Anda di halaman 1dari 5

FAKTA KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia
banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam
ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-
gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang
tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi
keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti
pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih
merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih
lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara
dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan.
Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang
disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam
keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah
dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap
kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa.
Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman,
malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan
mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan
global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber
alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan
mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa
penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada
membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar.
Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut
dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan
bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan
serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa
di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau
yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat
diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari
dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya
kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada
manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air.
Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air
merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam
memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada
sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan
kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah
satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan
kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang,
sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang
mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang
pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku.
Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit.
Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah
masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong
asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing,
dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong
juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang
perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan,
sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan,
keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah
bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar
dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.
LANGKAH - LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama
dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti
sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai,
penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar
bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi.
Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar
perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini
termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa
memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini
perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya
dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir
dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap
manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan
perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan
majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-
pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-
jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding
media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-
kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam
dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga
alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya
kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan
pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat
akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam
sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-
kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan
alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan
betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi
seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar
mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada
peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian
tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah
bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya
setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan
moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan
tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar
didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya
dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam
diri pelajar .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat
mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi
moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa
tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti
kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan
bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan
oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis
udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat
mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar
pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan
bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa
pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan
semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan
bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan
memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal
alam sekitar daripada terus tercemar.

Anda mungkin juga menyukai