Anda di halaman 1dari 3

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang telah

memberi banyak kemudahan kepada para guru , pihak sekolah dan juga ibu bapa. Bagi guru-
guru, sistem SAPS ini bertujuan untuk mengisi markah peperiksaan murid pada setiap
peperiksaan penggal. Manakala bagi ibu bapa pula, SAPS ini memudahkan mereka untuk
menyemak keputusan peperiksaan anak-anak di sekolah. Sistem SAPS terbahagi kepada dua
bahagian iaitu SAPSNKRA dan SAPS Ibubapa. SAPSNKRA bertujuan untuk key in
markah pelajar manakala SAPS Ibubaapa untuk menyemak markah peperiksaan pelajar.

SAPS Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


Berikut adalah tutorial ringkas cara untuk masuk / login ke dalam SAPSNKRA dan SAPS Ibu
bapa. Tutorial ini sentiasa dikemaskini bagi menepati setiap kemaskini yang dibuat oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antaramuka sistem SAPS sentiasa berubah dari
tahun ke tahun.
Notis Terbaru Berkenaan SAPS 2018
Di sini kami akan kemaskini setiap update dari kementerian berkenaan tarikh key in markah
dan notis yang berkaitan.

Pengisian markah pertengahan tahun: 17 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018

SAPS NKRA Key In Markah Pelajar


SAPSNKRA boleh diakses melalui pautan yang tersedia di bawah ini.

1. klik ==> SAPS NKRA


2. Masukkan ID pengguna, kata laluan dan kod keselamatan
3. Jika terlupa kata laluan, guru perlu memaklumkan kepada SUP Sekolah.

Pihak KPM ada menyediakan panduan lengkap mengenai SAPSNKRA dalam bentuk format
PDF. Anda boleh dapatkannya di sini. Panduan SAPS Ibu bapa.

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Ibu Bapa


Bagi ibu bapa pula, berikut cara anda boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak.

1. Masuk ke SAPS Ibubapa


2. Selepas klik pautan tersebut anda akan berada pada antaramuka seperti di bawah ini.
3.
4. Masukkan no kad pengenalan ataupun no sijil lahir anak anda.
5. Langkah seterusnya adalah pilih negeri sekolah anak anda.
6. Pilih nama sekolah dan klik semak.

Keputusan peperiksaan anak-anak / murid akan terpapar mengikut matapelajaran.

No kad pengenalan Tidak dijumpai

Sebilangan ibu bapa ketika menyemak keputusan peperiksaan pelajar mengalami "kad
pengenalan tidak dapat diakses".

Apabila perkara ini terjadi, segera adukan keada guru kelas. Ini kerana kemungkinan guru
kelas tersalah masuk no kad pengenalan murid berkenaan.

Semak Keputusan dan Mengisi Markah Peperiksaan


Pelajar
Kami mengucapkan selamat mengisi markah SAPS peperiksaan pelajar dan kepada ibu
bapa pula, selamat menyemak keputusan peperiksaan. Semoga dengan keputusan peperiksaan
tersebut dapat dijadikan panduan untuk menekankan matapelajaran mana yang murid lemah.

Anda mungkin juga menyukai