Anda di halaman 1dari 2

TEATER PEMBACA

Organ Dan Anggota Badan Telah Menderita Sebab Penyakit

Beri salam. Perkenalkan watak.

Watak Dialog
Pencerita Kamal tidak menjaga kesihatannya dengan baik. Dia selalu
makan makanan yang tidak seimbang. Pada suatu hari, organ-
organ yang terdapat dalam badan Kamal seperti mata, perut,
kulit, kaki dan jantung telah bercerita antara satu dengan yang
lain tentang musibah yang dihadapinya.
Mata Hai kawan-kawan……Apa khabar semua?
Kulit,
Kaki,
Hmmm…Tak sihat la mata…..
Perut,
Jantung
Mata Ya ke…?Saya pun tak sihat juga.
Kulit Eh ! Kenapa pula? Apa yang terjadi pada awak?
Mata Saya semakin hari semakin kabur la. Saya rasa sakit dan tak
boleh tahan kesakitan itu.
Kulit Itulah…saya tengok tuan kita selalu tengok televisyen dan main
permainan video pada waktu malam..
Mata Sebab itu lah saya tak cukup rehat. Dia tidak menjaga saya
dengan baik. Saya sangat letih dan sedih.
Perut Saya pun macam itu juga. Tuan selalu makan makanan yang
tidak berkhasiat. Dia juga makan banyak makanan pada satu
masa yang sama.
Jantung Betul, betul, betul…Saya setuju dengan awak. Tuan selalu
makan makanan segera terutamanya KFC. Banyak kolesterol
tersumbat dalam saya. Hmmmm…
Kaki Tuan juga selalu makan makanan yang bergula. Dia suka
TEATER PEMBACA

makan gula-gula dan ais krim. Oleh itu, saya selalu bengkak.
Aduh !!! sakitnya aku.
Perut Hmmm…mungkin tuan kita tidak tahu bahawa makanan
tersebut boleh menyebabkan penyakit.
Kulit Itulah, saya pun rasa pedih sangat sebab tuan kita suka minum
air gas…dia tidak mahu minum air mineral.
Kaki Patutlah saya tengok awak kelihatan sangat kering..
Mata Agak- agaknya kawan- kawan, macam mana ya nak buat tuan
kita sedar akan kepentingan kita..?hmmmm….
Pencerita Pada ketika itu, Kamal tengah makan banyak makanan segera
seperti ayam goreng, kentang goreng, burger dan minum air
pepsi. Saat itu, perut mula menjerit dalam kesakitan pada
kawan- kawannya.
Perut Aduh!!!sakitnya….saya tidak boleh tahan….tolonglah saya
tuan…tolonglah jangan makan banyak sangat….saya tidak
boleh tahan muatan yang lebih daripada kemampuan saya!!!!
Mata
Eh eh! Jangan la macam itu…Tahan la sikit perut…kesiannya
Jantung
Kaki dia!!!
Kulit
Pencerita Kamal mula meraung dalam kesakitan lalu dimasukkan ke
dalam wad. Di hospital doktor menasihati Kamal supaya
mengikut amalan pemakanan yang seimbang seperti di piramid
makanan. Kamal mengambil ikhtibar daripada situasi tersebut
dan mula mengamalkan pemakanan yang sihat seperti yang
dinasihati oleh doktor. Dengan itu, organ dan anggota badan
berasa sangat gembira kerana tuannya sudah insaf.

Anda mungkin juga menyukai