Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKPPM 2018

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SKPPM 2018

YB DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI


Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat
MOHAMED SAID TIMBALAN YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT MERANGKAP
AHLI PARLIMEN KUALA KRAU dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar dan dif-dif
jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin
diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

YB DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED


SAID TIMBALAN YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT MERANGKAP AHLI
PARLIMEN KUALA KRAU

Yang Berusaha Pn ROZAIDA BT MAT KASSIM


Guru Besar SK Pulau Pasir Mandi

Yang Dihormati Tn haji Hassan Shaari Bin Awang mat Dahan


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Pulau Pasir Mandi

Yang Berusaha En. Zulkarnain Bin Hussain


Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Pasir Mandi

Yang Berusaha Pn. Harzimi bt Mohd Johar


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Fakhrul Izzat bin Ahmad


Penolong Kanan Kokurikulum

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SKPPM 2018.


Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk mencapai kata
sepakat dalam Mesyuarat Agung PIBG SKPPM 2018 yang akan berlansung sebaik
sahaja selesai majlis perasmian ini.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada YB DATO’ SRI
DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID kerana sudi meluangkan masa
menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa
yang sudi meluangkan masa. Bulat air kerana pembentong, bulat manuasia kerana
muafakat. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana ditingtingkias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz
Zamri bin Mamat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz
Zamri Bin Mamat atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Tn haji Hassan Shaari Bin Awang Mat Dahan
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Pulau Pasir Mandi
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

************( Ucapan YDP PIBG)

Terima kasih kepada Tuan yang Dipertua atas ucapan tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Pn. Rozaida Binti Mat Kassim, Guru
Besar SK Pulau Pasir Mandi untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.


Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan YB DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI
MOHAMED SAID
TIMBALAN YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT MERANGKAP AHLI PARLIMEN
KUALA KRAU
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung pibg SK
Pulau Pasir Mandi bagi tahun2018. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih YB DATO’


SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID
TIMBALAN YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT MERANGKAP AHLI PARLIMEN
KUALA KRAU
atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Majlis diteruskan dengan Gimik Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2018 dan
pelancaran Misi dan Visi SK Pulau Pasir Mandi 2018. Untuk itu dipersilakan YB DATO’
SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID untuk kekal di pentas bagi
menyempurnakannya.

************ (gimik perasmian)

Diharapkan dengan ucapan dan gimik sebentar tadi dapat memberi semangat dan
dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan
modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah “Yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’.

Majlis diteruskan dengan Gimik Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2018 dan
pelancaran Misi dan Visi SK Pulau Pasir Mandi 2018. Untuk itu dipersilakan YB DATO’
SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID untuk kekal di pentas bagi
menyempurnakannya.

Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada YB DATO’ SRI DR. HAJI
ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID majlis menjemput Tuan Yang Dipertua PIBG Tn
haji Hassan Shaari Bin Awang Mat Dahan diiringi oleh Puan Guru Besar bagi
menyampaikan cederahati kepada perasmi.
************** (penyampaian cenderahati)

Terima kasih Tuan Yang Dipertua PIBG yang sudi menyampaikan cenderahati sebentar
tadi.

Dengan itu berakhirlah sudah, majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG 2018 kali ini.
Majlis mempersilakan YB DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID
diiringi oleh dif-dif kehormat untuk menikmati sedikit jamuan di kantin.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar
bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya,
yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan
kami.

Dari Rokan ke Indragiri,


Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Sekian, tarima kasih.....


assalammualaikum

Anda mungkin juga menyukai