Anda di halaman 1dari 6

1

PENILAIAN KURIKULUM 1 2016


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3

NAMA : …………………………………………………………. TINGKATAN : …………………

Arahan : Jawab semua soalan

SOALAN OBJEKTIF ( 50 SOALAN )

Sila jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.

1 Apakah maksud kelayakan ikhtisas?


A Kelayakan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya.
B Kelayakan asas seperti SPM, diploma, dan ijazah.
C Kecekapan melakukan tugas menggunakan alatan tertentu.
D Mahir dalam sesuatu bidang sahaja.

2 Bagaimanakah peluang-peluang kerjaya diperoleh?


A Melalui buku. B Melalui iklan.
C Melalui ceramah motivasi. D Melalui hebahan dari mulut ke mulut.

3 Apakah pilihan kerjaya yang sesuai bagi seseorang yang pandai berkomunikasi dan petah
bercakap?
A Doktor. B Peguam.
C Arkitek. D Jurutera.

4 Apakah kesan sekiranya kerjaya yang dipilih sesuai dengan kelayakan dan potensi diri?
A Menambahkan keyakinan. B Mempertingkatkan ilmu pengetahuan.
C Menambahkan sumber pendapatan. D Meningkatkan taraf hidup dan sosial.

5 Seseorang yang berperibadi realistik mempunyai potensi diri


A konvensi. B kreatif.
C mekanikal. D memenuhi matlamat.

6 Bagaimanakah keyakinan diri individu boleh berkembang?


A Meningkatkan kreativiti.
B Menambah ilmu pengetahuan.
C Meningkatkan kemahiran diri.
D Memilih kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan peribadi.

7 Antara yang berikut, pilih sikap peribadi individu yang memiliki potensi untuk menjadi seorang
pengarang.
A Peribadi artistik. B Peribadi konvensional.
C Peribadi realistik. D Peribadi sosial.

8 Apabila anda hendak memilih sesuatu jurusan, perkara utama yang perlu diambil kira ialah
A kewangan. B minat.
C kehendak ibu bapa. D peluang kerjaya masa depan.

[Lihat sebelah1
SULIT
2

9 Seseorang individu yang mempunyai identiti diri yang positif sentiasa_______________akan dirinya.
A bangga B gembira.
C yakin D sombong

10 Apakah maksud minat?


A Kebolehan semula jadi. B Kelebihan diri individu.
C Keyakinan diri tentang sesuatu perkara. D Kecenderungan untuk melakukan sesuatu.

11 Apakah kerjaya yang banyak memerlukan kemahiran?


A Jururawat. B Pemandu.
C Juru ukir. D Petani.

12 Pemilihan bidang kerjaya bergantung kepada


A pengaruh rakan sebaya. B kelayakan akademik dan potensi diri.
C kehendak ibu bapa. D kehendak guru.

13 Setiap keputusan yang dibuat dalam sesuatu situasi pasti mempunyai


A kesan. B punca.
C masalah. D rintangan.

14 Setiap keputusan yang dibuat perlulah berdasarkan


A maklumat. B rasional dan logik.
C ibu bapa. D kawan.

15 Pendekatan ini menggunakan kemahiran mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang
lain.
A Pendekatan alternatif. B Pendekatan proaktif.
C Penyelesaian masalah. D Pendekatan kesan dan akibat.

16 Seseorang yang berfikiran rasional akan membuat keputusan yang


A sambil lewa. B terburu-buru.
C teragak-agak. D bijak dan adil.

17 Param berbakat dalam bidang perakaunan. Sekiranya dia membuat keputusan untuk mengikut
rakannya memilih jurusan sains, dia akan
A hilang minat dalam pelajaran.
B menjadi pelajar cemerlang dalam jurusan sains.
C gagal dalam pelajaran serta membazirkan bakatnya.
D saudara-maranya akan berasa kecewa kerana dia tidak mengasah bakatnya.

18 Setiap keputusan yang kita buat mestilah berdasarkan


A nafsu. B hasrat.
C gerak hati. D rasional dan logik.

19 Apakah yang kita perlu lakukan apabila berhadapan dengan pelbagai situasi?
A Andaian. B Anggaran.
C Keputusan. D Pertimbangan.

20 Keputusan yang baik biasanya mengambil kira kepentingan


A diri sendiri dan orang lain. B diri sendiri.
C kawan-kawan. D keluarga.
[Lihat sebelah2
SULIT
3

21 Apakah yang orang lain boleh lakukan semasa kita membuat keputusan dalam sesuatu situasi?
A Mempertikaikan keputusan yang dibuat. B Memberi nasihat, pandangan dan idea.
C Membuat keputusan untuk kita. D Hanya mendengar masalah kita.

22 Antara yang berikut, manakah merupakan kasih sayang ibu bapa yang tidak dapat dilihat?
A Membelai anak. B Memenuhi keperluan anak.
C Membawa anak bersiar-siar. D Mendoakan kesejahteraan anak-anak.

23 Bagaimanakah setiap ahli keluarga boleh membantu merealisasikan impian “Rumahku, Syurgaku”?
A Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan yang
erat.
B Setiap ahli keluarga perlu bertukar-tukar hadiah pada hari-hari kebesaran.
C Setiap ahli keluarga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing tanpa membantu ahli
keluarga yang lain.
D Setiap ahli keluarga perlu membantu keluarga yang lain untuk mencapai matlamat “Rumahku,
Syurgaku”.

24 Pilih tindakan yang menunjukkan cara-cara menjaga maruah dan nama baik keluarga.
A Mengikut ajakan kawan pergi melepak.
B Membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah.
C Berusaha mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang menjatuhkan imej keluarga.
D Memakai pakaian yang berjenama.

25 Keluarga bahagia adalah asas bagi membentuk insan yang


A tegap. B berakhlak mulia.
C berani. D gagah.

26 Dalam situasi yang manakah kasih sayang antara anggota keluarga menjadi bertambah erat?
A Selalu bertukar-tukar hadiah antara anggota keluarga.
B Mengadakan jamuan pada hari-hari yang penting bagi ibu bapa.
C Setiap anggota keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
D Bertengkar disebabkan masalah yang kecil.

27 _______________________ bertanggungjawab memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak


agar emosi anak-anak dapat berkembang dengan sempurna.
A Ibu bapa B Guru
C Rakan D Saudara mara

28 Sekiranya anggota keluarga kita menghadapi kesusuahan, kita seharusnya


A membiarkan mereka menghadapi kesusahan seorang diri.
B membantu menyelesaikan masalahnya.
C memberi nasihat sahaja.
D memberitahu kepada saudara yang terdekat.

29 Andaikan anda merupakan anak sulung dalam keluarga manakala ibu anda terlantar di hospital.
Apakah tanggungjawab anda?
A Memberitahu sanak saudara.
B Memasak makanan untuk ibu.
C Mencari pekerjaan sementara.
D Membantu ayah menjaga keselamatan anggota keluarga

[Lihat sebelah3
SULIT
4

30 Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan keluarga?


A Bapa. B Ibu bapa.
C Anak-anak. D Setiap ahli keluarga.

31 Memelihara kesejahteraan alam merupakan tanggungjawab


A kerajaan B setiap individu
C pemimpin D majlis perbandaran

32 Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sungai kita?


I Supaya kita mendapat bekalan air yang bersih
II Untuk menjaga imej negara
III Supaya kita dipuji oleh orang lain
IV Agar terhindar daripada penyakit
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV

33 Antara berikut yang manakah merupakan peranan dan tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar?
A Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran
B Menggalakkan penebangan pokok secara berleluasa
C Melakukan pembakaran secara terbuka
D Menggalakkan pembuangan sampah di merata-rata tempat

34 Bagaimanakah cara untuk memelihara dan memulihara alam sekitar?


I Penanaman semula pokok
II Penebangan pokok secara berleluasa
III Membuang sampah di merata-rata tempat
IV Saling bekerjasama membersihkan alam sekitar
A I dan II B II dan III
C I dan IV D III dan IV

35 Antara berikut merupakan jenis-jenis pencemaran alam dan bencana alam kecuali
A penanaman semula pokok B jerebu
C tanah runtuh D kemarau panjang

36 Pencemaran alam boleh berlaku apabila kita


I membuang sampah di tempat yang disediakan
II menanam pokok
III melakukan pembakaran terbuka
IV membuang sampah di merata-rata tempat
A I dan II B I dan III
C II dan IV D III dan IV

37 Antara berikut merupakan punca pencemaran udara kecuali


A asap-asap daripada kilang B asap-asap daripada kenderaan
C tumpahan minyak daripada kapal D asap daripada pembakaran terbuka

38 Pencemaran air akan mengakibatkan


I kemusnahan habitat laut
II air berkelodak
III meningkatkan tahap kesihatan manusia
IV udara berdebu
[Lihat sebelah4
SULIT
5

A I dan II B II dan III


C III dan IV D II dan IV

39 Antara berikut merupakan langkah yang dapat diambil oleh penduduk sesebuah bandar dalam
usaha menghijaukan alam sekitar kecuali
A menanam pokok di kawasan sekitar
B menghalang penebangan pokok
C menanam bunga-bungaan di taman
D menebang pokok yang baru ditanam
40 Kemarau berpunca daripada
A kandungan lembapan tanah yang berkurangan kerana ketiadaan hujan
B berlakunya limpahan air yang berlebihan bagi satu-satu saliran
C letupan gunung berapi
D ketidakstabilan lereng atau cerun tanah tinggi

41. Mengapakah seseorang itu perlu mempunyai cita-cita?


A Supaya dapat hidup dengan senang
B Supaya dapat mengatasi kebolehan orang lain
C Supaya akan memperoleh kejayaan dalam hidup
D Supaya mendapat sanjungan daripada orang lain

42. Seseorang individu boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang ingin diceburinya melalui
A keluarga B televisyen
C rakan-rakan D agensi pekerjaan

43. Zana menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar perubatan. Oleh itu, dia perlu cemerlang dalam subjek-subjek
yang berikut, kecuali
A Matematik B Kimia
C Biologi D Pendidikan Seni Visual

44. Yang manakah antara penyataan berikut bukan langkah-langkah untuk memilih kerjaya?
A Mengambil kira persekitaran tempat kerja
B Mempunyai kelayakan akademik yang diperlukan
C Mengetahui serba-sedikit tentang kerjaya yang dipilih
D Mengadakan perbincangan dengan kaunselor tentang kerjaya

45. Mengapakah personaliti penting kepada individu semasa membuat keputusan memilih kerjaya?
A Kerana personaliti akan dapat melahirkan kepuasan bekerja
B Kerana berjaya atau tidak kerjaya bergantung kepada personaliti
C Kerana setiap kerjaya yang ditawarkan memerlukan personaliti yang berbeza
D Kerana personaliti dapat mempengaruhi majikan dalam setiap keputusan yang dibuat

46. Contoh aktiviti yang diamalkan oleh murid yang ingin mencapai wawasan diri ialah
I. mengulang kaji
II. bertanya jika tidak faham
III. menyediakan nota ringkas
IV. mencari teman sejati
A. I dan II C. II, III dan IV
B. I, II dan III D. I, II, III dan IV

47. Apakah cara untuk kita memperbaiki diri sendiri?


[Lihat sebelah5
SULIT
6

A. Menimba ilmu pengetahuan B. Banyakkan melancong ke negara orang


C. Berkawan dengan golongan cerdik pandai D. Bijak mengambil kesempatan ke atas
orang lain

48. Antara berikut yang manakah ciri-ciri wawasan diri?


I. Jelas dan mudah difahami
II. Lahir dari dalam diri sendiri
III. Dibentuk atas dasar keinsafan dan kesedaran
IV. Kejayaan yang dicapai bergantung kepada faktor kendiri semata-mata
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

49. Bagaimanakah perlakuan individu yang mempunyai wawasan diri?


A. Bekerja setelah mendapat arahan daripada ketua
B. Tidak perlu rajin untuk berjaya dalam hidup
C. Mempunyai hala tuju hidup yang jelas
D. Bekerja untuk hidup

50. Individu yang cemerlang biasanya seimbang dalam aspek


I. Intelek
II. Rohani
III. Emosi
IV. Jasmani
A. I dan III C. II, III dan IV
B. I, II dan IV D. I, II,III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh:

…………………………….
(PN SITI KHADIJAH AFANDI)
Guru PSK tingkatan 3 SMKSR

Disemak oleh:

……………………………..
( )

[Lihat sebelah6
SULIT

Anda mungkin juga menyukai