Anda di halaman 1dari 5

Kuliah 1

Pengenalan Kepimpinan & Pengurusan

Pengenalan
 Satu subjek yang mencetuskan minat ramai pihak – sehingga 1999 terdapat 55,172
penerbitan mengenai kepimpinan. Sept. 2016 terdapat 168,979 buku di Amazon.com
 Satu terminologi yang mempunyai pelbagai perbezaan dan pelbagai perspektif dan
pemahaman
 Penyelidikan saintifik mengenai kepimpinan telah bermula di kurun ke 19.
 Antara fokus utama kajian ialah mengenai keberkesanan kepimpinan.

Definisi Kepimpinan
 “Always, it seems, the concept of leadership eludes us or turns up in another form to
taunt us again with its slipperiness and complexity. So we have invented an endless
proliferation of terms to deal with it…and still the concept is not sufficiently defined.”
Bennis (1959)
 “there are almost as many definitions of leadership as there are persons who
attempted to defined the concept.” Stodgill (1974)
 Rost (1993) mendapati 221 definisi kepimpinan didalam 587 penerbitan
 Fleishman dll. (1991) mengenalpasti 65 sistem klasifikasi definisi kepimpinan, seperti
kumpulan definisi bersifat sentrik pemimpin sebagai individu, tingkah laku
pemimpin, proses interaksi, kesan terhadap pemimpin dll.
 Senn & Childress (1993) mencadangkan 6 tema kepimpinan yang sesuai untuk kurun
ke21:
 Kepimpinan tidak lagi milik eksklusif ketua teratas.
 Kepimpinan mencipta kecemerlangan dikalangan pengikut.
 Kepimpinan tidak sama dengan kepengurusan.
 Kepimpinan bersifat sensitif dan mempunyai dimensi humanistik.
 Kepimpinan perlukan pendekatan holistik dan mengaplikasi pelbagai skil,
kualiti dan kebolehan.
 Kepimpinan ialah berkemahiran mencerap, mencetuskan inisiatif dan melaksanakan
perubahan.

Kontrovesi Definisi Kepimpinan


 Peranan yang khusus atau perkongsian proses mempengaruhi
 Jenis proses mempengaruhi
 Tujuan percubaan untuk mempengaruhi
 Pengaruh berasaskan taakulan atau emosi
 Kepimpinan langsung atau kepimpinan tidak langsung
 Kepimpinan lawan kepengurusan

Leadership: A Working Definition


 Leadership is about articulating visions, embodying values, and creating the
environment within which things can be accomplished – Richards & Engle (1986)

1
 Leadership is the process of influencing others to understand and agree about what
needs to be done and how to do it, and the process of facilitating individual and
collective efforts to accomplish shared objectives - Yukl (2013)

Kepimpinan lwn Kepengurusan (Kontroversi)


Pemimpin dan pengurus secara kualitatifnya adalah berbeza dan kedua-duanya merupakan
manusia yang ekslusif.
Memimpin dan mengurus merupakan peranan dan proses yang berbeza.
Memimpin adalah berasaskan hubungan mempengaruhi, manakala mengurus adalah
berasaskan hubungan autoriti
Pendekatan integratif

Memahami mengapakah sukar untuk menilai keberkesanan kepimpinan: Faktor


Perbezaan
 Pelbagai indikator yang berbeza:
 Kuantitatif (kadar keuntungan) vs kualitatif (tahap kepuasan)
 Individu (pekerja cemerlang)/ kumpulan atau organisasi (semangat berpasukan, tahap
kejelekitan).
 Pencapaian segera (kepatuhan kepada arahan, penggubalan visi dan misi) atau jangka
panjang (menjimatkan kos, pencapaian visi dan misi)
 Perbezaan keutamaan pihak yang berkepentingan
 Perbezaan konsep kepimpinan

Memahami aspek kajian kepimpinan dalam tempuh 50 tahun yang lalu: Fokus Teori
dan Kajian Kepimpinan
1. Jenis pembolehubah yang diberi penekanan
2. Jenis sifat-sifat pemimpin
3. Tahap konseptualisasi

