Anda di halaman 1dari 3

Isu Penutupan JAKIM: Ramai rakyat Malaysia tak tahu sebenarnya inilah yang

berlaku baca dan fahami!

June 2, 2018 admin Uncategorized 0

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak ‘melatah’
dengan keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk
mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Institut Pemikiran Dr Mahathir (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM),


Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang memberikan ingatan itu
berkata, Perdana Menteri tidak mengatakan untuk menutup Jakim sebaliknya
untuk mengkaji peranan dan fungsinya agar beroperasi seperti asal
penubuhannya.

“Apabila mengkaji semula perkara itu bemaksud kita akan nampak lompong-
lompong yang perlu diperbaiki supaya perjalanan agama Islam di negara kita
ini lancar dan menyatukan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Bakul Ramadan


2018 bertemakan “Semarak Sedekah Mengimpi Barakah” membabitkan 40
penerima terdiri warga emas, fakir miskin dan ibu tunggal anjuran IPDM di sini
pada Khamis, ketika diminta mengulas kritikan orang ramai terhadap
cadangan itu di media sosial.

Dr Ahmad Zaharuddin Sani berkata, rakyat sepatutnya membantu kerajaan


dengan membina Malaysia baharu dan tidak sentiasa mengkritik kerana ia
tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada yang lebih baik.

Pada Rabu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan melihat semula peranan


Jakim dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam untuk membincangkan
masa depan jabatan itu.

Katanya, langkah itu dibuat bagi melihat semula peranan badan berkenaan
sama ada perlu dikekalkan atau dikembalikan kepada tujuan asal
ditubuhkan.

Sementara itu, ketika mengulas tuntutan kontroversi Barisan Bertindak Hak


Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) yang mahu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka
kepada semua kaum, Dr Ahmad Zaharuddin Sani berkata mereka boleh
menyuarakan tuntutan itu tetapi ia bersandarkan kepada perlembagaan
negara dan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, terdapat empat perkara yang tidak boleh dituntut iaitu Agama Islam
sebagai agama Persekutuan, hak-hak keisimewaan orang Melayu, Raja-Raja
Melayu dan hak kewarganegaraan.
“Kita sebuah negara yang terbuka maksudnya mereka boleh bercakap apa
yang nak dan menuntut apa yang dikehendaki tapi di negara kita ini ada
perlembagaan. Saya bagi contoh kita dah bina sebuah rumah dan rumah itu
sudah ada bilik tertentu dan bilik ini dah termaktub siapa punya dan jangan
sekai kali kita cuba menceroboh bilik orang lain, kita jaga sendiri bilik kita,”
katanya. — Bernama

DALAM ARTIKEL SEBELUM INI TUN MAHATHIR MEMBUAT KENYATAAN BAHAWA


FUNGSI JAKIM AKAN DISEMAK SEMULA

PUTRAJAYA: Satu kumpulan akan ditubuhkan bagi membincangkan peranan


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di negara ini.Perbincangan itu
akan mengkaji dan menyemak semula fungsi JAKIM supaya Islam tidak
dipandang negatif.

“Kita belum ada fikiran mengenai Jakim. Kita akan ada satu kumpulan dari
ulama-ulama dan orang berpengetahuan dalam agama dan yang
pengetahuan untuk bincang peranan Jakim dalam negara, sama ada JAKIM
akan dikekalkan seperti sekarang atau tujuan-tujuan asalnya akan dihidupkan
semula,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang
media selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

“Kita akan menentukan supaya di negara ini, Islam tidak digambarkan


sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa, itu bukannya
agama Islam,” katanya.

“Ia (agama Islam) tidak begitu dan banyak larangan-larangan yang


diadakan dalam Islam tidak diamalkan, sebaliknya kita fikir cara-cara lain
yang tidak datang dari Islam untuk kononnya menunjukkan Islam ini agama
yang keras dalam pelaksanaannya,” tambahnya.

“Dalam kata lain, kita lebih suka memaksa daripada ajaran Al-Quran yang
kata tidak ada paksaan dalam agama Islam,” tambahnya.Pentadbiran
institusi agama di Malaysia pernah disentuh beberapa tokoh antaranya pakar
undang-undang, Profesor Datuk Shad Saleem Faruqi.

Shad Faruqi dalam kenyataannya sebelum ini pernah memberitahu,


penginstitusian Islam di Malaysia bukan hanya pada aspek agama.

“Saya minta maaf untuk menyatakan, banyak jutaan, dalam beberapa kes
berbilion-bilion, ringgit yang mereka belanjakan tidak dikenakan audit yang
mencukupi,” kata Shad Faruqi dalam satu program wawancara di Saluran
Astro AWANI, baru-baru ini.

“Saya tidak tahu bagaimana jika Ketua Audit Negara menyemak akaun
mereka atau tidak. Saya membaca laporan Ketua Audit Negara setiap tahun,
saya tidak mendapati pengawasan yang mencukupi perbelanjaan dan akhir
sekali, penglibatan agensi syariah dengan aktif menukar bukan Islam ke
dalam Islam dengan menggunakan wang pembayar cukai. Itu dipersoalkan,”
kata Shad Faruqi.

Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Ahmad Awang pula berpendapat,


kuasa agama perlu dikembalikan kepada Majlis Raja-Raja untuk membuat
keputusan di peringkat Persekutuan.“Apa yang kita lihat, bila kita kembalikan
kuasa agama kepada Raja-Raja, bermakna segala apa dilaksanakan
diperingkat pusat dengan perkenan Majlis Raja-Raja, itu yang sebenarnya.

“Itu apa yang dicabuli oleh Perdana Menteri sebelum ini, sehingga Raja risau
dengan kehebatan memerintah agama, kerajaan baharu memerintah ia tak
ikut dahulu.

SUMBER: Helangmerah