www.ummah._org.uk/history/Scholars/KHALDUN.html
Ibrahim M.Oweiss "Ibn Khaldun the Father of Economics",•
;http://georgetown.edu/oweiss/ibn.htm
;serta “Ibn Khaldun” dalam encyclopedia britannica.com•
home-philosophers-ibn Khaldun” dalam“•
http://www.989.com/Philosophers/Khaldun_Ibn.htm
Letter from Cairo”, - http://www.sis.gov.eg/public/letter/html/text153.htm“•
Economics of Ibn Khaldun”, http://www.uwplatt.edu/~soofi/IBN.html“•
;History of Economic Thought”, http://www.ecohistory.Amg.com/khaldun.htm‘•
• "Political Science", Prof. R. W. Cox - http://www.heiwww.unigue.ch/~Krause/gnet/cox.htm
muslim-1; Great Muslim Scientists”-on Ibn Khaldun - “•
;http://www.//students.missouri.edu/ists/muslim-1/0324htm
• Abd al-Rahman ibn Khaldun the historian -
http://www.islamicresources.com/Prominent_Muslims/others/abdur-rehman-ibn-khaldun-
histori.htm;
;Lessons from Ibn Khaldun", - http://www.freepublic.com/forum/a3ac4cb4243a9.htm"•
Ibn Khaldun’s Contribution to Social Thought", - http://www.build-a-"•
;/webpage.com/society/aziz6
Ibn Khaldun’s observation on history, empires, - "•
.http://www.humanistictexts.org.ibn_khaldun.htm
Ibn Khaldun His Life and Work”, by Muhammad Hozien - "•
;http://www.muslimphilosophy.com/ip/klf.htm
Hassan Ali Jamsheer, "Ibn Khaldun (1332-1406). The Muqaddimah - History - •
;http://www.ibidem.infocentrum.com/ksiazki/83-907031-3-0sum.html
Rise and fall Ibn Khaldun and the Effects of Taxation Chapter 15", - "•
;http://www.ryerson.ca/~lovewell/khaldun.html
(3) "Al-Muqaddimah" terjemahan Rosenthal.

(4) "Al-Muqaddimah" terjemahan Rosenthal.

(5) Encyclopedia Britannica.com on ibn Khaldun.


(6) Terjemahan Rosenthal: 2.129.