Anda di halaman 1dari 1

Guru Malaysia juara inovasi antarabangsa di

Paris
Guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Mohd Sirhajwan Idek, 29, mencipta sejarah apabila telah
menjuarai Anugerah Kecemerlangan Guru dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi Antarabangsa
sempena Persidangan Keusahawanan dan Inovasi Eropah di Novancia Business School, Paris, tahun
lepas.

Pendidik kelahiran Kota Belud, Sabah itu telah berjaya menewaskan 10 pesaing pada pertandingan
akhir. Program bertaraf antarabangsa ini merupakan anjuran Academic Conferences and Publishing
International Limited (ACPI), organisasi berpangkalan di London yang mengendalikan perhimpunan
penyelidik akademik antarabangsa dan menggalakkan penyelidikan akademik cemerlang melalui
penerbitan.

Sirhajwan berkata, inovasi yang dihasilkannya adalah projek berasaskan pembelajaran untuk
menggalakkan pelajar menceburi inovasi dan keusahawanan.

Kejayaan itu melayakkannya menerima sijil dan keahlian International Society for Professional
Innovation Management (ISPIM) selama setahun, sekali gus dapat menyertai program organisasi itu di
Melbourne, Australia dan Boston, AS dalam tempoh berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai