Anda di halaman 1dari 1

Bismillahirrohmanirrohim. Alhamdulillahi robbil alamin.

Segala puji dan puja hanyalah bagi allah


tuhan sekalian alam.

Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh

Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan limpahan kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini.
Semuanya adalah kerana nikmat kurniaan Allah kepada kita semua. Nikmat yang kita tidak boleh
hitung berapa banyak dan berapa hadnya kerana ianya adalah pemberian dari yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani

Guru guru serta rakan rakan sekalian

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda

Ihfazillaha Yahfaz ka, Ihfazillaha tajidhu Tujahaka

Yang bermaksud: Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah niscaya kau dapati Dia di
hadapanmu

rakan rakan sekalian semoga Allah melimpahkan kepada kita semua dengan nikmat yang terbesar
iaitu nikmat Iman dan Amal. Kerana kedua nikmat ini saling diperlukan untuk menjadi seorang
Mukmin yang sejati.

Rakan rakan sekalian

Ada yang Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada seseorang tetapi, ia tidak menggunakan
peluang itu untuk kebaikan bahkan mereka sombong dengan Allah. Segala kemaksiatan menjadi
makanan hidupnya sementara suruhannya seringkali diabaikan.

Terdapat juga seseorang yang Allah berikan nikmat Hidayah iaitu menajadi seorang Islam tetapi
tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim yang sempurna . termasuklah dalam
mereka yang tidak mendapat taufik daripada allah . kerana taufik dan hidayah adalah nikmat yang
terbesar ianya anugerah Allah kepada manusia yang terpilih.

Rakan-rakan yang dirahmati sekalian.

Apabilakita membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang kita termasuk termasuk
di dalam hadis yang menyatakan “ apabila kamu menjaga Allah, Allah akan menjaga kamu”.

Bersama-samalah kita mencari nikmat ini dengan banyakkan membuat kebaikan dan berdoa.

Allahummmah dina fi man hadait

Ya allah ya tuhanku berikan hidayah kepada kami sebagaimana engkau memberikan hidayah kepada
mereka mereka yang telah menerima hidayahmu

Rakan rakan sekalian

Kamu jagalah allah , allah akan jaga kamu

Mudah mudahan dengan tazkirah yang ringkas ini memberikan manfaat kepada kita . Semoga allah
memberikan taufik dan hidayah kepada umat islam di Malaysia dan di dunia

Amin ya robbal alamin

Assalamualaikum warahmatullah

Anda mungkin juga menyukai