Anda di halaman 1dari 27

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

NAMA AHLI :
KOHILAVANI A/P KRISHNASAMY
SURENTIRAN A/L NAGARETHNAM

NAMA PENSYARAH :
LOW SIEW WAH
SOALAN TUGASAN

Kenal pasti satu kes buli sebenar


yang berlaku di sekolah.Apakah
punca yang menyebabkan
fenomena ini berlaku?Bincangkan
dan senaraikan tindakan yang
boleh diambil oleh guru untuk
memastikan murid dapat
berkembang dengan baik, selesa,
selamat, dan gembira di sekolah.
DEFINISI BULI

Perbuatan mengasari orang yang lemah dengan


tujuan atau untuk menunjukkan kekuatan
masing-masing
Tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk
fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara
berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan
mendatangkan perasaan tidak selesa, aman,
tenteram dan harmoni.
VIDEO KES BULI SEBENAR

• Kes 1
• Kes 2
KELUARGA

RAKAN
INDIVIDU
SEBAYA
FAKTOR
KES
BULI

MEDIA
SEKOLAH
MASSA
FAKTOR KELUARGA
Terlalu dimanja oleh ibi bapa. Golongan ini tidak
pernah berasa bersalah apabila membuat
kesilapan.
Kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada
ibu bapa.
Cara disiplin yang tegas adripada ibu bapa.
Sikap ibu bapa yang mendera. Mereka mempunyai
perasaan ingin membalas dendam akibat peristiwa
yang pernah mengalami sebelum ini.
FAKTOR INDIVIDU
Individu yang gagal mengendalikan emosi denan
baik. Golongan ini biasanya bersikap panas baran
atau hiperaktif yang sering bersikap tidak pernah
mengambil peduli perasaan orang lain.
Pelajar bosan dengan sekolah dan membuli pelajar
lain merupakan salah satu cara untuk
menghilangkan perasaan bosan. Mendapat
kepuasan/leseronakan yang paling optima melihat
kesengsaraan yang dialami oleh orang lain.
• Pelajar ingin menunjukkan kekuatan
sendiri.
– Pembuli kerap berasa cemburu dan rasa tidak
dihormati oleh pelajar junior, di mana mereka
merasakan peranan sebagai ketua mulai kurang
stabil.
– Kejayaan membuli menyebabkan mereka
diiktiraf oleh pelajar junior serta rakan dan
secara tidak langsung sebagai ketua.
• Pelajar yang tidak berjaya dalam pelajaran,
nakal dan mempunyai masalah disiplin
– Marah dan benci pada mangsa atas sebab
disayangi guru atau gemar bercakap dalam
bahasa Inggeris .
• Kekurangan penghayatan nilai-nilai agama
yang ada pada pelajar.
FAKTOR SEKOLAH

• Tiada campur tangan dalam mengatasi


masalah kes buli.
• Pengawasan yang longgar dan kelemahan
peraturan di sekolah.
– Memberi peluang kepada pelajar yang ingin
menjalankan pembulian mereka terhadap
pelajarlain.
• Kurang kawalan terhadap pelajar yang terlalu
ramai.
• Sistem sekolah yang terlalu mementingkan
pencapaian akademik dan mengetepikan
aspek sukan, kokurikulum, pembinaan sahsiah
dan kerja berpasukan.
FAKTOR MEDIA MASSA DAN
MEDIA CETAK

• Memaparkan aksi, pertuturan dan tingkah


laku di media elektronik dan media cetak
menjadi ikutan bagi golongan remaja.
FAKTOR RAKAN SEBAYA

• Tekanan/desakan rakan sebaya untuk


bersama-sama membuli supaya dapat
diterima oleh ahli-ahli kumpulannya.
• Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh
paling kuat untuk mengubah tingkah laku.
– Pelajar bersama rakan lebih daripada masa
yang diluangkan bersama keluarga.
• Guru harus mengambil berat atas segala aduan
pelajar mengenai apa-apa berlaku di sekolah.
• Walaubagaimanapun, dalam konteks ini, tidak
mengambil tindakan terburu-buru dengan terus
‘menyerang’ pelajar yang dikatakan membuli
pelajar lain itu. Guru perlu menyiasat selepas
dapat aduan.
• Tujukkan kepada pelajar bahawa mereka tidak
keseorangan menghadapi masalahnya dan
gurunya akan sentiasa berada di sisi untuk
mendengar sebarang masalah.
MENGEDARKAN BORANG SOAL
SELIDIK DALAM KALANGAN PELAJAR

