Anda di halaman 1dari 5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Pahang Bandar Indera Mahkota Tel 09-5715700 25604 Kuantan Faks 09-5734857 Pahang Darul Makmur Laman Web: jpnpahang.moe gov.my Ruj Kami : JPNP.SKPP.(S).04.500-4/12 Jid.17 (12) Tarikh 25 APRIL 2018 9 SYAABAN 1439H Semua Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Pahang ‘Semua Ketua Unit Jabatan Pendidikan Pahang Semua Pegawai Pendidikan Daerah Jabatan Pendidikan Pahang Tuan / Puan, PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG SEDANG MEMANGKU GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI BAWAH URUSAN TAHUN 2016 Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat Kementerian Pendidikan Malaysia ruj. KPM.BPSM.S.500-1/2/4 JILID 6 (20) bertarikh 23 Oktober 2017 adalah berkaitan 2. _ Adalah dimaklumkan, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) telah memutuskan PPP yang telah diluluskan penempatan pemangkuan ke Gred DG42 (KUP) boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat setelah genap setahun memangku. Pegawai yang terlibat perlu menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik serta memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan. 3. Sehubungan itu, tuan / puan dipohon untuk mengemukakan perakuan kenaikan pangkat PPP yang telah diluluskan pemangkuan ke Gred DG42 (KUP) di bawah urusan tahun 2016 berdasarkan tarikh pemangkuan pada tempoh yang ditetapkan seperti Jadual berikut : Tarikh Pemangkuan | Tarikh perakuan perlu DG42 (KUP) dikemukakan kepada JPN 01 Julai 2017 01 Mei hingga 31 Mei 2018 JPNP.SKPP.(S),04.500-4/12 Jid.17 (12) PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG SEDANG MEMANGKU GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI BAWAH URUSAN TAHUN 2016 4. Pihak tuan / puan perlu memastikan PPP yang diperakukan memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat ke Gred DG42 (KUP) seperti berikut i) disahkan dalam perkhidmatan (bagi Gred DG29); ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan semasa memangku iaitu wajaran Laporan Nilaian Tahun (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir dan markah Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) masing-masing hendaklah mencapai_ 80% dan ke atas. Pembahagian wajaran adalah seperti berikut | Tarikh Tahun Penilaian Pemangkuan | _(LNPT/PBPPP) LNPK DG42(KUP) | 20% | 35% | 45% | PPP perlu mengisi_ LNPK sebulan sebelum — genap setahun pemangkuan. LNPK perlu — diguna’—bersama LNPT/PBPPP dengan pembahagian wajaran sebanyak 80% bagi LNPT / PBPPP dan 01 Julai 2017 | 2015 | 2016 | 2017 | 20% bagi LNPK. | LNPK — diperlukan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009 kerana | LNPTIPBPPP tiga (3) tahun terkini tidak menilai pegawai di | atas jawatan yang dipangku iii) bebas daripada tindakan / hukuman tatatertib; iv) telah mengisytiharkan harta; v) ulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); vi) bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan; dan vi) diperakukan oleh Ketua Jabatan JPNP. SKPP (S).04.500-4/12 Jid.17 (12) PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG SEDANG MEMANGKU GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI BAWAH URUSAN TAHUN 2016 5. LKPPP No. 1 Bilangan 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa PPP yang sedang disiasat / dalam prosiding tatatertib / telah dikenakan tindakan tatatertib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat. Ketua Jabatan hanya boleh memperaku PPP tersebut setelah keputusan diperolehi dan kes selesai, 6. PPP yang telah memenuhi syarat-syarat di para 4 layak dipertimbangkan bagi urusan kenaikan pangkat ini termasuk PPP berikut i) PPP dalam peminjaman atau pertukaran sementara; ii) PPP sedang cuti belajar bergaji penuh, cuti belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa gaji; dan iii) PPP yang telah memangku termasuk yang telah bersara wajib atau meninggal dunia. 7. Bagi PPP yang diluluskan Cuti Separuh gaji (CSG) dan Cuti Tanpa Gaji (CTG) selain cuti belajar, perakuan perlu disertakan dengan maklumat berhubung jenis cuti, tempoh kelulusan dan tarikh pegawai melaporkan diri untuk bertugas semula selepas tamat CSG / CTG. Pegawai yang mengambil CSG / CTG boleh hilang kekananan tertakluk kepada jenis CSG / CTG yang diambil 8. Pihak tuan / puan perlu mengenal pasti PPP yang memenuhi semua syarat kenaikan pangkat dan seterusnya mengemukakan perakuan ke JPN mengikut tempoh yang ditetapkan di jadual di para 3. 9. Mohon pihak tuan / puan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut ke JPN i) Lampiran A (seperti lampiran); ii) _Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK); dan iii) Salinan Lampiran A (BPDG42T2016-P151127 — Permohonan Untuk Pemangkuan PPP Ke Gred DG42 (KUP) Di Kementerian Pendidikan Malaysia Urusan Tahun 2016) 10. _ Kerjasama pihak tuan / puan adalah dipohon untuk membuat edaran surat siaran ini ke semua sekolah di bawah pentadbiran masing-masing termasuk sekolah agama di bawah Jabatan Negeri dan memastikan tidak berlaku keciciran dalam urusan ini 11, Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Pahang (Unit Naik Pangkat) di talian 09-5715830 — Pn. Karimah Hayati bt Mohd Yusof JPNP.SKPP.(S),04.500-4/12 Jid.17 (12) PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG SEDANG MEMANGKU GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI BAWAH URUSAN TAHUN 2016 12. _ Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut i) Menyemak dan memastikan semua perakuan yang dikemukakan adalah benar, tepat dan teratur. Sekiranya berlaku kesilapan yang boleh dikategorikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah, tidak bertanggungjawab dan cuai dalam melaksanakan tugas yang boleh mempengaruhi keputusan LKPPP, Ketua Jabatan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; ji) PPP yang bertukar masuk ke negeri / Bahagian semasa tempoh pemangkuan perlu diperakukan oleh Ketua Jabatan tempat baharu PPP berkhidmat; dan iii) Memastikan tiada kelewatan atau keciciran dalam perakuan kenaikan pangkat PPP yang telah diluluskan pemangkuan ke Gred G42 (KUP) di bawah urusan tahun 2016 13. Segala kerjasama dan tindakan tuan / puan dalam melancarkan urusan ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. ‘Sekian, terima kasih. sk Pengarah Pendidikan Pahang Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang Ketua Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan Fail Timbul uuu PRE TI PPiraa Fe z 2 ig 4 pareipelbag E Bes ibaa

Anda mungkin juga menyukai