Anda di halaman 1dari 8

Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

PENGENALAN (5 markah) Jelaskan latar belakang pembinaan negara dan bangsa •


Murid hanya menerangkan konsep negara dan bangsa.
• Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 m.s. 65-67

2. MEMAHAMI (30 markah) Jelaskan pembentukan negara Eropah dan Madinah • Murid
mengemukakan jawapan tentang latar belakang pembentukan negara dan bangsa moden di Eropah (10m), Itali (10m),
Jerman (5m) dan Kerajaan Islam Madinah (5m) • Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 m.s. 67 & 68 (Eropah), m.s. 68
(Itali), 69 (Jerman) dan 71 (Madinah)

3. MENGANALISIS (15 markah) Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia • Murid mengemukakan
jawapan dengan menjelaskan tentang sistem politik masyarakat Melayu tradisional dan proses pembentukan negara dan
bangsa Malaysia • Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 m.s. 65-67 dan 71

4. MENGAPLIKASI (15 markah) Perpaduan merupakan asas pembangunan negara. Apakah usaha yang
dilakukan untuk memperkukuh perpaduan.
Antara usaha bagi memperkukuh perpaduan bangsa Malaysia yang dilaksanakan daripada sebelum merdeka
sehingga kini yang perlu menjadi amalan generasi hari ini ialah Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Menghormati lambang-lambang negara seperti Jalur Gemilang S etia kepada r aja dan negar a F asih
berbahasa Melayu Mengamalkan budaya kebangsaan Menghormati adat dan budaya kaum lain
Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan M erealisasikan Wawasan 2020 Bersemangat ketika
menyanyikan lagu Negaraku Sentiasa mematuhi undang-undang Mengiktirafkan Islam agama bagi
Persekutuan Kebebasan beragama dihormati Berbangga sebagai bangsa Malaysia Hidup bersatu padu
Menyahut semangat ‘Malaysia Boleh’.
5. MENILAI (10 markah) Apakah kejayaan negara dan bangsa Malaysia yang dapat dibanggakan?
Antara kejayaan Malaysia dalam membentuk negara bangsa yang dihormati di persada antarabangsa ialah
Rakyat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu Negara aman dan damai Imej baik negar
a dipandang tinggi Malaysia berjaya melahirkan tokoh sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei
Sistem pendidikan negara bertaraf dunia Menganjurkan persidangan bertaraf antarabangsa Kejayaan dalam
menghasilkan jenama buatan Malaysia seperti kereta nasional PROTON Penghasilan produk halal untuk
pasaran antarabangsa Model perbankan Islam Mengamalkankebebasan beragama Mengamalkan
kebebasan bersuara dan berpersatuan Mengamalkan prinsip demokrasi. Mengamalkan Rukun Negara
Menghormati Jalur Gemilang Merealisasikan Wawasan 2020 Tokoh sukan Datuk Lee Chong Wei
PROTON: Kereta buatan Malaysia Penghasilan produk halal Model Perbankan Islam Islam agama bagi
persekutuan Negara dan bangsa Malaysia telah diasaskan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Bincangkan tanggungjawab generasi hari ini bagi memastikan proses pembinaan negara dan bangsa
Malaysia yang lebih bersatu padu dan progresif berterusan.
14
6. MENJANA IDEA (10 markah) Berikan cadangan anda bagi menjadikan bangsa Malaysia sebuah bangsa
yang maju dan bersatu padu.
Antara cadangan bagi menjadikan bangsa Malaysia sebagai sebuah bangsa yang maju dan bersatu padu
demi kesejahteraan dan keharmonian ialah Memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan Melahirkan
insan yang seimbang menerusi sistem pendidikan Memajukan bidang sains dan teknologi Melahirkan ramai
tenaga pakar dalam pelbagai bidang profesional Meningkatkan keupayaan bidang penyelidikan dan
pembangunan Mewujudkan budaya inovasi bagi meningkatkan kecemerlangan Menganjurkan majlis rumah
terbuka Menyertai aktiviti kokurikulum seperti aktiviti sukan, dan badan beruniform Melahirkan pemimpin-
pemimpin yang berkaliber Mengamalkan prinsip demokrasi.
7. IKHTIBAR (10 markah) Apakah amalan yang boleh menjadi warganegara yang patriotik?
Antara unsur patriotisme bagi menjadi warganegara yang patriotik adalah dengan sentiasa mengamalkan
prinsip Rukun Negara Membeli barangan buatan Malaysia Menjaga nama baik negara Mengharumkan nama
baik negara Mengutamakan prinsip perpaduan dalam pergaulan Mengutamakan persamaan Menyertai
pasukan keselamatan untuk mempertahankan kedaulatan negara Mengamalkan sikap setia kepada raja dan
negara Menghargai kebebasan beragama, bersuara dan berpersatuan Bekerja di negara sendiri.
8. MERUMUS (5 markah) Merumus isi yang telah dibincangkan.
Pembinaan negara dan bangsa Malaysia adalah hasil daripada kebijaksanaan pemimpin kita dan dibentuk
melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan, pengamalan kebudayaan kebangsaan serta prinsip Rukun
Negara. Menjadi tanggungjawab kepada kita sebagai warganegara yang sayang akan negara untuk
memelihara kedaulatan negara dan berusaha menjadi pemimpin yang berwibawa dan berpengetahuan
tinggi pada masa hadapan. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang adalah dengan
melahirkan warganegara bersemangat nasionalisme yang tinggi demi memperkukuh kedaulatan negara.
Menjamin kedaulatan negara Warganegara mempunyai nasionalisme yang tinggi Setia kepada raja dan negara
Kebudayaan kebangsaan Rumah terbuka Tarikh Peristiwa: 15.2.1957 Sumber: Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid 1, Percetakan Negara,
Kuala Lumpur, 1980,hal. 133
KONSEP 1MALAYSIA

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap
rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional
sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada
untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan
pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia
digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu
Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap
lapisan masyarakat. KONSEP 1MALAYSIA www.1malaysia.com.my Pengertian ini adalah
berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan
melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan
ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu. Perpaduan yang digambarkan oleh
gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di
mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.
Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan
serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau
kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat
kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
KONSEP 1MALAYSIA www.1malaysia.com.my Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip
keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela
dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf
kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang
memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan
dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang
utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih
lancar.
Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara

(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin


kedaulatan negara ( 5markah)
Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir-
anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia . Seterusnya , cabaran
dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia . Selanjutnya , cabaran bagi memupuk
nilai-nilai patriotisme dalam diri generasi muda agar kedaulatan negara terjamin . Selain
itu , cabaran untuk memastikan ekonomi negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan
negara Malaysia sebagai negara yang kuat dan akhir sekali cabaran mengekalkan
persefahaman antara kaum di Malaysia .

(b) Nyatakan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ( 5 markah)


Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan angkatan
tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan .
Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang yang
mampu mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan sambutan hari
kemerdekaan peringkat sekolah di sekolah masing-masing dan mengadakan pameran
biografi tentang pejuang-pejuang yang gugur di medan perang demi mempertahankan
negara. Selain itu , menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat dengan aktiviti yang
mendatangkan keuntungan ekonomi seperti berniaga . Akhirnya , mengadakan
perbincangan antara kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah .
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA. (IKTIBAR DAN PENGAJARAN)

- Pembentukan negara bangsa Itali dan Jerman di Eropah adalah berasaskan kepentingan
persamaan rumpun bangsa dan bahasa.

- Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pula berdasarkan penyatuan ummah Islam.

- Manakala kejayaan pembentukan negara dan bangsa di Malaysia bergantung kepada kesediaan
setiap warga negara yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap tolak ansur dan
kesederhanaan.

- Setiap kaum mesti sanggup berkongsi secara bijak dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi
memperkukuh pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

1. Rumusan
…Pengetahuan yang diperoleh
…Iktibar kepada diri,bangsa dan negara.
…Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.
2. Bagaimanakah masyarakat Malaysia memanfaatkan kedudukan yang strategik di Rantau Asia
Tenggara bagi memajukan negara?
…Memperlengkap kemudahan di pelabuhan.
…Menguruskan urusan di pelabuhan dengan cekap.
…Memajukan industry perkapalan.
…Menambah bilangan akademi Maritim.
…Menjadikan pelabuhan bertaraf antarabangsa.
…Mempelbagaikan fungsi pelabuhan.
…Memajukan sukan kapal layar.
…Menjadikan kawasan pantai sebagai industry pelancongan terkemuka.
…Memulihara khazanah laut.
…Memperketat kawalan kawasan perairan.
…Menggalakkan kemasukan pelabur asing.
…Menjamin kestabilan politik.
…Menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara.
…Menyediakan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia
…Menggunakan teknologi terkini.
…Menganjurkan persidangan antarabangsa/Komanwel/PBB/NAM/OIC.
…Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau.
…Mengekalkan keamanan serantau
[18x1m][Maksimum:15 markah]
[mana-mana jawapan lain yang munasabah]

3. Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan kedudukan yang strategik di Asia Tenggara


…Kemajuan ekonomi negara.
…Sektor pertanian berkembang pesat.
…Kepesatan sector perindustrian.
…Aktiviti perlombongan dijalankan secara produktif.
…Industri pelancongan berkembang maju/tumpuan pelancong asing.
…Perkembangan bidang maritime.
…Kemajuan sistem pengangkutan.
…Kemajuan perhubungan/komunikasi.
…Pusat tumpuan pelajar asing.
…Wujud hospital pelancongan.
…Pelaksanaan e-dagang
[11x1m][Maksimum:10 markah]
[Mana-mana jawapan yang munasabah]
4. (a) Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara.
...Ekonomi dunia yang tidak menentu.
…Kenaikan harga barangan.
…Kurang tenaga pakar.
…Memperkukuh perpaduan pelbagai kaum.
…Kadar pengangguran tinggi.
…Merapatkan jurng ekonomi antara penduduk Bandar dan luar Bandar.
…Bersaing dengan negara maju.
…Membendung gejala sosial.
…Kemasukan pendatang asing tanpa izin.
[9x1m][Maksimum:5 markah]
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran
…Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
…Menjayakan konsep 1 Malaysia.
…Merealisasikan wawasan 2020.
…Meneruskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
…Meningkatkan mutu pendidikan bertaraf dunia.
…Membentuk minda rakyat kelas pertama.
…Menjadi pusat kecemerlangan ilmu serantau.
…Meluaskan pasaran barangan .
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]

5. Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism


…Mengekalkan kegemilangan tradisi.
…Mengukuhkan jati diri bangsa.
…Meningkatkan semangat patriotism.
…Memanfaatkan kurniaan tuhan.
…Gigih berusaha.
…Berdaya saing.
…Bersikap inovatif dan kreatif.
…Berfikiran terbuka dengan nilai-nilai yang bermanfaat.
…Berani menghadapi cabaran.
…Sedia menerima perubahan yang positif.
…Mengekalkan keamanan negara.
…Menguasai ilmu pengetahuan.
…Bertoleransi antara kaum
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
6. Rumusan
…Pengetahuan yang diperoleh
…Iktibar kepada diri,bangsa dan negara.
…Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai