Anda di halaman 1dari 19

Bahagian A

[30 markah]

Jawab semua soalan.

1. Manusia dan haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk..

A. bernafas

B. membantu mereka membesar

C. melindungi diri dari bahaya

D. berkumpul

2. Rajah berikut menunjukkan sejenis haiwan dan tumbuhan.

Apakah persamaan keperluan asas mereka?

A Makanan

B Cahaya matahari

C Udara

D Tempat perlindungan

1
3. Rajah berikut menunjukkan penyiasatan yang dilakukan oleh sekumpulan
murid. Mereka mencambah beberapa biji benih dalam keadaan berbeza.

Manakah biji benih yang akan bercambah?

A W dan Y

B X dan Y

C X dan Z

D Y dan w

4. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan asas bagi manusia dan


haiwan?

A. Keperluan untuk hidup

B. Keperluan untuk bermain

C. Keperluan untuk gembira

D. Keperluan untuk bertindak-balas

5. Rajah berikut menunjukkan haiwan dan tempat berlindung masing-masing.

Kelawar berlindung di dalam gua.

Burung berlindung di atas pokok.

Definisi tempat berlindung ialah..

A. tempat untuk tidur dan berehat.

B. tempat untuk melindungi diri dari bahaya dan cuaca.

C. tempat untuk menyimpan barang-barang.

D. tempat untuk melarikan diri dari musuh.

2
6. Rajah berikut menunjukkan habitat bagi sejenis haiwan.

Kumpulan haiwan manakah antara berikut yang menjadikan habitat tersebut


sebagai tempat perlindungan?

A tikus
B kelawar
C burung
D katak

7. Rajah berikut menunjukkan keperluan asas bagi benda hidup X dan Y.

Benda hidup X Benda hidup Y

tempat perlindungan cahaya matahari


air udara
makanan air
udara

Antara yang berikut, manakah padanan yang dikelaskan dengan betul ?


X Y
.
A. kucing ayam

B. pokok pisang pokok tebu

C. cacing tanah pokok keembung

D. paku pakis bunga teratai

3
8. Rajah berikut menunjukkan satu kaedah eksperimen yang dijalankan oleh
sekumpulan murid untuk membuktikan bahawa haiwan memerlukan udara untuk
hidup.

I. meletakkan larva nyamuk dalam bekas berisi air.


II. mengisi bekas kosong dengan air.
III. menuang sedikit minyak ke dalam bekas.
IV. memerhatikan larva nyamuk selepas 2 hari.

Susunan kaedah yang betul untuk eksperimen di atas ialah...


A I, II, III dan IV
B I, IV, II dan III
C II, I, III dan IV
D III, II, I dan IV

9. Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen menggunakan beberapa


kaedah yang berlainan. Antara kaedah yang berikut, biji benih yang manakah yang
akan bercambah?

A. B.

kapas basah

C. D.

kapas kering pasir kering

4
10. Rajah berikut menunjukkan manusia pada zaman purba yang tinggal di dalam
gua.

Mengapakah manusia tinggal di dalam gua seperti itu?

A Untuk melindung diri dari bahaya dan cuaca.


B Untuk menyelamatkan diri dari gempa bumi.
C Untuk membantu mencari makanan lebih banyak.
D Untuk membantu mereka hidup dengan sunyi.

11. Rajah berikut menunjukkan eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan


murid. Mereka meletakkan beberapa ekor larva nyamuk ke dalam bekas berisi
air yang mempunyai lapisan minyak di permukaan. Selepas seminggu bilangan
larva nyamuk yang masih hidup direkodkan.

Lapisan minyak

Manakah antara pernyataan berikut yang betul mengenai bilangan larva nyamuk
selepas seminggu.

A Bilangan larva nyamuk menjadi banyak.


B Bilangan larva nyamuk menjadi sedikit.
C Bilangan larva nyamuk tidak berubah.
D Bilangan larva nyamuk menjadi tiada.

5
12. Rajah berikut menunjukkan dua buah pasu A dan pasu B yang diletakkan di
tempat yang terang. Pokok pada pasu B ditutup dengan plastik yang kedap
udara. Selepas beberapa hari, didapati pokok di pasu A tumbuh lebih tinggi
manakala pokok di pasu B mati.

Plastik kedap
udara

A B

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan ujikaji ini?


A Tumbuhan memerlukan udara untuk hidup.
B Tumbuhan memerlukan air untuk hidup.
C Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
D Tumbuhan memerlukan suhu yang sesuai untuk hidup.

13. Rajah berikut menunjukkan satu eksperimen. Tikus diletakkan dalam bekas
yang bertutup rapat dan dIberikan makanan dan air.

Manakah antara berikut yang akan terjadi kepada tikus tersebut selepas
beberapa hari?
A Tikus akan membesar.
B Tikus akan mati.
C Tikus akan membiak.
D Tikus akan lebih sihat.

6
14. Rajah berikut menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh
sekumpulan murid dengan menggunakan siput untuk mengetahui keperluan
asas haiwan. Siput dalam bekas manakah yang akan hidup selepas 5 hari?
Kasa
dawai
A B

Tanah
daun lemba
Tanah lembab b

Kasa dawai Kasa dawai

C D

daun
Tanah
kering Tanah
daun lemba
b

15. Rajah berikut menunjukkan sebahagian rumput di padang yang ditutup dengan
sekeping papan.

Selepas tiga hari, didapati bahagian rumput yang ditutup dengan kepingan
papan tersebut bertukar menjadi warna kekuningan. Bagaimanakah ini berlaku?
A Rumput yang ditutup kepinagan papan itu tidak mendapat air.
B Rumput yang ditutup kepingan papan itu tidak mendapat udara.
C Rumput yang ditutup kepingan papan itu tidak mendapat makanan.
D Rumput yang ditutup kepingan papan itu tidak mendapat cahaya matahari.

7
16. Rajah berikut menunjukkan sejenis haiwan.

Haiwan tersebut bernafas menggunakan..

A kulit

B paru-paru

C trakea

D insang

17. Rajah berikut menunjukkan organ-organ perkumuhan.

Organ perkumuhan Bahan Buangan

I Kulit Peluh

II Buah pinggang Air Kencing

III Paru-paru Najis

Manakah antara bahan buangan di atas yang dipadankan dengan betul?


A I, II dan III
B I dan II sahaja
C I dan III sahaja
D II dan III sahaja

18. Definasi kadar pernafasan ialah..

A. pergerakan dada oleh badan.

B. bilangan pergerakan dada dalam satu tempoh masa.

C. kandungan oksigen yang mengalir masuk ke dalam peparu.

D. kandungan karbon dioksida yang mengalir keluar daripada peparu.


8
19. Perkumuhan dimaksudkan sebagai penyingkiran bahan..

A air kencing dari badan.

B yang tidak dapat dicernakan.

C wap air dari badan.

D yang tidak diperlukan oleh badan.

20. Rajah berikut menunjukkan peringkat hidup dalam kitar hidup haiwan.

Kitar Hidup Haiwan


X Y

3 peringkat 4 peringkat

Haiwan manakah yang boleh dikelaskan kepada peringkat Y ?

A Burung

B Ayam

C Rama-rama

D Belalang

21. Rajah berikut menujukkan dua jenis tumbuhan S dan T.

S T

Kedua-dua tumbuhan S dan T ini membiak melalui..

A batang.
B anak pokok.
C daun.
D spora.
9
22. Rajah berikut menunjukkan seekor rama-rama.

Manakah antara yang berikut menunjukkan urutan kitar hidup rama-rama


yang betul?

A Kepompong Telur Beluncas Rama-rama

B Telur Beluncas Kepompong Rama-rama

C Telur Kepompong Beluncas Rama-rama

D Beluncas Kepompong Telur Rama-rama

23. Manakah antara berikut menunjukkan laluan udara yang betul semasa
menarik nafas?

A Hidung Salur udara Trakea


B Hidung Paru-paru Salur udara
C Paru-paru Hidung Salur udara
D Salur udara Paru-paru Hidung

24. Apakah yang berlaku semasa proses menyedut dan menghembus nafas?

Menyedut Menghembus

A Udara masuk ke Udara keluar dari badan


dalam badan
B Udara keluar dari Udara masuk ke dalam
badan badan
C Air keluar dari badan Air masuk ke dalam
badan
D Air masuk ke dalam Air keluar dari badan
badan
.

10
25. Seorang budak sedang menghembus nafas. Antara berikut yang manakah
yang betul mengenai proses menghembus nafas.

A Dada bergerak ke atas

B Udara disedut masuk ke dalam badan

C Sangkar rusuk bergerak ke atas

D Dada mengecut

26. Graf berikut menunjukkan bilangan haiwan X bagi tahun 2000 hingga tahun
2002.

Bilangan Haiwan X

Tahun
2000 2001 2002

Graf menunjukkan bahawa haiwan X...


A membesar.
B bernafas.
C terancam.
D membiak.

11
27. Jadual berikut menunjukkan kadar pernafasan Rashid dan tiga orang
rakannya sebelum dan selepas bersenam.

Nama Kadar pernafasan dalam masa satu minit

Sebelum bersenam Selepas bersenam

Amira 22 43

Syariza 19 40

Juliana 20 45

Rashid 24 48

Manakah antara pernyataan berikut yang betul mewakili kadar pernafasan


Rashid dan rakan-rakannya.
A Kadar pernafasan Rashid adalah yang paling tinggi.
B Kadar pernafasan Syariza kurang berbanding Amira.
C Kadar pernafasan Juliana lebih tinggi daripada Rashid.
D Kadar pernafasan Syariza adalah yang paling rendah.

28. Rajah berikut menunjukkan satu pernyataan tentang manusia.

Manusia tidak boleh kekal hidup untuk


selama-lamanya.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?


A Manusia perlu membiak.
B Manusia perlu bertindakbalas terhadap rangsangan.
C Manusia perlu bernafas menggunakan paru-paru.
D Manusia perlu berkumuh dan bernyahtinjaan.

12
29. Rajah berikut menunjukkan eksperimen yang dijalankan oleh sekumpulan
murid untuk mengkaji percambahan biji benih kacang hijau di dalam sebuah
balang yang berisi dengan kapas lembab.

Kapas
lembab

Selepas 2 hari, apakah yang akan berlaku kepada biji benih kacang hijau
tersebut?
I Akar akan membengkok ke atas.
II Akar akan membengkok ke bawah
III Pucuk akan tumbuh ke atas.
IV Biji benih tidak akan bertumbuh.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D IV sahaja

30. Apabila Amir menyentuh gelas yang berisi air panas, dia dengan cepat
menarik tangannya dari gelas tersebut secara automatik. Mengapakah Amir
berbuat demikian?

A Untuk melindungi dirinya dari tekanan.


B Untuk melindungi dirinya daripada tercedera.
C Untuk melindungi dirinya dari kejutan.
D Untuk melindungi dirinya dari jatuh.

BAHAGIAN A TAMAT

13
BAHAGIAN B : Soalan Struktur
Tulis jawapan anda dalam ruangan yang disediakan.

1. Sekumpulan murid telah menjalankan satu penyiasatan. Dua ekor tikus diletakkan ke
dalam dua bekas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah. Kedua-dua bekas ini
dibiarkan selama empat hari

Kasa dawai

tikus

air air
tikus
makanan
tikus
Piring
petri

Rajah 1

(a) Apakah tujuan penyiasatan di atas?

______________________________________________________________________

[ 1 markah]

(b) Nyatakan.

i. Pembolehubah diubah (dimanipulasi)?

_______________________________________________________________________

[ 1 markah]

ii. Pembolehubah dimalarkan (ditetapkan)?

_______________________________________________________________________

14
[ 1 markah ]

iii. Pembolehubah diukur (bergerakbalas)?

______________________________________________________________________
_

[ 1 markah ]

(c) Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku kepada kedua-dua tikus dalam
bekas di atas selepas empat hari?

______________________________________________________________________
_

[ 1 markah ]

(d) Berikan satu alasan bagi jawapan kamu d (c).

______________________________________________________________________
_

[ 1 markah )

15
2. Nurul telah menjalankan satu penyiasatan untuk mengetahui keperluan asas tumbuhan.
Dia meletakkan dua pokok bunga matahari yang sama, M dan N seperti yang ditunjukkan
pada Rajah 2 di bawah, dikawasan yang ada cahaya.

Kotak/

kadbod

M N

Rajah 2

Tumbuhan disiram setiap hari dan diperhatikan.

a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

_________________________________________________________________
(1 markah)

b) Ramalkan apakah akan berlaku kepada pokok-pokok itu selepas seminggu?.

i) Pokok M: _____________________________________________________

(1 markah)

ii) Pokok N : ______________________________________________________

(1 markah)

c) Nyatakan.

i pembolehubah diubah (dimanipulasi).

(1 markah)

16
Ii/ Pembolehubah diperhatikan (bergerakbalas)

(1 markah)

Iii/ Pembolehubah dimalarkan (ditetapkan)

(1 markah)

d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?

__________________________________________________________________
___(1 markah)

17
3. Rajah 3 di bawah menunjukkan tiga jenis aktiviti yang dijalankan oleh tiga orang murid.

Rajah 3

Jadual yang berikut menunjukkan kadar pernafasan yang direkodkan dalam ketiga-tiga
aktiviti itu.

Aktiviti A B C

Kadar pernafasan (dalam seminit) 38 26 20

a). Apakah tujuan eksperimen ini

_____________________________________________________________________

(1 markah)

b) Dalam eksperimen ini..

i. apakah yang diubah (pembolehubah dimanipulasi)?

___________________________________________________________________

(1 markah)

ii. apakah yang diperhatikan (pembolehubah bergerak balas)?

_________________________________________________________________________

(1 markah)

c) Murid D mempunyai kadar pernafasan yang lebih rendah dari murid C. Pada pendapat

anda, apakah aktiviti yang sedang dilakukan oleh murid D?

______________________________________________________________________

(1 markah)

18
4. Rajah 4 di bawah menunjukkan satu proses hidup yang dijalani oleh manusia.

Rajah 4

a) Nyatakan proses hidup yang ditunjukkan pada rajah 4 di atas.

________________________________________________________________

(1 markah)

b) Apakah corak perubahan bilangan ahli keluarga Encik Murad dan Puan Arisa?

________________________________________________________________

(1 markah)

c) Apakah yang akan berlaku jika manusia tidak menjalankan proses hidup ini?

________________________________________________________________

(1 markah)

19

Anda mungkin juga menyukai