Anda di halaman 1dari 14

WAJ3101

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

1.0 PENGENALAN

Setiap tamadun yang pemah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri
dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Dengan kelangsungan
sesebuah tamadun itu, hasilnya, sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan
dan pengaruh tamadun lain. Kewujudan hubungan atau interaksi antara tamadun sama
ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku
merubah cara pekembangannya.

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan


berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Interaksi antara tamadun bermaksud
hubungan, pertemuan, komunikasi dan lain-lain yang berlaku antara kelompok,
masyarakat dan sterusnya negara. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai
pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi antara tamadun
bukanlah merujuk kepada interaksi antara tamadun itu sendiri, tetapi secara realitinya
interaksi itu berlaku adalah di antara individu dan masyarakat yang mewakili tamadun
tersebut

Dari kewujudan tamadun ini juga telah lahir tokoh-tokoh yang amat besar
sumbangannya kepada dunia sehingga kini. Tokoh-tokoh inilah telah banyak mengubah
tamadun yang ada di dunia ini. Mereka telah memberi sumbangan yang amat bermakna
sehingga boleh digunapakai hingga kini.

[1]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

2.0 TOKOH TAMADUN

2.1 PENGENALAN TOKOH

Al-Ghazali (1059 – 1111M)

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad. Menurut satu teori,
beliau mendapat gelaran Al-Ghazali dari sebuah perkampungan kecil di Thus, Iran yang
bernama Ghazalah, iaitu tempat beliau dilahirkan (Abdullah Zhidi et.al, 2013). Di barat
pula beliau dikenali sebagai nama Algazel. Beliau digelar sebagai Hujjat Al-Islam
(Pembukti Islam) dan pengumpul sains pelbagai bidang. Beliau pula ahli falsafah,
teologi, jurisprudens, pemikir dan reformis agama. Selain mengkaji agama Kristian,
beliau juga membaca buku falsafah Yunani, terutama falsafah Plato dan Aristotle (Mook
Soon Sang, 2013).

Dilahirkan pada pertengahan abad kelima (450 Hijrah – 1059 Masihi) dan
menghebuskan nafas terakhir di tempat kelahirannya pada tahun 505 Hijrah. Ayah
beliau adalah seorang yang warak serta sangat berminat dengan ilmu falsafah. Beliau
mendapat pendidikan asas dengan menghafal Al-Quran, mempelajari asas-asas
membaca dan menulis, ilmu nahu bahasa Arab, matematik, fiqah dan lain-lain. Beliau
pernah memegang jawatan sebagai ketua di Universiti Nizamiyah, Baghdad selama lima
tahun. Beliau seterusnya ke Palestin dan beriktikaf di Masjid Baitulmuqaddis. Setelah
menunaikan haji, beliau kembali ke tempat kelahirannya dan menjalani kehidupan
seperti biasa serta beribadah. Selama 10 tahun di kampungnya, beliau telah
menggunakan masanya untuk menghasilkan karya-karyanya dan antara yang terkenal
ialah Ihya’ Ulumuddin. Beliau kemudiannya mengajar di Nishapur di bawah gurunya
Imam Al-Haramain. Beliau seterusnya dilantik sebagai Rektor institusi berkenaan bagi
menggantikan Imam Al-Haramain (Abdullah Zhidi et.al, 2013).

2.2 SUMBANGAN

Dunia mengenali penulisannya dan beliau merupakan seorang pengarang yang berada
dalam kelas tersendiri (Abdullah Zhidi et.al, 2013). Antara buku-buku yang ditulis

[2]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

olehnya adalah Makasid Al-Falasifa (Objective of philosophers), Tahafut Al-Falasifa (The


Incoherence of the philosophers),Al-Ikisad fi El Itikad (The economy of believing) yang
banyak menggunakan logik Aristotle, termasuklah silogismenya, Ihya Ulum Al-Din (The
revival of religiuos science) yang mengandungi garis panduan komprehensif untuk umat
islam dipatuhi ke arah mencapai hidup yang suci, Al-Munqith min Al-Dalal (The Rescuer
from loss) yang menjelaskan perkembangan pendapat agama. Buku ini pula rujukan
utama untuk pendidik kerana intisari kandungannya menegaskan kepentingan aplikasi
pendekatan pemeriksaan kendiri sebagai kaedah mencari kebenaran melalui imbangan
di antara agama dan pemikiran logikal (Mook Soon Sang, 2013).

