Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS

MINIT MESYUARAT
PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)
BIL 1/2018

TARIKH : 5 Februari 2018 (Isnin)


MASA : 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan SK Kempas
PENGERUSI : Puan Hajah Halimah Binti Haji Baharudin

KEHADIRAN (Bilangan) : 84/86


TURUT HADIR (Jika Ada) : …………………………………………………………

1.0 UCAPAN PENGERUSI / GURU BESAR

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca surah Al- Fatihah dan
mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.
1.2 Menjelaskan tujuan mesyuarat mengenai penilaian yang bakal dijalankan
kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi guru.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Tiada

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4.0 PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN


PENDIDIKAN (PBPPP)

4.1 Pengerusi memaklumkan PBPPP akan diteruskan seperti tahun-tahun


sebelum ini.
Makluman:Semua guru

4.2 Seperti yang semua guru maklum, PBPPP merupakan satu bentuk
penilaian prestasi guru yang menggantikan penilaian sebelum-
sebelum ini iaitu PTK.
Makluman:Semua guru

4.3 PBPPP menekankan kepada keberhasilan serta lebih teliti dan telus
dalam menilai prestasi guru.
Makluman:Semua guru

4.4 Guru-guru dikehendaki bersedia dengan dokumen-dokumen berkaitan


bagi tujuan penilaian tersebut seperti Borang Keberhasilan dan
Borang Penilaian Kendiri.
Tindakan:Semua guru

4.5 Kepatuhan pada ketetapan masa tarikh tutup (dateline) perlu


dipertingkatkan dan dipandang serius oleh semua guru sebagai
Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi memudahkan urusan Pegawai
Penilai (PP) kerana ada lagi tugas penilaian lain yang perlu
dilaksanakan seperti pencerapan standard 4 SKPMG2 dan ADAPS
JPNJ.
Tindakan:Semua guru

4.6 Walaubagaimanapun pihak sekolah akan menunggu arahan


perlaksanaan daripada pihak PPDJB sebelum sebarang penilaian
dijalankan.
Makluman:Semua guru

4.7 Setakat ini, sistem online PBPPP masih belum dibuka dan lantikan
secara online belum boleh dilaksanakan.
Makluman:Semua guru

4.8 Pihak pentadbir akan berbincang dahulu bagi menyenaraikan Pegawai


Penilai 1 (PP1) dan Pegawai Penilai 2 (PP2) bagi setiap guru bagi
memudahkan penilaian dan proses bimbingan.
Makluman:Semua guru

4.9 Pengerusi mengharapkan agar penilaian tahun ini akan dapat


ditambahbaik.
Tindakan:Semua guru

4.10 Guru-guru perlu mengambil iktibar dan bermuhasabah diri serta


mengambil berat nasihat dan bimbingan daripada Pegawai Penilai
masing-masing agar dapat meningkatkan markah dan prestasi kerja
ke tahap yang lebih baik.
Tindakan:Semua guru
4.11 Sekiranya penilaian tahun lalu telah mencapai tahap yang cemerlang,
penting untuk guru meneruskan kecemerlangan tersebut serta
mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang.
Tindakan:Semua guru
5.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA PBPPP

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pelantikan Jawatankuasa PBPPP


(JK PBPPP) adalah di bawah bidang kuasa Guru Besar dengan
nasihat dan perbincangan bersama pentadbir.
Makluman:Semua guru

5.2 JK PBPPP boleh dilantik dari kalangan pentadbir, AKP serta ketua
bidang bagi sekolah menengah.
Makluman:Semua guru

5.3 Pengerusi mengumumkan JK PBPPP yang telah dibincangkan dan


dipersetujui di peringkat pentadbir.
5.3.1 Pengerusi : Pn. Hjh. Halimah Bt. Hj. Baharuddin (Guru Besar)
5.3.2 Setiausaha: En. Yosnizaan Bin Jopri (PK Pentadbiran)
5.3.4 AJK : En. Shamsuddin Bin Ibrahim (PK HEM)
: En. Zulkiflee Bin Ashaari (PK Kokurikulum)
: En. Azman Bin Md. Akim (PK Petang)
5.3.5 Urusetia : Pn. Faazleya Bt Leman (Ketua Pembantu Tadbir)

Makluman:Semua guru

5.4 JK PBPPP bertanggungjawab untuk merancang serta menyelaraskan proses


penilaian serta membuat penyelarasan markah sekiranya berlaku selisih
markah yang besar tanpa perlu melakukan penilaian semula.

Makluman:Semua guru

5.5 Senarai JK PBPPP yang telah dilantik ini akan didaftarkan secara online
melalui sistem e-pretasi apabila sistem diaktifkan serta mendapat arahan
daripada pihak PPDJB.
Maluman:Semua guru

6 MAKLUMAN TENTANG LANTIKAN PEGAWAI PENILAI 1 DAN PEGAWAI


PENILAI 2 (PP1 dan PP2)

6.1 Pengerusi memaklumkan Pegawai Penilai (PP) akan dilantik dari kalangan
pentadbir dan guru-guru yang sesuai berdasarkan kepada gred dan
tanggungjawab di sekolah serta dibincangkan dan dipersetujui diperingkat JK
PBPPP.
Makluman:Semua guru
6.2 Guru-guru diharap akur dengan keputusan serta lantikan yang akan
dimaklumkan dalam mesyuarat yang akan datang.
Makluman:Semua guru

6.3 Senarai PP juga dan PYD akan ada yang sama dan ada juga yang berbeza
dengan tahun lalu.
Makluman:Semua guru

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 PK Pentadbiran,Encik Yosnizaan mengingatkan guru-guru supaya


memastikan setiap aktiviti atau mesyuarat serta taklimat dicatatkan tarikh
dan masa di Buku Rekod Pengajaran sebagai salah satu cara menilai
prestasi guru.
Tindakan:Semua guru

7.2 Penggunaan fail individu bagi PBPPP adalah atas pilihan masing-masing
dan tidak diwajibkan.
Makluman:Semua guru

7.3 Encik Shukor bertanya tarikh penilaian bermula.


7.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh penilaian akan dimaklumkan
kelak setelah mendapat arahan daripada pihak PPDJB.
7.3.2
Makluman:Semua guru

8.0 PENUTUP

8.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh


mesyuarat berikutnya akan dimaklumkan kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.32 petang.

Disediakan oleh:

(NUR HAFEEZA BT ABDULLAH)


Setiausaha Pentadbiran,
SK Kempas,
Tarikh : 5 Februari 2018
.