Anda di halaman 1dari 7

MODUL 1

MAD LAZIM KALIMI MUTHAQQAL (‫)المد الالزم الكلمي المثقل‬


1.1 PENGERTIAN
BAHASA :
Lazim
-Perkataan ‘Lazim’ merujuk pada hukum pemanjangannya. Ia dinamakan demikian
kerana para Qurra’ telah bersepakat dalam pemanjangan mad-mad lazim dengan satu
keadaan sahaja iaitu 6 harakat.
-Perkataan ‘Lazim’ juga bermaksud sesuatu yang lazim atau asal.
-Perkataan ‘Lazim’ juga bermaksud adanya sukun lazim, iaitu sukun yang tetap pada
asal, yang kekal pada keadaan wasal dan waqaf. Ia merupakan lawan kepada sukun
‘aridh pada mad-mad ‘aridh di mana sukunnya bukan sukun yang asal, tetapi dibuat
demikian kerana mewaqafkan bacaan.
Kalimi
-Bermaksud satu perkataan. Di sini ia bermaksud pertemuan huruf mad dengan sukun
asli dalam satu perkataan.
Muthaqqal
-Berat. Untuk makna disini, ia membawa maksud sesuatu yang diidghamkan.
ISTILAH :
-Pertemuan huruf mad dengan sukun asli (sukun pada asal) dalam satu perkataan
disertai idgham.
1.2 CONTOH-CONTOH
Alif Wau Ya’
Tidak terdapat dalam Al-
‫وال الضالين‬ ‫أتحاجوني‬ Quran
1 ) Contoh untuk wau hanya terdapat satu sahaja dalam Al-Quran.
1.3 PENERANGAN
Kita akan mengambil contoh huruf mad alif bertemu dengan sukun asli dalam satu
kalimah. Perkataan yang selalu disebut oleh kita di dalam sembahyang iaitu (‫)وال الضالين‬.
Pada contoh ini terdapat huruf mad yang bertemu dengan sukun asli dalam satu
perkataan beserta idgham.
Ini kerana huruf mad pada perkataan ‫ الضالين‬bertemu dengan sukun asli yang terdapat
pada huruf lam pertama, kemudian huruf lam pertama diidgmkan (digabungkan) pada
huruf lam kedua.
Asal kalimah :
(‫)الضا للين‬
Kedua-dua huruf lam dan sukun asli (kalimah asal) tersebut tidak kelihatan pada tulisan,
tetapi ia wujud pada sebutan dan ia dapat diketahui dengan adanya tanda syaddah
(sabdu) sebagai ganti pada lam pertama itu dan sukun itu pula dapat dipastikan dengan
adanya suara yang tertahan sebelum menyebut lam pertama yang berbaris kasrah itu.
Tanda sabdu menunjukkan adanya dua huruf yang serupa diidghamkan (digabungkan)
bersama, huruf pertama adalah sukun dan huruf kedua adalah berbaris. Oleh kerana
sukar hendak diasingkan kedua-dua huruf ini maka ia diidghamkan dan ditandakan
dengan sabdu (syaddah).
Berkenaan dengan jenis idgham yang berlaku dalam Mad Lazim Kalimi Muthaqqal ini
adalah idgham muthamathilain yang bermaksud gabungan dua huruf yang serupa. Oleh
kerana idgham itu berlaku pada satu perkataan maka satu huruf sahaja yang ditulis dan
yang satu lagi digantikan dengan sabdu (syaddah).
1.4 KADAR HARAKAT
Mad Lazim Kalimi Muthaqqal ini dibaca dengan pemanjangan enam harakat sahaja,
tanpa pilihan.
1.5 HUKUM BACAAN
Mad Lazim Kalimi Muthaqqal adalah mad yang Lazim iaitu tetap atau mesti tentang
hokum pemanjangannya. Ia tidak harus dipanjangkan dengan kadar-kadar yang lain. Ini
kerana telah sepakat para Qurra’ dalam pemanjangan mad ini dengan satu ketetapan
sahaja iaitu 6 harakat.
1.6 TANDA MENGENAL
Mad ini dapat dikenal dengan melihat huruf mad yang diikuti dengan tanda sabdu
selepasnya. Di atas huruf mad itu pula terdapat tanda panjang seperti pedang yang
dapat diperhatikan pada contoh-contoh tadi.
1.7 SEBAB-SEBAB DINAMAKAN MAD MAD LAZIM KALIMI MUTHAQQAL
Dinamakan Mad Lazim Kalimi Muthaqqal kerana sesuai dengan hukum mad dan sebab
berlakunya mad ini. Di mana perkataan Lazim bermaksud hukumnya yang lazim dan
kerana adanya pertemuan huruf mad dengan sukun asli. Kalimi pula kerana pertemuan
itu berlaku dalam satu perkataan. Muthaqqal pula bermaksud berat yakni berat
sebutannya kerana pertemuan itu disertai idgham (gabungan).
MAD IWADH ‫مد العوض‬
Mad ‘Iwadh adalah juga digolongkan dalam Mad Asli, di mana ia adalah Mad Asli yang
berlaku ketika waqaf (memberhentikan bacaan).
1.1 PENGERTIAN
BAHASA :
‘Iwadh bermaksud ganti.
ISTILAH :
‘Iwadh dari segi istilah bermaksud Mad yang dibaca 2 harakat sebagai ganti kepada
tanwin fathah (baris dua di atas) ketika diwaqafkan.
1.2 CONTOH-CONTOH
{‫(} وكا ن هللا عليما حكيما‬17 : ‫) النساء‬
{‫( } إن هللا كان عفوا غفورا‬43 : ‫)النساء‬
Perkataan ‫ َحكِي ًما‬, Hakiman baris dua di atas dibaca dengan Hakima ‫ـــ‬dengan baris satu di
atas, beserta Mad Asli 2 harakat, ketika waqaf. Begitu juga dengan ‫ورا‬ ً ُ‫غف‬
َ dibaca dengan
Ghafura ‫ـــ‬dengan 2 harakat.
Termasuk dalam mad-mad ini juga ialah perkataan seperti :
( ‫ )والسماء بناء وأنزل من السماء ماء‬22 : ‫ البقرة‬jika waqaf dibaca ‫ ماءا‬،‫بناء‬
(‫ )وزدناهم هدى‬13 : ‫الكهف‬ jika waqaf dibaca ‫ُهدَا‬
(‫ )إلى أجل مسمى‬61 : ‫النحل‬ jika waqaf dibaca ‫س َّما‬
َ ‫ُم‬
(‫ باالنصية‬،‫العلق )كال إلن لم ينته لنسفعا‬: 15 jika waqaf dibaca ‫لَنَ ْسفَعَا‬
1.3 SEBAB-SEBAB DINAMAKAN MAD ‘IWADH
Dinamakan ‘Iwadh bermaksud ganti, kerana penggantian yang berlaku pada baris
tanwin fathah (dua di atas) ketika waqaf. Tanwin itu digantikan dengan bacaan baris
fathah (satu di atas) beserta kadar panjangnya 2 harakat. Hanya tanwin fathah sahaja
yang boleh dibaca panjang 2 harakat ketika waqaf.
1.4 ENAM PERKATAAN DALAM AL QURAN YANG MEMAKAI SIMBOL TEGAK (ْ)
Terdapat 6 perkataan dalam Al-Quran yang dikira sebagai mad asli ketika waqaf.
Perkataan-perkataan ini disertai dengan tanda bujur tegak (ْ) di atas huruf madnya
seperti dalam ayat berikut.
i. Perkataan seperti ‫ أنا‬seperti : ‫(قال أنا أحي وأميت‬258 : ‫)البقرة‬
ii. Perkataan seperti ‫ لكنا‬seperti : (38 : ‫)الكهف‬ ‫لكنا هو هللا ربي‬
iii. Perkataan seperti ‫ الظنونا‬seperti : ( ‫األحزاب‬:10 ) ‫وتظنون باهلل الظنونا‬
iv. Perkataan seperti ‫ الرسوال‬seperti :‫( أطعنا هللا وأطعنا الرسوال‬66 : ‫)األحزاب‬
v. Perkataan seperti ‫ السبيال‬seperti : ‫(فأضلون السبيال‬67 : ‫)األحزاب‬
vi. Perkataan seperti ‫ قواريرا‬seperti : ‫(وأكواب كانت قواريرا‬15 : ‫)اإلنسان‬
Keenam-enam perkataan yang bertanda symbol bujur tegak ini menunjukkan bahawa :
– Tidak dipanjangkan bacaannya ketika penyambungan bacaannya (wasal).
– Dipanjangkan bacaannya dengan kadar Mad Asli 2 harakat
ketika memberhentikannya (waqaf).
6 perkataan ini hanya terdapat di satu tempat sahaja di dalam Al-Quran dan ada yang
ditemui di beberapa tempat.
1.5 PERHATIAN
Berikut adalah 2 permasalahan yang dikecualikan dari permasalahan Mad ‘Iwadh.
(Waqaf dengan 2 harakat)
i. Perkataan ‫ سالسالا‬pada ayat 4 surah Al-Insan :
‫ِيرا‬
ً ‫سع‬ َ َ ‫س َالس َِال َوأ‬
َ ‫غال ًال َو‬ َ َ‫(أعت َدنَا لِلكَاف ِِرين‬4 : ‫ِإ َّن) أإلنسان‬
Didapati memakai tanda bujur serong tetapi perkataan ini harus dibca dengan 3 cara
iaitu :
a. Wasal iaitu menyambung bacaan dengan tidak memanjangkan ‫س َالس َِال‬
َ dengan
sebarang harakat.
b. Waqaf iaitu berhenti pada ‫س َالس َِال‬ َ
َ dengan memanjangkannya 2 harakat pada ‫ـال‬,
seolah-olah ia memakai tanda bujur tegak (yang diwakafkan dengan 2 harakat).
c. Waqaf pada huruf Lam dengan mengabaikan huruf alif ziadah )ْ‫)ا‬. Maka ‫س َالس َِال‬
َ
diwaqafkan dengan sukun lam ‫س َالسِل‬
َ , sesuai dengan keadaan ia memakai tanda bujur
serong.
Apa yang boleh disimpulkan dari perkataan ini adalah ia boleh dikategorikan sebagai
perkataan yang memakai tanda bujur tegak (waqaf dengan Mad Asli), bujur serong
(waqaf dengan sukun semata-mata), atau kedua-duanya sekali.
ii. Perkataan ْ‫يرا‬ َ ‫ قَ َو ِار‬pada ayat 15 dan 16 surah Al-Insan :
‫اف‬
ُ ‫ط‬ ٍ ‫) َوأ َ ْك َوا‬15(…… ‫ِض ٍة‬
َ ُ‫ب َوي‬ ِ ‫يراْ مِ ن ف‬َ ‫) قَ َو ِار‬14( ْ‫يرا‬ ْ ‫ضةً كَان‬
َ ‫َت قَ َو ِار‬ َّ ِ‫علَي ِهم بِــــــــــــئ َانِيَ ٍة ِمن ف‬
َ
Terdapat dua perkataan ْ‫يرا‬ َ ‫ قَ َو ِار‬yang menggunakan symbol yang berlainan. Yang
pertama menggunakan symbol bujur tegak. Maka cara bacaannya ialah :
– Dipanjangkan ketika waqaf dengan 2 harakat tetapi tidak panjang pada wasal.
Yang kedua pula, menggunakan symbol bujur serong. Maka ini menunjukkan ia tidak
dipanjangkan sama sekali kerana ia ada pada tulisan sahaja tetapi diabaikan pada
bacaan. Perkataan ini harus dibaca dengan beberapa cara berikut :
a. Wakaf pada ْ‫يرا‬ َ ‫ قَ َو ِار‬pertama dengan memanjangkannya sekadar 2 harakat dan
wasal pada ْ‫يرا‬
َ ‫ قَ َو ِار‬kedua tanpa memanjangkannya seperti :
َ ‫) قَ َو ِار‬14( ‫يرا‬
‫ير‬ َ ‫قَ َو ِار‬
b. Wasal pada ْ‫يرا‬ َ ‫ قَ َو ِار‬pertama dan ْ‫يرا‬
َ ‫ قَ َو ِار‬kedua dengan tidak memanjangkan kedua-
duanya seperti :
َ ‫) قَ َو ِار‬14( ‫ير‬
‫ير‬ َ ‫قَ َو ِار‬
c. Waqaf pada ْ‫يرا‬ َ ‫ قَ َو ِار‬yang kedua dengan tidak memanjangkan ْ‫يرا‬ َ ‫ قَ َو ِار‬pertama,
mengabaikan ْ‫( ا‬alif tambahan) pada ْ‫يرا‬ َ ‫ قَ َو ِار‬yang kedua dan disukunkan (‫ )ر‬seperti :
‫) قَ َو ِارير‬14( ‫ير‬
َ ‫قَ َو ِار‬
MAD LAZIM KALIMI MUKHAFFAF

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf : mad yang berlaku


apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam
satu perkataan tanpa idgham.

Berlaku pada satu kalimah sahaja yang terdapat pada


dua ayat (51 dan 91) di dalam Surah Yunus.

Dapat dikenali dengan adanya tanda panjang ( ) di


atas huruf mad diikuti tanda sukun di atas huruf
berikutnya.
Kadar bacaan: 6 harakat.
MODUL 2

MAD LAZIM HARFI

Mad Lazim Harfi : mad yang berlaku apabila huruf


mad bertemu dengan sukun asli dalam satu huruf.

Musaqqal bererti berat; iaitu terdapat hukum idgham.


Mukhaffaf bererti ringan; iaitu tiada hukum idgham.
Kadar bacaannya: 6 harakat.

Huruf-huruf ringkas (Huruf Muqataat) yang terdapat di


awal 29 surah hendaklah dibaca mengikut ejaaannya
dan dipelihara segala hukum tajwid yang terdapat di
dalamnya.

‫ف اَل ْم ِمي ْم ا‬
‫صا ْد‬ ْ ‫= اَ ِل‬
1. Alif dibaca pendek tanpa sebarang mad
2. Lam adalah huruf Mad Lazim Harfi Musaqqal, dibaca 6 harakat dengan idgham dan
dengung 2 harakat kerana hukum idgham mislain (huruf mim sukun bertemu huruf mim)
3. Mim adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham kerana
hukum izhar syafawi (huruf mim sukun bertemu huruf shad)
4. Shad adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham dan
diakhiri dengan Qaqalah Kubra kerana sifat huruf dal yang sukun.

‫صا ْد‬ ْ ‫ع‬


‫ين ا‬ ْ ‫= اك‬
‫اف اها ياا ا‬
1. Kaf adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham
2. Ha’ adalah huruf mad asli, dibaca 2 harakat
3. Ya’ adalah huruf mad asli, dibaca 2 harakat
4. Ain adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham tetapi
dengan ikhfa’ hakiki (dengung 2 harakat) kerana huruf nun sukun bertemu huruf shad
5. Shad adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham dan
diakhiri dengan Qaqalah Kubra kerana sifat huruf dal yang sukun.
Nota: Disisi toriq Syatibiyyah, huruf ‘ain harus dibaca 4
atau 6 harakat kerana ianya adalah huruf lin pada lafaz.

ْ ‫= ا ا ِل‬
‫ف اَل ْم ِمي ْم ارا‬
1. Alif dibaca pendek tanpa sebarang mad
2. Lam adalah huruf Mad Lazim Harfi Musaqqal, dibaca 6 harakat dengan idgham dan
dengung 2 harakat kerana hukum idgham mislain (huruf mim sukun bertemu huruf mim)
3. Mim adalah huruf Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, dibaca 6 harakat tanpa idgham kerana
hukum izhar syafawi (huruf mim sukun bertemu huruf ro)
4. Ro adalah huruf mad asli, dibaca 2 harakat.

Anda mungkin juga menyukai