• Meminta pelajar mengisi borang soal selidik yang


berkaitan dengan kes buli berdasarkan
pengalaman mereka atau apa yang mereka alami.
• Identiti pelajar yang mengisi borang perlu
dirahsiakan.
MEMBINCANGKAN ISU BULI SEMASA
DALAM KELAS
• Kaitkan isu buli dalam kelas semasa
pengajaran.
– Semasa menulis karangan tentang gejala sosial.
• Mengadakan perbincangan dengan pelajar
dan sentiasa memberi informasi dan
dorongan yang betul kepada mereka.
• Memerhati dan bersensitif kepada pelajar
yang berkemungkinan akan melibatkan
dalam kes buli.
PENGAJARAN KEMAHIRAN
BERSOSIAL
• Guru perlulah mengajar dan memberi
nasihat kepada pelajat bagaimana berkawan
dan bersosial dengan semua orang.
– Menggalakkan pelajar untuk bergaul dengan
pelajar apabila mengadakkan kerja kumpulan.
• Menasihatkan mereka supaya tidak
keseorangan di tempat-tempat risiko
seperti tandas, perhentian bas.
MEMBERI PENDIDIKAN AGAMA

• Pendidikan agama merupakan unsur yang paling


penting dalam kehidupan seseorang kerana
pendidikan agama dapat membentuk seseorang
manusia agar lebih sensitif kepada dosa dan
pahala.
• Justeru, guru boleh menggunakan pelbagai cara
agar tidak ketinggalan dalam memberikan
pendidikan agama kepada anak muridnya.
• Contoh aktiviti yang boleh lakukan adalah
mengadakan ceramah, memperbanyakkan aktiviti
di surau, kuil atau tokong dan lain-lain.
• Dengan itu, pendidikan agama dalam diri
seseorang murid dapat dipertingkatkan dan nilai-
nilai yang baik akan dibentuk.
• Secara tidak langsung kes buli dapat dibanteras
kerana murid-murid akan menyedari bahawa buli
dan sebarang perbuatan yang menyinggung
perasaan orang lain akan membawa kesan buruk.
PENGAWASAN MURID
• Guru harus berperanan dalam melaksanakan
sesuatu peraturan dalam keadaan yang tegas agar
semua murid dapat berkembang dengan baik,
selesa, selamat dan gembira di sekolah.
• Peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa
mementingkan kemana-mana pihak. Peraturan
perlu sama kepada semua yang terlibat.
• Kes-kes yang melanggar peraturan sekolah,
hendaklah didedahkan kepada semua pelajar
supaya menjadi pengajaran kepada orang lain
seperti kes buli.
BERJUMPA DENGAN PELAJAR YANG
DISYAKI

• Membincangkan masalah yang dihadapi oleh


pelajar tersebut dan mendapatkan jalan
penyelesaiannya.
• Mengenakan hukuman yang setimpal kepada
pelajar tersebut agar tidak mengulangi perkara
tersebut.
MENGGALAKKAN PELAJAR SUPAYA
MELIBATKAN DIRI DALAM KELAB
PENCEGAH JENAYAH

• Para pelajar akam memperoleh lebih banyak


pengetahuan tentang cara-cara mencegah kes buli
sekiranya pelajar menjadi pemangsa kes itu.
• Menyebabkan informasi yang diperolehi itu
kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar
tahu akannya.
MENINGKATKAN PENGAWASAN DI
SETIAP PELOSOK KAWASAN
SEKOLAH
• Guru harus mengawal tempat yang sering berlaku
kes buli seperti kaki lima sekolah yang sunyi atau
belakang bangunan sekolah.
• Para guru janganlah memberi sebarang peluang
kepada pembuli untuk membuli mangsa.
RUJUKAN
• Sumber internet
• http://www.youtube.com/watch?v=bhZRq7no_a
g
• http://www.youtube.com/watch?v=isfn4OxCPQs
• http://tamanceriabelajar.forumotion.net/t72-
definisi-buli
• http://gegeplace.blogspot.com/2010/06/punca-
punca-dan-langkah-langkah.html
• http://www.scribd.com/doc/36655970/Punca-
Punca-Berlakunya-Kes-Buli

Anda mungkin juga menyukai