Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI 1: Hubungan Pemuafakatan

5.3 JURNAL: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Pemuafakatan

Sekolah memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di negara kita.


Ini adalah kerana sekolah berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan
formal dalam masyarakat untuk memberikan pendidikan yang sempurna
kepada anak-anak. Organisasi sekolah adalah jelas dengan peruntukan masa
dan ruang yang telah ditetapkan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar juga diasuh mengenai tingkah laku yang sempurna melalui disiplin diri
yang diterapkan di sekolah. Bagaimanapun, ini tidak bermakna ibu bapa
boleh menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak
sekolah semata-mata. Jackson, J. (1997) telah menyatakan bahawa:
“A school system without parents at its foundation is like a bucket with a hole
in
it.”
Pernyataan ini menjelaskan bahawa institusi sekolah adalah kurang
berkesan tanpa penglibatan ibu bapa. Justeru itu, penubuhan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru di sekolah-sekolah adalah satu langkah yang bijak. Ini adalah
kerana persatuan ini dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik
antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi melahirkan individu yang berguna
kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk


melibatkan ibu bapa dalam institusi sekolah melalui penubuhan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Pertubuhan PIBG di peringkat sekolah
rendah dan menengah adalah hasil Laporan Aziz yang diumumkan pada
1971. Allahyarham Tun Hussein Onn yang merupakan Menteri Pendidikan
pada ketika itu telah mengarahkan agar PIBG ditubuh dan didaftarkan melalui
Jabatan Pendidikan Negeri yang menjadi pendaftar melalui surat Arahan P.V.
(A 146/1973) yang dikeluarkan pada tahun 1973 (Noran Fauziah dan Ahmad
Mahdzan,1993).

Antara tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menjaga dan
melindungi kebajikan pelajar-pelajar dan guru-guru di samping memberikan
sumbangan untuk perkembangan sekolah. Ini adalah untuk memastikan
pelajar mendapat faedah maksimum dan mempunyai sumber yang diperlukan
untuk kerja sekolah mereka. Selain itu, persatuan ini juga bertujuan untuk
mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi membolehkan murid
mencapai perlembagaan kerohanian, akhlak, mental dan jasmani
(Omardin,1996).
PIBG didapati dapat memberikan bantuan kewangan kepada aktiviti-
aktiviti sekolah. Ini adalah kerana tidak semua sekolah mempunyai wang
yang cukup untuk membiayai program-program yang telah dijadualkan.
Justeru, ibu bapa yang berkemampuan diharap dapat memberikan sokongan
atau derma kepada PIBG. Selain itu, bantuan turut diperolehi melalui
pungutan derma daripada orang kenamaan, syarikat dan firma. Sumber
kewangan PIBG juga diperolehi daripada yuran tahunan yang diwajibkan
kepada ibu bapa pada setiap tahun. Wang PIBG ini turut dapat digunakan
untuk tujuan kebajikan seperti membantu pelajar miskin menjelaskan bayaran
peperiksaan awam.

Oleh yang demikian, antara peranan dan fungsi PIBG adalah:


 Menyokong aktiviti P&P di sekolah.
 Penyertaan dalam pendidikan di sekolah.
 Penglibatan dalam pendidikan di sekitar sekolah.
 Penglibatan antara institusi terhadap pendidikan dalam komnuniti.
 Menjadi pemangkin mewujudkan pemuafakatan dan perkongsian
bijak.
 Bersama membendung masalah disiplin.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Permuafakatan terbahagi


kepada dua:
i) FaktorDalaman
Jalinan permuafakatan di antara Pengetua, Pengurusan Sekolah, Ketua
Bidang atau Guru Kanan atau Panitia Mata Pelajaran, Guru Penyelaras,
Peranan semua guru Pengawas Sekolah, Murid, Peranan Koperasi Sekolah
dan lain-lain.

ii) FaktorLuaran
- Peranan PPD, Jabatan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan-jabatan Kerajaan.
- Warga Korporat dan Syarikat Swasta
- PIBG

Sementara itu, faktor-faktor yang lain termasuk:


-  Keperihatinan dan penglibatan pemimpin
-  Perubahan norma institusi
-  Autonomi dan pengupayaan
-  Hubungan mesra dan penglibatan berterusan
-  Faktor sokongan: sumber, ilmu,sikap, perilaku,kesungguhan
-  Penubuhan Jawatankuasa sekolah sebagai institutsi masyarakat
-  Pemupukan budaya ilmu dan budaya kerja cemerlang
-  Mewujudkan hubungan 3 dimensi (sekolah-ibu bapa-komuniti)

Hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru adalah penting untuk
mewujudkan perpaduan dalam organisasi pendidikan. Hubungan ibu bapa
dan guru-guru di sesebuah sekolah akan menjadi lebih rapat melalui
penglibatan ibu bapa dalam aktiviti PIBG. Walau bagaimanapun, penglibatan
serta peranan ibu bapa untuk berganding bahu bersama sekolah buat masa
ini adalah tidak menggalakkan. Penglibatan ibu bapa dalam menjayakan
aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG di sekolah menengah adalah begitu rendah
jika didasarkan kepada kehadiran ibu bapa semasa mesyuarat-mesyuarat
agung yang diadakan pada setiap tahun. Mizan Adiliah (2001), turut
menyatakan bahawa PIBG lebih aktif di sekolah rendah berbanding di
sekolah menengah. Senario kurangnya penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak sekolah bukanlah sesuatu yang asing lagi kerana
ia berlaku di kebanyakkan sekolah di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai