Anda di halaman 1dari 2

NURUL HAZIQAH BT HADZRAMI 5 KIAMBANG 16 FEBRUARI 2017

Tajuk Karangan: Bahasa Jiwa Bangsa

Pada zaman milenium ini, bahasa sudah biasa dijadikan sebagai cerucuk
utama dalam melambangkan sesuatu bangsa dan negara. Bahasa
merupakan satu simbolik perdana dalam menentukan martabat bangsa
dan negara. Bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dapat
mengharumkan nama negara di seantero jagat ini. Selain itu, ia
mengambarkan watak dan jiwa warganya. Sebagai contoh, ketika zaman
Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu telah menjadi palabuhan
interport yang penting. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu telah
dijadikan bahasa perhubungan atau lingua franca di Asia Tenggara.
Jelaslah di sini bahawa bahasa kebangsaan akan dipandang tinggi jika
setiap rakyat berusaha menghargainya.

Peribahasa ada mengatakan, ‘tak kenal maka tak cinta’, yang jelas
menunjukkan bahawa perlunya proses mengenali sebelum mencintai
sesuatu. Begitu juga dengan bahasa kita. Dengan mengenali bahasa
kebangsaan, kita sentiasa dapat menyemai sikap cintakan negara walau ke
pulau manapun kita dicampak. Sebagai contoh, jika kita ditakdirkan
menyambung pengajian di negara Barat, kita seharusnya memperkenalkan
bahasa Melayu dan berbangga apabila bertutur dalam bahasa ini. Jika kita
sudah terbiasa bertutur dalam bahasa Melayu, kita akan menjadi ‘alah bisa,
tegal biasa’. Melalui penghargaan kita terhadap bahasa kebangsaan, ia
sekaligus memartabatkan bahasa dipersada dunia.

Tanpa kita sedari, bahasa kebangsaan dapat meningkatkan taraf


ekonomi di negara kita. Dalam mendepani arus globalisasi, rakyat di negara
kita sedang menggembleng tenaga bagi mencapai kecemerlangan dalam
kehidupan. Jika semua kaum dapat menjalankan aktiviti ekonomi dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan, kita
semua dapat bersatu untuk saling melengkapi.

Bahasa kebangsaan membawa pelbagai kemaslahatan kepada bangsa


dan negara. Ada pepatah yang mengatakan, ‘hilang bahasa, lenyaplah
bangsa’. Di sini jelaslah pada kita bahawa bahasa amat penting untuk
mengekalkan keamanan negara. Memandangkan kita hidup dalam
kelompok masyarakat majmuk, kita seharusnya mengutamakan bahasa
Melayu, kerana bahasa kebangsaan inilah yang mengikat perpaduan
antara kaum. Apabila semua masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu,
maka ‘alah bisa tegal biasa’ dan akan bercambah rasa cinta akan negara.
Sesungguhnya bahasa kebangsaan mampu membawa keamanan antara
kaum di Malaysia.
NURUL HAZIQAH BT HADZRAMI 5 KIAMBANG 16 FEBRUARI 2017

Anda mungkin juga menyukai