Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SEMENCHU

81900 KOTA TINGGI, JOHOR

KERTAS KERJA

PENYAMPAIAN HADIAH MOTIVASI DAN


TAKLIMAT IBU BAPA MURID LINUS
2017

Tarikh:
7 NOVEMBER 2017
Hari:
SELASA

Anjuran:
Jawatankuasa Linus 2.0
SK Felda Semenchu
1.0 PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS
Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana
Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua
murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga
tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2013.Justeru,setiap segala yang
diatur,disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program
LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi merealisasikan hasrat ini,satu bentuk
perancangan yang baik, tersusun, terarah, bermatlamat dan bermakna perlu
direncanakan. Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk
menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang
sesuatu kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan
menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh
Jawatankuasa LINUS sekolah ini. Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk
mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya
dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas
Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan
khas dalam bidang ini.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM


2.1 Memberi penghargaan dan motivasi kepada murid-murid linus yang telah
berjaya melepasi saringan 2, 2017.
2.2 Ibu bapa/ penjaga mengetahui keputusan saringan dan konstruk yang
tidak dapat dikuasai oleh anak masing- masing.
2.3 Ibu bapa/ penjaga mengetahui peranan yang perlu dilakukan bagi
membantu pihak sekolah mencapai matlamat SIFAR Linus.

3.0 TARIKH PELAKSANAAN


7 November 2017 (Selasa)

4.0 SASARAN
Ibu bapa/ Penjaga Murid Linus Saringan 2, 2017 ( 24 ORG )
Murid-murid LINUS yang melepasi saringan 2, 2017 ( 33 ORG )
5.0 TENTATIF PROGRAM
10.30 pg:Pendaftaran Ibu Bapa
10.45 pg:Bacaan Doa
Ucapan aluan Guru Besar
Persembahan Membaca BI dan BM murid tahun 1 dan 2
Sesi penyampaian hadiah
Taklimat mengenai Saringan 2 Linus 2.0
Bersurai

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : Puan S. Fadilah Binti Mohd Salleh
(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Encik Kadimin Bin Sugimin
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Encik Qayyum Bin Hj Shamsuri
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Encik Hishammuddin Bin Othman
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Cik Rabihah Binti Abu Bakar
Pendaftaran : Puan Siti Zulaila Binti Jufri
Brosur : Cik Ezzah Soffea Binti Seman
Dokumentasi : Puan Sayyidatul Syarifah Binti Yahaya
Siaraya & Peralatan : Puan Hafizah Binti Hajanah
7.0 ANGGARAN KEWANGAN
Bil Perkara Kuantiti Anggaran Jumlah (RM)
(RM)
1. Hadiah/Hamper 60 60 x RM 10 600
JUMLAH RM 600
8.0 PENUTUP
Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya
selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan
terima kasih. Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam
kalangan semua jawatan kuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang
dicitakan. Diharapkan bilangan murid-murid yang tegar dapat dikurangkan dan jumlah
memasuki kumpulan Arus Perdana semakin bertambah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................................................. ………………………………………….
(RABIHAH BINTI ABU BAKAR) (S. FADILAH BINTI MOHD SALLEH)
Penyelaras Linus 2.0 SK Felda Semenchu.
SK Felda Semenchu.

Anda mungkin juga menyukai