2.3 PANDANGAN TOKOH

Al-Ghazali berpendapat bahawa proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek


intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-
menghormati. Beliau menegaskan pendidikan ialah sifat murni dan harus kongruen
dengan versi Al-Quran yang suci. Menurut beliau juga, pedagogi adalah berkait rapat
dengan proses manusia yang implikasinya adalah proses pendidikan hanya dapat
diamalkan melalui sikap rendah diri, penumpuan perhatian, mendengar dengan teliti dan
kolaborasi di antara individu. Beliau juga berpendapat bahawa pendidikan ialah sesuatu
proses logikal, bermula dari aspek hidup yang mudah kepada hidup yang lebih
kompleks. Guru harus memainkan peranan sebagai role model dan menyokong murid
mereka untuk mengisikan keperluan dan perkembangan potensi mereka secara
keseluruhan (Mook Soon Sang, 2013).

Beliau juga ada membincangkan tentang soal kepimpinan bagi sesebuah negara
Islam. Beliau menyatakan bahawa ada cara untuk memperbaiki urusan politik.
Pertamanya memberi pengertian permasalahan, kedua menasihati pemimpin, ketiga
menegur dengan bahasa yang keras dan akhir sekali jika masih belum berjaya
hendaklah seseorang itu menegah dengan kekerasan. Dalam karya beliau iaitu “al-Tik
al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk’ telah menyatakan bahawa

“Ketahuilah...hal Sultan dunia, Raja Timur dan Barat bahawa Allah telah
meanugerahakan kepadamu pelbagai nikmat yang nyata dan anugerah
berganda; maka wajiblah engkau bersyukur kerananya maka kewajipan engkau

[3]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

mencanagkan dan menghibahkannya”, Abu Bakar Hamzah, 1998;4, (Abdullah


Zhidi et.al, 2013).

3.0 RUMUSAN PANDANGAN TOKOH DARI SEGI RELEVENSINYA DENGAN


PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA.

Sebelum kedatangan islam, masyarakat Nusantara telah dipengaruhi oleh agama


Hindu-Buddha. Kepercayaan mereka banyak diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha.
Oleh yang demikian banyak pengaruh berkenaan masih tidak dapat ditinggalkan oleh
masyarakat islam Nusantara termasuklah Malaysia. Pada peringkat awal kegiatan islam
di Nusantara hanya dijalankan oleh orang asing sahaja, samada dari negeri Arab atau
Parsi, mahupun dari India dan China (Mahayudin Hj. Yahaya,2005)

Dalam pandangan Al-Ghazali sebagai tokoh yang dilipih menerangkan bahawa


pendidikan itu amat penting bagi seseorang manusia di dunia ini. Hal ini telah
dinyatakan di dalam pandangan beliau terhadap pendidikan adalah menyeluruh dari
pelbagai aspek. Pendidikan bukanlah berfokuskan pembelajaran sahaja, malah
pendidikan juga meliputi kerohaian manusia. Jika hanya berfokuskan pada
pembelajaran sahaja, hilangkan sikap-sikap empati yang ada di dalam diri manusia. Hal
ini juga akan menurunkan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Pengisian rohani yang
diselaputi dengan intelek boleh menghasilkan ketamadunan yang menjurus kepada
masyarakat yang sempurna. Apabila sesebuah masyarakat yang hanya bertumpukan
kepada proses pembelajaran tetapi tidak ada pengisian rohani, maka pendidikan itu
akan melahirkan model yang tidak lengkap. Maka pengisian rohani itu adalah penting
dalam melahirkan model yang tahu akan baik dan buruknya sesuatu keadaan. Jika
pandai dan berpendidikan tetapi melakukan maksiat dan tidak mengenal dosa juga
pahala, maka apakah yang akan terjadi kepada pendidikan. Dalam proses pendidikan
itu hanya mengeluarkan model yang pandai dari segi inteleknya tetapi kurang terhadap
pengisian agamanya. Samalah juga jika menghasilkan seorang pencuri atau perogol
yang tidak tahu akan dosa pahala juga mungkin seorang perasuah yang tidak akan
takut untuk membuat kejahatan atau kesalahan kerana tiada pengisian itu.

Selain itu pandangan beliau juga menekankan tentang latihan jasmani, iaitu
tentang kecegasan seseorang juga perlulah diambil berat sebagai sebahagian dalam
proses pendidikan. Kesihatan amatlah penting kepada tubuh badan, kecergasan dalam

[4]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

senaman dapat membantu melakukan riadah yang sempurna. Menggunakan bakat


untuk mengembangkan kemahiran teknikal dan manipulatif dan memanfaatkan tenaga
fizikal untuk berdikari. Apabila badan sihat seterusnya dapat menggunakan tenaga
fizikal bagi kepentingan masyarakat dan dapat menyumbangkan pengeluaran demi
kemajuan Negara. Latihan jasmani juga dilihat merupakan jalan pintas untuk melahirkan
generasi yang lebih aktif dan membina unsur kesepaduan dan kolerasi dalam
pendidikan. Dalam ilmu pendidikan jasmani juga boleh membentuk sahsiah dan sikap
untuk menghadapi cabaran hidup. Jika diamalkan dalam kehidupan ianya akan
menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi seseorang ke
tahap optimun. Dalam pendidikan jasmani juga telah menghasilkan nilai-nilai murni
seperti kerjasama, kepimpinan dan perpaduan. Maka dalam realitinya juga pembinaan
yang tamadun yang sempurna amat memerlukan individu yang cergas dari segi jasmani
dan rohaninya. Jika seseorang individu cergas maka bolehlah mereka melakukan kerja
yang lebih sempurna dan membawa kepada kebaikan.

Relevennya pendapat tokoh ini berkaitan dengan akhlak yang mulia, berani dan
hormat-menghormati adalah akan menghasilkan produk yang berkualiti dan sempurna.
Ini adalah kerana jika seseorang itu berakhlak mulia dan mempunyai perasaan jiwa
yang sihat maka serta merta akan berupaya memperkembangkan kecerdasan emosi ke
tahap yang lebih matang. Apabila seimbang dan harmonis maka wujudlah insan yang
menghayati dan memiliki ilmu dan berakhlak mulia. Selain itu akan berpegang teguh
kepercayaan kepada Tuhan serta akan mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram serta
sikap yang positif. Selain itu, seseorang akan lebih gembira dan melaksanakan tugas
dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Dalam pernyataan pandangan tokoh Al-
Ghazali juga ada menyebut tentang merujuk kepada Al-Quran sebagai panduan.
Apabila sebagai seorang islam, jika Al-Quran menjadi panduan maka mereka akan
patuh dan percaya kepada Penciptanya. Sesebuah tamadun yang mengakui kewujudan
Tuhan akan lebih mengandungi sifat kejiwaan dan kebatinan yang baik serta berupaya
mendisplinkan diri dalam membentuk akhlak yang mulia.

Sebagai masyarakat yang bertamadun juga perlulah mengakui wujudnya


Pencipta dan mengakui bahawa manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta. Jika
masing-masing sudah tahu kewajipan itu, perlulah mereka menyedari bahawa manusia
dijadikan adalah untuk memakmurkan alam bukanlah untuk menghancurkannya.

[5]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

Apabila tahu akan hukuman yang akan diberikan jika membuat sesuatu kesalahan maka
manusia akan lebih bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala perbuatannya. Jika
ini terjadi masyarakat akan melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Hal ini
semuanya berkaitan dengan isi kandungan yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran.
Oleh itu potensi seseorang akan dapat lebih dikembangkan melalui aspek yang
menyeluruh ini. insan seperti ini akan sentiasa mengamalkan sikap bersyukur dan
sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup
dengan tenang. Jika sudah berilmu dan berpendidikan maka perlulah menghasilkan budi
pekerti yang baik dan berakhlak mulia sekaligus menjadikan ciri-ciri masyarakat yang
baik dan terdidik.

Menurut Al-Ghazali juga, ilmu boleh diklasifikasikan kepada ilmu fardu ain iaitu
ilmu agama dan ilmu fardu kifayah iaitu ilmu agama dan ilmu pertanian. Beliau juga
berpendapat tidak boleh dipisahkan hakikat dan kebenaran. Setiap manusia yang
sempurna dikurniakan akal fikiran oleh Tuhan. Hanya mereka yang tahu
memaksimumkan penggunaan akal serta mampu mengawalnya mengikut kehendak
yang positif sahaja dapat merasai nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan. Dengan akal,
kita dapat mengenal Tuhan dan mempertimbangkan antara perkara baik dan buruk.
Tanpa akal, manusia akan seperti haiwan. Lihat sahaja kepada manusia yang tidak
menggunakan akal untuk kebaikan dirinya sendiri, seperti penagih dadah misalnya,,
oleh kerana mereka tidak menggunakan akal pada tempat sepatutnya, hidup mereka
melarat dan sanggup tidur di kaki lima atau di tepi longkang yang busuk. Di manakah
letaknya akal dan tamadun seseorang jika tidak mampu untuk menilai kebaikan dan
keburukan untuk diri sendiri.

Al-Ghazali juga ada menyebut bahawa penumpuan perhatian, mendengar


dengan teliti dan kolaboratif di antara individu. Beliau juga berpendapat bahawa
pendidikan ialah sesuatu proses logikal, bermula dari aspek hidup yang mudah kepada
hidup yang lebih kompleks. Guru harus memainkan peranan sebagai role model dan
menyokong murid mereka untuk mengisikan keperluan dan perkembangan potensi
mereka secara keseluruhan.

“penumpuan sebenarnya merupakan kawalan perhatian. Dalam perkataan lain


perkara yang menganggu perhatian dapat dikawal atau dihapuskan.”
(Khalid,1993)

[6]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

Penumpuan perhatian amat penting dalam proses pembelajaran dan ketamadunan


sesebuah masyarakat. Sebenarnya sebelum kita dapat menumpukan perhatian kepada
sesuatu perkara, kita mestilah mempunyai dorongan terhadap perkara tersebut.
Penumpuan ini berkait rapat dengan proses berfikir menggunakan otak. Manusia
sentiasa menggunakan otak dan berfikir bagi meneruskan kehidupan, jika penumpuan
dan perhatian itu dilakukan maka seseorang akan dapat menyelesaikan masalah dan
menyesuaikan diri dengan persekitaran. Dengan amalan budaya berfikir akan
terbentuknya tamadun kehidupan manusia itu sendiri secara berterusan.

Proses mendengar adalah amat penting kerana apabila seseorang dapat


mendengar dengan baik dan teliti, maka mereka akan bertindak balas seterusnya akan
memahami persoalan dan menimbulkan komunikasi yang berkesan. Begitulah yang
dinyatakan oleh tokoh Al-Ghazali dalam pandangannya terhadap pendidikan.
Mendengar adalah proses asas dalam pembelajaran, jika seseorang itu tidak
mendengar dengan baik maka proses pembelajarannya akan terbantut dan ilmu itu tidak
akan sampai kepada mereka. Kerjasama juga adalah satu aspek penting dalam
membentuk sesebuah tamadun. Contohnya dalam membentuk ketamadunan di
Malaysia kini yang telah di suarakan oleh kerajaan tentang slogan ‘1 Malaysia’. Jika
slogan itu hanya perkataan yang tidak memberikan apa-apa makna, maka tidak akan
tercapai hasrat untuk membentuk sebuah negara yang berbilang bangsa. Dalam usaha
menuju ke arah membentuk tamadun yang baik dalam negara seumpama Malaysia ini,
yang mempunyai pelbagai kaum, kita haruslah saling bantu membantu dan
bekerjasama. Apabila sesama kita bekerjasama tanpa mengira kaum atau bangsa,
sesebuah negara itu akan kukuh dan akan hidup dalam harmoni tanpa ada perselisihan
faham atau sifat perkauman. Apa yang cuba disampaikan oleh Al-Ghazali ini adalah
sesuatu masyarakat itu perlu bekerjasama untuk membentuk perpaduan. Itu lah yang
perlu sesebuah masyarakat lakukan jika mempunyai pelbagai bangsa dalam sesebuah
komuniti.

Dalam pandangan beliau juga berpendapat bahawa pendidikan ialah sesuatu


proses logikal, bermula dari aspek hidup yang mudah kepada hidup yang lebih
kompleks. Guru harus memainkan peranan sebagai role model dan menyokong murid
mereka untuk mengisikan keperluan dan perkembangan potensi mereka secara

[7]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

keseluruhan. Dalam realitinya memang guru itu adalah tumpuan bagi murid atau pelajar.
Apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang guru itu akan mereka ikuti. Begitu juga
realitinya masyarakat, jika ketua menunjukkan sikap yang positif dan baik, maka
pengikutnya juga akan mengikut jejak langkah yang sama. Seseorang guru yang baik
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, sikap baik hati dan
timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh pelajarnya. Mereka akan belajar dalam
suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. Sabar adalah kunci seseorang guru.
Guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri.
Guru ini tidak mudah meradang dalam apa jua keadaan. Guru yang mudah
menunjukkan kemarahannya tidak akan dapat menjalinkan perhubungan yang erat
dengan murid-muridnya. Akibatnya, sifat kurang sabar ini akan menjejaskan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seterusnya bertanggungjawab iaitu akan
sentiasa mendorong guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
Seseorang guru yang bertanggungjawab akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya
dengan sempurna.

Pandangan beliau terhadap soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam adalah
memberi pengertian permasalahan, keduanya menasihati pemimpin kemudian menegur
dengan bahasa yang keras dan jika tidak boleh juga perlulah menegah dengan
kekerasan. Allah s.w.t mencipta manusia, melengkapkan mereka dengan keupayaan
intelek dan menjadikan mereka sebagai khalifah (pemimpin) di atas muka bumi ini. Di
samping kejadian manusia, Allah juga mencipta makhluk-makhluk dan kejadian lain
sebagai sesuatu yang berguna kepada manusia.

“Dalam mencipta kejadian-kejadian ini, Allah membekalkan dua prasarana


kepada manusia untuk memakmurkan muka bumi iaitu kebolehan
mengurus(Skill) dan sumber-sumber (resources)” (Nurhelmi,2008)

Kejayaan dan kekuatan sesuatu bangsa adalah bergantung kuat kepada gaya
kepimpinan mereka dan berkait rapat dengan kesedaran menunaikan tanggungjawab
oleh pemimpin dan seterusnya menggerakkan masyarakat menuju keredhaan Allah.
Islam telah menyediakan garis panduan yang jelas dalam soal kepimpinan yang boleh
dipraktikkan untuk kesejahteraan masyarakat. Dalam kata-kata Al-Ghazalli terhadap
pemimpin ini haruslah diambil kira pentingnya untuk menegur seseorang pemimpin yang

[8]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

salah dan seorang pemimpin perlulah bertanggungjawab dengan tugasnya sebagai


ketua. Ini boleh juga dikaitkan dengan sabda Rasullulah yang bermaksud:

‘Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab
kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara
bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya.
Seorang isteri bertanggungjawab di rumahnya dan akan disoal oleh Allah akan
kepimpinannya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga
akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan,
bertanggungjawab kepada majikannya, setiap kamu adalah pemimpin, dan
bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya’. (Surah al-Baqarah, ayat 124)

Berdasarkan hadis ini, boleh difahami bahawa tahap yang paling minimum
seseorang individu bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, kemudian hirerki
kepimpinan meningkat setahap demi setahap bermula dalam diri sendiri, keluarga,
masyarakat sehinggalah kepada kepimpinan yang tertinggi. Dalam semua peringkat
kepimpinan ini, pemimpin bertanggungjawab penuh terhadap pengikut-pengikut atau
orang yang dipimpinanya. Lebih tiinggi kedudukan kepimpinan seseorang, lebih tinggilah
amanah yang mesti dipukul olehnya.

Pemimpin sebenarnya yang bertanggungjawab menentukan ke arah mana


pengikut-pengikutnya akan dibawa. Keharmonian atau kegelisahan yang wujud dalam
masyarakat berkait rapat dengan agenda yang dibawa oleh pemimpin. Banyak nas’
yang menekankan fungsi pemimpin sebagai penggerak sosial dan mengakui pemimpin
mempunyai implikasi besar kepada corak atau pola perlakuan pengikut. Oleh itu,
sebagai pemimpin pada pendangan Al-Ghazalli perlulah memperbaiki urusan politiknya
dengan baik dan menyelesaikan masalah rakyatnya. Pemimpin yang baik adalah
pemimpin yang mampu menerima kritikan dan teguran orang di bawahnya. Menyedari
akan hakikat bahawa pemimpin juga bukanlah sempurna, Islam meminta umatnya
menegur dan memberi nasihat kepada pemimpin mereka.

Dalam hal ini, pemimpin juga wajar bersifat terbuka, bersedia menerima teguran
dan nasihat. Prinsip kepimpinan sebegini telah dibuktikan misalnya oleh Saidina Abu
Bakar as-Siddiq yang membuka ruang kepada rakyat supaya beliau ditegur seperti
disebut dalam ucapan dasarnya selepas dilantik sebagai khalifah Islam pertama
menggantikan Rasulullah s.a.w, katanya yang bermaksud ‘Jika sekiranya kamu melihat
aku melakukan kebaikan, bantulah aku, dan jika sekiranya kamu melihat aku melakukan

[9]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

kesalahan, betulkan aku’ (Mahayuddin,2005). Sikap terbuka pemimpin amat penting


kerana ia boleh mencipta suasana yang harmoni antara pemimpin dengan para pengikut
dan mewujudkan perasaan kasih sayang sesama mereka. Kerana itu Islam juga
mengajar supaya pemimpin tidak menganggap dirinya mempunyai keistimewaan-
keistimewaan yang membezakan dirinya dengan para pengikutnya.

Teguran yang dianjur oleh Islam dianggap unggul kerana ia tidak akan memihak
kepada pemimpin sepenuhnya dengan mengorbankan kepentingan ummah dan ia tidak
pula memihak kepada kumpulan atau ummah dengan mengorbankan kepentingan
pemimpin. Ia menjelaskan di antara tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin di satu
pihak dan tugas dan tanggungjawab pengikut di satu pihak yang lain. Masyarakat yang
cemerlang akan terbentuk daripada kepimpinan yang cemerlang. Lebih ramai pemimpin
yang memahami kepimpinan sebagai amanah dilahirkan dalam sesebuah masyarakat,
akan lebih makmur dan sejahtera masyarakat. Oleh kerana setiap individu Muslim
dianggap pemimpin, mereka mesti membina potensi kepimpinan masing-masing yang
berkesan kepada orang yang dipertanggungjawabkan.

Dalam membentuk ketamadunan di Malaysia, semua kepimpinan perlulah


berteraskan amanah Allah s.w.t. Tamadun dalam sesuatu bangsa akan lebih maju jika
kerohanian itu menjadi teras kepada pucuk kepimpinan. Kepimpinan adalah berkait
rapat dengan menjalankan tanggungjawab dan memberi hak yang wajar kepada yang
berhak menerimanya dan ianya bergantung kepada kualiti modal insan yang dilahirkan
oleh negara yang mempu bersaing di peringkat global.

[10]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

4.0 KESIMPULAN

Ketamadunan adalah penting dalam sesebuah negara kerana ianya akan memberikan
tahap pencapaian yang tertinggi pada sesebuah negara tersebut. Semakin tinggi
tamadunya maka semakin majulah pemikiran mereka. Apabila pemikiran mereka
semakin luas, maka negara akan semakin berkembang dan maju samada dari sudut,
pendidikan, pentadbiran, sosial, perkembangan teknologi dan sebagainya. Ini adalah
kerana tamadun merupakan satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh dalam semua
aspek kehidupannya.( status sosial manusia mulai berubah dari kehidupan serba mudah
kepada satu organisasi masyarakat kompleks).

Walaupun hakikat sebenarnya tamadun itu menjurus kepada tingkah individu itu
sendiri, jika diamati kini makin hilang ketamadunan itu dalam diri individu. Boleh dilihat
apabila seseorang yang ingin meminta tolong di tepi jalan masyarakat kini hanya melihat
tanpa rasa simpati. Itu adalah salah satu sifat yang menjurus kepada ketamadunan
sesebuah masyarakat. Jika semua itu hilang maka makin hilanglah ketamadunan itu.
Maka tamadun itu adalah amat-amat penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

[11]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

5.0 REFLEKSI

Alhamdulillah sepanjang saya menyiapkan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS) ini telah banyak memberikan saya inspirasi dan pengalaman yang tidak
mungkin saya jumpa di mana-mana. Ilmu yang saya perolehi ini bukan sahaja untuk
menambahkan ilmu pengetahuan malah ianya dapat diaplikasikan di dalam amalan
kehidupan sehari-hari saya. Sejarah Ketamadunan Manusia ini telah memberikan satu
impak yang besar kepada diri saya dan telah membuka mata saya seluasnya tentang
kehidupan sebenar yang berlaku suatu ketika dahulu bermula pada kemunculan awal
manusia di dunia ini sehingga manusia yang sudah mempunyai tamadun. Sebelum ini
saya hanya tahu bahawa tamadun itu adalah kemajuan sahaja, tetapi konsep tamadun
itu terlalu luas untuk difahami. Ianya bukan sahaja untuk negara atau sesebuah bangsa
tetapi adalah untuk diri sendiri dan untuk memberikan impak kepada seseorang individu.
Ketamadunan lah yang akan membeza seseorang dengan seseorang yang lain. Dalam
konsep yang didapati dalam tamadun itu ialah suatu kehidupan yang unggul dan
berpandukan sistem perundangan, agama, politik dan pentadbiran yang menjamin
kemajuan dan keselamatan masyarakat.

Etika yang tinggi dan soal nilai juga dikaitkan dengan tamadun di mana
pencapaian dan peningkatannya akan diperoleh manusia. Nilai dalam Tamadun Asia
dianggap bersifat kolektif manakala dalam Tamadun Barat dikatakan bersifat
individualistik. Dapat dirumuskan disini bahawa sifat dalam Tamadun Islam itu sendiri
adalah bersifat syumul, lengkap dalam segala sudut. Jika dilihat pada konsep yang
dibawa oleh tamadun barat lebih menjurus kepada individu dan kepentingan peribadi.
Kemewahan adalah segalanya, tanpa mengira status yang mereka ada. Nilai-nilai yang
perlu ada dalam sesebuah tamadun akan membentuk keperibadian negara tersebut.
Maka dalam tamadun islam ada memberikan semua yang dikehendaki oleh
ketamadunan. Seperti yang telah dikenalkan oleh tokoh tamadun yang saya pilih iaitu
Al-Ghazalli. Pandangan beliau amat memberikan kesan sehingga kini. Samada dalam
pendidikan, politik, sosial dan sebagainya. Pandangan beliau amat menarik dan boleh
lagi diguna pakai hingga kini.

Ini kerana pandangan beliau terhadap ilmu dan pendidikan adalah sangat
menarik dan ianya adalah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

[12]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

menginginkan pembentukan dalam pendidikan itu secara holistik, menyeluruh dari


aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Untuk melengkapkan pendidikan
itu, seseorang perlulah mempunyai ke lima-lima aspek ini dan aspek-aspek inilah yang
telah dinyatakan terlebih dahulu oleh tokoh pilihan saya ini iaitu Al-Ghazalli. Saya teruja
apabila memilih tokoh ini kerana sifat keperibadiannya yang amat cintakan ilmu. Dia
meneroka ilmu itu tanpa jemu walaupun banyak rintangan dan dugaan yang telah
diterimanya. Inilah yang perlu saya ambil sebagai semangat untuk meneruskan
menggali ilmu yang amat luas di bumi Allah ini. Dalam kitab ‘Ihya-Ulumuddin’ telah
menyatakan bahawa sebelum melakukan sesuatu perkara perlulah merujuk kepada
hukum-hukum Allah mengenai perkara-perkara yang hendak dilakukannya itu.

Banyak pesanan-pesanan Al-Ghazalli yang boleh direnung dan dibuat rujukan


seperti beliau menyatakan yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini adalah mati,
kerana itu adalah janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Beliau
juga menyatakan apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini, maka jawab beliau
adalah masa lalu. bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita tetap tidak akan balik ke
masa lalu. Saya berpendapat bahawa kita haruslah menjaga hari ini dan hari-hari yang
akan datang dengan perbuatan yang baik dan sesuai dengan ajaran agama. Pesanan
beliau lagi tentang apakah perkara yang paling besar di dunia ini, ia adalah nafsu yang
menguasai diri dan menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan
hati. Maka kita haruslah berhati-hati dengan nafsu dan janganlah sampai membawa kita
ke neraka. Perkara yang berat yang perlu dipegang di dunia ini adalah amanah. Apabila
direnung kembali, segala yang diperkatakan oleh beliau amat benar dan terkesan
hingga kini.

Segala pesanan beliau amat memberikan saya kesan kerana ianya berkaitan
dengan ilmu pengetahuan. Banyak perkara baru yang saya pelajari dari falsafah yang
telah dicipta oleh beliau. Semakin dibaca semakin banyak ilmu yang telah beliau
berikan. Samada dari segi ilmu ataupun dari segi kehidupan.

[13]
WAJ3101
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PANDANGAN IMAM AL GHAZALLI

RUJUKAN

BUKU

Abdullah Zhidi Omar, Dr. Roslina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Dr. Raudah Ali, Mohd
Hilmi Rozali, Mahdi Shuid (2013), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS);
untuk IPG (PISMP,PGSR.PPG dan KDPM), IPTA dan IPTS, Selangor:
Multimedia Sdn Bhd.

Khalid Mohamed Nor (1993) Kaedah Pembelajaran Berkesan, Kuala Lumpur: Cahaya
Pantai (M) Sdn Bhd

Abdul Latip bin talib (2009), Novel Sejarah Islam: Ali bin Abi Talib, Mutiara Ilmu Islam.
Pts Millenniea Sdn.Bhd.

Mook Soon Sang (2013), Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Perak : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd

Azhar Hj. Mad. Aros (2004) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Fajar Bakti Sdn
Bhd, Kuala Lumpur

Universiti Malaya (2002), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Buku Teks kursus TITAS
untuk Institut Pengajian Tinggi) Universiti Malaya Kuala Lumpur

Mahayudin Hj. Yahaya (2001), Tamadun Islam,edisi kedua, Fajar Bakti Sdn Bhd., Kuala
Lumpur

[14]

Anda mungkin juga menyukai