Anda di halaman 1dari 15

1

SULIT

SAINS
Kertas 1
Tahun 4
Mei
2018
1 jam

PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2018


TAHUN 4

Nama : ……………………………………………………… Kelas : ………………………

SAINS
Kertas 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan objektif diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


2

1. Sekumpulan murid ingin menjalankan eksperimen untuk menentukan takat


didih air. Antara yang berikut, radas manakah yang paling sesuai
digunakan untuk mengisi air dalam eksperimen ini?

A. Tabung uji C. Bikar


B. Silinder penyukat D. Serkup kaca

2. Rajah di bawah menunjukkan dua aktiviti yang dilakukan oleh dua individu
untuk menjaga tumbuhan.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan rajah di atas?

A. Tumbuhan memerlukan air untuk bertumbuh


B. Semakin banyak air yang disiram, semakin cepat tumbuhan
bertumbuh
C. Air amat penting kepada kehidupan
D. Air mempercepat pertumbuhan pokok

3. Jadual di bawah menunjukkan ketinggian adik Umar selama 4 tahun.

Umur (tahun) 1 2 3 4
Ketinggian (cm) 50 53 58 64

Ramalkan ketinggian adik Umar apabila berumur 5 tahun.

A. 65 cm C. 90 cm
B. 70 cm D. 120 cm

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


3

4. Rajah di bawah menunjukkan susunan radas dalam satu penyiasatan.

Apakah pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah dimanipulasi


dalam penyiasatan ini?

Pemboleh ubah Pemboleh ubah


bergerak balas dimaniopulasi
A Kedudukan lubang Arah pertumbuhan pucuk
B Arah pertumbuhan pucuk Kehadiran cahaya
C Kehadiran cahaya Kedudukan lubang
D Arah pertumbuhan pucuk Kedudukan lubang

5. Rajah di bawah menunjukkan satu carta pai yang dilukis oleh seorang murid.

Antara yang berikut, kemahiran proses sains manakah yang terlibat?

A. Membuat eksperimen C. Mentafsir data


B. Melaporkan keputusan eksperimen D. Mengumpul data

6. Apakah yang dimaksudkan dengan definisi secara operasi?

A. Satu pernyataan mengenai sesuatu konsep dengan menyatakan


perkara yang dilakukan dan diperhatikan
B. Satu pernyataan mengenai hubungan antara pemboleh ubah yang
difikirkan benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa
C. Keterangan yang betul tentang peristiwa atau objek
D. Keterangan yang memperihalkan perubahan parameter seperti jisim,
saiz dan masa

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


4

7. Rajah di bawah menunjukkan pengelasan haiwan yang dibuat oleh


sekumpulan murid berdasarkan kriteria tertentu.

Apakah kriteria P dan Q yang digunakan untuk pengelasan di atas?

P Q
A Bertelur Melahirkan anak
B Hidup di darat Hidup dalam air
C Berbulu halus Bercangkerang
D Berkaki Tidak berkaki

8. Jadual di bawah menunjukkan pemerhatian dalam satu eksperimen untuk


mengkaji masa yang diambil oleh tiga jenis bahan dengan isi padu air yang
diserap.

Bahan Isi padu air yang


diserap (mℓ)
Kertas surat khabar 5
Tuala 25
Sapu tangan sutera 12

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan jadual di atas?

A. Bahan yang berbeza mempunyai kebolehan menyerap air yang


berbeza
B. Semakin tebal bahan, semakin banyak isi padu air yang diserap
C. Bahan yang diperbuat daripada tumbuhan boleh menyerap lebih
banyak air
D. Semakin nipis bahan, semakin banyak isi padu air yang diserap

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


5

9. Perkara manakah yang dilarang dalam bilik sains?

A. Berlari dalam bilik sains


B. Membawa peralatan sains keluar dari bilik sains apabila diminta oleh
guru
C. Tidak makan dan minum dalam bilik sains
D. Susun kerusi dengan teratur

10. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan mematuhi peraturan bilik
sains?

A. Untuk memudahkan kerja mengemas bilik sains


B. Untuk mengelak daripada sebarang kemalangan berlaku
C. Untuk menjimatkan masa menjalankan eksperimen
D. Untuk menambahkan keselesaan bilik sains

11. Rajah di bawah menunjukkan satu kejadian dalam bilik sains.

Apakah yang patut dilakukan oleh murid-murid itu?

A. Laporkan kerosakan peralatan sains itu kepada guru dengan segera


B. Letakkan peralatan sains itu ke dalam singki dan kemudian
meneruskan semula eksperimen
C. Kemaskan serpihan peralatan sains yang pecah itu dan kemudian
lapor kejadian itu kepada guru
D. Buang peralatan sains yang pecah itu ke dalam tong sampah dan
kemudian lapor kepada guru

12. Antara berikut, yang manakah tidak boleh dilakukan semasa di dalam bilik
sains?

A. Menyentuh bahan kimia dengan tangan


B. Menggunakan bahan kimia dalam amaun yang sedikit untuk
eksperimen
C. Menghalakan mulut tabung uji ke arah bertentangan semasa
memanaskan bahan kimia
D. Memberitahu guru setiap kali keluar atau masuk makmal

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


6

13. Rajah di bawah menunjukkan kemahiran manipulatif yang diamalkan oleh


seorang murid.

Apakah yang perlu dia lakukan selepas menjalankan aktiviti itu?

A. Menyusun peralatan sains itu kembali ke tempatnya selepas


dikeringkan
B. Menyusun perlatan sains itu di tepi singki
C. Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains itu dengan betul
D. Menyimpan peralatan sains itu di dalam bilik guru

14. Rajah di bawah menunjukkan satu situasi di dalam bilik sains.

Apakah yang akan berlaku jika tindakan mereka ini tidak dihentikan?

A. Kecederaan spesimen C. Kehilangan peralatan sains


B. Kerosakan peralatan sains D. Keracunan bahan sains

15. Antara berikut, yang manakah membantu mengawal tekanan udara dalam
peparu?

A. Tulang rusuk C. Hidung


B. Diafragma D. Trakea

16. Penyakit manakah yang mungkin dihadapi jika bahan kumuh daripada ginjal
tidak disingkirkan?

A. Radang usus C. Batu karang


B. Sembelit D. Sakit perut

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


7

17. Rajah di bawah menunjukkan struktur pernafasan manusia.

Antara berikut, yang manakah dilabel dengan betul?

A. R dan S C. P dan R
B. Q dan S D. P dan Q

18. Antara aktiviti berikut, yang manakah mempunyai kadar pernafasan yang
paling tinggi?

A. C.

B. D.

19. Maklumat berikut ialah organ-organ dalam struktur pernafasan manusia.

A - Peparu
B - Trakea
C - Hidung

Urutan manakah yang betul bagi laluan udara semasa menarik nafas?

A. A→B →C C. C→B→A
B. B→C→A D. B→A→C

20. Antara yang berikut, yang manakah bukan amalan yang sihat?

A. Beriadah bersama keluarga pada hujung minggu


B. Berjaga sehingga lewat malam setiap malam
C. Makan banyak buah-buahan dan sayuran
D. Minum lapan gelas air sehari

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


8

21. Rajah di bawah menunjukkan organ perkumuhan Q.

Antara yang berikut, yang manakah bahan kumuh bagi Q?

A. Peluh C. Wap air


B. Air kencing D. Karbon dioksida

22. Rajah di bawah menunjukkan ahli keluarga Adam.

Sipakah generasi kedua dalam keluarga ini?

A. Azlan dan Mira C. Azlan dan Muna


B. Isa dan Muna D. Ana dan Ain

23. Rajah di bawah menunjukkan tabiat yang diamalkan oleh seorang perokok.

Antara berikut, yang manakah bukan kesan daripada tabiat itu?

A. Gigi menjadi kekuningan C. Pencemaran udara


B. Kanser peparu D. Kanser usus

24. Aaira sedang berehat sambil membaca majalah di beranda rumahnya.


Seekor katak tiba-tiba melompat ke arahnya.
Apakah kemungkinan reaksi Aaira?

A. Diam dan terus membaca C. Terkejut dan menjerit


B. Tersenyum melihat katak itu D. Memegang katak itu

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


9

25. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan pasangan haiwan dan
organ pernafasannya yang betul?

Haiwan Organ pernafasan


A Kelawar Spirakel
B Ular Kulit lembap
C Ketam Peparu
D Berudu Insang

26. Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai struktur pernafasan yang
sama seperti belalang?

A. C.

B. D.

27. Rajah di bawah menunjukkan pengelasan berdasarkan sistem pernafasan


haiwan.

X Y
A Spirakel Peparu
B Kulit Peparu
C Kulit Spirakel
D Peparu Spirakel

28. Rajah di bawah menunjukkan organ pernafasan seekor haiwan bertanda P.

Haiwan yang manakah mempunyai organ yang


sama seperti haiwan itu?

A. Ikan paus C. Penyu


B. Udang D. Helang

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


10

29. Rajah di bawah menunjukkan beberapa ekor haiwan.

Haiwan manakah yang bernafas melalui organ pernafasan yang serupa?

A. R dan S C. P dan R
B. Q dan R D. P dan Q

30. Rajah di bawah ialah carta tentang seekor katak.

Apakah struktur X dan Y?

X Y
A Kulit lembap Insang
B Spirakel Kulit lembap
C Peparu Kulit lembap
D Peparu Insang

31. Maklumat berikut mengenai haiwan X.

 Bernafas melalui peparu


 Tinggal di dalam air

Apakah haiwan X?

A. Udang C. Pepatung
B. Ikan paus D. Kucing

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


11

32. Rajah di bawah menunjukkan dua kumpulan haiwan.

Antara berikut, yang manakah boleh dikelaskan dalam kumpulan P dan Q?

P Q
A Ikan lumba-lumba Siput gondang
B Rama-rama Monyet
C Katak Ikan lumba-lumba
D Monyet Katak

33. Rajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan ke atas tumbuhan.

Apakah yang ditunjukkan oleh penyiasatan itu?

I. Akar bergerak balas terhadap air


II. Pucuk bergerak balas terhadap cahaya matahari
III. Akar dan pucuk bergerak balas terhadap cahaya matahari
IV. Akar bergerak balas terhadap udara

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


12

34. Antara yang berikut, yang manakah diperlukan oleh tumbuhan semasa
proses fotosintesis?

I. Air III. Baja


II. Oksigen IV. Karbon dioksida

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

35. Rajah di bawah menunjukkan tindak balas anak benih.

Apakah gerak balas yang ditunjukkan oleh P?

A. Tarikan graviti C. Cahaya


B. Air D. Sentuhan

36. Suatu eksperimen dijalankan oleh sekumpulan murid seperti ditunjukkan


dalam rajah di bawah.

Apakah tujuan eksperimen ini?

A. Untuk menyiasat bahawa tumbuhan memerlukan makanan untuk


hidup
B. Untuk menyiasat bahawa tumbuhan memerlukan cahaya matahari
untuk hidup
C. Untuk menyiasat bahawa tumbuhan memerlukan udara untuk
berfotosintesis
D. Untuk menyiasat bahawa tumbuhan memerlukan air untuk
berfotosintesis

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


13

37. Rajah di bawah menunjukkan tumbuhan yang diletakkan di dalam sebuah


kotak.

Apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan tumbuhan itu tumbuh


tegak?

A. Keluarkan tumbuhan dan letak di tempat terbuka


B. Letak tumbuhan di dalam kotak berwarna hitam
C. Siram tumbuhan dengan kerap
D. Tutup lubang pada kotak itu

38. Rajah di bawah menunjukkan sebatang tumbuhan berbunga.

Apakah yang akan berlaku jika sebahagian daripada bilangan daun itu
ditutup dengan kertas hitam?

A. Tiada kanji dihasilkan oleh tumbuhan itu


B. Kanji yang dihasilkan oleh tumbuhan itu berkurang
C. Bunga tumbuhan itu gugur
D. Daun-daun tumbuhan itu gugur

39. Daun tumbuhan Y akan terlipat apabila disentuh.


Apakah tumbuhan Y?

A. Pokok keembung C. Pokok keladi


B. Pokok semalu D. Pokok lidah buaya

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


14

40. Apakah kepentingan tumbuhan terhadap haiwan dan manusia?

I. Membekalkan karbon dioksida kepada manusia


II. Membekalkan oksigen kepada manusia
III. Sebagai sumber makanan kepada haiwan
IV. Menyerap oksigen dari udara

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

Kertas soalan tamat

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah


15

SKEMA JAWAPAN

1. C
2. A
3. B
4. D
5. C
6. A
7. D
8. A
9. A
10. B
11. A
12. A
13. A
14. B
15. B
16. C
17. B
18. B
19. C
20. B
21. B
22. A
23. D
24. C
25. D
26. B
27. A
28. B
29. C
30. C
31. B
32. C
33. A
34. B
35. A
36. B
37. A
38. B
39. B
40. C

PPT © 2018 [Sila lihat sebelah