Anda di halaman 1dari 7

Arahan am:

Tiap-tiap soalan diikuti oleh pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan satu sahaja jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 hingga Soalan 24


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. ________________ Encik Wong sedang menyapu sampah.


A Orang kerja
B Orang gaji
C Orang upah

2. Kita hendaklah berpakaian ________________ ke sekolah.


A cantik
B basah
C kemas

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. _________________ itu menangkap ikan di tengah laut.


A Pesawah
B Nelayan
C Petani

4. “Mengapakah _________________ tidak membawa buku latihan?,” tanya Cikgu Mazni kepada Ramli.
A awak
B kamu
C mereka

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. ________________ sudah lima tahun bertugas di Balai Polis Sentul.


A Inspektor Mohan
B Doktor Mazlan
C Cikgu Maznah

6. _________________ hendaklah menggosok gigi setiap hari.


A Dia
B Kita
C Beliau

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

1
7. Puan Suraya sedang _________________ pakaian di ruang tamu.
A menggosok
B menyusun
C melipat

8. Kamu mahu makan laksa _________________ mi goreng?


A dan
B atau
C tetapi

9. Kaki adik terluka ________________ dia tidak menangis.


A tetapi
B sejak
C atau

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Cikgu Tan menyampaikan hadiah _________________ para pemenang.


A ke
B pada
C kepada

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Faizal berasa haus kerana cuaca sangat _________________.


A dingin
B sejuk
C panas

12. _________________, itu pun dia sudah sampai!


A Eh
B Cis
C Amboi

13. ___________________ adik kamu menjumpai dompet itu?


A Siapakah
B Berapakah
C Di manakah

14. Kakak menerima se__________________ surat daripada posmen.


A keping
B helai
C pucuk

2
15. Encik Zikri membina se________________ rumah untuk ayahnya.
A biji
B buah
C bidang

16. Pasar raya itu dibuka setiap hari ___________________ hari Jumaat.
A atau
B tetapi
C kecuali

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. ___________________lah masuk ke dalam rumah.


A Jangan
B Tolong
C Jemput

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18. Pak Mat sedang _____________________ buah durian di dusunnya.


A dikutip
B pengutip
C mengutip

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19. Adik berasa ___________________ apabila melihat lelaki yang bermisai itu.
A suka
B takut
C sedih

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

3
20. Encik Wong menyiapkan kerja ____________________ lewat malam.
A dari
B pada
C hingga

21. Semua murid perlu __________________ peraturan sekolah.


A patuhi
B mematuhi
C dipatuhi

Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.

22. Aiman _________________ air kopi dengan perlahan.


A menjilat
B menghirup
C menyedut

Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.

23. Encik Halim membeli dua __________________ sayur kangkung.


A ikat
B gugus
C tandan

24. Puan Maria risau kerana anaknya belum pulang lagi.


Perkataan seerti bagi risau ialah
A bimbang
B curiga
C takut

25. Suasana di pasar malam itu sungguh bising.


Perkataan berlawan bagi bising ialah
A damai
B aman
C senyap

Soalan 26 hingga Soalan 28


Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

26. Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal.


A Bilakah Hari Raya Aidilfitri disambut?
B Mengapakah Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal?
C Adakah Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal?

4
27. Kami sekeluarga akan bercuti di Pulau Pangkor.
A Di manakah kamu sekeluarga akan bercuti?
B Adakah kamu sekeluarga akan bercuti di Pulau Pangkor?
C Bilakah kamu sekeluarga akan bercuti di Pulau Pangkor?

28. Harga sebatang pensel ini ialah RM 2.00 .


A Berapakah harga sebatang pensel ini?
B Mengapakah kamu membeli pensel itu?
C Apakah yang kamu beli di kedai itu?

Soalan 29 hingga Soalan 30


Pilih ayat yang betul.

29. A Pekerja itu berasal dari Nepal.


B Adik sedang menuntun televisyen.
C Seha suka menyiram pokok yang layu.

30. A Cis, ambil pensel kamu!


B Aduh, sakitnya perut saya!
C Hai, cantiknya jam tangan!

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mei Hua : Itu burung apa?

Siva : Itu burung kakak tua.

Mei Hua : Itu burung kakak tua siapa?

Siva : Itu burung kakak tua saya.

Mei Hua : Burung kakak tua kamu namanya apa?

Siva : Burung kakak tua saya namanya Kiki.

Mei Hua : Burung itu tinggal di mana?

Siva : Burung itu tinggal di dalam sangkar.

31. Burung kakak tua itu milik siapa?


A Mei Hua
B Siva
C Kiki

5
32. Apakah nama burung kakak tua itu?
A Kaka
B Kiko
C Kiki

33. Di manakah burung kakak tua itu tinggal?


A Sangkar
B Hutan
C Rumah

34. Siapakah Mei Hua?


A Kawan Kiki
B Kawan Siva
C Adik Kiki

35. Siva dan Mei Hua berkawan ______________________.

A rajin
B baik
C jahat

Pak Ali dan isterinya tinggal di Kampung Telaga. Kampung Telaga terletak di kaki bukit.
Pak Ali menyara kehidupannya dengan menanam sayur-sayuran. Selain itu, Pak Ali juga
menanam ubi kayu, ubi keledek, dan jagung. Hasil tanamannya dijual di pasar tani di kampung
itu.
Pada suatu hari, kebun sayur-sayuran Pak Ali telah diserang oleh sekumpulan tikus. Habis
tanamannya musnah. Pak Ali dan isterinya terkejut kerana selama ini tikus-tikus tersebut tidak
pernah berbuat sedemikian.
“Biarlah, mungkin tikus-tikus itu dalam kesusahan. Lagipun, itu rezeki mereka,” kata Pak
Ali kepada isterinya.
Pak Ali tidak pernah marah walaupun tanamannya dimusnahkan oleh tikus-tikus itu. Pak
Ali sentiasa bersyukur dengan anugerah Tuhan kepadanya.
Berkat kesabaran Pak Ali itu, akhirnya kebun sayur-sayuran Pak Ali mengeluarkan hasil
yang banyak. Kini, Pak Ali menjadi kaya-raya.

Soalan 36 hingga Soalan40


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

6
36. Di manakah Pak Ali tinggal?
A Kampung Tikus
B Kampung Tebing
C Kampung Telaga

37. Perkataan musnah sama erti dengan


A rosak
B mahal
C habis

38. Apakah yang menyerang kebun sayur-sayuran Pak Ali?


A Tikus
B Arnab
C Kambing

39. Bagaimanakah perasaan Pak Ali apabila kebun sayurnya musnah?


A Marah
B Sedih
C Sabar

40. Apakah sikap Pak Ali yang dapat kita contohi?


A Tikus suka akan tikus
B Menanam banyak jenis sayur
C Selalu bersabar dan bersyukur

- KERTAS SOALAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai