Anda di halaman 1dari 14

ang Berhormat Dato’ Seri Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat

Serangan di Paris adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan dunia dan
merupakan suatu tindakan yang tidak bertamadun. Islam tidak pernah
menyokong tindakan kekerasan sebegini, bahkan Islam mengecam tindakan
biadab serangan ke atas orang awam yang tidak berdosa.

Dalam ajaran Islam, walau ketika menghadapi peperangan sekalipun;


Rasulullah s.a.w mengajarkan akhlak dan adab. Dalam beberapa hadis
Rasulullah s.a.w dan athar para sahabat ada mengajarkan:

1. Jangan membunuh kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak

ً‫ َوالَ ْام َرأَة‬،‫يرا‬ َ َ‫ َوال‬،ً‫ َوالَ ِط ْفال‬،‫َوالَ ت َ ْقتُلُوا َش ْي ًخا فَانِيًا‬


ً ‫ص ِغ‬

“Jangan kamu membunuh orang tua yang sudah lanjut usia, kanak-kanak dan
wanita…” (riwayat Abu Daud, Ibnu Abi Syaibah dan al-Baihaqi dalam Sunan
al-Kubra).
2. Jangan membunuh para rahib

َ ‫َوالَ ت َ ْقتُلُوا ُم ْن َع ِزالً ِب‬


‫ص ْو َم َعة‬

“…jangan membunuh rahib di tempat ibadahnya” (riwayat Muslim, Abu Daud,


at-Tirmizi dan al-Baihaqi)

3. Jangan membuat kerosakan di bumi

Abu Bakar as-Siddiq pernah memberikan wasiatnya kepada pasukan Islam


yang akan berangkat menuju Syam:

ً‫ َوال ت َ ْه ِد ُموا بَ ْي َعة‬،‫ش َج َرة ً تُثْ ِم ُر‬


َ ‫ َوال‬،ً‫ َوال ت َ ْع ِق ُروا بَ ِهي َمة‬،‫َوال ت ُ ْغ ِرقُ َّن ن َْخالً َوال تَحْ ِرقُنَّ َها‬

“Jangan sekali-kali kamu menebang pokok kurma, jangan pula membakarnya,


jangan membunuh haiwan-haiwan ternakan, jangan tebang pohon yang
berbuah, janganlah kamu merobohkan bangunan” (riwayat al-Baihaqi dalam
Sunanul Kubra, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan at-Tahawi dalam
Syarah Musykilul Atsar).

Islam Agama Damai


Islam adalah agama yang cintakan kedamaian, menjunjung tinggi hak setiap
warga masyarakat dan bersikap toleransi dengan agama lain.

Maka – walau siapapun dia, dari manapun ia berasal – jika “katanya”


beragama Islam namun bertindak menggunakan kekerasan dan kezaliman;
maka mereka bukanlah mewakili Islam. Tidak kiralah sama ada mereka
menggunakan nama yang berwajahkan Islam – Islamic State of Iraq and the
Levant (ISIL); (‫الدولة اإلسالمية في العراق والشام )داعش‬, Islamic State of Iraq and Syria
(ISIS) ataupun Islamic State (IS) – semuanya hanyalah kumpulan ekstrimis
yang tidak mewakili wajah Islam yang sebenar.

Bila kita melihat perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat di Madinah,
mereka amat menyuburkan budaya kedamaian. Orang Islam amat
menghargai kerukunan dalam beragama, sehingga melahirkan Piagam
Madinah (‫ )صحيفة المدينة‬pada tahun 622M. Inilah salah satu bukti bahawa
Rasulullah s.a.w dan para sahabat selalu bersikap toleransi dan menjauhi
sikap anarkis lagi biadab.

Ajaran Islam tidak pernah mengarah atau mencontohkan sebarang tindakan


kekerasan, sebagaimana yang ditegaskan dalam firman Allah s.w.t:

‫سكَ بِ ْالعُ ْر َوةِ ْال ُوثْقَ ٰى َال‬ َّ ِ‫ت َويُؤْ ِمن ب‬


َ ‫اللـ ِه فَقَ ِد ا ْست َْم‬ َّ ِ‫ي ۚ فَ َمن يَ ْكفُ ْر ب‬
ُ ‫الطا‬
ِ ‫غو‬ ِِّ َ‫ِّين ۖ َقد تَّبَيَّنَ الر ْش ُد ِمنَ ْالغ‬
ِ ‫َال إِ ْك َراهَ فِي ال ِد‬
٢٥٦﴿ ‫س ِمي ٌع َع ِلي ٌم‬ َّ ‫ام لَ َها ۗ َو‬
َ ُ‫اللـه‬ َ ‫ص‬ َ ‫﴾ان ِف‬
“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak
percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia
telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan
putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Surah
al-Baqarah: 256).

Konsep Islam yang telah diturunkan Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w
sungguh sangat sempurna. Islam agama yang universal, lengkap dengan
segala bekalan untuk menghadapi dunia modernisasi. Namun demikian, bila
ada orang Islam atau kelompok tertentu yang mengaku dirinya Islam namun
melakukan tindakan kekerasan dan tidak menjunjung tinggi kerukunan
bermasyarakat; maka ini bererti mereka sama sekali tidak mewakili Islam.
Yang salah bukanlah ajaran Islam, tapi yang salah adalah orang Islam itu
sendiri, iaitu sebahagian daripada mereka yang tidak tahu bahkan tidak mahu
tahu dan tidak mengamalkan ajaran yang telah digariskan Islam.

Dakwah Islam bukan dengan memukul tapi dengan merangkul. Menyebarkan


Islam bukan dengan menyinggung namun dengan menyentuh.
Mensosialisasikan ajaran Islam bukan dengan saling mengejek namun
dengan mengajak. Sungguh indah ajaran Islam apabila kita pelajari dengan
teratur dan bersistem, dan hanya orang-orang menyalah tafsir ayat al-Quran
sahajalah yang cenderung melakukan tindakan jenayah. Padahal sebarang
perbuatan jenayah adalah bertentangan dengan norma-norma Islam.
Tindakan golongan ini menambahkan lagi pedih kutukan serta fitnah dari
golongan yang anti kepada Islam. Telah sekian lama musuh Islam memfitnah
bahawa Islam adalah agama yang ditegakkan oleh mata pedang dan sering
menjuarai kekerasan. Namun sebaliknya sejarah telah membuktikan dengan
jelas bahawa:

1. Umat Islam pernah memerintah Sepanyol selama 800 tahun (711M – 1492M).
Namun begitu tidak pernah berlaku sepanjang tempoh pemerintahan tersebut,
orang Islam menggunakan pedang untuk memaksa masyarakat Kristian di
Sepanyol untuk memeluk agama Islam.

2. Umat Islam adalah pemimpin dan penguasa di tanah Arab selama 1,400 tahun.
Namun hingga hari ini, terdapat seramai 14 juta orang penganut Kristian Koptik di
tanah Arab yang mengamalkan ajaran mereka selama ratusan tahun. Jika Islam
ditegakkan dengan mata pedang, sudah pasti tiada orang Arab di tanah Arab yang
beragama Kristian Koptik pada hari ini.

3. Umat Islam pernah memerintah India selama sekitar 1,000 tahun (bermula dari
dinasti Mamluk pada tahun 1206M). Jika Islam membenarkan kekerasan, sudah
pasti dalam tempoh 1,000 tahun tersebut pemerintah Islam di India boleh memaksa
dan mewajibkan seluruh penduduk India menganut Islam pada waktu itu. Tetapi
hal ini tidak pernah berlaku, bahkan hari ini lebih dari 80% penduduk di India
adalah non-Muslim.

4. Indonesia dan Malaysia adalah negara yang memiliki jumlah Muslim terbesar dan
majoriti penduduknya beragama Islam. Pasukan tentera Islam manakah yang
pernah menyerbu dan menyerang Indonesia dan Malaysia untuk meluaskan ajaran
Islam?
Jikapun ada yang mengaitkan tindakan keganasan mereka itu sebagai usaha
untuk mencontohi siri-siri peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah
s.a.w, maka kita ingin jelaskan:

Memang terjadi peperangan pada zaman Baginda dalam tempoh 10 tahun


Baginda di Madinah. Sepanjang tempoh itu telah berlaku lebih kurang 25 atau
27 peperangan. Namun perlu difahami bahawa, pemicu kepada peperangan
melawan bangsa Quraisy adalah disebabkan provokasi orang-orang Quraisy
terhadap umat Islam sendiri.

Adapun peperangan dengan golongan bukan Quraisy seperti Perang Mu’tah


dan Tabuk pula adalah disebabkan oleh pembunuhan utusan Rasulullah s.a.w
yang bernama al-Harits bin Amir al-Azdi oleh orang Ghassan yang bernama
Syarahbil bin Amr. Selain itu, Perang Tabuk pula berpunca dari orang-orang
Rom yang menghimpunkan pasukan yang besar di Syam untuk menyerang
negara Islam.

Justeru, Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak melakukan provokasi terlebih
dahulu, akan tetapi musuh-musuh Islam lah yang pertama kali menabuh
gendang peperangan.

Selain itu, perlu difahami jua bahawa siri-siri peperangan yang berlaku
bukanlah seperti yang terjadi pada hari ini. Sepanjang 10 tahun peperangan
pada zaman Rasulullah s.a.w, korban yang gugur adalah seramai 262 orang
dari pihak umat Islam dan 1,022 orang dari pihak musuh. Maka jumlah korban
peperangan dari kedua belah pihak yang berlaku dalam tempoh 10 tahun
tersebut hanyalah seramai 1,284 orang.

Islam Agama Salam

Sekali lagi ditegaskan, Islam memiliki budaya dan tradisi sentiasa


menyebarkan budaya salam. Ini bererti, Islam selalu mengutamakan
kedamaian hatta apabila melibatkan penganut agama lain. Inilah yang
ditegaskan dalam firman Allah s.w.t:

‫سبوا اللَّـهَ َعد ًْوا بِغَي ِْر ِع ْلم ۗ َك ٰ َذلِكَ زَ يَّنَّا ِل ُك ِِّل أ ُ َّمة َع َملَ ُه ْم ث ُ َّم ِإلَ ٰى َربِِّ ِهم َّم ْر ِجعُ ُه ْم‬ َّ ‫ُون‬
ُ َ‫اللـ ِه فَي‬ ِ ‫سبوا َّالذِينَ َي ْدعُونَ ِمن د‬
ُ َ ‫َو َال ت‬
١٠٨﴿ َ‫﴾ َفيُنَ ِِّبئ ُ ُهم ِب َما كَانُوا َي ْع َملُون‬

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari
Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas
dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada
pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada
Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada
mereka apa yang mereka telah lakukan” (Surah al-An’am: 108).
Namun tindakan anarkis golongan pelampau Islam telah melanggar ketetapan
Allah ini. Justeru, bagi membendung kerosakan terhadap agama Islam yang
disebabkan golongan ini, umat Islam seharusnya bersatu untuk melawan
kekerasan dan jenayah. Dewan hari ini mengajak seluruh umat Islam agar
selalu mengamalkan ajaran Islam dengan mengamalkan dan mengaplikasikan
nilai-nilai Islam yang sebenar dalam kehidupan sehari-hari.

Kedamaian harus menjadi tongkat perjuangan umat Islam pada masa kini dan
di masa depan. Sebarang tindakan kekerasan, anarkis dan jenayah hendaklah
menjadi musuh kita bersama. Ini jualah yang ditegaskan oleh-Nya:

٦١﴿ ‫﴾ َوإِن َج َن ُحوا ِللس َّْل ِم فَاجْ نَحْ لَ َها َوت ََو َّك ْل َعلَى اللَّـ ِه ۚ إِنَّهُ ه َُو الس َِّمي ُع ْالعَ ِلي ُم‬

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau
juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah.
Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Surah al-Anfal:
61).

Maka, marilah kita bersikap arif dan damai terhadap siapapun yang tidak
mengganggu kita. Satukan langkah untuk menuju bangsa yang makmur,
sejahtera dan damai dalam bingkai pembentukan tamadun Islam
sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah swt.
Islam disebarkan melalui mata pedang

Islam juga sering digambarkan sebagai agama yang disebarkan melalui


mata pedang iaitu melalui kekerasan dan peperangan. Tuduhan ini juga
tidak berasas sama sekali. Al-Qur’an melarang umat Islam melakukan
kekerasan dan peperangan terhadap orang bukan Islam untuk memaksa
mereka menerima Islam.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

… tiada paksaan dalam agama.

(al-Baqarah: 256)

Peperangan terhadap orang bukan Islam hanya dibenarkan jika orang


bukan Islam yang memulakan peperangan atau melakukan persiapan untuk
berperang atau melakukan kezaliman terhadap orang Islam atau menyekat
usaha menyebarkan dakwah Islamiyyah secara aman. Dalam keadaan ini
sahaja umat Islam dibenarkan untuk melancarkan peperangan terhadap
orang bukan Islam. Malah, peperangan ini mestilah dilakukan dalam
batasan yang tertentu untuk mengurangkan jumlah kemusnahan harta
benda dan kematian. Dasar Islam dalam peperangan telah ditunjukkan oleh
baginda Rasulullah s.a.w. sepanjang pemerintahannya.

Satu catatan sejarah yang paling menarik tentang hakikat penyebaran


ajaran Islam dapat dilihat dalam peristiwa penaklukan kota Baghdad oleh
orang Mongolia semasa pemerintahan Bani Abbasiyyah. Selepas berjaya
menawan kota Baghdad dan memerintah kota tersebut untuk beberapa
tahun, akhirnya tentera dan pembesar Mongolia secara sukarela memeluk
agama Islam. Mereka tidak dipaksa untuk memeluk Islam kerana mereka
sangat kuat dan berkuasa. Namun begitu, mereka memeluk Islam setelah
mengkaji dan memahami kebenaran dan kesucian Islam. Hal ini
merupakan satu-satunya peristiwa mengagumkan dalam sejarah manusia
apabila pihak yang berjaya menawan sesuatu bangsa lain akhirnya
menerima dan memeluk agama bangsa yang ditawannya.

Hakikatnya, penyebaran Islam juga dapat dilihat dengan penerimaan Islam


di tanah besar China dan Tanah Melayu. Islam disebarkan di China dan
Nusantara oleh para pendakwah yang juga merupakan para pedagang. Para
pedagang ini tidak mungkin memaksa masyarakat di negara China yang
sangat kuat pada ketika itu untuk memeluk Islam. Hal ini bermakna Islam
disebarkan melalui contoh teladan yang baik dan kebijaksanaan yang tinggi
di negara China. Masyarakat Islam di negara China pada masa kini
berjumlah lebih 60 juta orang iaitu jumlah masyarakat Islam yang terbesar
di negara bukan Islam. Sejarah turut mencatatkan bahawa agama Islam
disebarkan di Nusantara termasuk di Tanah Melayu semasa zaman
Parameswara memerintah Melaka bukanlah melalui peperangan dan
kekerasan. Semua peristiwa ini menggambarkan bahawa dakwaan Islam
disebarkan melalui mata pedang adalah salah sama sekali.
Islam, agama Allah SWT yang maha suci telah menjadi agama yang
paling banyak disalah anggap oleh orang bukan Islam. Hal ini terjadi
sebahagiannya kerana pengaruh dan peranan media media Barat
yang cuba memberikan gambaran buruk tentang agama Islam. Islam
digambarkan agama yang menggalakkan permusuhan, peperangan,
agama yang tidak ada toleransi dan penuh dengan kekerasan. Satu
ketika dahulu Islam dikatakan disebarkan melalui kekerasan,
menggunakan pedang kononnya. Sesiapa yang tidak bersetuju
dengan Islam akan dibunuh. Benarkah Islam disebarkan melalui
kekerasan?.

2. Fakta-fakta di bawah ini akan menjawab persoalan apakah agama


Islam disebarkan dengan kekerasan:

2.1. Islam itu sendiri bermakna damai. Perkataan Islam datang dari
kata dasar – ‫‘ – سالم‬salaam’ yang bermakna damai. Ia juga bermaksud
penyerahan diri seseorang kepada Allah SWT. Oleh itu Islam adalah
agama perdamaian di mana perdamaian memerlukan penyerahan
keredaan seseorang terhadap ketentuan Pencipta, iaitu Allah SWT.

2.2. Mesir telah diperintah oleh Islam pada peringkat awal


pengembangan Islam, lebih kurang 1400 tahun lampau. Walaupun
hari ini Mesir adalah negara majoriti umat Islam dengan penduduknya
melebihi 80 juta orang namun lebih dari 8 juta orang adalah orang
Kristian Koptik, iaitu satu agama yang telah wujud di Mesir semenjak
sebelum kedatangan Islam lagi. Jika Islam memaksa mereka
menganut Islam atau dibunuh, dari manakah datangnya lebih 8 juta
orang Kristian Koptik itu?. Selain dari itu masih terdapat golongan
minoriti penganut agama Kristian di negara negara umat Islam seperti
di Lebanon, Syria, Jordan, Palestin dan Iraq.

2.3. Kita lihat pula sejarah di benua kecil India. Di Negara India,
pemimpin-peminpin beragama Islam telah memerintah India selama
melebihi 700 tahun, iaitu dari tahun 1000 Masihi hingga tahun 1756
Masihi. Ia melibatkan beberapa buah dinasti seperti Khilji, Tughluq,
Sayyid, Lodi dan Mongul. Selepas Islam memeritah lebih dari 700
tahun, apakah yang terjadi kepada orang beragama Hindu India hari
ini?. Apakah mereka masih wujud lagi di sana?. Jika Islam disebarkan
dengan kekerasan sudah pasti semua orang India beragama Hindu
telah menjadi Islam secara paksaan. Tetapi apakah realiti yang dapat
dilihat hari ini?. Lebih dari 80% penduduk India hari ini beragama
Hindu. Bukankah ini menjadi satu bukti nyata bahawa Islam tidak
disebarkan dengan kekerasan?.
2.4. Islam telah mula memerintah Sepanyol (Andalusia) mulai tahun
711 melalui satu gerakan tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq bin
Ziyad. Beliau telah menerima perintah dari Gabenor Mesir, Musa bin
Nasir supaya menakluki Sepanyol. Kerajaan Islam Sepanyol
kemudiannya tumbang pada tahun 1492. Islam telah berjaya
memerintah Sepanyol selama 781 tahun. Sepanyol telah menjadi pusat
peradaban Islam selain Baghdad dan Mesir. Sejarah telah
merakamkan selama hampir 800 tahun memerintah, pemerintah Islam
tidak bertindak kejam dan kasar kepada penganut agama lain. Malah
orang Yahudi Sepanyol berlindung di bawah kerajaan Islam. Tidak
ada pedang yang digunakan untuk memaksa orang Kristian Sepanyol
memeluk Islam. Apabila pemerintah Islam mula meninggalkan ajaran
Islam, kerajaan Islam Sepanyol telah dijatuhkan, lalu naiklah kembali
kerajaan Kristian Sepanyol. Orang Islam telah diusir dari Sepanyol,
masjid telah ditutup dan tidak kedengaran lagi seruan azan.

2.5. Orang Islam pernah memerintah sebahagian negara di Eropah


Timur berabad lamanya. Namun pada hari ini, orang Islam adalah
merupakan golongan minoriti di Eropah Timur yang kebanyakannya
di negara negara Bosnia, Albania dan Kosovo.

2.6. Malaysia dan Indonesia adalah dua buah negara Asia Tenggara
yang paling ramai orang Islam. Tanyalah soalan, dari manakah
datangnya tentera Islam untuk mengislamkan penduduk dua buah
negara ini secara kekerasan. Hakikat sebenarnya ialah Islam
berkembang di dua buah negara ini melalui perhubungan dagang
dengan peniaga dan saudagar Islam dari India atau negara Arab.

2.7. Begitulah juga keadaannya dengan negara-negara di bahagian


pantai timur Afrika. Islam sangat pesat berkembang di sana. Jika Islam
disebarkan dengan pedang, tentera Islam dari negara manakah yang
telah berjaya mengislamkan mereka.
DR. O'LEARY
2.8. Seorang ahli sejarah British yang terkenal ialah mendiang Dr. De
Lacy O’Leary. Beliau lahir di Devon, Britain pada 3.10.1872 dan mati
pada tahun 1957 di Weston-super-Mare, Britain. Semasa hayatnya
beliau pernah memberi ceramahnya di Universiti Bristol dan menulis
banyak buku tentang sejarah awal bangsa Arab. Jawaban terbaik
tentang salah persepsi bahawa Islam disebarkan dengan pedang
telah diberikan oleh beliau dalam buku karangannya bertajuk “Islam
At The Cross Road”. Buku itu dikarang pada tahun 1923. Pada muka
surat 8 buku tersebut beliau menyebut: “Bagaimanapun sejarah
menjelaskannya, bahawa lagenda tentang muslim fanatik menyapu
dunia dan memperjuangkan Islam menggunakan mata pedang
menakluki pelbagai bangsa adalah salah satu mitos keanehan yang
kerap diulang dari para sejarawan”.

2.9. Islam dengan tegas menjelaskan bahawa tiada paksaan dalam


beragama. Jika pun ada orang Islam memiliki pedang, mereka tidak
dapat menggunakannya untuk menyebarkan Islam kerana adanya
larangan dari Allah SWT seperti firmanNYA dalam surah Al-
Baqarah[Lembu Betina](2:256) yang berbunyi:

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah


nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang
tidak percayakan taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang
teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.”

2.10. Jika pun ada pedang yang digunakan untuk menyebarkan Islam,
pedang tersebut tidak diperbuat dari besi melainkan pedang
intelektual, pedang kecerdikan dan kecerdasan. Pedang inilah yang
telah berjaya menakluki hati dan pemikiran manusia. Pedang yang
datangnya dari Allah SWT seperti dalam firmanNYA dalam surah An-
Nahl[Lebah](16:125) yang berbunyi:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

(Hikmah ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat


membezakan antara yang haq dan batil).

Anda mungkin juga menyukai