Anda di halaman 1dari 2

1.

SISTEM EKONOMI
Objektif .
1.Menggariskan kriteria asas yang membezakan sistem ekonomi, iaitu
sistem pemilikan,sistem membuat keputusan tentang peruntukan
sumber
danagihan pendapatansertasistem insentif .
2. Menggariskan sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia.
3. Membincangkan bagaimana pasaran menyelesaikan masalah asas
ekonomi;
4. Menjelaskan kebaikan dan kelemahan pasaran serta perlunya
campur tangan kerajaan
1.6 SISTEM EKONOMIA.

Ekonomi pasaran bebasKriteria asas


i. Individu dan pihak swasta bebas memiliki harta
.ii. Peruntukan sumber ditentukan oleh mekanisme harga. Berdasarkan
permintaan pengguna.
ii. Agihan pendapatan tidak setara.
iv.Terdapat pelbagai insentif.
Kebaikan
1. Pengeluar dapat membuat keputusan dengan cepat melalui mekanisme
harga
2.Pekerja ada intensif untuk bekerja keras..
3.Persaingan dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos
pengeluaran
.4. Agihan sumber adalah cekap. Faktor-faktor pengeluaran dapat
digunakan dengan secekap-cekapnya untuk meningkatkan keuntungan.
Kelemahan
1. Disebabkan motif keuntungan, barangan awam kurang dikeluarkan
2. Berlaku eksternaliti negatif seperti pencemaran air, udara.
3. Jurang agihan pendapatan semakin besar kerana yang kaya menjadi
semakin kaya dan yangmiskin menjadi semakin miskin
4.Ekonomi tidak stabil. Berlaku turun naik harga yang kerap.
B.Ekonomi perancangan pusatKriteria asas
i.Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan
.ii.Kerajaan membuat semua keputusan peruntukan sumber ekonomi.
iii. Agihan pendapatan adalah setara.
iv. Tidak ada insentif.
Kebaikan
1. Bermotifkan kebajikan maka kebajikan pengguna diutamakan.
Sumber-sumber ekonomidigunakan untuk mengeluarkan barangan yang
dapat meningkatkan kebajikan pengguna.
2.Barangan awam disediakan. Ini kerana matlamat pengeluaran bukan
keuntungan semata-mata.
Kelemahan
1. Oleh kerana kekurangan persaingan, berlaku ketidakcekapan dan
kekurangan inovasi danpembaharuan
2. .Pilihan pengguna adalah terhad
3. Keagungan pengguna tidak wujud. Pengguna tidak ada pengaruh ke atas
pengeluaranbarangan
4.Oleh kerana tiada motif keuntungan, tiada insentif untuk bekerja
keras untuk meningkatkanproduktiviti dan keuntungan.

Anda mungkin juga menyukai