(1) Pembolehubah utama dalam Teori Kepimpinan


 Sifat-sifat seorang pemimpin – personaliti, nilai dan kemahiran dll.
 Sifat-sifat pengikut – keperluan, komitmen, kepuasan, konsep kendiri dll.
 Sifat-sifat sesuatu situasi – jenis organisasi, saiz, budaya, persekitaran organisasi dll.
(2) Jenis Sifat Kepimpinan
 Pendekatan Tret
 Pendekatan Tingkah Laku
 Pendekatan kuasa-pengaruh
 Pendekatan situasi
 Pendekatan Integratif
(3) Tahap Konseptualisasi
 Proses Intra-individu – fokus kepada kualiti pemimpin, eg. Tret personaliti,
kemahiran, nilai-nilai, motivasi - psychologist
 Proses Diadik – fokus hubungan antara pemimpin dan pengikut
 Proses Kumpulan – Prestasi kumpulan
 Proses Organisasi – adaptasi terhadap persekitaran, keberkesanan dan kecekapan
organisasi

Kaedah lain membezakan antara teori kepimpinan


1. Berpusatkan pemimpin vs berpusatkan pengikut

2
2. Universal vs kontingensi
3. Deskriptif (proses kepimpinan, aktiviti dll.) vs preskriptif (apa yang perlu dilakukan
oleh pemimpin untuk menjadi efektif)

3
KEPENGURUSAN

Ciri-ciri Kerja Seorang Pengurus


 Sifat kerja yang memenatkan
 Kandungan kerja yang pelbagai dan rencam
 Kebanyakan aktiviti bersifat reaktif
 Interaksi oleh rakan sekerja dan pihak luar
 Proses membuat keputusan yang tidak teratur dan bersifat politik
 Perancangan bersifat informal dan adaptif

Peranan Pengurus
1. Pemimpin
2. Penghubung
3. Ketua organisasi
4. Pengawalan
5. Penyalur maklumat
6. Jurucakap
7. Usahawan
8. Penyelesai masalah
9. Mengagihkan sumber
10. Perunding

Peranan Pengurus menurut Model Diskriptif Stewart


Komponen Asas:

1. Permintaan – iaitu tugas, aktiviti dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
seorang pengurus, seperti memenuhi objektif, keperluan piawaian, tarikh akhir,
prosedur dan memenuhi kehendak birokratik seperti menghadiri mesyuarat,
menyediakan belanjawan dan laporan, menandatangani dokumen, membuat penilaian
prestasi dll.
2. Halangan – iaitu persekitaran dalaman dan luaran organisasi yang menghalang
perlaksanaan tugas, seperti peraturan birokrasi, polisi, keperluan OSHA, akta
kerahsiaan dll. Halangan dalaman seperti kecukupan bajet, kemudahan dan peralatan,
personel dll.
3. Pilihan – iaitu aktivti yang perlu dilakukan walaupun ianya tidak diperlukan, seperti
usaha-usaha penambahbaikan dan penyelesaian jangka panjang untuk menyelesaikan
permintaan dan halangan seperti membina jaringan dll

Kepentingan Membina Jaringan


 Keperluan mendapatkan maklumat
 Melebarkan kerjasama
 Bantuan menyelesaikan masalah
 Bantuan inovatif untuk mengurus perubahan

Membina Jaringan
 Bergaul dengan peserta dalam majlis-majlis yang dihadiri
 Aktiviti-aktiviti perkhidmatan kemasyarakatan
 Menganggotai kumpulan professional dan sosial

4
 Menghadiri program profesional

Keperluan pengurusan masa yang efektif: Panduan Pengrusan Masa di kalangan


Pengurus
 Memahami sebab-sebab permintaan dan halangan
 Memperluaskan opsyen pilihan
 Tentukan apa yang hendak dicapai
 Analisis penggunaan masa
 Membuat perancangan untuk aktiviti harian dan mingguan
 Elakkan sebarang aktiviti yang tidak diperlukan
 Jangan mencuri masa
 Melakukan perancangan reflektif
 Lakukan komunikasi

Anda mungkin juga menyukai