Anda di halaman 1dari 2

Menjelang 2020 , Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun

Abdul Razak telah mendapat idea untuk melancarkan Tranformasi Nasional


2050 atau dikenali sebagai TN50. TN50 telah diumumkan pada 19 Januari tahun
ini di Universiti Malaya(UM), Kuala Lumpur.

Apakah matlamat TN50? TN50 adalah hasrat kerajaan untuk menjadikan


ekonomi negara kita maju bertaraf antarabangsa , oleh itu TN50 akan menjadi
landasan untuk membawa negara kita standing negara maju seperti Jepun
,Korea dan Amarika Syarikat.Di samping itu, kerajaan ingin memastikan tahap
keselamatan dan kesihatan negara kita meningkat. Kerajaan juga berhasrat
menjadikan warga negara kita sebagai warga yang berinovasi dan mampu
menghasilkan ciptaan sendiri bukan sekadar pengguna teknologi orang lain.

Saya inginkan negara kita menjadi pengeksport beras utama dunia.


Semua petani di negara kita mempunyai kepakaran yang tinggi dengan
bantuan kerajaan di bawah bimbingan mardi . Sudah tentu pendapatan petani
tinggi serta kemiskinan golongan petani dapat diatasi.begitu juga golongan
nelayan , kerajaan perlu menyuntik bantuan supaya semua kaum nelayan di
negara kita mampu menangkap ikan di laut dalam dan mendapat
pendapatan yang lumayan.menjelang 2050 kemiskinan tegar di negara kita
akan dapat ditangani.

Selain itu , saya juga mahukan semua masjid di negara kita akan di naik
taraf dari segi kebersihan , teknologi dan keselamatannnya. Banggunan yang
dibina mestilah lebih kukuh supaya tidak berlaku seperti sekarang bangunan
masjid yang baru dua tiga tahun telah retak , bumbungnya bocor dan
sebagainya. Perlu dilengkapi tangga bergerak bagi golongan kurang upaya
dan warga emas.

Sehubungan dengan itu, aspirasi saya bagi tujuan keselamatan negara


kita perlu mencipta senjata canggih dan baju perisai supaya negara tidak perlu
mengimport senjata dari negara luar . Peralatan ini akan menjadikan anggota
keselamatan kita lebih bersedia menghadapi musuh. Hasil jualan senjata dan
perkakasan perang ini menambah pendapatan negara,

Seterusnya saya juga impikan negara yang aman dan harmonis , setiap
rakyat hidup bersatu padu seperti aur dengan tebing. Untuk mencapai impian
ini bukanlah mudah kerajaan perlu memperkukuhkan sistem pendidikan semua
bangsa di negara kita dengan memasukkan mata pelajaran baharu iaitu
Warganera Malaysia.
Sewajarnya negara kita pada tahun 2050 menjadi negara pengeluar
kereta Proton Saga terunggul di dunia , impian saya pada masa itu kereta ini
telah dibuat pembaharuan dan mempunyai kelajuan mencecah 500km/j
setaraf kereta antara bangsa yang lain. Kereta ini akan menjadi kereta rasmi di
dalam dan luar negara. Semua tenaga mahirnya adalah anak watan negara
kita.

Saya tahu untuk merealisasikan impian saya bukannya mudah. Tetapi jika
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Saya sebagai anak
Malaysia berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh supaya mencapai
impian saya dan TN50 hasrat Perdana Menteri Malaysia akan menjadi
kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai