Anda di halaman 1dari 4

1.

PENDAHULUAN
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan
jasmani adalah sebagaimana matlamat yang ingin direalisasikan oleh Falsafah
Pendidikan Negara (FPN). Dengan penganjuran pertandingan kuiz bahasa ini murid
dapat memperolehi pengetahuan tentang aspek-aspek bahasa terutama bahasa Melayu
dan menukar persepsi mereka yang salah terhadap subjek bahasa Inggeris yang mereka
tanam sekian lama. Aktiviti ini dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat
terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris dikalangan murid. Ini,
harus ditanam sejak awal lagi kerana kedua-dua mata pelajaran ini mempunyai pengaruh
yang amat besar dalam kehidupan murid-murid kelak.

2. MATLAMAT

Matlamat pertandingan kuiz bahasa untuk menyemai minat murid terhadap mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selain itu ia dapat memberi asas
pengetahuan dan kemahiran berbahasa.

3 Objektif

Objektif yang ingin dicapai melalui program ini ialah:


1. Menambah minat murid terhadap subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
2. Meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.
4. Memupuk semangat kerjasama di kalangan guru dan murid.
4. TENTATIF PERTANDINGAN
Tarikh pertandingan
 27.4.2016 (Rabu) – Peserta tahun 3 dan 4
 4.5.2016 (Rabu) – Peserta tahun 5 dan 6

Tempoh perlaksanaan
 1 jam (12.50 p.m – 1.50 p.m)

Tempat pertandingan
 Dewan tertutup SK Tenaga Setia

5. BILANGAN PELAJAR
TAHUN 3&4 TAHUN 5&6 JUMLAH
Kuiz Bahasa Melayu 12 orang 18 orang 30 orang
Kuiz Bahasa Inggeris 12 orang 18 orang 30 orang
Jumlah 24 orang 36 orang 60 orang

6. JAWATANKUASA KERJA

AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN KUIZ BAHASA 2016

Penasihat : En. Ali bin Sarmin (Guru Besar)


Pengerusi : En. Abd. Malek bin Kasdi (GPK Kokurikulum)
Timbalan : Pn. Hjh. Norazlinda binti Harun (GKP Kurikulum)
Pengerusi Tn. Hj. Musa bin Tugio (GPK Hem)
Penyelaras : Pn. Hjh. Suparilah binti Mohamed Yas
Setiausaha : Pn. Hjh. Rohana binti Zaini
Bendahari : Pn. Faridah binti Abu Bakar
AJK : 1. Semua guru Bahasa Melayu
2. Semua guru Bahasa Inggeris
7. ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA ANGGARAN KOS
Bahan-bahan
-kertas A4 (1 rim) RM 10.00
Hadiah RM 50.00
Makan dan minum peserta; RM 300.00
RM 5.00 x 60 orang peserta
Jumlah RM 360.00

8. PENUTUP

Dengan terlaksananya program ini, diharapkan dapat mencapai matlamat dan


objektif dasar MBMMBI yang telah ditetapkan. Kami berharap agar mendapat sokongan
dan bantuan kewangan daripada pihak tuan agar dapat memudahkan lagi perjalanan
program ini.

Sekian, terima kasih.

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

........................................ ...............................................
(PN. HJH. ROHANA BT. ZAINI) ( )
Setiausaha
Kuiz Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
SK Tenaga Setia

Anda mungkin juga menyukai