Anda di halaman 1dari 1

Ruj Tuan :

Ruj Kami :
Tarikh : 18 JULAI 2016

Ketua PKG,
Pegawai Teknologi Pendidikan,
Pusat Kegiatan Guru XXX,
Alamat,

Tuan,
Memohon Khidmat Bantu ICT Untuk SK XXX
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah
memohon Pasukan Juruteknik Zon XXX untuk memberi khidmat bantu ICT di sekolah kami.
3. Untuk makluman pihak tuan, sekolah kami ingin meluaskan capaian rangkaian
internet di sekolah. Segala maklumat berkenaan kertas keja dan rangkaian yang ingin
dipasang ada dilampirkan bersama surat ini..
4. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi khidmat bantu
kepada sekolah bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran dalam ICT.
5. Kerjasama tuan sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(YYY)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK XXX
s.k
i. Fail

Anda mungkin juga menyukai