Anda di halaman 1dari 11

AKTIVITI PDPC ABAD KE-21 (PAK-21)

Bil Aktviti PdPc ke 21 Penerangan Aktiviti


1 Human Graphing (Graf Murid bergerak mengikut kumpulan dan
Manusia) membentuk corak / pattern tertentu supaya
topik mudah difahami
2 Video Clips (Klip Video) Menggunakan klip video dengan menggunakan
soalan-soalan yang diberikan.
3 Using Large Picture Card Penggunaan gambar atau foto dalam PdPc.
(Gambar /photo besar )
4 I See, I Think, I Wonder Dengan menggunakan gambar / objek murid
(Saya lihat, Saya fikir dan saya diminta :
bertanya) a) Senaraikan / bincang apa yang mereka lihat
(see)
b) Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan
dengan kehidupan seharian / lain-lain
perkara (think)
c) Bertanya soalan-soalan berkaitan apa yang
telah dipelajari sebelum ini.(wonder)
5 Recap Group (Mengulangi / Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas
mengingat semula) secara lisan apa yang telah dipelajari sebelum
ini.
6 Rocket writing (Penulisan Jangka masa diberi (contohnya 5 minit) untuk
pantas) murid menulis apa yang mereka tahu berkenaan
dengan topik / soalan yang diberi.
7 Y chart (Carta Y) Tiga keping kertas ditampal dalam bentuk Y dan
pada setiap kertas ditulis soalan yang berbeza
untuk murid menulis jawapan mereka.
8 Galery Walk (Lawatan ke geleri) Murid berjalan / bergerak ke sekeliling bilik /
dewan untuk :
a) Melihat
b) Berfikir dan
c) Berbincang dengan rakan-rakan kumpulan
berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang
ditampal
9 Time capsules (Kapsul Masa) Guru mengambil hasil kerja / pandangan murid
pada awal tahun (contohnya ) dan membuka
jawapan tersebut beberapa bulankemudian
untuk murid membaca semula apa yang telah
mereka tulis.
10 Chain Line (Rangkaian) Murid membuat rantai kertas di mana pada
setiap kertas ditulis idea / maklumat yang
berkaitan dengan topik yang diberi.
11 Survey (Tinjauan) Murid membuat tinjauan untuk mendapat
maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan
membuat analisis berkenaan topik / isu.
12 Shout Out ( laungan ) Murid digalakkan memberi idea secara lisan
dengan laungan yang kuat dalam sesi
sumbangsaran. Idea tersebut dicatat atas kertas
atau papan putih. Aktiviti seterusnya adalah
menyusun semula idea-idea tersebut secara
sistematik.
13 Presentations (Persembahan) Persembahan murid dalam bentuk
a) Lisan
b) Video
c) Powerpoint
d) Pameran
e) Nyayian
f) Tarian
g) Lakonan
h) Lain-lain yang kreatif
Guru perlu membuat penilaian dan memberi
maklum balas.
14 Learning Modalities (Gaya Penggunaan gabungan pelbagai cara
Persembahan) pembelajaran. Contohnya kinestatik
(pergerakan) visual dan /atau auditori
(mendengar) PdP melibatkan aktiviti-aktiviti
mengikut kecenderungan murid (Multiple
Intelligences)
a) Verbal-Linguistic
b) Logical-Matematical
c) Visual-Spatial
d) Bodily-Kinesthatic
e) Naturalist
f) Musical-Rhythmic
g) Interpersonal
h) intrapersonal
15 Qudrat Activity (Aktiviti a) Satu bulatan dilukis ditengah-tengah kertas
Berempat) yang besar. Di luar bulatan guru
membahagikan kertas kepada 4 bahagian
(Satu bahagian untuk 1 murid).
b) Setiap murid menulis pandangan/ jawapan
kepada soalan yang diberikan.
c) Murid berbincang dengan ahli kumpulan
dan menulis jawapan yang telah dipersetujui
semua ahli kumpulan dalam bulatan.
16 Indicator (Petunjuk) Menggunakan dua warna untuk menunjukkan
jawapan pelajar
Contohnya :
a) Warna hijau – Ya/Setuju
b) Warna Merah – Bukan / Tidak setuju
17 Built The Biggest Tower a) Murid bekerja secara kumpulan dan
(Membina Menara yang berkolaboratif
terbesar) b) Guru memberi barangan yang terhad untuk
mereka membina menara secara kreatif
c) Menara ini mencerminkan / memaparkan
refleksi / pandangan mereka
18 Chunking (Gabungan) Menggunakan pengetahuan sedia ada murid
yang digabungkan dengan pembelajaran baru
untuk mempertingkatkan pemahaman mereka.
19 Graphic Organiser (Pengurusan Bentuk grafik yang dibina atau dicipta oleh
grafic) murid untuk menunjjukan kefahaman mereka
atau / dan maklumat / fakta berkaitan dengan
isu / tajuk yang dibincang.
20 Skits (Sketsa) Sketsa memberi peluang kepada murid untuk
membuktikan kefahaman mereka terhadap
topik yang diberi
21 Parachute Building (Membina Aktiviti inkuari yang menggalakkan murid
payung terjun) bekerjasama dan berkolaborasi
22 Café (Kedai Kopi) Seperti di kafe pelajar duduk secara
berkumpulan di sebuah meja dan berbincang
mengenai soalan / topik yang diletakkan di atas
meja (table cloth)
23 IB Tree (Pokok IB) Setiap murid diberi helaian yang mempunyai
pokok IB dan mereka mencatatkan
perkembangan mereka secara individu tentang
apa yang dipelajari
24 SWOT Murid mengemukakan soalan / sitiuasi / isu
untuk dibincangkan dan mereka dikehendaki
mengisi borang yang mempunyai empat petak :
S : Strengths ( Kekuatan)
W : Weaknesses ( Kelemahan)
O : obstacles ( Halangan / Cabaran)
T : Thoughts ( Soalan-soalan untuk tindakan /
kajian seterusnya )
25 Commercial (Iklan) Satu cara untuk menyampaikan maklumat
tentang tajuk / topik yang diberikan.
26 Continuum (Penerusan) Sama seperti graf atau carta. Kaedah ini boleh
digunakan untuk menunjukkan kefahaman dan
perkembangan murid dalam sesuatu topik
27 Checklist (Senarai Semak) Murid dikehendaki menanda item-item tertentu
dalam senarai semak mereka untuk mengetahui
kefahaman mereka tentang tajuk/topik-topik
tertentu
28 Anecdotal Notes ( Nota Guru membuat catatan ringkas berdasarkan
Anekdot) pemerhatian dan perbincangan dengan murid.
Nota-nota ringkas ini boleh dirujuk apabila
membuat laporan secara formal
29 Bus Stop (Hentian Bas) a) Soalan / topik ditampal didinding di
beberapa tempat di dalam kelas / dewan
b) Murid bergerak dari satu hentian ke satu
hentian secara berkumpulan dan berbincang
tentang soalan / topik yang berkenaan
c) Murid berkongsi pendapat dan merekodkan
komen dan maklumat yang diperolehi
30 Table Talkers (Perbincangan di Kad-kad yang mengandungi topik / isu
meja) diletakkan di atas meja untuk perbincangan
kumpulan secara lisan atau bertulis
31 Brainstorming (Sumbangsaran) Cara yang terbaik untuk mendapatkan idea-idea
yang bernas daripada murid
32 Exit Cards( kad Keluar) Untuk refleksi contoh yang lain
a) Light Bulb (Mentol) – Apakah satu perkara
baharu yang saya pelajari hari ini
b) Bin, Bring, Bag – Bin (Bakul) – apa yang saya
perlu hapuskan/keluarkan.
c) Bring – Apa yang perlu saya bawa untuk
berkongsi bersama kumpulan saya
d) Bag – apa yang saya suka/bangga
33 Classification (Klasifikasi) Menampal kata kunci atau soalan di dinding di
beberapa tempat.Murid dikehendaki berdiri d
imana-mana tempat yang terdapat soalan yang
mereka suka /setuju
34 What Matters (Apa yang Satu teknik menjawab soalan yang diberi-murid
penting) bergerak dan melihat serta cuba untuk
memahami atau memilih jawapan-jawapan
yang sesuai yang ditampal di sekitar mereka.
35 Personal Learning Experiences Murid dikehendaki berkongsi pengalaman
(Pengalaman Peribadi) peribadi mengenai isu/topik yang dibincangkan
36 Think – Pair – Share (Fikir- a) murid dikehendaki memikirkan topik /
Pasang – Kongsi) soalan yang diberi secara individu
b) Murid dikehendaki berbincang dengan rakan
/ pasangan
c) Mereka perlu berkongsi maklumat /hasil
perbincangan dengan pasangan
lain/kumpulan/kelas
37 Diamond Ranking (Susunan 9 keping kertas/kad disusun dalam bentuk
Berlian) berlian (1-2-3-2-1). Strategi ini digunakan untuk
menunjukkan / menentukan susunan mengikut
kepentingan idea/isu / isi pada pandangan
murid
38 Story Books (Buku Cerita) Penggunaan buku cerita kanak-kanak dalam
kelas yang lebih dewasa dapat memberi
peluang kepada mereka berbincang dan
membuat refleksi.
39 Party (Pesta) Mewujudkan suasana “berpesta” dan
berbincang tentang topiktopi yang disediakan di
atas kad-kad yang ditampal di sekeliling bilik /
dewan atau diletakkan di atas meja atau di
lantai
40 Games (Permainan ) Permainan boleh dijadikan strategi yang
berkesan untuk refleksi / perbincangan
41 Learning Trios A-B-C ( tiga Satu kaedah pengurusan perbincangan dalam
serangkai A-B-C) kalangan murid
a) Pelajar A bercakap, pelajar B dan C
mendengar dan bertanya soalan
b) Pelajar B bercakap, pelajar A dan C
mendengar dan bertanya soalan
c) Pelajar C bercakap, pelajar B dan A
mendengar dan bertanya soalan
d) Murid juga perlu membuat catatan tentang
hasil perbincangan mereka
42 Sharing (Berkongsi) Kumpulan dibentuk dan disusun mengikut
minat atau hasil pembelajaran yang sama
43 Carousel (Karusel) a) Soalan ditampal/diletakkan di sekeliling bilik
b) Murid dikehendaki bergerak dalam
kumpulan dari satu soalan ke satu soalan
yang lain dengan menunggu arahan guru
sebelum bergerak
c) Semua murid mesti bergerak ke setiap
tempat yang diletakkan soalan. Murid
diminta berbincang atau menulis jawapan
mereka dalam kertas
d) Cara yang lain murid duduk dalam kumpulan
dan soalan diedarkan mengikut pusingan
jam. Setiap kumpulan mesti berbincang dan
menjawab semua soalan
44 Read and highlight (baca dan Satu strategi membaca yang berpandu. Murid
tanda) diberi bahan bacaan dan dikehendaki
mengenalpasti dan menanda ayat-ayat/isi
penting/utama
45 Question Builder ( Pembina Guru memberi konsep dan membimbing pelajar
Soalan) supaya mereka membina soalan yang
membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut
tentang konsep yang telah diberikan
46 Puzzle it Out (Selesaikan) Murid diberi maklumat yang tidak mengikut
susunan. Murid dikehendaki berbincang dan
menyusun maklumat
47 Cloze Procedures ( Isikan tempat Murid di beri helaian tugasan di mana mereka
kosong) perlu mendengar dengan teliti dan mengisi
tempat-tempat kosong dengan maklumat yang
sesuai / tepat
48 KWL Chart ( Carta KWL) Carta diberikan kepada murid sebelum PdP dan
diminta untuk mengisi ruang-ruang seperti :
a) Know ( What I know about / Apa yang saqya
tahu tentang) pengetahuan sedia ada
b) What (What I want to know / Apa yang saya
mahu tahu lebih lanjut) – Soalan-soalan
murid
c) Learned (What I haved Learned / Apa yang
telah saya pelajari) – Penilaian sumatif
49 Rubrics (Rubrik) Satu strategi untuk menilai pencapaian murid.
Contohnya persembahan murid akan diberitahu
ciri-ciri yang terkandung dalam rubric
50 Iceberg ( Bongkah ais/Aisberg) Satu strategi untuk mengumpul maklumat
daripada murid berkenaan topik yang telah
diberi
a) Fakta asas / maklumat biasa berada di hujung
aisberg
b) Maklumat yang lebih kompleks berada pada
paras yang lebih bawah.
51 Timeline (Garisan Masa) Strategi yang digunakan untuk mencatat
maklumat murid atau topik – satu bentuk
klasifikasi atau rangking
Dulu  Kini  Masa Hadapan
52 Dip (Cerun/Lurah) Murid menanda rajah cerun / lurah untuk
menunjukkan tahap kefahaman mereka
berkenaan sesuatu topik.
53 GRASPS Strategi ini digunakan untuk menilai
persembahan atau hasil kerja murid. Murid
diberi borang GRASPS untuk diisi diperingkat
awal projek mereka
a) Goal (Gol / target)
b) Role ( Peranan)
c) Audience ( Hadirin/pembaca)
d) Situation (Situasi)
e) Product, Performance & Purpose ( Produk,
Penyampaian & Tujuan)
f) Standards & Creteria For Success ( Ciri /
Kreteria kejayaan)
54 Quick Quiz (Kuiz Cepat) Kuiz yang digunakan untuk menilai kefahaman
murid tentang pengetahuan sedia ada atau apa
yang telah mereka pelajari (Awal/akhir PdP)
55 Artscape (Lakaran) Guru memainkan muzik/lagu (jikamahu) dan
murid diminta melakar/melukis (menggunakan
warna) di atas kertas kosong apa yang mereka
suka untuk mencerminkan kefahaman mereka
tentang apa yang telah dipelajari
56 Dramatisation (Drama) Persembahan pelajar dalam bentuk drama, iaitu
hasil kerja murid secara berrkumpulan selepas
membuat perbincangan, perancangan dan
latihan
57 Mind Map ( Peta Minda) Satu strategi untuk memberi peluang kepada
murid untukmenunjukan kefahaman mereka
tentang sesuatu topik yang diajar. PETA MINDA
I-THINK adalah satu contoh peta minda yang
digalakkan. ( Contoh-contoh peta i-think dalam
lampiran)
58 Attitude Movement (Pergerakan Guru menampal kenyataan-kenyataan berkaitan
mengikut pendapat) subtopik yang telah dibincang di sekitar
bilik/dewan dan murid diminta membaca setiap
kenyataan dan berdiri/berkumpul di tempat
kenyataan yang mereka setuju.
59 Constructivism Strategi ini menggalakkan murid melalui proses
(Konstruktivisme) pembelajaran yang bermakna dengan membina
idea-idea baru. Proses ini melibatkan
a) Generate (bina/Jana)
b) Sort ( Susun)
c) Connect (Gabung/Hubung)
d) Elaborate ( Hurai/Jelaskan)
60 Jigsaw Reading ( Susun Suai) Murid diberi keratan atau perenggan di mana
mereka dikehendaki menyusun semula ayat-
ayat / perenggan mengikut
kesesuaian/idea/jalan cerita/ kronologi
61 Chart and Share (Catat dan Borang chart and share diberikan kepada murid
kongsi) dan mereka berbincang dan mengisi borang
serta berkongsi maklumat/idea dengan
kumpulan yang lain.
62 Table Cloth (Alas Meja) Guru menyediakan soalan di atas kertas yang
besar yang diletakkan di atas meja. Murid
bergilir-gilir untuk menulis jawapan mereka di
atas kertas tersebut
63 Colaboration (Kolaborasi) Murid diberi tugasan untuk disiapkan mengikut
kumpulan dan mereka mesti bekerjasama
dengan kumpulan lain untuk
melengkapkannya/menyiapkan
64 Stretch to Sketch (Lukis Guru memberi arahan/maklumat untuk
mengikut kreativiti) membantu murid melukis (secara individu)
tetapi mereka juga dikehendaki menggunakan
kreativiti masing-masing untuk berbuat
demikian. Hasil kerja murid ditampal dan guru
akan membuat pengiktirafan/hadiah kepada
lukisan yang paling kreatif.
65 Drawing Posters ( Melukis Berdasarkan arahan/maklumat yang diberi
Poster) murid melukis poster secara berkumpulan
tanpa menggunakan ayat/perkataan
66 Thumb Up (IsyaratTangan) Satu cara guru menilai pelajar apabila ditanya
soalan. Murid memberi isyarat tangan seperti
berikut :
a) Thumb Up – Bagus / faham
b) Thumb Middle – Kurang Faham /Kurang Pasti
c) Thumb Down – Tidak faham
67 Compass Point ( Tanda kompas) Selepas PdP guru mengedar borang untuk diisi
oleh murid secara individu.
a) Excited – seronok
b) Worriesome – Risau
c) Need To Know – Ingin Tahu
d) Suggestions - Cadangan
68 Examples ( Contoh ) Guru menggunakan contoh yang baik dalam PdP
untuk mengukuhkan kefahaman pelajar
69 Personal Action Plan ( Pelan Setiap murid dikehendaki membuat pelan
tindakan peribadi) tindakan peribadi mereka sendiri mengenai
topik/isu tertentu. Contoh
a) Segera
b) 1 Bulan
c) 6 bulan
70 Traffic Lights ( Lampu Isyarat) Satu cara penilaian kendiri di awal, semasa atau
di akhir PdP. 3 warna digunakan.
a) Green – (Hijau ) Saya yakin saya tahu
b) Yellow – (Kuning ) Rasa-rasa saya tahu
c) Red – (Merah) Saya tidak tahu
71 Post It Notes ( Nota tampalan ) Murid di minta menulis nota / catatan di atas
kertas dan kemudian ditampal di papan
kenyataan selepas PdP
72 Talk Partners ( Rakan Berbual) Murid diberi peluang berbual/berbincang
mengenai isu / topik yang dipelajari dengan
rakan mereka
73 Webs / Spider Diagrams ( Rajah Strategi ini hampir sama dengan m,enyediakan
Sarang Labah-labah) peta minda. Murid digalakkan mencatat idea
mereka dalam bentuk yang kreatif
74 Make Predictions ( Membuat Murid diminta membuat andaian / jangkaan
andaian) sebelum demo/ujikaji dijalankan.Selepas
demo/ujikaji dijalankan murid diminta
berbincang mengenai andaian mereka sebelum
ujikaji tersebut adakah tepat atau kurang tepat.
75 Circle Time ( Bulatan Masa Murid duduk di dalam kumpulan secara bulatan
sama ada diatas kerusi atau di atas lantai. Guru
menyediakan bola atau beg kacang. Sesiapa
yang memegang bola @ beg tersebut diminta
memberi pandangan tentang tajuk yang
diperbincangkan. Kemudian murid tersebut
akan memberi bola kepada pelajar lain pula
untuk memberi peluang mereka bercakap pulak
76 Envoys ( Utusan) Setiap kumpulan diberi tugasan. Seorang utusan
dipilih dari setiap kumpulan untuk menerangkan
hasil perbincangan mereka kepada kumpulan
baharu di samping mendapatkan pandangan
daripada kumpulan baharu. Utusan akan
kembali semula ke kumpulan asal dan
menyatakan pendapat kumpulan lain kepada
kumpulan asalnya.
77 Rainbow Groups ( Kumpulan a) Murid berada dalam kumpulan dan
Pelangi) ditentukan tajuk yang berbeza bagi setiap
kumpulan untuk perbincangan (Home Group)
b) Setelah perbincangan bina kumpulan baru
(Colour Group) yang terdiri daripada ahli setiap
kumpulan yang berlainan
c) Murid akan menyatakan hasil perbincangan
mereka kepada kumpulan baru mereka.
78 Snow Balling ( Bola Salji) Guru menyatakan satu soalan/pernyataan
kepada semua murid.
a) Setiap murid menyatakan satu jawapan
mereka secara individu
b) Kemudian murid akan berkongsi jawapannya
dengan rakan. Jadikan dua jawapan yang ada
kepada satu jawapan yang dipersetujui
bersama.
c) Ulang proses yang sama. – Cara ini boleh
mensentisiskan 4 jawapan kepada 1 jawapan
79 Rotating Stations ( Stesyen Satu kumpulan kecil murid diletakkan di setiap
Berputar) stesyen. Mereka diberi masa 10 minit untuk
menjawab topik yang telah ditentukan di setiap
stesyen. Kemudian kumpulan tersebut akan
berjalan ke stesyen berikutnya sehingga semua
kumpulan telah melalui semua stesyen. Setiap
kumpulan diberikan warna yang berbeza untuk
mencatat jawapan
80 Hot Seating (Kerusi Panas) Seorang murid dipilih ke hadapan kelas. Dia
bertindak untuk menjawab soalan atau
menyatakan pendangan daripada pertanyaan
rakan-rakannya di dalam kelas berkaitan dengan
tajuk yang diperbincangkan
81 Goldfish Bowl ( Mangkuk ikan Sama seperti hot Seating tetapi yang tampil ke
emas) hadapan ialah satu kumpulan untuk
menyatakan pandangan dan menjawab soalan.
Murid lain boleh bertanya soalan kepada
kumpulan murid ini
82 Six Thingking Hats ( 6 Topi Murid diminta menyatakan pandangan
Pemikir) berdasarkan thingking Hats yang telah
ditentukan
83 Radio Phone In ( Radio Telefon) Guru / Murid bertindak sebagai penyampai
radio. 4 orang murid terdiri daripada pelbagai
karektor berbincang tentang topik. Murid lain
boleh mengemukan soalan
84 TV Chat Show ( Bual TV) Guru / Murid bertindak sebagai Pengacara TV. 4
orang murid terdiri daripada pelbagai karektor
berbincang tentang topik. Murid lain boleh
mengemukan soalan
85 Freeze Frame ( Rangka Beku) Mulakan dalam bulatan Murid membina freeze
frame ( Rangka Beku) berdasarkan topik.
Alihkan meja supaya ada ruang untuk bergerak.
Kumpulan menunjukkan rangka beku kepada
rakan lain untuk meneka apa rangka beku yang
dibina dan membuat perbincangan
86 Free Discussion (Perbincangan Ini dilakukan dengan kumpulan-kumpulan yang
Bebas) lebih kecil. Oleh kerana ianya tidak berstruktur
perbincangan ini memerlukan guru @murid
yang berpengalaman sebagai pemudah cara.
87 3 Steps Interview ( 3 Langkah Dua pasangan dalam kumpulan (A&B) (C&D)
Temubual) a) A menemubual B dan C menemubual D.
b) A Menemubual C dan B menemubual D
c) ABCD berkongsi maklumat daripada
temubual tersebut
88 Listerning Triad (Pendengaran a) 3 orang murid dalam satu kumpulan. Seorang
bertiga) murid sebagai penyoal, seorang menjawab dan
seorang pencatat.
b) Pencatat akan membuat laporan selepas
perbualan berakhir
c) Untuk keseterusnya peranan seseorang itu
akan bergilir
89 Role-Play (main peranan) Gunakan cerita, drama. Main peranan untuk
menjauhkan (menyesuaikan) murid dengan
topik sensitif dan emosi. Contohnya minta
murid membincangkan perasaan mereka
tentang perkabungan. Guru boleh
menggunakan drama daripada orang yang
berkabung dan kemudian meminta murid untuk
membincangkan bagaimana perasaan orang
yang mengalami situasi tersebut.
90 Round Table Murid duduk dalam kumpulan dan guru
mengemukakan satu topik. Secara bergilir,
murid memberi dan mencatat satu idea dengan
menggunakan pen dan kertas yang sama. Hasil
dapatan dirujuk dan dibentang.
91 Three Stray, One Stay Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
Hasil kerja ditampal. Seorang ahli kumpulan
akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk
melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.
92 Simulation (Simulasi) Suatu proses peniruan dari sesuatu yang nyata.
93 Eksperiment (pengujian projek)

#Senarai PdP ini masih boleh ditambahbaikkan

Anda mungkin juga menyukai