Anda di halaman 1dari 24

MEMORENDUM

PERKASA
KEPADA
TAN SRI AMIRSHAM

BERHUBUNG DENGAN ISU


MODEL EKONOMI BARU
ROH DAN SEMANGAT DEB MESTI ADA DAN DIPERKUKUHKAN DIDALAM MODEL EKONOMI BARU

Tun Razak telah menggubal suatu model pembangunan ekonomi yang terso-
hor iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengimbangi dan membantu pasa-
ran supaya turut memikirkan tanggungjawab sosial. Tetapi selepas pilihanraya
umum 2008 DEB terus dikritik dan ditentang dengan keras oleh pelbagai pi-
hak. Dua alasan yang mereka berikan ialah:

1. Pertama, dasar itu bertentangan dengan peraturan ekonomi pasaran.

2. Kedua, mereka berkata, dasar itu bersifat perkauman atau rasis, yakni
dasar itu dikatakan pro-Melayu/bumiputera dan anti kaum lain, atau dikatakan
bahawa DEB adalah dasar diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Akibat-
nya, kata mereka, pelaburan asing tidak tertarik atau takut-takut untuk melabur
di Malaysia, dan ekonomi Malaysia merosot, tidak maju dalam tempoh DEB
itu.
Apa bukti yang menunjukkan bahawa dasar itu adalah dasar ekonomi Melayu,
dasar rasis, dasar anti pasaran, dasar diskriminasi terhadap kaum lain se-
hingga menyebabkan dalam tempoh 20 tahun usia DEB kaum-kaum lain diza-
limi, dipinggirkan dari kemajuan ekonomi negara sedangkan kaum bumiputera
hanya 30%, bukan 60% atau 50% ekonomi negara.
Di dalam tempoh tempoh 20 tahun usia DEB kemajuan yang dicapai oleh
kaum bukan Melayu dalam bidang perniagaan dan kuasa milik ekonomi se-
cara ‘private’ terus meningkat berkali ganda, meninggalkan kaum Melayu jauh-
jauh ke belakang. Dalam tempoh itulah ekonomi negara bertambah maju. Eko-
nomi Malaysia disenaraikan sebagai ekonomi yang ke-29 terbesar di dunia.
Itu semua adalah hasil daripada pembangunan ekonomi yang pesat yang
dijanakan oleh DEB melalui pembinaan beberapa banyak infrastruktur baru,
melalui pemberian beberapa banyak insentif untuk menggalakan pelaburan
dalam negeri dan menggalakkan kepenggunaan atau ‘consumption’, men-
curahkan wang dalam pasaran perusahaan awam yang faedahnya juga men-
galir dengan banyak ke dalam pasaran ekonomi swasta.
Sebenarnya golongan ini bebal sejarah dan kenyataan tahap pencapaian eko-
nomi bumiputra. Benar kita memerlukan penilaian terhadap dasar dan per-
laksanaan. Tetapi menafikan kejayaan DEB adalah keterlaluan dan menuduh
seluruh DEB adalah penyelewengan adalah pembohongan.
Memang DEB memerlukan pemeriksaan di atas pencapaian oleh pihak yang
dipertanggungjawabkan, tetapi menuduh DEB sebagai dasar perkauman, tidak
adil dan gagal adalah keterlaluan. DEB merupakan penterjemahan roh perlem-
bagaan dalam usaha memulihkan nasib generasi bumiputra yang ketinggalan
sejak berzaman atas apa jua alasan yang diberikan sejarah. Perbedaan struktur
asasi masyarakat mengikut garis ethnik dalam bidang pekerjaan, pendapatan
dan harta memerlukan jangka masa yang lama hingga memerlukan beberapa
generasi untuk dipulihkan.
Perlu dingatkan orang Melayu telah banyak berkorban sejak merdeka lagi den-
gan dasar ‘quid pro quo’ (dasar beri memberi) tentang bagaimana besarnya
tolak ansur bangsa Melayu terhadap kemasukan orang asing ke dalam negara
mereka sehinggakan di negeri-negeri Bersekutu (Pahang, Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan) bilangan kaum Cina telah mencapai angka 64 peratus keselu-
ruhannya (1931). Angka-angka inilah yang menyebabkan orang Melayu ketika
itu diburu oleh satu kebimbangan baru. Pun begitu, orang Melayu tidak marah
kepada imigran Cina atau India, malah tidak juga kepada penjajah Inggeris.
Ratusan tahun Melayu menghadapi penjajahan dan kesannya melalui kema-
sukan kaum asing. Satu dasar yang dipaksakan terima. Dengannya persain-
gan bermula. Memang terdapat peningkatan tahap ekonomi kaum bumiputra
semenjak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970. Namun
dalam membetulkan perbedaan ketara struktur asas ekonomi ini tidak mungkin
dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat 20 tahun. Ia memerlukan lebih
dari itu disamping diberikan bimbingan dalam menghadapi dunia pasaran bebas
terbuka. Sejak merdeka, UMNO yang didukung oleh komponen parti perikatan
dan kemudiannya BN menyokong gagasan pemulihan ini. Ini merupakan satu
tindakan yang sah menurut semangat perlembagaan yang berasaskan prinsip
“quid pro quo” (dasar beri memberi), yakni toleransi Melayu dalam soal peneri-
maan kerakyatan kaum lain dibalas dengan dasar perlindungan yang sah.
Kalau kita mengkaji Suruhanjaya Reid, ia mengatakan kalau kita mengambil hak
Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan
negara. Atas sebab itu PERKASA tidak bersetuju jika ada pihak mengatakan
bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu. Ini
kerana sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap
bangsa lain.
Suruhanjaya Reid merujuk salah satu terma Perlembagaan ialah menjaga
kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap
bangsa lain, jadi apabila kita menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna
kita mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan
damai serta mewujudkan kestabilan politik kita memerlukan kesaksamaan dan
keadilan. Keadaan ekonomi yang berat sebelah serta usaha mencabar persetu-
juan perlembagaan yang sah ini telah mengakibatkan peristiwa-
ketidakstabilan negara seperti yang terlihat dalam peristiwa berdarah 13 mei
1969. Benarlah apa yang pernah dinyatakan oleh Secretary Gates; “Failure in
economics can lead to failure in security; counter-wise, failures in security can
create economic crises..”
PERKASA berpendapat bahawa dalam keadaan yang diperlukan untuk kepent-
ingan negara, demi keadilan ekonomi antara kaum dan demi perpaduan ke-
bangsaan (‘national unity’) kerajaan berhak melakukan tindakan ‘social inter-
vention’ untuk memastikan bahawa ekonomi negara ini tidak menjadi medan
‘free-for-all’, medan persaingan yang tidak adil antara kaum, medan eksploitasi
dan monopoli ekonomi sehingga boleh menimbulkan perpecahan antara kaum
dalam bidang pembangunan ekonomi.
Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara
153 bertujuan memelihara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera termaktub di bawah klausa
(2) Perkara 153. Ia menggariskan bahawa Yang Dipertuan Agong atas nasi-
hat Perdana Menteri atau Kabinet, berkuasa menyelamatkan atau menjamin
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak den-
gan menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan bi-
asiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan
kerajaan termasukpermit atau lesen perniagaan.
Daripada peruntukan ini jelas bahawa orang Melayu secara automatik mem-
punyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan
istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ini jelas
merupakan hak, harta dan pusaka yang haruslah kita pertahankan dengan nya-
wa dan kekuatan yang ada ada pada kita. Dan jangan sekali-sekali kita membi-
arkan ia di cairkan atau “diluted” oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau
sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sejak negara ini merdeka pada 1969, Tun Razak telah menjadi Peruntukan
153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan dan
pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmative yang memberikan
keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di bidang sosio-ekonomi.
Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB),
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN).
Sehubungan dengan itu, PERKASA mendesak kerajaan agar Model Ekono-
mi Baru yang akan digubal oleh pihak kerajaan WAJIB menjadikan Peruntu-
kan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan
dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program Model Ekonomi Baru.
Jika dasar-dasar yang melahirkan program-program affirmative ini tidak diberi
penekanan di dalam Model Ekonomi Baru maka orang Melayu dan Bumiputera
akan melarat dan terpinggir di negara asal mereka sendiri.
HALA TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU
BUMIPUTRA YANG DIUMUM OLEH DS NAJIB
LA TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU BUMIPUTRA YANG I

Antara hala tuju yang melibatkan Model Ekonomi Baru bagi


membantu golongan bumiputra seperti yang diumumkan
oleh DS Najib dalam transformasi ekonomi negara pada In-
vest Malaysia 2009 tersebut adalah;
1. Mewujudkan kaedah yang lebih berkesan untuk menin-
gkatkan penyertaan bumiputra dalam pelbagai bidang eko-
nomi berasaskan pendekatan meritokrasi di kalangan bu-
miputra ;
2. Mengubah pendekatan daripada pengenaan syarat
30% pemilikan ekuiti ke atas setiap syarikat korporat kepa-
da memberi tumpuan untuk meningkatkan penyertaan bu-
miputra secara berkesan dalam ekonomi;
3. Menggalakkan penglibatan berkesan dan berkekalan
bumiputra dengan menguasai pemilikan dan pengurusan
syarikat korporat ;
4. Mengenal pasti usahawan bumiputra yang berpotensi
serta membina keupayaan usahawan bumiputra sedia ada
untuk terlibat secara efektif dalam sektor pertumbuhan dan
strategic;
5. Mewujudkan usahasama tulen di antara bumiputra den-
gan bumiputra dalam setor strategik;
6. Meningkatkan tenaga kerja bumiputra terutamanya
dalam kategori pekerjaan pengurusan dan professional
dalam sector korporat;
7. Meningkatkan saiz golongan menengah bumiputra;
REALITI KEDUDUKAN EKONOMI KAUM PRIBUMI

LA TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU BUMIPUTRA YANG I


Umum mengetahui bahawa masalah ketidaksamaan sosioekonomi di negara
ini masih berterusan. Terdapat tiga golongan yang masih jauh ketinggalan dari
segi pendapatan dan hak milik kekayaan, iaitu

1. Golongan Bumiputra – pemilikan dari segi ekuti dalam sektor korporat


19.4%, hak milik premis 15.0%, dan pendapatan purata RM3,156.

2. Golongan Bumiputra Sabah & Sarawak – dari segi hak milik sektor korpo-
rat 3.0%, dan pendapatan purata antara RM2,063 hingga RM2,858.

3. Golongan India – dari segi hak milik sektor korporat 1.1%, hak milik premis
3.8% dan pendapatan purata RM3,799.

Kemelesetan ekonomi tahun-tahun 1998 dan 2009 mengusutkan perangkaan-


perangkaan di atas. Usaha membetulkan ketidakseimbangan ini sebenarnya
tidak menjejaskan atau diskriminasi golongan Cina dan golongan lain selaras
dengan falsafah pembangunan negara yang berteraskan ‘Pertumbuhan den-
gan pengagihan’ (growth with distribution) yang telah dilaksanakan sejak dari
tahun 70an lagi. Masyarakat Cina terus mencapai peningkatan dari segi hak mi-
lik sektor korporat, iaitu kepada 42.4%, hak milik premis 76.1% dan pendapatan
purata sebanyak RM4,853.

Perkasa berpendapat bahawa kelemahan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)


ialah ia terlalu tertumpu kepada matlamat untuk mencapai ekuiti harta ekonomi
negara sebanyak 30% untuk Melayu-Bumiputera sedangkan masalah yang di-
hadapi oleh bangsa Melayu bukan hanya ‘matlamat korporat’ ini tetapi ialah ma-
salah pendapatan: iaitu, bagaimana masalah ‘paras pendapatan’ atau ‘income
level’ majoriti orang Melayu yang miskin atau yang berpendapatan rendah dapat
ditingkatkan ke paras yang lebih tinggi daripada ‘paras pendapatan miskin’
(pendapatan ‘above poverty level’) atau bagaimana paras pendapatan
majoriti orang Melayu itu, terutama yang berada di luar bandar, dapat se-
tara dengan paras pendapatan kaum-kaum lain yang lebih mewah di bandar.
LA TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU BUMIPUTRA YANG I
Perkasa berpendapat model ekonomi baru yang baik bagi negara ini ialah mod-
el ekonomi yang tidak hanya bertujuan untuk meningkatkan kadar ekuiti atau
milik ekonomi bumiputera supaya selaras dengan kedudukan mereka sebagai
penduduk majoriti di negara ini, tetapi lebih penting lagi

1. Untuk meningkatkan paras pendapatan golongan yang berpendapatan


rendah, tanpa mengira kaum.

2. Merapatkan perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara pelbagai golongan


masyarakat, antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar supaya ti-
dak terus wujud kategori ‘kelas rendah’, ‘kelas menengah’ dan ‘kelas atasan’
– ini adalah kategori ekonomi kapitalistik yang diwarisi dari tradisisi pasaran
ekonomi Barat’.

3. Membesarkan ekonomi domestik dan meningkatkan ‘consumption’ dalam


negeri supaya ‘kemajuan ekonomi’ Malaysia tidak terlalu bergantung pada pas-
aran luar; dan

4. Pasaran ekonomi Malaysia tidak ‘diliberalised’ sehingga pengusaha bu-


miputera dalam pasaran domestik terpaksa menghadapi persaingan yang tidak
adil dari pelabur seluruh dunia, lalu kehilangan tempatnya dalam ekonomi Ma-
laysia.
LIBERALISASI EKONOMI DAN MODEL EKONOMI BARU (MEB)

TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU BUMIPUTRA YANG I


PERKASA menyedari kehadiran liberalisasi memang tidak dapat dielakkan. Ia
pasti datang membawa kebaikan dan tidak kurang juga bencana kepada bu-
miputra jika tidak dirancang. Negara memerlukan pertumbuhan ekonomi bagi
pengagihan kekayaan dan ini boleh dilakukan melalui penarikan modal asing
disamping sumbangan keluaran domestik. Rangsangan kemasukan modal as-
ing akan rancak sekiranya terdapat liberalisasi dalam sektor ekonomi negara,
kestabilan politik, kemudahan infrastruktur, insentif dan sebagainya.
Di peringkat antarabangsa kronologi liberalisasi industri perdagangan bermula
sejak dari perjanjian GATT General Agreement on Tariffs and Trade 1947, World
Trade Organisation (WTO) 1995 dan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
(AFTA) 1992, dimana tariff bagi semua barangan dagang dikurangkan secara
berperingkat antara 0 – 5% pada tahun 2003 dan dihapuskan terus pada 2010.
Pendukung ‘mazhab’ liberalisasi pasaran atau ‘market liberalisation’ tidak me-
nyukai campur tangan kerajaan dalam pasaran ekonomi, kerana menurut mer-
eka perbuatan ini boleh membantut pertumbuhan ekonomi negara, menakut-
kan pelaburan asing, mematikan daya saing ekonomi Malaysia dan menyekat
produktiviti ekonomi. Inilah hujah yang digunakan oleh International Monetary
Fund (IMF) dan World Trade Organisation (WTO), dan ahli ekonomi dan usaha-
wan dan pembuat dasar ekonomi di Malaysia tidak terikut-ikut dengan fatwa itu
kerana ‘peraturan global’ itu boleh memudaratkan negara-negara miskin yang
tidak mampu bersaing dengan negara ‘maju dan kaya ekonomi’ berdasarkan
peraturan pasaran bebas yang sama.
Begitu juga, di dalam negeri sendiri, mana mungkin orang yang baru hendak
menceburkan diri dalam bidang perusahaan dan perniagaan bersaing dengan
golongan kapitalis, tauke-tauke perusahaan dan perniagaan yang sudah lama
menguasai dan memonopoli bidang ekonomi dan perniagaan. Mereka biasanya
tidak akan bersimpati dan bersedia memberi peluang kepada usahawan dan
peniaga yang baru masuk dalam bidang perniagaan, malah kita selalu men-
dengar cerita bagaimana mereka akan cuba mematikan perniagaan orang baru
itu. Kuasa ekonomi ada dalam tangan mereka, jadi mereka boleh membunuh
pasaran peniaga baru dengan pelbagai cara dan taktik, misalnya mereka boleh
menyekat bekalan bahan mentah atau menaikkan harga barang itu. Inilah yang
ditakuti oleh peniaga-peniaga Melayu kerana Pengarah Urusan YTL Group
Tan Sri Francis Yeoh yang berucap didalam ”1Malaysia Economic Conference”
yang dipetik seperti befikut:
There should be “brutal” competition for Malaysia’s business environment to
thrive, a top industrialist said yesterday. YTL Group managing director Tan Sri
Francis Yeoh, after attending the 1Malaysia Economic Conference here yes-
terday, said the country could no longer have a “little brother” mentality where
businesses are protected by the government. “It has lulled us into an economic
model that cannot be sustained,” he said.
“Globally we are not as competitive. Today, at our door-step, we have India,
China, Vietnam and Thailand. Even Indonesia and the Philippines are compet-
ing against us.” Yeoh added there shouldn’t be any subsidies in the country at
all, and that Malaysia has “been running on a subsidy mentality” for too long. He
said the government’s “experiment” with raising the price of sugar “was interest-
ing”. “I think it’s been so successful that they want to raise the price of sugar a
bit more,” he quipped. He added that “brutal” competition did not have to mean
that those who can’t compete will be sidelined. The government, he said, had a
role to play in making sure that didn’t happen. “There must be a social net where
those who cannot brutally compete will be helped. But we must live today with
market pricing mechanisms in everything. Water, electricity, sugar or whatever.”
However, Yeoh was optimistic that the country is “moving in the right direction”.
“The prime minister is very cognizant of what is going on in the world, of how
competitive Malaysia has to be. “It’s good to have a PM with vision. He has guts.
He has the courage to move.” NST (9/2/10):

Francis Yeoh dengan bongkak bercakap mengenai penghapusan subsidi kepa-


da bumiputra harus mencermin diri sendiri terlebih dahulu. Syarikatnya adalah
salah satu Independent Power Producer (IPP) yang “menghirup” keuntungan
Tenaga Nasional Berhad melalui satu perjanjian yang sangat berat sebelah.
Jika model brutal ingin dilaksanakan maka Perkasa mencadang kerajaan mem-
batalkan semua perjanjian IPP dengan TNB atau menstruktur semula perjan-
jian.

PERKASA berharap MEB yang akan digubal perlu memastikan cadangan


pendekatan brutal di atas ini tidak dimasukkan ke dalam MEB kerana ianya ber-
niat jahat dan ingin merosak agenda pembangunan Melayu.
PERKASA menyedari bahawa senario ekonomi kini sudah berubah dan jauh
berbeza dari senario ekonomi semasa DEB. Pembolehubah ekonomi (econom-
ic variable) kini berbeza dari dahulu. Namum ini tidak bermakna kerajaan boleh
bertindak menyerahkan pembangunan ekonomi di Malaysia bulat-bulat kepada
kuasa pasaran sahaja, lebih-lebih lagi jikalau pasaran itu lebih banyak menim-
bulkan masalah sosial, kemiskinan dan ketidakadilan ekonomi kepada rakyat.
Sehubungan dengan itu PERKASA mengesa agar Model Ekonomi Baru yang
akan digubal perlu mengambil kira dasar seperti berikut:

1. Dasar liberalisasi yang hendak dilaksanakan memerlukan panduan dan


peraturan (Guided Liberalism) bagi menjamin agar peruntukan perlembagaan
artikel 153 serta penterjemahannya terus dipertahankan disamping memenuhi
tuntutan globalisasi antarabangsa yang tidak menentu.

2. Liberalisasi ekonomi wajar dilakukan secara berperingkat (progressive lib-


eralisation) sesuai dengan peningkatan dan keupayaan kaum bumiputra bersa-
ing dalam ekonomi domestik dan global. Ini selaras dengan semangat dasar
ekonomi liberal yang terpimpin. (Guided Liberalisation).

3. Kerajaan perlu merangka satu strategi induk ekonomi kaum bumiputra


yang bakal meningkatkan penglibatan bumiputra ke tahap global.

4. Langkah liberalisasi ini tidak harus bermaksud Malaysia perlu mengurang-


kan pegangan ekuiti semasa oleh syarikat Malaysia di dalam usahasamanya
dengan rakan perniagaan asing. Kedudukan pegangan ekuiti semasa oleh
syarikat Malaysia di dalam syarikat sedia wujud hendaklah dikekalkan.

5. Mengembelingkan penglibatan terus Syarikat-Syarikat Milik Kerajaan


(GLC) dalam merintis jalan kepada syarikat-syarikat bumiputra yang berpotensi
agar berkembang meneroka peluang di pasaran antarabangsa.

6. Memelihara kepentingan negara bagi sektor strategik. Syarikat-syarikat


dalam sektor ini perlu dilindungi melalui syarat ekuiti seperti yang dikehendaki
dalam kawalseliaan setiap sektor seperti Komisi Tenaga, Lembaga Perlesenan
Kenderaan Perdagangan, Komisi Perkhidmatan Air Negara, Komisi Multimedia
dan Komunikasi Negara dan lain-lain.
MODEL EKONOMI BARU DAN PEMILIKAN
HARTANAH DIKALANGAN ORANG MELAYU
TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU BUMIPUTRA YANG I
Sektor hartanah sering dilupakan oleh kerajaan di pelaksanaan DEB dan ini
telah mengakibatkan pemilikan kaum bumiputra di dalam bangunan dan premis
adalah jauh kebelakang berbanding dengan orang CIna

1. Hak milik premis kaum Cina adalah sebanyak 76.1%


2. Hak milik premis kaum Bumiputra adalah sebanyak 15.0%,
3. Hak milik premis kaum India adalah sebanyak 3.8%

Statistik tahun 2005 seperti Jadual 1 menunjukkan bahawa pemilikan bangunan


dan premis oleh orang Melayu adalah sangat mengecewakan.

PEMILIKAN BANGUNAN DAN PREMIS


KOMERSIL MENGIKUT ETNIK TAHUN 2005

KAUM MELAYU CINA INDIA

BANGUNAN

1 TINGKAT 10,433 2,012 2,212

2 TINGKAT 8,733 67,233 7,303

3 TINGKAT 2,201 26,792 1,582

>3 TINGKAT 3,007 24,905 2,240

KOMPLEK PERNIAGA 3,207 19,072 568

PREMIS INDUSTRI 1,480 21,514 446

HOTEL 313 1,519 71

JUMLAH 29,374 153,047 14,422


PERKASA menganggap isu pemilikan bangunan dan premis sebagai isu hidup
dan matinya jenerasi orang Melayu dimasa akan datang. Ini adalah kerana pe-
milikan bangunan dan premis memberi kesan kepada perkara-perkara seperti
berikut:
1. KUASA PENENTU UNDI PRU
Jika sesuatu kawasan Parlimen dan DUN dihuni oleh pemilik bangunan dan
premis dikalangan orang Cina maka kuasa penentu undi PRU akan berada di-
tangan orang Cina.

2. MONOPOLI KAWASAN STRATEJIK


Jika sesuatu kawasan dihuni oleh pemilik bangunan dan premis dikalangan
orang Cina maka mereka akan menguasai kawasan stratejik tersebut yang
mana pasti mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

Data yang diperolehi setakat 2008 menunjukkan bahawa hak milik premis kaum
Cina adalah sebanyak 76.1% dan ini bermakna mereka kini menguasai ka-
wasan stratejik di bandar dan juga dipinggir bandar. Apabila ini berlaku maka
kaum Cina akan menjadi undi penentu kepada siapa yang layak menjadi ahli
parlimen atau ahli dewan undangan negeri
Sehubungan dengan itu PERKASA mengesa agar Model Ekonomi Baru yang
akan digubal perlu membentuk instrumen yang betul-betul berkesan bagi me-
mastikan orang Melayu dapat meningkat pemilikan bangunan dan premis. Jika
sekiranya Ekuinas (Ekuiti Nasional Berhad) ditubuhkan bagi memastikan peny-
ertaan Bumiputra didalam pelaburan sektor yang mempunyai potensi pertum-
buhan yang tinggi maka adalah perlu Ekuti HartaTanah Nasional ditubuhkan.
Ekuiti HartaTanah Nasional ini perlu ditubuhkan dengan modal permulaan se-
banyak RM 1 billion dan akan berkembang sehingga RM 90 billion bagi mem-
bantu orang Melayu membeli bangunan dan premis di kawasan stratejik di ban-
dar dan juga dipinggir bandar.
Ekuiti HartaTanah Nasional juga boleh bertindak membeli tanah-tanah di ka-
wasan stratejik di bandar dan juga dipinggir bandar bagi memastikan kuasa
undi berada di tangan pengundi Melayu.
MANUSIA TIDAK BOLEH MENCIPTA TANAH,
HANYA ALLAH BOLEH MENCIPTA TANAH.
Jika orang Melayu tidak bertanah dan berharta maka mereka satu hari nanti
tidak ada negara seperti Palestin. Jika Model Ekonomi Baru gagal mengambil
kira hal ini akan menyebabkan orang Melayu menjadi orang Melayu di Singa-
pura.
PENUBUHAN AGENSI PENYERTAAN BUMIPUTRA
DI DALAM MODEL EKONOMI BARU (MEB)
TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU BUMIPUTRA YANG I
Pembubaran yunit penyertaan bumiputra JPM dan MECD telah menyebabkan
tidak ada satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang berperanan un-
tuk menilai tahap pencapaian kaum bumiputra dan memantau perlaksanaan
dasar MEB. Keperluan menilai tahap pencapaian dan memeriksa perlaksanaan
MEB boleh dilakukan kerana ianya adalah penting bagi memastikan hala tuju
MEB di dalam membantu bumiputra tercapai.

Sehubungan dengan itu PERKASA ingin mencadangkan supaya Agensi Peny-


ertaan Bumiputra ditubuh dan diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bagi
memastikan Agensi Penyertaan Bumiputra ini betul berkesan di dalam mem-
bantu bumiputra terlibat didalam perniagaan maka panel pemikir dan pemantau
perlu diujudkan dimana melibatkan penyertaan kakitangan kerajaan, ahli aka-
demik, ahli perniagaan dan NGO-NGO Melayu.

Pada ketika ini pihak NGO-NGO Melayu mendapati sukar untuk mendapatkan
data mengenai pembangunan ekonomi serta pendidikan orang Melayu dan ke-
sukaran ini telah menyebabkan NGO-NGO Melayu gagal memberi cadangan-
cadangan yang konkrit bagi pembangunan ekonomi dan pendidikan orang Me-
layu.

Sehubungan dengan itu PERKASA ingin mencadangkan supaya agar Agensi


Penyertaan Bumiputra akan bertindak mengumpul segala data berhubung den-
gan pembangunan ekonomi orang Melayu dan membekal data-data tersebut
kepada NGO-NGO Melayu.
ISU KONTRATOR BINAAN BUMIPUTRA
DI DALAM MODEL EKONOMI BARU (MEB)
TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU BUMIPUTRA YANG I
Kontraktor binaan Bumiputra sering mengalami berbagai masalah yang perlu
diberi perhatian. Antara isu ialah

1. Mendapat bekalan bahan binaan


Kontrator binaan Bumiputra tidak menguasai rantaian bekalan bahan binaan.
Harga bahan tidak dapat dikawal selain yang sedia dalam senarai kawalan. Ka-
lau ada kenaikan, kos projek juga berubah. Permohonan untuk mengubah kos
(variation cost) perlu dibuat dan akhirnya boleh mengurangkan keuntungan.

Sehubungan dengan itu, PERKASA mendesak kerajaan agar mengujudkan in-


strumen dan makanisma baru memastikan kontrator binaan Bumiputra men-
guasai rantaian bekalan bahan binaan yang kini dikuasai oleh bukan bumiputra.

2. Isu membubarkan Pusat Khidmat Kontraktor(PKK)

Kontrator binaan Bumiputra kini bimbang dengan cadangan agar PKK dibubar-
kan dan peranannya diambilalih oleh CIDB. Kebimbangan ini berpunca ura-ura
kepentingan Kontrator binaan Bumiputra dikorban dengan membuka kelas F
kepada bukan bumiputra.

Sehubungan dengan itu, PERKASA mendesak kerajaan agar mengekalkan


peranan PKK
PERANAN SEKTOR PERBANKAN DALAM
MODEL EKONOMI BARU
TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU BUMIPUTRA YANG I
Antara masalah besar yang dihadapi oleh peniaga bumiputra adalah kesukaran
untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank dan ini telah menyebabkan
perniagaan tidak dapat dikembangkan.

PERKASA berpendapat sektor perbankan PERLU berperanan dengan agresif


dan partisipatif dalam model ekonomi baru dengan melonggarkan syarat pem-
biayaan kewangan kepada para pelabur baru dan lama. Sektor perbankan perlu
mengubah strategi pembiayaan masing-masing supaya mampu meningkatkan
aktiviti ekonomi negara.

Pihak bank hendaklah tidak mengamalkan pandangan berat sebelah (bias) ke-
pada pelabur sebaliknya mereka perlu menyemai perasaan yang lebih murni
kerana sokongan kewangan kepada pelabur adalah kunci transformasi eko-
nomi negara.

Pihak kerajaan mesti melakukan ‘social intervention’ dengan memaksa Bank


mengujudkan produk kewangan yang tidak memerlukan cagaran dengan kadar
faedah yang rendah.
MODEL EKONOMI BARU DAN USAHA UNTUK
MENINGKATKAN TENAGA KERJA PROFESSIONAL
TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU BUMIPUTRA YANG I
Antara hala tuju yang melibatkan Model Ekonomi Baru bagi membantu golon-
gan bumiputra seperti yang diumumkan oleh DS Najib dalam transformasi eko-
nomi negara pada Invest Malaysia 2009 tersebut adalah meningkatkan tenaga
kerja professional bumiputra. Namum Perkasa berpendapat usaha ini akan ga-
gal kerana masalah ”SUPPLY”.

Halangan usaha meningkatkan tenaga kerja professional bumiputra kerana


sistem meritokrasi. Tan Sri Musa Mohamad Menteri Pendidikan ketika itu telah
memperkenalkan sistem meritokrasi dengan menghapuskan Sistem Kuota un-
tuk anak-anak bumiputera masuk ke IPTA di negara ini.

Berikut adalah statistik yang berkaitan dengan kesan sistem meritokrasi (yang
menggantikan sistem kuota dimana sistem kuota memperuntukkan 55% untuk
Bumiputera: 35% Cina: 10% India) yang telah dilaksanakan di Universiti Malaya
untuk kemasukan pelajar pada sessi 2002/2003.
KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI MALAYA BERDASARKAN
SISTEM MERITOKRASI BAGI PENGAMBILAN PELAJAR SESSI 2002/2003
TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU BUMIPUTRA YANG I
Dengan menjadikan Universiti Malaya sebagai tanda aras ( bagi trend kemasu-
kan pelajar bukan bumiputra yang bertambah akibat sistem meritokrasi) maka
jumlah pelajar bumiputra yang memasuki semua IPTA bagi bidang kritikal IPTA
adalah rendah berbanding kaum lain.

Trend ini terus berlaku untuk tempoh hampir 8 tahun dan ini telah mengaki-
batkan pelajar Melayu berkurangan di dalam bidang- bidang kritikal di semua
IPTA. Setelah hampir 8 tahun sistem meritrokrasi dilaksanakan, tiba-tiba bekas
Tun Dr. Mahathir Mohamad mula rasa bimbang dengan jumlah kemasukan pe-
lajar Melayu ke IPTA terutama di dalam bidang kritikal yang didapati semakin
berkurangan berbanding kaum lain. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009).

Kebimbangan ini berasas apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled


Nordin mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di institusi pen-
gajian tinggi awam (IPTA) agak rendah berbanding kaum lain di negara ini.
Bagaimanapun, katanya, bilangan pelajar Melayu semakin meningkat di IPTA
tetapi kebanyakannya tertumpu dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.
(Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009).

Jika trend ini terus di biarkan berlaku maka hala tuju yang melibatkan Model
Ekonomi Baru bagi meningkatkan tenaga kerja professional bumiputra akan
gagal kerana masalah ”SUPPLY”.

Sehubungan dengan itu, Perkasa mendesak kerajaan agar mengembalikan


sistem kouta sebagai dasar bagi kemasukan ke semua IPTA yang mana mem-
peruntukkan 67% untuk Bumiputera: 33% untuk Bukan Bumiputera. Ini adalah
kerana sistem meritokrasi bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan
Malaysia.

Jadual di muka surat 15 menunjukkan bagi kaum bumiputra berlaku defisit di


dalam semua bidang prosfesional berbanding dengan jumlah penduduk bu-
miputra di negara ini. Manakala bagi kaum Cina tidak berlaku defisit berbanding
dengan jumlah penduduk Cina di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Perkasa berpendapat model ekonomi baru mestilah


mengambil kira masalah defisit didalam usaha meningkatkan tenaga kerja pro-
fessional bumiputra
BAGAIMANA MODEL EKONOMI BARU DAPAT MEMBANTU KAUM BUMIPU-
TRA DI DALAM SEKTOR-SEKTOR YANG BERPOTENSI DAN MENGALAMI
PERTUMBUHAN TINGGI SEPERTI SEKTOR PELANCONGAN, TEKNOLO-
GI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), PERUBATAN, MINYAK DAN GAS
SERTA BIOTEKNOLOGI.

TUJU MODEL EKONOMI BARU UNTUK MEMBANTU BUMIPUTRA YANG I


Perkasa difahamkan bahawa Model Ekonomi Baru yang akan digubal akan me-
numpukan kepada pelaburan dalam sektor-sektor berpotensi dan mengalami
pertumbuhan tinggi seperti sektor pelancongan, teknologi maklumat dan komu-
nikasi (ICT), perubatan, minyak dan gas serta bioteknologi. Sektor-sektor berpo-
tensi dan mengalami pertumbuhan tinggi seperti sektor pelancongan, teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT), perubatan, minyak dan gas serta bioteknologi
kini kebanyakan dikuasai oleh kaum bukan bumiputra.

Perkasa ingin mengetahui apakah instrumen- instrumen lama dan baru yang
akan digunakan didalam memastikan penglibatan kaum bumiputra di dalam
sektor-sektor berpotensi dan mengalami pertumbuhan tinggi seperti sektor
pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perubatan, minyak
dan gas serta bioteknologi.

Jika sekiranya pihak kerajaan tidak mempunyai instrumen- instrumen tersebut


maka kaum bumiputra akan pasti tercicir dan ini pasti mengudang kegelisahan
dan marah di kalangan kaum bumiputra
MODEL EKONOMI BARU (MEB) DAN MASYARAKAT
PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN BUMIPUTRA (BCIC)

1. MEB yang akan digubal mestilah memastikan bahwa instrumen-instrumen


yang baru dan menambah baik instrument lama dijangka akan bersifat mesra
pasaran tidak mengorbankan kepentingan bumiputra.

2. MEB yang akan digubal mestilah memastikan bahawa instrumen-instru-


men lama dan baru mestilah berkesan dan menganugerahkan kepada untuk
usahawan-usahawan bumiputera lesen-lesen sektor-sektor yang berpotensi
pertumbuhan pesat dan strategik dan konsesi-konsesi bernilai tinggi serta kon-
trak-konrak besar.

3. MEB yang akan digubal mestilah memastikan kuota bumiputera pada sek-
tor strategik di tahap makro dan mikro tidak dihapuskan malah perlu diujudkan
mekanisma baru yang kreatif.

4. MEB yang akan digubal mestilah memastikan pembangunan dalam kepel-


bagaian Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputra (BCIC) yang
berkesan boleh tercapai degan cara memberi keutamaan yang tinggi di bawah
strategi penyusunan daripada pemilikan ekuiti.

5. MEB yang akan digubal mestilah memastikan sokongon kerajaan secara


berterusan kepada komuniti perniagaan Bumiputera bagi membina dan mem-
perkukuhkan keupayaan dan daya saing di pasaran tempatan dan meneroka
peluang di luar negara. Ini perlu dilakukan melalui pelbagai bantuan dana, pro-
gram latihan, idea, pemudahcara dan insentif yang ditawarkan untuk perkhid-
matan tempatan.

6. MEB yang akan digubal perlu ujud instrumen pemantauan dengan me-
nubuh yunit penyertaan bumiputra yang bertindak sebagai Jawatankuasa
Pemantauan bagi menilai tahap pencapaian dan perlaksanaan bagi membetul-
kan ketidakseimbangan sosioekonomi domestik dalam menggalakkan penglib-
atan sektor swasta serta penarikan pelaburan asing dalam pertumbuhan eko-
nomi negara. Keperluan memeriksa perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan
Dasar Pembangunan Negara (DPN) dengan melibatkan penyertaan kakitangan
kerajaan, ahli akademik, dan ahli perniagaan.
7. PERKASA berpendapat Perbadanan Nasional Berhad (PNB) harus
menceburi dalam bidang baru melalui pembangunan venture capital dan pem-
bangunan keusahawan. Adalah tidak memadai agensi seperti PNB memainkan
peranan pasif dengan sekadar menggerakkan modal bumiputra untuk memiliki
ekuiti bagi pihak bumiputra pada harga yang istimewa.

8. Agensi seperti PNB dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri


(SCDC) yang ditubuhkan harus mengambil strategi baru dan berkesan untuk
menambah bilangan pengurus dan usahawan bumiputra untuk terlibat aktif
dalam syarikat-syarikat di mana Bumiputra memiliki saham yang berkesan.

MODEL EKONOMI BARU DAN TUNTUTAN PARTI-PARTI


POLITIK CINA DAN NGO-NGO CINA

Ramai pengalisis politik meramalkan bahawa majoriti orang Cina diseluruh neg-
ara tidak akan memberi undi kepada BN/UMNO DALAM PRU 13 kerana 3 se-
bab utama:

1. Orang Cina merasakan bahwa mereka boleh menentukan siapakah yang


akan menang di PRU 13. ini adalah kerana persempadan kawasan pilihanraya
DUN dan Parlimen pada masa kini menjadikan orang Cina sebagai penentu
parti mana yang akan menang di PRU 13.

2. Orang Cina merasakan bahawa model pemerintahan pakatan rakyat


semasa memerintah di Perak cukup menguntungkan mereka dan perlu dilak-
sana di seluruh negara.

3. orang Cina merasakan bahwa PRU 13 merupakan peluang yang paling


baik bagi orang Cina untuk berkuasa di Negara ini.
Menyedari akan hal ini maka NGO-NGO Cina seperti Ziong Dong dan Dewan
Perniagaan Cina telah menggunakan sepenuhnya kesempatan dengan mende-
sak kerajaan dengan perlbagai desakan yang menguntungkan kaum Cina. Jika
sekiranya tuntutan meraka tidak terima maka mereka akan mengugut mengundi
pakatan Rakyat yang mana sanggup menyerahkan apa saja yang kaum Cina
mahu.

Satu demi satu tuntutan mereka telah berjaya selepas PRU 12 adalah:.
1. Antaranya tuntutan mereka yang berjaya adalah jumlah biasiswa pe-
lajar bukan bumiputera telah dinaikkan daripada 10% kepada 45% mulai
tahun 2008 dan ini telah menyebabkan pelajar bumiputra mengalami keru-
gian dan ini juga bertentangan dengan peruntukan Perkara 153, Perlem-
bagaan Persekutuan berkaitan dengan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu.
Isu biasiswa ini bukan sesuatu yang boleh diguna sebagai justifikasi poli-
tik. Ia adalah hak yang telah diperlembagakan.

2. Hasil desakan mereka yang konsisten maka kementerian Pelajaran


telah memberi peruntukan sebanyak 1.8 bilion unutk sekolah2 Cina.

3. Hasil desakan mereka yang konsisten maka jumlah pelajar bukan


bumi ke Maktab tentera (RMC) telah ditingkatkan dari 10% kepada 30 %

Menjelang PRU 13 mereka akan terus mendesak kerajaan dengan perlbagai de-
sakan yang menguntungkan orang Cina. Perkasa bimbang desakan dan ugutan
parti politik Cina dan NGO-NGO Cina akan menyebabkan kerajaan beralah dan
bertolak ansur dan MODEL EKONOMI BARU digubal akan mengikut agenda
dan acuan kaum Cina.
Sehubungan dengan itu, Perkasa akan menentang sekeras-kerasnya usaha
mana-mana pihak yang tunduk kepada desakan dan ugutan parti politik Cina
dan NGO-NGO kaum Cina.
Perkasa akan menentang sekeras-kerasnya jika ada usaha dan cadangan pi-
hak kerajaan untuk memansuhkan sistem kouta (samada diperingkat makro
dan mikro) dan subsidi bagi menjayakan pendekatan liberalisasi di dalam Model
Ekonomi Baru.
Perkasa akan menentang sekeras-kerasnya jika ada usaha dan cadangan pi-
hak kerajaan untuk meliberalisasikan dasar-dasar yang terbukti telah dapat
membantu kaum bumiputra.
KESAN KEGAGALAN MODEL EKONOMI BARU
TERHADAP KUASA POLITIK ORANG MELAYU

Kegagalan kerajaan di dalam memasukkan agenda Melayu secara serius di


dalam Model Ekonomi Baru akan menyebabkan orang Melayu dan bumipu-
tra kecewa. Sejak sebelum merdeka dan sehingga kini, orang Melayu telah
menunjukkan tolak ansur yang cukup tinggi bermula dari hak kerakyatan hing-
galah hak istimewa orang Melayu korban.

Meskipun orang Melayu tidak akan menunjukkan protes secara besaran terha-
dap Model Ekonomi Baru jika agenda Melayu diketepikan namum kerajaan per-
lu bimbang kerana mereka akan menghukum parti pemerintah dengan meng-
gunakan peti-peti undi seperti yang berlaku pada PRU12. Harapan kerajaan
untuk mendapat undi kaum Cina tidak kesampaian manakala undi Melayu kita
melepas. Bak kata perpatah yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.

Model Ekonomi Baru tidak boleh lagi berdasarkan sajak Usman Awang .......
Baiknya hati Melayu tiada terbandingan, Segala yang ada sanggup di-
berikan Sehingga tercipta sebuah kiasan
“Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran”.....
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAY SIA

Anda mungkin juga menyukai