Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Rasul Ulul 'Azmi

Diceritakan bahawa terdapat seramai 124,000 orang nabi, dan 313 orang daripadanya
ialah rasul.Rasul-rasul ini diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin dan memandu umat
pada zaman mereka supaya mentauhidkan Allah, melaksanakan suruhan-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya.

Semenjak dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w.,
dakwah mereka untuk mendaulatkan syariat Islam sentiasa menghadapi cabaran. Daripada
313 orang rasul ini, 25 orang daripadanya adalah wajib diketahui oleh umat
Islam.Namun begitu, hanya lima orang rasul sahaja yang layak menerima gelaran Ulul
'Azmi iaitu Rasul pilihan dan Agung. Mereka yang terpilih ialah Nabi Muhammad s.a.w.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan Nabi Nuh a.s.

Di bawah dipaparkan secara ringkas antara amalan, dugaan dan peristiwa yang dihadapi
oleh rasul-rasul pilihan yang melayakkan mereka digelar Ulul 'Azmi.

1.Nabi Muhammad SAW

*Bapanya, Abdullah meninggal dunia sewaktu Baginda masih dalam kandungan. Ibunya,
Siti Aminah pula meninggal dunia ketika Baginda masih kecil. Kemudian bapa
saudara Baginda, Abu Talib dan isterinya yang tercinta Siti Khadijah r.ha. pula meninggal
dunia pada peringkat awal kenabiannya. Mereka adalah antara orang yang banyak
menyokong dan membantu kehidupan serta usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW.

*Kematian anak-anak Baginda berlaku pada waktu mereka masih kecil lagi. Yang tinggal
dan membantu Baginda dalam menegakkan Islam ialah Siti Fatimah al-Zahrah.

*Penentangan hebat kafir Quraisy terhadap Baginda khusunya daripada Abu Jahal, Abu
Lahab, Abu Sufyan dan ketua Munafik, Abdullah bin Ubay bin Salul.

*Cedera dalam perang Uhud di mana umat Islam tewas kepada tentera Quraisy Makkah.

*Menghadapi ancaman hebat daripada penduduk Makkah selama 13 tahun menjadi Nabi
serta menghadapi tentangan puak Yahudi Bani Quraidzah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa'
di Madinah.

*Baginda taat beribadah, hormati orang tua, menyayangi kanak-kanak, banyak puasa,
berjaga malam, tangkas di medan perang, pemimpin yang berwibawa dan sebagainya.

2.Nabi Ibrahim A.S.

*Penentangan kaumnya terhadap dakwah yang baginda bawa khususnya daripada bapa
baginda sendiri.

*Dihukum bunuh dengan dilemparkan ke dalam api yang marak oleh Raja Namrud.
Dengan izin Allah SWT, api menjadi sejuk dan baginda terselamat.

*Baginda taat beribadat kepada Allah SWT.

Baginda memperolehi anak (Nabi Ismail) apabila mengahwini Siti Hajar setelah lamanya
tidak dikurniakan anak bersama Siti Sarah. (Siti Sarah kemudiannya mendapat anak lelaki,
Nabi Ishak).

*Kisah penyembelihan anaknya Nabi Ismail a.s. yang dijalankan semata-mata takwa
terhadap Allah SWT.
3.Nabi Musa A.S.

*Walaupun Baginda menjadi anak angkat Raja Fir'aun yang zalim, baginda tetap tegas
menjalankan usaha dakwah menegakkan agama Allah. Penentangan Raja Fir'aun dan
kaumnya terhadap baginda menjadi-jadi dengan cubaan membunuh baginda.

*Raja Fir'aun memanggil tukang-tukang sihir untuk menundukkan Nabi Musa a.s.
tetapi tongkat yang dianugerahi mukjizat menjadi ular besar menelan smua ular tukang-
tukang sihir tersebut.

*Baginda terpaksa melarikan diri bersama-sama para pengikutnya melintasi Laut Merah
yang terbelah (dengan pertolongan Allah SWT) sedangkan Fir'aun dan bala tentera yang
mengekorinya tenggelam di dalam arus laut yang deras itu.

*Asiah isteri Raja Fir'aun (ibu angkat Nabi Musa a.s.) menerima dakwah yang baginda
bawa.

*Baginda kuat beribadah, kurang tidur dan banyak berzikir.

4.Nabi Isa A.S.

*Baginda tabah menghadapi tohmahan masyarakat kerana dilahirkan (tanpa bapa) oleh
ibu baginda, Siti Maryam. Ini semua adalah kudrat dan kehendak Allah SWT.

*Penentangan berterusan daripada kaumnya sendiri.

*Baginda kuat beribadah, kurang tidur dan banyak berpuasa.

5.Nabi Nuh A.S.

*Dakwah baginda tidak diterima oleh anak dan isteri baginda sendiri.

*Umur baginda yang melebihi 900 tahun kebanyakkan digunakan untuk mengajar umat
baginda mengesakan Allah.

*Baginda tabah menjalankan usaha dakwah sehinggakan waktu banjir besar melanda
kaumnya, baginda masih tetap mengajak isteri dan anak baginda supaya bertaubat dan
mentaati perintah Allah. Isteri dan anak baginda akhirnya tenggelam dalam banjir manakala
baginda bersama pengikut setia dan bintang-binatang selamat belayar di dalam bahtera.

*Baginda kuat beribadah, tidak mudah putus asa dalam usaha dakwah dan menyayangi
semua makhluk Allah.

Anda mungkin juga menyukai