Anda di halaman 1dari 10

Soalan 97: Huraikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang penerokaan (TEKAN)

Pendahuluan

 Nama penuh beliau ialah Shihab al-Din Ahmad bin majid al-Nadji. Beliau dilahirkan di Julphar (Oman) dan merupakan
pelayar Arab termuka pada abad ke-15 M. Datuk dan bapanya mahir dalam bidang pelayaran dan menjadi guru ilmu
pelayaran serta arif dengan Laut Merah.

 Ibn Majid digelar “Singa Laut” kerana kemahirannya berlayar di Lautan Hindi.

Isi-isi Penting:

1. Ibn Majid dianggap tokoh Islam terawal yang menulis tentang ilmu Kelautan.Buku beliau yang paling ialah al-Fawaid fi
usul ilmi al-Baha wa al-Qawaid (kaedah dan faedah ilmu laut).Buku bertarikh 1490 M.Ini dihasilkan dalam bentuk
prosa dan mengandungi 12 bab.

2. Buku in mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu kapal laut di Laut Merah,dan Lautan
China.Beliau telah menulis maklumat tentang kedalaman laut,kawasan pantai,batu karang,pulau pelabuhan,angin,dan
semua data yang diperlukan oleh pemandu kapal.

3. Di dalam buku ini, Ibn Majid menulis tentang permulaan pelayaran, jarum magnet,dan angin monson yang sesuai bagi
melakukan pelayaran mengikut perkiraan orang parsi.

4. Ibn Majid menghasilkan Hawiyat al-ikhtisar fi Usul ‘Ilm Al-Bihar’ berkaitan tanda hampirnya barat,ilmu bintang,ilmu
astronomi.

5. Hasil karya Ibn Majid dalam bidang pelayaran berjumlah 25 buah dan diiktiraf sebagai buku penting dalam bidang
astronomi dan geografi nautika pada Zaman Renaissans dan sebelumnya.Keadaan ini membuktikan bahawa umat Islam
telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15 M.

6. Ibn Majid menjadi jurupandu kepada Vasco da Gama yang belayar dari Malindi (pantai timur Afrika) hingga ke Kalikat,
India. Orang Portugis menggelarnya sebagai Malemo Canaqua. Dengan bantuannya, ekspedisi tersebut berjaya
mengharungi Lautan Hindi dengan mudah. Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke Malindi tanpa bantuan Ibn
Majid, mereka memerlukan masa berbulan-bulan untuk tiba sehingga mengalami kebuluran

Penutup

 Ibn Majid telah memberikan sumbangan yang besar dalam ilmu penjelajahan dan penerokaan
Soalan 90: Huraikan sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan intelektual Islam (TEKAN)

Pendahuluan

 Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah bin al-hasan bin Ali bin Sina dan berketurunan Turki. Beliau dikenali sebagai
Ibnu Sina di Timur dan Aviceanna di Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 980 M di Bukhara, Turkestan. Ibnu Sina merupakan seorang
yang tekun dalam mempelajari ilmu umpamanya, beliau pernah membaca buku membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak
40 kali.

 Beliau Berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu Naqli (agama) ketika berusia 18 tahun dan seorang yang berinovatif. Beliau juga seorang
penganut agama yang taat dan beliau serig kali berdoa kepada Allah SWT ketika menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu
permasalahan. Semasa beliau berusia 16 tahun, beliau telah dapat menguasai ilmu perubatan. Berkat daripada usaha dan kesungguhan,
beliau telah muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.

Isi-isi Penting:

1. Sumbangan dalam Bidang Perubatan

 Ibnu Sina merupakan seorang tokoh perubatan yang terkemuka pada abad ke 11 M. Pada usia 12 tahun, ketika berada di Kawarazm,
beliaumula menulis karnya yang pertama, iaitu Al-Majnu yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap diikuti dengan
buku-buku lain. Buku-buku yang dihasilkan termasuklah risalah yg berukuran kecil, telah dihimpunkan dan dimuatkan dalam satu buku
besar yg berjudul Essai de BibliogaraphieAvicenna yg dihasilkan oleh Pater Dominican di Cairo. Antara buku yg amat terkenal berjudul al-
Qanun fi al-Tibb.

 Karya teragungnya, al-Qanun fi al-Tibb merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama di
universiti-universiti di Eropah. Segala rumusan yg terdapat dalam buku itu masih diterima dalam dunia perubatan moden masa kini.
Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke BahasaLatin. Buku ini menjadi rujukan utama di kalangan university Eropah
pada tahun 1500M. Buku tersebut telah dicetak sebanyak 16 kali. Sebanyak 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa
Yahudi (Hebrew). Selain itu, buku tersebut juga turut diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali.

 Beliau juga merupakan individu terawal yg mengemukakan teori Anatomi dan Fisiologi yang mnggambarkan analogy manusia terhadap
Negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makro kosmos(dunia besar). Penulis Barat telah menganggap
Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana menyatupadukan teori Perubatan Yunani seperti Hippocrates dan Galen dan pengalaman
daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi, di samping pengalaman beliau sendiri. Ibnu Sina pernah diberi gelaran sebagai
“Medicorum Principal” Raja Diraja Doktor oleh kaum Latin. Antara gelaran lain ialah “Raja Ubat”. Malahan dalam dunia islam ia dianggap
telah mencapai tahap kemuncak kecemerlangan. Ia puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran.

 Ibnu Sina pernah menjadi Doktor Diraja kepada Sultan Nuh II bin Mansur di Bukhara pada tahun 997M bersamaan ketika beliau berusia
17 tahun. Tidak adseorang doctor pun yg Berjaya mengubati Sultan,, akan tetapi dengan berkat pertolongan Ibnu Sina, baginda dapat
kembali sihat.

 Al-Qanun fi al-Tibb telah membincangkan serta mengetengahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar tentang
cara-cara pembedahan dan penekenan tentang pembersihan luka. Malhan buku itu menjelaskan keterangan di samping gambar hisan
sekaligus menampakkan ilmu anatomi Ibnu Sina yg luas.

 Beliau sering melakukan penyelidikan. Impaknya, beliau menemui penyakit baharu sera puncanya. Pengaruh kuman dalam penyakit,
jangkitan virus seperti tibi, rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox) dan penyakit jiwa. Beliau mendedahkan bahawa penyakit batuk
kering merupakan sejenis penyakit berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air juga salah satu punca penularan kepada
kebanyakan penyakit. Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk
pelbagai jenis penyakit. Sebagai individu yg giat melakukan penyelidika, beliau telah menemui dan menjelaskan kepentigan ubat bius
Selain itu, beliau juga telah mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain.
2. Bidang Falsafah

 Bidang falsafah Ibnu Sina yg terpenting dapat dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu logic,psikologi dan metafizik. beliau telah
menghasilkan karya falsafahnya dengan memuatkan bersama sama persoalan lain dalam karya yang bercorak ensiklopedia, iaitu Kitab
al-Shifa’.

 Pandangannya itu mewakili tradisi Aristotle yang diperkemas oleh idea neo-Plato dan pada masa yang sama dikawal oleh ilmu kalam. Beliau
cuba mengharmonikan antara falsafah dengan agama. Beliau menjelaskan dogma-dogma agama dengan menggunakan akal dan yakin
bahawa roh tidak pernah musnah.

3. Bidang Geografi

 Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-
ganang dan lembah-lembah. Beliau juga mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu yang gagal dilakukan oleh ahli
Geografi Yunani dan Romani sejak daripada Herodotus, Aristotle sehinggalah Protolemaious.

 Menurut Ibnu Sina, kesan daripada aliran sungai terhadap kawasan bergunung-ganang telah menyebabkan terbentuknya kawasan lembah
sungai yang amat produktif.

4. Bidang Geologi dan Kimia

 Sumbangan Ibnu Sina ,kesan dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery,
karangan Ibnu Sina menngenai ilmu mineral yang menjadi sumber geologi di Eropah.

 Dalam bidang kimia, ia meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa
benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri daripada pelbagai jenis. Penerangan tersebut
telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabir bin Hayyan, iaitu ‘Bapa Kimia Muslim’.

5. Bidang Psikologi

 Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini
sebagai ilmu perubatan psikosomatics atau“psychosomatics”

 Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik
sahaja. Dengan perkataan lai, Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.

 Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Kesimpulan

 Sesungguhnya kewibawaan Ibn Sina dalam bidang perubatan adalah terbukti . Beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam , bahkan
karyanya telah diguna pakai oleh sarjan-sarjana Barat.
 Lebih menarik lagi ialah kepakaran dan kehebatannya bukan sahaja terhad dalam bidang perubatan malah merangkumi bidang-bidang lain
seperti falsafah dan geografi .
Soalan 126: Huraikan Faktor-faktor Pembentukan Negara Bangsa Turki Pada Abad ke-20 (TEKAN)

Pendahuluan

 Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 - 1909) merupakan kemuncak kepada tanzimat atau pembaharuan dan baginda
merupakan Khalifah Uthmaniyah terakhir yang mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya sendiri. Empayar Uthmaniyah sudah
mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki
Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh
33 tahun pemerintahannya.
 Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II telah mempunyai kuasa, sungguhpun kuasa tersebut semakin merosot dan hilang selepas
pelucutan baginda sebagai Sultan Uthmaniyah pada tahun 1909. Dalam tempoh 1900 hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya
mempertahankan wilayah dan keselamatan rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh
kuasa-kuasa barat cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan baginda.
 Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang terdapat dalam wilayah-wilayah Turki
Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah. Sementara itu, keadaan menjadi
semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan
empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan
untuk membina negara bangsa Turki.

Isi-isi Penting :

Faktor Dasar Pan-Islamisme

 Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme yang merupakan satu dasar terpenting
pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Sebagai satu dasar, fahaman ini menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam
sejagat di bawah pimpinan seorang khalifah yang berperanan membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki malah di seluruh dunia.
 Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam di Turki dan berada dalam empayar Turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan
Sultan Turki Uthmaniyah. Manakala umat Islam yang berada di bawah penguasaan orang barat hendaklah menyokong khalifah kerajaan
Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing daripada belenggu penjajahan barat.
 Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan sistem khalifah Islamiyah dan usaha ini menggerunkan penjajah
terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun empayar Turki Uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun negara-negara Barat
masih takut kepada kekuatan Islam.
 Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada
kalangan ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta pelbagai bidang kepakaran. Di antara
tokoh yang menyertai Projek Pan-Islamisme” ini termasuklah Jamaludin al-Afghani, Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.

Faktor Pendidikan

 Oleh kerana kedudukan Turki berhampiran dengan negara-negara Barat yang maju, maka bidang pendidikan diberi keutamaan untuk
memajukan empayar Turki Uthmaniyah supaya setanding dengan negara-negara barat. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai
pengasas kepada pendidikan peringkat rendah dan menengah yang memberi perhatian kepada kemajuan modenseperti yang terdapat di
dunia Barat tetapi tidak mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam.
 Banyak sekolah menengah, sekolah rendah dan institusi pendidikan tinggi di Turki didirikan. Sekolah rendah didirikan di setiap kampung.
Bilangan sekolah di seluruh bandar dan kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan pelajar
berjumlah 331 140 orang. Jumlah institusi pengajian tinggi di Turki pada awal abad ke-20 pula bertambah kepada 18 buah.

Faktor hubungan dengan golongan minoriti

 Untuk membina negara dan bangsa Turki, Sultan Abdul Hamid II juga sedar bahawa golongan minoriti yang tinggal di bawah penguasaan
kerajaan Turki Uthmaniyah perlu dilindungi dan diberi hak mereka selaras dengan tuntutan Islam terhadap Ahl al-Dhimmah.
 Hubungan yang baik serta mesra cuba diatur dengan golongan minoriti ini supaya masalah keselamatan dalam negeri dapat dihindarkan.
Antara golongan minoriti yang tinggal dalam empayar Turki Uthmaniyah ialah orang Armenia, Maronite dan Rom dan kebanyakan
mereka beragama Kristian dan Yahudi.
 Pemerintah Turki Uthmaniyah telah mengeluarkan pelbagai peraturan meliputi pelbagai keistimewaan untuk golongan minoriti. Sultan
Abdul Hamid II sendiri menggunakan khidmat golongan minoriti yang menjawat jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti
di kedutaan dan pentadbiran wilayah.
 Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap empayar Turki Uthmaniyah teruji apabila orang-orang barat menghasut mereka
menentang kerajaan Turki. Mereka telah bekerjasama dengan negara-negara Eropah untuk menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Justeru, berlakulah pemberontakan seperti yang dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi Dunama pula campur tangan
bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan Arab yang membawa kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.

Faktor Dasar Turkifikasi

 Sultan abdul hamid II mewarisi sebuah negara yang sedang berada di peringkat muflis. Jumlah hutang kerajaan turki uthamaniyah pada
awal pemerintahan baginda mencecah angka 300 juta lira. Baginda memutuskan untuk membayar keseluruhan hutang sebagai langkah
untuk membebaskan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada tekanan politik Barat. Dengan melunaskan hutang itu juga bermakna baginda
tidak memberi peluang kepada pihak musuh untuk melakukan pencerobohan ke atas wilayahnya. Demi bangsa dan negaranya, baginda
sanggup berbuat demikian.
 Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka menekankan kepada dasar Turkifikasi bagi
seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan yang datangnya dari negara Balkan. Kajian
oleh Eeman Mohamed Abbas mendapati pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada tahun 1909 iaitu selepas
penyingkiran Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada tahun 1924 iaitu selepas Mustafa Kamal Ataturk memansuhkan sistem Khalifah
Uthmaniyah.
 Dalam tempoh selepas itu, semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan kerajaan Turki dibuat oleh golongan al-Ittihad wa al-
Taraqqi seperti keputusan untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dan menyokong Jerman dalm perang tersebut. Golongan
al-Ittihad wa al-Taraqqi yang menganjurkan nasionalisme Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusiadan Yahudi Dunama yang
kebanyakannya lepasan sekolah Kristian atau Eropah. Merekalah yang mengasaskan gerakan ini yang kemudiannya bertanggungjawab
meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa Turaniah.
Penutup :

 Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal dengan asakan Barat yang bersatu
untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah.
 Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.
Soalan 61: Jelaskan sumber Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin. (TEKAN) -CUKAI

Pendahuluan

 Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan
barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya.
 Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan
perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin. Sumber Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama; Harta Masyarakat -
Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. Harta Negara-Sumber yang
diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta tanpa waris. Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan,
pertanian dan sebagainya.
 Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas dan membasmi
kemiskinan. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam.

Isi-isi Penting.

1. Sumber Baitulmal

Zakat.

 Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
 Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat emas dan perak.

Kharaj.

 Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.

Jizyah.

 Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam atau
mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi.
 Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih bidup dan berupaya. Kadar cukai yang
dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.

Ghanimah dan Al-fay.

 Ghanimah merupakan harta rampasan perang. al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada
pewaris dan harta karun.
 Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya
dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.

Usyur.

 Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada
perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan
Islam hanya dikenakan sebanyak 5 %.
 Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.
Kesimpulan

 Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan.
Soalan 12: Terangkan konsep ummah dan usaha-usaha pembinaan masyarakat Islam di Madinah.
(TEKAN)

Pendahuluan:

 Nabi Muhammad s.a.w diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda ialah Nabi dan Rasul
terakhir. Hal ini bermakna tidak ada nabi dan rasul selepasnya. Baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) dan
negara Islam di Madinah. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam bermula daripada era
Khulafa` al-Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.

 Ummah bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammmad SAW, masyarakat yang mematuhi
Piagam Madinah termasuk umat Islam & bukan Islam kaum Yahudi di Madinah. Keadaan ini berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain
kerana pada kebiasannya pembentukan masyarakat @ ummah berdasarkan pada bangsa,seperti tamadun China yang berlandaskan
bangsa Cina,tamadun Parsi yang berlandaskan bangsa Parsi & sebagainya. Perkataan ummah telah di sebut dalam al-Quran sebanyak 40
kali yang beerti masyarakat,kumpulan @ manusia.

 Tamadun Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah. Mengikut kamus dewan, ummah berasal daripada perkataan Arab
yang bermaksud umat biasanya di maksudkan umat islam. Konsep ummah ialah konsep yang unik kerana ummah yang terbina tidak
berasaskan kepada bangsa,warna kulit mahupun sempadan Geografi. Setiap masyarakat islam tanpa mengira bangsa,warna kulit
mahupun sempadan geografi, dikira sebagai satu ummah.

Isi-Isi Penting:

Konsep Ummah

 Ummah bererti masyarakat atau umat manusia.Perkataan ummah disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali.Umat-umat yang disebut dalam
al-Quran termasuklah umat Nabi Ibrahim a.s, umat Nabi Isa a.s., dan umat Nabi Muhammad s.a.w Dalam konteks ummah pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat Islam sahaja, tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti kaum
Yahudi yang berada di Madinah ketika itu.
 Dengan kata lain, ummah Nabi Muhammad s.a.w ialah masyarakat yang mematuhi undanh-undang Negara Islam sama ada mereka
seagama ataupun tidak. Namun berikutan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas pada umat Islam yang
tinggal di kota Madinah. Penyingkiran kaum Yahudi disebabkan mereka tidak mematuhi Piagam, dan sekaligus terkeluar daripada
lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w
 Sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah, agama Islam tersebar di Madinah menerusi usaha mereka yang menyertai Perjanjian
Aqabah I dan II serta 12 orang naqib yang dilantik oleh baginda. Oleh itu,penyebaran Islam di Madinah lebih mudah daripada berbanding
di Makkah. Meskipun begitu, usaha kearah mendaulatkan agama Islam di Madinah bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak rintangan
dan cabaran telah di hadapi oleh baginda serta sahabat terutama setelah agama Islam mendapat tempat yang kuat dan kukuh dari segi
politik dan ekonomi.
 Sebelum itu tidak ada rintangan,ini terbukti apabila umat Islam dapat mendirikan sebuah masjid di tengah-tengah Kota Madinah dan boleh
beribadat secara terbuka di kota tersebut berbanding ketika berada di Makkah. Keadaan ini sudah tentu memberi peluang kepada
baginda berfikir menerusi bimbangan wahyu untuk membangunkan umat Islam. Tujuan ini tidak mungkin terlaksana melainkan setelah
umat Islam bersatu padu.Oleh itu,langkah baginda seterusnya adalah menyatupadukan umat Islam Madinah dan membentuk Negara
Islam.

Usaha-usaha Penyatuan Ummah

1 Menyatukan Aus dan Khazraj

 Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah.Sebelum kedatangan Islam dan Nabi Muhammand SAW, kedua-duanya golongan ini
sentiasa bermusuhan antara satu dengan yang lain dan banyak peperangan yang berlaku antara dua puak ini seperti Perang Sumair dan
Perrang Bu’ats sehingga mengorbankan banyak nyawa,malah peperangan antara mereka berlarutan sekian lama.
 Permusuhan ini berpunca daripada masalah kepimpinan kerana mereka ingin menerajui pentadbiran Kota Madinah.Oleh itu, bagi
mewujudkan Negara dan pentadbiran Islam yang aman, masalah persengketaan Aus dan Khazraj haruslah diatasi terlebih dahulu.
 Nabi Muhammad SAW telah mengambil langkah dengan berusaha menyatukan kedua-dua pihak tersebut dan menamakan mereka sebagai
orang Ansar. Rasulallah SAW menerapkan akidah Islamiah kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan permusuhan yang
berlaku antara mereka yang sekian lama.

2 Membina Masjid

 Masjid menjadi lambing kesatuan ummah dan umat Islam. Sebelum Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah,baginda tiba di sebuah
perkampungan Quba; yang letaknya lebih kurang 3 kilometer dari Madinah. Disini baginda telah membina Masjid Quba; iaitu masjid
pertama yang dibina dalam sejarah umat. Rasulallah SAW terus menunaikan solat selepas masjid itu siap.
 Pembinaan masjid ini menujuikkan bahawa ibadat menjadi tempat kesatuan ummah untuk berkumpal. Masjid juga menjadi institusi
keilmuan bagi Rasulallah SAW mengembangkan dakwah Islamiah. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam
bertemu serta berbincang (bernesyuarat) bagi menyelesaikan sebarang masalah.
 Pada peringat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat untuk berniaga. Masjid pertama yang dibina di Madinah ula ialah Masjid Nabi
(Nabawi). Masjid ini dibina di atas tanah milik 2 orang yatim,iaitu Sahl dan Suhail yang diberi hanya 10 Dinar sahaja.

3 Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

 Setelah Nabi Muhammad SAW Berjaya menyatukan Aus dan Khazraj,Rasulallah SAW berusaha pula mempersaudarakan orang Ansar dan
Muhajirin. Tujuan Rasulallah berbuat demikian adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi dan kepentingan umum
juga, termasuklah social dan politik Islam di Madinah. Sekiranya masalah ekonomi tidak dapat diselesaikan terlebih dahulu, maka adalah
sukar bagi baginda untuk membangunkan sebuah Negara yang benar-benar kukuh.
 Dengan persaudaraan ini, orang Muhajirin mempunyai kekuatan untuk berada di tempat baharu selepas meninggalkan kampong halaman
mereka sehelai sepinggang.

4 Menggubal perlembagaan Negara-Sahifah Madinah

 Sebelum membentuk sebuah Negara, perlembagaan Negara dibentuk untuk menjamin keamanan dan pengurusan pentadbiran Negara
sama ada dalam bidang politik, sosial, agama, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, perlembagaan untuk Negara Islam Madinah telah
diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjamin perpaduan dalam kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti atau
ummah dan menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam.
 Perlembagaan ini diwujudkan hasil daripada persetujuan bersama antara orang Islam dengan orang Yahudi. Pada dasarnya, kesemua
penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara terbuka. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan
penekanan oleh Nabi Muhammad SAW seperti tanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madianah, kebebasan beragama, al-
Qurqn sebagai asas peraturan, perlembagaan dan kedudukan Rasulallah SAW sebagai ketua Negara.

5 Melaksana Syura

 Pelaksanaan syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting dalam sesebuah pertubuhan atau pentadbiran Negara Syura ialah
sebuah konsep perbincangan bagi menyelesaikan masalah dalam pentadbiran umat Islam. Pentingnya syura dilaksanakan adalah untuk
mengelakkan perbalahan pendapat., pandangan dan sebagainya dalam rangka untuk menyatukan persafaham dan permuafakatan antara
semua pihak dalam pelbagai perkara.
 Daripada segi pentadbiran Negara, syura dikaitkan dengan khalifah berdasarkan dasar yang dibuat, iaitu; Melaksanakan hukum-hukum
Islam; dan Menjaga maslahat ummah. Dua dasar inilah yang dijamin melalui pelaksanaan system syura yang juga merupakan sebuah
badan muhasabah terhadap pemeritah.
 System syura atau mesyurat telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW melibatkan semua peringkat, yang bertujuan untuk menjamin
keadilan dan mengelakkan kezaliman. Sebarang masalah yang timbul sama ada dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial akan
dibincangkan dan diselesaikan bersama. Setiap anggota masyarakat diberikan peluang untuk memberi dan mengemukakan pendapat
selagi tidak bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh al-Quran.

Penutup:

 Pembentukan ini merupakan bukti yang jelas bagi mencapai matlamat jangka masa panjang untuk kemenangan Islam.

 Kesetiaan yang diberikan oleh penduduk Madinah kepada Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu jaminan terhadap kejayaan Islam di
Madinah. Nabi telah berjaya membentuk ummah sungguhpun berhadapan dengan cabaran getir terutama daripada pihak Yahudi
Soalan 13: Huraikan struktur masyarakat pada zaman Khulafa al-Rasyidin

Pendahuluan

 Konsep masyarakat
 Latarbelakang pemerintahan zaman Khulafa al-Rasyidin

Isi-isi penting:

Masyarakat Islam

 terdiri daripada bangsa Arab yang berasal dari keturunan Semitik di kawasan lembah Sungai Tigris dan Furat. Mereka terbahagi kepada dua
kelompok yang utama iaitu Arab Selatan (Keturunan Qahtan) dikenali Arab Aribah dan Arab Utara (Keturunan Adnan) dikenali sebagai
Arab Mustaribah.

Golongan al-Riddah

 iaitu golongan yang menentang Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Mereka adalah golongan yang murtad, enggan membayar
zakat dan golongan yang mengaku sebagai Nabi Palsu sepertimana Musailamah al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi di Yaman.
 Golongan ini telah ditentang secara habis-habisan oleh Khalifah Abu Bakar melalui ketenteran di seluruh pelosok Tanah Arab dan
khususnya di Iraq dan Yaman. Peristiwa ini telah memberikan kemenangan kepada pihak Islam danb bermulanya perluasan wilayah di
luar Tanah Arab seperti Iraq, Syria dasn Mesir.

Kaum Mawali

 Kaum mawali ialah golongan hamba yang memeluk Islam. Dalam kerajaan Khulafa al-Rasyidin, golongan Mawali dianggap sebagai
masyarakat kelas kedua.
 Namun terdapat juga sebahagian daripada mereka yang berjaya menaiki hierarki politik yang tinggi dan menjawat jawatan-jawatan penting
dalam kerajaan.

Kaum Syiah

 Kaum Syiah ialah pengikut-pengikut Khalifah Ali yang setia dan wujud selepas peristiwa Majlis Tahkim. Selepas Muawiyah bin Abu Sufyan
secara nyata memperdayakan Khalifah Ali dalam Majlis Tahkim, golongan ini menjadi semakin aktif. Golongan Syiah menjadi kuat dan
fanatik selepas kuasa sebagai Khalifah yang disandang oleh Khalifah Ali Abi Talib telah diambil alih oleh Muawiyah bin Abu Sufyan.
 Bagi golongan ini, perjuangan mereka yang suci adalah untuk mengembalikan hak khalifah kepada keturunan Ali. Bagi khalifah-khalifah
Umaiyyah pula, golongan Syiah adalah puak pemberontak.

Kaum Khawarij

 Golongan Khawarij adalah bekas tentera dari pasukan Khalifah Ali bin Abu Talib yang bertindak untuk meninggalkan beliau kerana mereka
menuduh beliau terlalu berkompromi dengan Muawiyah bin Abu Sufyan.
 Setelah meninggalkan pasukan Khalifah Ali, golongan ini menjadi semakin radikal dan berbahaya. Menurut golongan ini, kedua-dua khalifah
Ali dan Muawiyah adalah bersalah. Golongan ini juga dianggap sebagai pemberontak oleh pemerintah Umiayah.

Penganut Agama Nasrani

 Disebut juga agama Masihi dan diturunkan di Baitul Muqaddis melalui nabi Isa a.s. melalui kitab Injil. Ia berkembang di Najran, Ghassan dan
di kalangan kabilah Arab Bani Taghlib, Bani Qadaah dan Bani Rabiah.
 Terdapat tiga mashab iaitu Ya’kubiah di Mesir dan Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Farsi dan Malkani di Maghribi dan Andalusia. Tidak
popular dikalangan masyarakat arab kerana persaingan sengit diantara mazhab terlalu spiritual sehingga sukar difahami.

Penganut Agama Yahudi

 Diturunkan di Palestin melalui nabi Musa a.s berserta kitab Taurat. Diamalkan di Madinah, Taima, Khaibar dan Yaman. Juga terdapat
dikalangan Kabilah Badwi Kinanah, Bani Namir, Bani al-Harith dan Bani Kandah.
 Berbaur sentimen perkauman. Anti kepada penganut agama lain. Terseleweng kerana beranggapan diri mereka sebagai anak Tuhan dan
manusia paling mulia di dunia.

Kesimpulan

 Masyarakat Islam selepas zaman Khalifah al-Rasyidin menjalani kehidupan secara sempurna. Mereka adalah solongan yang bijak, kuat,
gigih dan sabar dalam mengharungi cabaran dan rintangan.
 Keadaan politik yang selalu bergolak menjadikan masyarakat ini menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Ajaran
agama Islam didapati melengkapi ketidaksempurnaan kehidupan mereka
Soalan 31: Huraikan sistem pemerintahan kesultanan Moghul di India pada abad ke-16 hingga 17
Masihi

Pendahuluan
 Kerajaan Mughal diasaskan oleh Babur/Baber berikutan kejayaannya mengalahkan sultan Ibrahim Lodi. Dalam perang
panipat sekali gus Berjaya membentuk kerajaan Mughal.
 Kerajaan ini mempunyai beberapa orang pemerintah yang berwibawa. Antaranya ialah Akbar dan Aurangzeb. Kerajaan ini
berakhir apabila pemerintah terakhirnya dibuang negeri ke Myanmar oleh Britishpadapertengahan abad ke 17 M
Isi-isi Penting:

1. Pemerintahan kerajaan Moghul mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Akhbar pemerintah pertama yg merintis
jalan mengasingkan urusan politik dan pemerintahan dengan agama. Beliau juga menghapuskan perbezaan-perbezaan
berasaskan agama dan bangsa. Melalui polisi ini Akbar dapat mengekalkan kestabilan empayarnya. Akbar telah
membentuk sistem ‘Mansabdar’(pegawai yg t’diri drpd golongan bangsawan) merupakan pegawai yang ditugaskan
memerintah dan melengkapkan satu pasukan tentera diraja serta bertanggungjawab melaksanakan tugasan berhubung
pentadbiran awam. ‘Mansabdar’ ini dibahagi kepada 33 peringkat yang setiap satunya memerintah satu batalion tentera
berkuda. Tentera berjumlah antara 10 hingga 10 000 orang dan mereka mendapat gaji secara tunai atau ‘jagir’.

2. Selain itu, Akbar telah membentuk kabinet. Beliau juga melantik Perdana Menteri yang dipanggil wakil serta menteri-
menteri yang digelar ‘wazir’. Menteri paling kanan selepas Perdana Menteri ialah Menteri Kewangan. ‘Khan Qanan’ iaitu
jawatan Ketua Turus Tentera bertanggungjawab ke atas semua ‘mansabdar’. Jawatan ini dikhaskan kepada keluarga
diraja sahaja.

3. Pada zaman pemerintahannya india dibhagikn kpd 18 buah wilayah@ subas dan d’tmpatkan seorang gabenor
(subadar) yg merangkap ketua tentera. Jabatan lain yang turut ditubuhkan ialah ‘Diwan’ yang menguruskan hal
kewangan, ‘Mir Bakhsi’ yang mengurus gaji tentera dan akaun dan ‘Sadr-us-Sudur’ yang bertanggungjawab dalam aspek
agama dan kebajikan. ‘Muhtasib’ pula menjaga moral awam manakala ‘Qadi al-Qudah’ mengurus hal kehakiman dan
perundangan. Pada peringkat bandar, ‘Kotwal’ akan menjaga keamanan, meronda, mengesan pencuri dan orang asing
serta menjadi pengintip dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau dan unta. Kadi dan mufti pula dilantik untuk
menjalankan pengadilan bagi orang Islam dan Hindu dengan diawasi seorang Hakim Besar.

4. Manakala pemerintahan Aurangzeb yg memerintah selama 50 thun dri tahun 1658-1707 sebagai maharaja berjaya
menghadapi segala permasalahan yg berlaku di empayarnya dgan berkesan krana beliau berpgang kuat pada agama.
Beliau bercita-cita menjadikan seluruh india mnjadi sebuah negara yg mengamalkan mazhab AHLI SUNNAH WAL
JAMAAH . Mereka menyakat pengaruh HINDU dan melarang org islam masuk ke sekolah hindu. Semasa pemerintahan
Aurangzeb, peranan golongan ulama amat penting dalam pentadbiran pusat sekaligus menyingkirkan golongan bukan
Islam di sisi pemerintah. Al Quran dan hadis dijadikan asas perundangan negara. Aurangzeb juga menghidupkan semula
amalan syura dalam pemerintahan.dri pemerintahan Aurangzeb ini membawa sedikit perubahan apabila ulama
memainkan peranan mereka dalam menasihati pemerintah dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.

5. Namun begitu, Golongan hindu terkilan dgn polisi Aurangzeb dan ingin menumpaskan kerajaan mughal mnakala
golongan syiah pula memberontak kerana Aurangzeb menganggap syiah adalah golongan sesat yg hampir sama dgan
hindu.
Kesimpulan

 Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa kedudukan pemerintah tidak dapat dicabar
individu lain.
 Namun, sedikit perubahan berlaku ketika pemerintahan Aurangzeb apabila golongan ulama memainkan peranan penting
menasihati pemerintah.

Anda mungkin juga menyukai