CAMERON HIGHLANDS
PAHANG
1. TAJUK
Pembelian Peralatan Untuk Ko-Kurikulum di SJK T Tanah Rata.
2. MATLAMAT
Memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai dalam aktiviti ko-kurikulum
serta bagi memantapkan prestasi murid dalam bidang sukan dan olahraga.
3. OBJEKTIK
a) Menambah peralatan ko-kurikulum seperti alatan sukan di sekolah agar dapat
melaksanakan 1 Murid 1 Sukan di peringkat sekolah dengan jayanya.
b) Mewujudkan murid - murid yang berkebolehan dalam ko-kurikulum di peringkat yang
lebih baik.
c) Memberi peluang kepada semua murid agar dapat menyertai semua aktiviti ko-kurikulum
di sekolah tanpa sebarang kekakangan terutama daripada segi peralatan sukan sekolah.
4. SASARAN
Semua murid - 42 orang
Semua guru - 13 orang
Ahli Jawatankuasa
1. EN POOPATHY DHANASEKARAN
2. PN THAMILSELVI SAVASAMY
3. PN PONMALAR PANNERSELVAM
4. EN BHARATHI PONNUSAMY ( AJK PIBG)
5. EN MOGAN KALIANNAN ( AJK PIBG)
6. PN NAGALESVARI YERISAN
7. PN ARULMOZHI NARAYANASAMY
8. PN THIRCHANAH KUNAMSERGAM
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK.JEN.KEB (TAMIL) TANAH RATA
39000 TANAH RATA
CAMERON HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR
TEL/FAX: 05-4914191
Salam 1 Malaysia
YBhg Dato,
Sukacitanya , kami pihak pibg bersama guru – guru SJKT Tanah rata ingin mendapatkan sumbangan
pembelian peralatan ko-kurikulum bagi kegunaan pelajar kerana keperluan yang semakin terdesak.
2. Untuk memakluman tuan, sekolah kami kini mempunyai, mampu dan telah mewujudkan atlet
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tiga tahun secara berturut - turut. Bagi memantapkan lagi
prestasi murid – murid dalam bidang kokurikulum dan sukan, kami masih memerlukan kemudahan
peralatan yang telah kami lampirkan dalam kertas kerja.
3. Bersama-sama ini disertakan surat dan kertas kerja pembelian peralatan kokurikulum. Oleh itu, kami
memohon jasa baik daripada pihak Ybhg Dato agar permohonan ini mendapat perhatian yang
sewajarnya daripada pihak Ybhg Dato. Kerjasama dan sumbangan pihak Ybhg Dato amatlah dihargai.
Sebarangan sumbangan dari pihak Ybhg Dato boleh disalurkan ke akaun PIBG atas nama
PIBG SEK REN KEB TAMIL TANAH RATA
Sekian,