Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

MSSD TAWAU TAHUN 2017

1. PENDAHULUAN
Sesungguhnya permainan sepak takraw adalah merupakan salah satu jenis acara sukan dan
permainan yang turut dimasukkan ke dalam takwim Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) sebagai
satu platform untuk membentuk masyarakat madani yang sempurna dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek selaras dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysiia untuk
memperkasakan institusi pendidikan di negara kita. Justeru, SMK. Balung telah diberikan amanat oleh Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Tawau untuk mengelolakan Pertandingan Sepak Takraw pada tahun ini.

2. OBJEKTIF
2.1 Sebagai satu landasan untuk memilih barisan pemain bola baling dari pelbagai daerah dan bahagian
untuk mewakili MSSD Tawau Ke Kejohanan Sepak Takraw MSSB Tenggara 2017
2.2 Mengasah serta mencungkil bakat baru dalam permainan sepak takraw
2.3 Membentuk keperibadian dan sahsiah pelajar yang murni dan bernilai tinggi
2.4 Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar dan guru dari pelbagai sekolah
2.5 Membentuk semangat berpasukan dan semangat setiakawan yang tinggi di kalangan para pemain

3. SASARAN
3.1 Semua sekolah menengah daerah Tawau

4. CADANGAN TARIKH, MASA DAN VENUE KEJOHANAN


4.1 Tarikh : (Selasa - Khamis)
4.2 Masa : 7.30 pagi – 5.00 petang
4.3 Venue : KOmpleks Sukan Tawau

5. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN


5.1 Kategori 15 Tahun Ke Bawah
5.2 Kategori 18 Tahun Ke Bawah

6. AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN


6.1 Sila rujuk Lampiran 1
7. ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) KEJOHANAN
7.1 Sila rujuk Lampiran 2

8. KRONOLOGI KEJOHANAN
8.1 Sila rujuk Lampiran 3

9.0 PENUTUP
Kami berharap program yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dan akan berjalan dengan lancar
serta mencapai matlamat dan objektif . Terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang
memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disemak oleh

( AMDI BIN JENIS ) ( JULITA BINTI PANDU )


Setiausaha, Penolong Kanan Kokum
Pertandingan Sepak Takraw SMK. Merangkap
MSSD Tawau 2017 Merangkap Pengerusi Pertandingan
Sepak Takraw MSSDT 2017

Disahkan oleh,

( MATNOOR BIN HJ. SIMA )


Pengetua Cemerlang,
SMK. Balung
Merangkap Penasihat Pertandingan
Sepak Takraw MDSDT 2017

Anda mungkin juga menyukai