Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN PERAK

TAMAN TUN PERAK


48000 RAWANG
SELANGOR
___________________________________________________________________________________________
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA TINGKATAN

1.0 TAJUK
1.1. PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA TINGKATAN

2.0 TARIKH
25 JUN 2018 / RABU

3.0 TEMPAT
PADANG SMK TUN PERAK

4.0 LATAR BELAKANG


Bola sepak merupakan salah satu sukan yang amat popular di Malaysia dari dahulu sehingga kini.
Begitu juga di sekolah¸ bola sepak merupakan salah satu aktiviti koakademik yang amat diminati
oleh murid . Melalui sukan bola sepak kita dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan murid di
SMK Tun Perak. Oleh yang demikian, kelab bola sepak SMK Tun Perak dengan kerjasama panitia
PJPK telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu pertandingan bola sepak bagi
mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak pada masa
akan datang.

5.0 OBJEKTIF
5.1. Melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah juga dalam
bidang ko kurikulum atau sukan.
5.2. Membina kesedaran tentang kepentingan bidang sukan terhadap murid sekolah.
5.3. Memberi peluang kepada murid merasai sendiri pengalaman dalam menyertai sesuatu
pertandingan amnya pertandingan bola sepak.
5.4. Membina, memupuk dan melahirkan murid yang kuat fizikal dan jati diri serta dapat
mewujudkan sikap daya saing dalam kalangan murid.

6.0 KPI
Penyertaan 100% murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5

7.0 KUMPULAN SASARAN :


Murid Tingkatan 1 hingga tingkatan 5

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN / SUMBER KEWANGAN


Pendapatan Perbelanjaan

Peruntukan wang Bantuan Sukan Sekolah Perbelanjaan Mengurus :-


- Tali,manila kad,plastik sampah dll
RM150

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM :


9.1. AHLI JAWATANKUASA INDUK :
Pengerusi :En. Ismail B Md Yatim
Timbalan Pengerusi :Pn. Rohani Binti Jaafar
Naib Pengerusi I :Pn. Faraliza Binti Mohamad
Naib Pengerusi II :Pn.Nor Addha Binti Ibrahim
Penyelaras Bidang :Pn. Roshida Binti Abu Hamid ( GKMP Kemanusiaan)
Setiausaha :En. Poobalan a/l Loganathan (Ketua Panitia PJPK)
Koakademik :En. Kumarasamy a/l Vellasami (Ketua Guru Kelab Bola Sepak)

9.2. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PENGURUS PERTANDINGAN : En. Abdul Razak bin Harun
PUBLISITI : En. Poobalan a/l Loganathan
PERSIAPAN PADANG : En. Selvanathan a/l Renganathan
PENGADIL : En. Kumarasamy a/l Vellasami
HADIAH & CENDERAMATA : Pn. Suzana binti Omar
TEKNIKAL : En. Narasimman a/l Muniappan
MAKANAN & MINUMAN : Pn. Roshidah binti Rashidi

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN


Pertandingan akan diadakan secara liga kumpulan iaitu dibahagikan kepada empat kumpulan
(Kumpulan A–T1/T2, kump B–T3, kump C–T4, dan kump D–T5). Penentuan kumpulan akan
dilakukan oleh penganjur dengan cabutan undi. Pasukan juara dan naib juara keempat-empat
kumpulan akan layak ke perlawanan suku akhir dimana juara Kumpulan A akan menentang naib
juara Kumpulan C, juara kumpulan B akan menentang naib juara kumpulan D, juara kumpulan C
akan menentang naib juara kumpulan A dan juara kumpulan D akan menentang naib juara
kumpulan B. Pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir dijalankan secara kalah mati.

11.0 PENUTUP
Memandangkan pertandingan sebigini adalah pertama kali akan dilaksanakan oleh pihak kelab bola
sepak ini, maka pihak kami berharap ia akan berjalan lancar. Diharap dengan penganjuran sebegini
akan terus mendapat kesinambungannya pada masa akan datang. Justeru pihak kelab bola sepak
SMK Tun Perak berharap agar seluruh program ini berjalan dengan jayanya.
Disediakan oleh : ........................................ Disahkan oleh : .................................
(POOBALAN A/L LOGANATHAN) (ISMAIL BIN MD YATIM)
Setiausaha Kelab Bola Sepak Pengetua
SMK Tun Perak SMK Tun Perak

Anda mungkin juga menyukai