Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu


TARIKH :
KELAS : 3 Zuhrah
BIL. MURID : 28 orang
MASA : 1 jam
TEMA : Mari Bersukan
TAJUK : Latihan Rumah Sukan

HASIL PEMBELAJARAN :
Fokus Utama - 7.2 Membaca dan mengenalpasti perkataan, pelbagai jenis
ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera
dan bukan sastera.
Aras 2 (i) Menyatakan jenis ayat dalam teks prosa
dan puisi yang dibaca.
Sampingan - 9.2 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada
bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 1 (i) Merekod maklumat tentang sesuatu
perkara.

OBJEKTIF :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat
1. Membaca dengan kuat dialog yang mengandungi ayat penyata dan ayat
tanya.
2. Menulis ayat penyata dan ayat tanya yang dikenalpasti dalam teks.
3. Menulis semula pesanan yang dibaca oleh guru.

PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN:
1. Kemahiran Bahasa (Bertutur dan mendengar)
2. Kemahiran Pendidikan Seni (Menggaris, Mewarna)

PENYERAPAN :
1. Ilmu : Pendidikan Kesihatan
2. Penerapan Nilai : Kerjasama
3. Kemahiran bernilai tambah : Kemahiran berfikir
 Membuat banding beza
 Menganalisis

BBM :
Lembaran Teks, Soalan, Carta Ayat Penyata dan Ayat Tanya.

1
LANGKAH ISI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
PELAJARAN
Set Induksi Pengenalan 1. Murid-murid bersoal jawab dengan guru mengenai Penyerapan
(5 minit) tentang Hari aktiviti sebelum dan semasa Hari Sukan. -Ilmu.
Sukan. 2. Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk pelajaran
iaitu Latihan Hari Sukan. BBM :

Perkembang Dialog : 1. Guru membacakan petikan cerita. Penyerapan –


an Latihan 2. Murid-murid diminta mendengar dengan teliti dan ilmu
Langkah 1 Rumah Sukan mencatat susunan pesanan yang disampaikan - Kemahiran
(20 minit) berpandukan cerita. berfikir (banding
Membaca dan 3. Beberapa orang murid dipilih untuk membacakan beza)
memahami pesanan yang dicatatkan dan guru menyemak
dialog. jawapan murid.
BBM :
LCD, projektor,
komputer riba,
dan lembaran
dialog.
1. Murid-murid diedarkan dengan petikan dialog
Langkah 2 Latihan Hari Sukan.
(15 init 2. Tiga orang murid diminta membacakan
) membaca dialog mengikut watak masing-
masing.
3. Murid-murid lain diminta mendengar dan
mengenal pasti sebutan dan intonasi yang
digunakan oleh semua rakan mereka.
4. Semua murid diminta membaca petikan secara
kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul
dengan bimbingan guru.
Langkah 3 1. Guru memaparkan carta ayat penyata dan ayat Penyerapan nilai
(15 init tanya.
) 2. Guru menerangkan secara ringkas bentuk ayat Penggabungjalina
penyata dan ayat tanya. n – kemahiran
3. Guru meminta murid-murid menggariskan ayat- melukis
ayat penyata dan ayat-ayat tanya di dalam teks.
BBM:
Penutup 1. Murid-murid diarahkan untuk menampal Penyerapan Ilmu
(5 minit) Kesimpulan lembaran dialog di dalam buku latihan dan dan nilai
melukis peta minda yang dibuat di dalam
kumpulan. Kemahiran
2. Murid-murid mendengar dan menerima ulasan bahasa
serta kesimpulan daripada guru.
3. Murid-murid diberi penghargaan kerana
melibatkan diri di dalam aktiviti pengajaran dan BBM :
pembelajaran.

Dialog :

2
Halim : Fatin, bilakah latihan rumah sukan Satria akan diadakan?

Fatin : Latihan rumah sukan Satria akan diadakan pada hari


Jumaat. Tahukah kamu bahawa kamu terpilih mewakili rumah sukan dalam acara
lompat tinggi?

Halim : Ya, saya sudah tahu. Siapakah lagi yang terlibat dalam
acara ini?

Fatin : Selain kamu, Fitri, Ravi dan Chua juga turut serta dalam
acara tersebut.

Halim : Baguslah kalau begitu. Bolehlah saya menjalani latihan


bersama-sama dengan mereka nanti. Kamu tidak menyertai apa-apa acarakah, Fatin?

Fatin : Saya mewakili Rumah Wira untuk acara lumba lari.

Halim : Oh begitu.

Fatin : Saya ingin ucapkan selamat berjaya kepada kamu


berempat. Semoga kamu semua mencapai kemenangan kelak.

Halim : Terima kasih, Fatin.

Fatin : Sama-sama, Halim.

Cerita.

Semalam, Cikgu Rosli telah meningatkan murid-murid Tahun 3 Utarid supaya hadir ke latihan
rumah sukan yang akan diadakan pada pukul 3.00 petang ini.

Cikgu Rosli telah memberikan beberapa pesanan kepada murid-murid Tahun 3 Utarid.
Pesanan tersebut berbunyi begini.

Murid-murid,
1. Tolong jangan lewat sampai. Kamu mesti berada di sekolah sebelum 2.45 petang.
2. Kamu mestilah berpakaian sukan yang kemas.
3. Pakai kasut. Jangan sekali-kali kamu memakai selipar.
4. Bawa bekalan air kerana sekolah tidak menyediakan air dan kantin tidak akan dibuka.
5. Akhir sekali, berkumpul di rumah sukan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai