Anda di halaman 1dari 6

PK01/3

LAPORAN PROGRAM KARNIVAL KESIHATAN


TELINGA, HIDUNG DAN TEKAK
SEKOLAH KEBANGSAAN MELAYU RAYA,
81500 PEKAN NANAS PONTIAN
Anjuran : Jabatan Otorhinolarigologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu
dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pekan Nanas

PROGRAM / AKTIVITI : Program Karnival Kesihatan Telinga, Hidung


dan Tekak
TARIKH PERLAKSANAAN : 11 Mei 2018
HARI : JUMAAT
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Melayu Raya
MASA : 7.30 Pagi sehingga jam 12.00 tengahari

OBJEKTIF :

· Untuk membawa isu- isu berkenaan kesihatan telinga, hidung dan tekak.

· Untuk memberi pendedahan berkenaan kenser pangkal hidung kepada awam.

. Untuk memberi panduan berkenaan saluran untuk mendapatkan rawatan bagi

penyakit- penyakit yang berpunca dari telinga, hidung dan tekak.

· Untuk memberikan khidmat saringan dan rawatan susulan menerusi temujanji

doktor khususnya kepada orang awam yang disyaki mengalami masalah kesihatan

telinga, hidung dan tekak.

KUMPULAN SASARAN : 1) Murid PRA Sekolah.

2) Murid Tahap 1 dan 2.

3) Ibu bapa.

4) Penduduk Kampung Melayu Raya.

5) Guru- guru SK.Melayu Raya.

6) Orang awam.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01/3

DAPATAN :

11.1 KEKUATAN :

Peserta karnival kesihatan telinga hidung dan tekak mendapat pendedahan tentang
punca- punca gejala penyakit khususnya kenser pangkal hidung melalui aktiviti seperti
pameran, ceramah dan sesi soal jawab yang dijalankan. Setiap peserta dapat membuat
saringan kesihatan daripada doktor- doktor dan pegawai-pegawai perubatan yang
dibawakan khas dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu sepanjang berlangsungnya
karnival ini. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan berkenaan
persediaan mengenalpasti tanda-tanda awal kenser dan nasihat cara pemakanan dan
gaya hidup yang sihat bagi mencegah penyakit kenser pangkal hidung ini berlaku.

11.2 KELEMAHAN :

Terdapat segelintir murid yang tidak menghadiri karnival memandangkan ia dijalankan


pada waktu cuti sekolah.

Doktor-doktor seharusnya memberikan khidmat melakukan saringan di dalam bilik-


bilik khas untuk memastikan saringan dibuat tidak secara terbuka bagi menjaga
privasi individu.

PENAMBAHBAIKAN :

Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan program pada masa


hadapan.

PENUTUP :

Rata-rata peserta carnival memberikan komen yang positif setelah berakhirnya program
carnival kesihatan ini. Nyatanya mereka sama ada murid, ibu bapa, orang awam
mahupun guru telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan
semua aktiviti sepanjang program karnival kesihatan ini berlangsung. Semoga
program sebegini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk
melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan mengamalkan budaya hidup yang
sihat dan sejahtera dalam kehidupan mereka.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01/3

berikut beberapa rakaman gambar sepanjang karnival kesihatan ini berlangsung :

11 Mei 2018
7.30 – 8.30 pagi
Sesi pendaftaran murid-murid, ibu bapa, orang awam dan
guru
bersama cenderahati iringan pengajur dan borang
pemeriksaan kesihatan.

Peserta karnival juga dideahkan dengan sumber bacaan


infografik berkenaan penyakit hidung telinga dan tekak.

11 Mei 2018
8.30 – 9.30 pagi
Majlis perasmian Karnival Kesihatan
hidung telinga dan tekak serta
ucapan alu-aluan daripada guru
besar SKMR, ketua kampung melayu
raya, dan pihak penganjur Hospital
Sultanah Aminah Johor Bharu.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01/3

11 Mei 2018
9.30 – 10.00 pagi
Sesi ceramah berkaitan isu kesihatan
kanser pangkal hidung dan tayangan
video berkenaan kesihatan hidung
telinga dan tekak.

11 Mei 2018
8.30 – 10.00 pagi
Aktiviti mewarna untuk murid-
murid pra, tahap 1 dan 2.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01/3

11 Mei 2018
10.00 – 12.00 tengah hari

Pemeriksaan kesihatan oleh klinik


kesihatan Pekan Nanas dan KSIB
melayu raya.

Saringan kesihatan telinga hidung


dan tekak oleh doktor- doktor

.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01/3

11 Mei 2018
10.00 – 12.00 tengah hari

Saringan melalui alat pengesanan


audio

Konsultasi doktor, bekalan ubat


kepada yang berkenaan dan
Temujanji bagi membuat rawatan
susulan.

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh :

……………………… ……………………. …………………..

(PN NOORHANA TUKIRAN) (PN. HAMIDAH BINTI IBRAHIM) (EN.MD YAZID BIN MD YUSOF)

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00