Anda di halaman 1dari 7

1.

0 WAKTU REHAT (MS 14)

1.1 Semua murid hendaklah meninggalkan kelas pada waktu rehat.


(Murid tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam kelas
sewaktu rehat. Matikan suis lampu dan kipas sebelum
meninggalkan kelas)
1.2 Beratur semasa membeli makanan dan tidak berebut2. Murid
dilarang berlari2 dan berbuat bising semasa berada di kantin.
1.3 Murid hanya dibenarkan membeli makanan atau minuman dari
kantin sekolah pada waktu rehat atau dengan kebenaran. (jika
sakit atau ketika amat memerlukan. Jangan sesekali
berehat ketika kelas Pendidikan khas sedang berehat atau
sebelum waktu rehat anda tiba)
1.4 Makan dan minum perlulah di kantin sahaja. (jangan makan
bekal yang di bawa di dalam kelas atau di tempat lain
kecuali di kantin)
1.5 Setiap murid perlu mengamalkan adab sopan semasa makan
dan minum di kantin.
i. jangan makan dengan berdiri atau berjalan.
ii. Jangan tinggalkan sisa makanan di atas meja.
iii. buang sampah-sarap pembungkus makanan dalam tong
sampah.
iv. masukkan dan asingkan pinggan dengan cawan ke
dalam bekas yang disediakan selepas makan.
v. jika ada masalah tentang makanan di kantin, boleh buat
aduan kepada guru atau tulis aduan dan masukkan ke
dalam peti aduan di foyer sekolah.
4.6 Murid dilarang sama sekali membawa makanan ringan,
minuman berkarbonat dan minuman yang mengandungi
alkohol/ menghayalkan.
i. Elakkan membeli makanan di luar sekolah sewaktu balik/
sewaktu menunggu kelas tambahan/ aktiviti kokurikulum –
ditakuti akan menghidap keracunan makanan
ii. jangan bawa masuk makanan yang dijual di luar sekolah
ke dalam kawasan sekolah.

5. 0 Waktu Balik

5.1 Pastikan kelas berada di dalam keadaan yang kemas dan bersih.
Kerusi dan meja disusun dengan teratur. Kelas perlu disapu dan sampah di
dalam bakul sampah perlu dibuang. Buang sampah di tong sampah
yang disediakan di luar kelas. Jangan simpan sampah dalam meja
atau di tong sampah di dalam kelas. Papan putih perlu dibersihkan.
Peruntukkan 5 minit untuk membersihkan kelas sebelum balik.

5.2 Semua kipas, lampu dan pintu serta tingkap ditutup sebelum
meninggalkan kelas.

5.3 Pastikan semua buku murid dibawa balik. (Buku-buku yang


ditinggalkan akan dirampas dan tindakan akan diambil terhadap
murid berkenaan).

5.4 Murid perlu mematuhi peraturan lalu lintas dan (mengikut laluan
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah/ jangan berebut2/ tunggu
ibu bapa atau kenderaan anda di kawasan yang selamat/ pandang kiri
dan kanan semasa melintas jalan/ jaga keselamatan diri semasa
berada di kawasan menunggu/ minta ibu bapa anda mengambil anda
di kawasan yang jauh sedikit daripada kawasan tangga di pintu
masuk sekolah untuk mengelakkan kesesakan dan kemalangan)

6.0 Waktu Kokurikulum

6.1 Masa aktiviti kokurikulum dijalankan tertakluk kepada pihak sekolah.


(di SMKAD waktu kokurikulum dijalankan pada hari Rabu bermula
dari pukul 7.30 pagi)

6.2 Setiap murid diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan


kokurikulum melainkan mendapat pengesahan daripada doktor.
Markah aktiviti kokurikulum akan dimasukkan dalam pentaksiran
PAJSK.

6.3 Pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak
hadir tanpa sebab yang munasabah. Kehadiran pada hari rabu rendah
dan menyebabkan peratus kehadiran sekolah kita turun. Jadi murid
diwajibkan hadir setiap hari rabu.

6.4 Murid-murid juga diwajibkan menyertai tiga gerak kokurikulum


iaitu:
6.4.1 Persatuan / kelab
6.4.2 Badan beruniform
6.4.3 Permainan

6.5 Jangan ambil kesempatan untuk balik awal pada hari rabu. Jangan
minta ibu bapa datang sebab nak balik awal.
PANDUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (MS 16)

1.0 Pakaian Seragam murid lelaki:

1.1 BAJU:

1.1.1 Baju kemeja berwarna putih dan berlengan pendek atau


panjang. Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju
perlu dikancing.

1.1.2 Baju perlu sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tigh in)

1.1.3 Butang baju perlu dikancing sehingga butang kedua dari atas
dan tidak melebihi 4 cm dari pangkal leher.

1.1.4 Murid dilarang memakai baju T (T shirt) di dalam kemeja


sekolah. Hanya singlet putih tanpa corak sahaja dibenarkan untk
dipakai di dalam kemeja sekolah.

1.1.5 Baju yang berjalur, jarang dan berlubang tidak dibenarkan.

1.1.6 Baju yang terlalu longgar atau terlalu ketat adalah dilarang.
Segala bentuk peralatan perhiasan adalah dilarang dilekatkan pada
pakaian sekolah.

1.1.7 Murid lelaki islam digalakkan memakai baju melayu dan


LENGKAP BERSONGKOK pada hari jumaat. Hanya songkok yang
berwarna hitam sahaja dibenarkan. Semua murid tingkatan 1,2 dan
3 UIAM dikehendaki memakai songkon pada setiap masa berada
di sekolah.

1.1.8 Baju Melayu perlu dimasukkan ke dalam samping (Hanya


samping sekolah sahaja yang dibenarkan dipakai di sekolah ini
– tujuannya adalah untuk memastikan keseragaman). Murid
beragama Islam dikehendaki memakai baju melayu, bersamping
dan bersongkok pada setiap hari jumaat.

1.1.9 Sekurang-kurangnya dua biji butang baju melayu perlu


dikancing.

1.1.10 Baju melayu yang berkolar cekak musang sahaja yang


dibenarkan. (Baju cekak musang johor/ tiada kolar – tidak
dibenarkan)
1.1.11 Baju melayu murid hendaklah mempunyai satu poket yang
terletak di sebelah dada kiri. Lencana sekolah diletakkan pada
bahagian poket dan tanda nama dilekatkan dibahagian atas poket.
(Menurut peraturan disiplin JPWPKL)

1.1.12 Baju kemeja sekolah yang berkilat tidak dibenarkan.

1.1.13 Pastikan baju kemeja sekolah dalam keadaan kemas dan


bersih.

1.1.14 Semua murid dikehendaki memakai baju seragam


sekolah rasmi, bertali leher lengkap dan memakai lencana serta
bertanda nama pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan
sekolah.

1.1.15 Semua murid dilarang memakai baju sukan atau baju


kokurikulum semasa perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada
hari isnin.

1.2 SELUAR

1.2.1 Seluar bagi murid lelaki sekolah menengah adalah seluar


panjang warna hijau kehitaman (Dark olive)

1.2.2 Seluar yang berpotongan jeans dan berfesyen tidak


dibenarkan. Seluar dari jenis kain jeans adalah dilarang.

1.2.3 Seluar yang singkat, ketat, terlalu longgar, berkaki lebar, dan
plit tidak melebihi 4 (Jahitan 2 di kiri dan 2 di kanan)

1.2.4 Ukur lilit kaki seluar tidak melebihi 16.5 inci atau 42 cm (tetapi
tidak pula dibenarkan jika terlalu sempit/ ketat)

1.2.5 Poket yang bertampal tidak dibenarkan (Sebab ada ciri seluar
jeans)

1.2.6 Poket seluar tidak boleh melebihi 4 poket iaitu 2 di bahagian


sisi pinggang dan dua poket lagi di bahagian belakang.

1.2.7 Murid tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai


poket di bahagian lutut.

1.2.8 Poket-poket tambahan selain daripada yang disebutkan adalah


dilarang.
1.2.9 Murid tidak dibenarkan memakai baju sukan, baju
kokurikulum dan seluar track bottom sekiranya kelas anda tidak
terlibat dengan PJK atau tiada aktiviti kokurikulum. Jangan
sesuka hati memakai pakaian sukan setiap hari semasa berada
di sekolah. Pakaian sukan dan kokurikulum hanya boleh dipakai
jika murid terlibat dengan PJK atau ada aktiviti kokurikulum.

1.2.10 Kasut sukan tidak dibenarkan dipakai pada setiap masa di


sekolah. Kasut sukan hanya boleh dipakai sekiranya aktiviti PJK
atau sukan dan kokurikulum sedang dijalankan. Kasut sukan
hendaklah ditukar kepada kasut sekolah biasa apabila aktiviti
sukan dan kokurikulum telah habis dijalankan.

1.3 Tali pinggang

1.3.1 Sekiranya murid bertali pinggang, kepala tali pinggang itu tidak
boleh terlalu besar atau berhias.

1.3.2 Lebar kepala tali pinggang tidak boleh melebihi 3.5cm.

1.3.3 Murid hanya dibenarkan memakai tali pinggang KANVAS yang


berwarna hijau kehitaman (Dark olive) dan tidak boleh bercorak.

1.4 Songkok

1.4.1 Songkok perlulah berwarna hitam.

1.4.2 Murid Islam digalakkan memakai songkok pada hari jumaat.


(Murid KAA/ kelas UIAM dikehendaki memakai songkok ketika
berada di sekolah/ pakai songkok pada setiap masa dan jangan
tanggalkan songkok)
Kehadiran murid ke sekolah:

1. Setiap murid wajib hadir ke sekolah pada setiap hari


persekolahan iaitu bermula dari jam 7.15 pagi.

2. Peratus kehadiran sekolah kita menurun pada tahun 2017


yang lalu iaitu daripada 86% kepada 85%.

3. JPWP menyasarkan peratus kehadiran ialah 95%.

4. Kita akan melaksanakan program dan tindakan untuk


memastikan tidak ada murid yang ponteng sekolah.

5. Murid-murid yang ponteng sekolah akan dikenakan tindakan


seperti yang dicadangkan oleh JPWP.

6. Tindakan yang akan kita ambil termasuklah memberi surat


amaran pertama, kedua dan ketiga.

7. Sekiranya murid tidak hadir lebih 40 hari, murid tersebut akan


diberi surat amaran ketiga. Sekiranya tidak hadir lebih 50 hari,
tindakan buang sekolah akan diambil.

8. Murid yang tidak hadir lebih daripada 30 hari tanpa sebab


yang munasabah juga akan ditulis kelakuan sederhana pada
sijil akuan sekolah dan sijil berhenti masing2. Ini akan
memberi kesan yang tidak baik kepada murid apabila mencari
pekerjaan kelak.

9. Murid yang kerap tidak hadir ke sekolah juga akan dihalang


daripada menyertai kegiatan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah atau pihak jabatan seperti lawatan, pertandingan
sukan dan sebagainya.

10. Pihak sekolah juga akan memanggil ibu bapa anda


sekiranya murid tidak hadir lebih daripada 10 hari supaya
tindakan disiplin seterusnya dapat diambil.

11. Murid-murid juga diingatkan untuk hadir ke sekolah pada


setiap masa tidak kira pada bulan puasa, musim selepas cuti
perayaan dan selepas peperiksaan pertengahan dan akhir
tahun. Kita dapati ramai murid ponteng sekolah semasa
puasa dan selepas peperiksaan akhir tahun.

12. Saya harap semua murid dapat mengubah sikap masing2,


meningkatkan kehadiran masing2 selari dengan transformasi
sekolah.

13. Sekiranya murid-murid kerap ponteng sekolah, kamu akan


ketinggalan pelajaran dan kesannya akan menjejaskan
keputusan peperiksaan kamu.

14. Sekali lagi, saya sangat berharap jangan sesekali ponteng


sekolah dengan sesuka hati. Kamu wajib berada di sekolah
untuk belajar dan menuntut ilmu. Jangan sia-siakan masa
kamu hanya untuk ponteng sekolah. Yang akan rugi ialah
kamu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai