Anda di halaman 1dari 23

NOTA LENGKAP

NOVEL

Nama :

Kelas :

Sekolah :

Guru :
NOVEL : PANTAI KASIH (AZMAH NORDIN)

SINOPSIS:

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran
sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di
pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang
kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila
melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh
berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan
Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun,
oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator
dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika
itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu.
Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital
kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah
tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan
kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor
nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan
peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang
berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan
operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu
sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.

1
SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapi
masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha
amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali
keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang
sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun
selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan
tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan
ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin
telah mencurigakan kredibiliti doktor idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu
rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz
sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan
kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang
membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang
Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan profesional berpendapat bahawa
pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan
pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak
menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam
jangka masa panjang.

Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha
apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia
ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan
sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya
sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya
hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu.
Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali
kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar
dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah
lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka
melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang
bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja.
Atas permintaannya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan
tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri
daripada bertembung dengan Raiha.

BAB 2

Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang
gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulu pun dihantar belajar di sekolah
swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya
apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus
pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan
menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada
PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya
tidak harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor
Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.

Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang ada kalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan
yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh
kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis
tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap
Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.

2
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku
kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang
amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan
menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran
berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan
yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila
ingatannya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK
miliknya.

BAB 3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia
menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil
suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun.
Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi.
Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia
mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini
menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz
yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar
api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.

Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais
krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan
dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati
dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia
juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang
keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan
semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.

Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca
kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada
bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian
anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz
menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha
juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas
menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa
amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah
salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama
antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas
kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika
itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa
Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga menyatakan
bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba
menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya
hasil titik peluhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak
akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan
tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.

BAB 4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak jauh dari Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri kematian
anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu,
dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah
neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk
Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di Hulu Lubuk Dalam daerah Ranau.

3
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul.
Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat
akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandunginya itu kerana
kehadirannya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang
kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas
isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi
tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama
Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.

Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih
miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas
daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor
Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor
Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil
peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan
perniagaan kesihatan kini.

Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga
keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa
sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda
masuk ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang
membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money
Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di
hadapan matanya sendiri.

Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yang pernah mendapatkan
rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang
infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang
oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui
oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha
tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengaja
mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko
yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.

Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu hanyalah
khayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila
didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati
secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan
namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak
dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong
Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak
mahu bayangan mereka mengganggu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih itu.

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang
yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan
kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab
malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi
gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran
mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan
tangannya ngilu yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba mengganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini
seolah-olah menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa

4
terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia
mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak
malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja
pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam
hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan
bahawa dia tergelincir di situ.

BAB 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula
apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya
Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu
hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat
tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang
diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas
menuju ke kondominiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan
wajah muncung dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan
keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk
membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal
Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi
dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor
Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati
Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan
gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal
pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha
teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan
pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang
marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta
peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister
Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’
menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia
menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan
emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli
keluarga yang turut terlibat dalam rawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit
pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah
dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah.
Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai
digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh
gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu
tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang
sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus
Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah

5
anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga
setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja
menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat
batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang
berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam
yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan
bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya
yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang
dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia
didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai
menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati
dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor
muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan
tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha
bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan
bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan
bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan
bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat
panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi.
Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga
menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha
ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha
berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.

BAB 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan kehilangan
anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila
dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani
pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi
pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang
simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa
menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan
normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak
gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang
memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan
oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara
dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia
kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta
penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati
penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke
dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah
dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital
tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh
itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan
akhir semester.

6
BAB 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak
bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah
yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas
walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah
pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga mengimbas kembali tentang infeksi yang
berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap
sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya
yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah
seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini
mengganggu hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga
teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah
rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama
kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah
waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan
sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor
Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu
menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang
tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor
di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak perempuan tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal
dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap
Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih
ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori
minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya
tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia
dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan
tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan
apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelangan tangan dan lutut kaki yang hancur dan
memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak
suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi
saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut
apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan
bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar
bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

7
TEMA

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

1. Tabah menghadapi kematian anak peremuannya

Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu
adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak
mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu
digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat
tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang
mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk
memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz
berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha
untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak
semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian
anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah
dengan sengaja membakar anaknya itu.

2. Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya

Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan keengganan
Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat
atau ‘down sinDoktorom’. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah
dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat
disambar api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya,
apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan
kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul dalam
perbicaraan, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat
menang dalam kes tersebut dalam perbicaraan di mahkamah keluarga, dengan bangga dan
sinis senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya
tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu dihadapi dengan
tabah walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal menyokongnya tetapi semakin
berkurangan selepas peristiwa itu.

3. Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah


Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar
bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah
sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu
dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan
ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang
pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk
bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

4. Tabah menerima tugas membedah


Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya pembedahan
tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia
setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin
supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu.
Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang mengalami
kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lutut doktor itu supaya dapat
menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat
Rawatan Kasih.

8
5. Tabah menghadapi penceroboh
Apabila Pantai Kasih dicerobohi oleh seorang pemuda berumur dua puluhan yang merupakan
bekas pelajar perubatan yang tidak menamatkan pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan
untuk mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang mencarinya dan melakukan
panggilan palsu sebelum ini. Dalam saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah
ditenangkan oleh ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda itu, Raiha
memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut diminta membantunya merawat Unong Siron
yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat anak ibu
Unong dirawat dan akhirnya diberkas.

6. Tabah menerima berita punca kematian anaknya.


Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia
seorang yang tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister
Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca
kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.

PERSOALAN

1. Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat. Sikap lebih


mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak
menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan.
Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah
berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya.
Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan
anak apabila berumah tangga.

2. Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga. Sikap
Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan
bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah
tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama
gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan
kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang pemilih.

3. Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul. Raiha bersetuju untuk melakukan
pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Doktor Uwanglah yang selayaknya
melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya
melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh
tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi
menyelamatkan nyawa doktor tersebut.

4. Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku kesalahannya


Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang
menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu di
hadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang
meragut nyawa anak perempuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana
takut.

5. Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah mengetahui
punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang
membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda
dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan
mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia
sebaliknya reda menerima berita tersebut.

9
6. Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan. Raiha begitu tabah menerima rintangan
dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah
tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut
mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan
dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh Sister Felicia yang kurang berpuas hati
dengan tindakannya menyebelahi emak Unong Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan
Raiha selepas kejadian itu dia tabah menghadapi Felicia kerana mereka bekerja sebumbung.
Raiha juga tabah dan berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan
Doktor Uwang. Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.

7. Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga. Akibat keruntuhan institusi rumah tangga
seseorang itu akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah
silam termasuk keruntuhan rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan
meminta menggugurkan kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali
selepas menang dalam kes perbicaraan menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam
masa singkat.

8. Persoalan tentang kasih sayang. Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun
didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir
dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak
masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar
anaknya itu dihantar ke pusat penjagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan
kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang
menimpa Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan
pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.

PLOT

1. Permulaan
Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda
dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan
bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.
Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang terpaksa
menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan
komplikasi selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar
ortopedik yang terkenal. Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang
keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan
lagi.

2. Perkembangan
Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak
perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun
dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika
disambar oleh api sukar dipadamkan dalam ingatan. Apa-apa sahaja yang direnung atau dilihat
tidak semena-mena dikaitkan dengan kematian anaknya itu.
Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi
melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat
dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan
sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang
statusnya itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya.
Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu.
Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh
Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap
Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku sekolah rendah
lagi.

10
Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang disembunyikan
daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri
bagaimana anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha
yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa
izin dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong
Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang anak pak ciknya yang
rentung dalam jaga dan tidurnya.
Raiha juga sering teringat peristiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan
kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom.
Keengganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang
lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan
bekas isterinya yang lama adalah normal.
Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat rawatan yang
menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila
penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara
kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut
bidang perubatan.
Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan
menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya
kebas dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada
pergelangan tangan dan lutut kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya
yang mati secara tragis di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat
rawatan itu.
Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk
pada pergelangan tangan dan tempurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan
penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk
pembedahan dibeli khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun
akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.
Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api ketika
bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu
berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan
mangsa keadaan.

3. Konflik
Konflik dengan diri sendiri
a. Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya
Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi
dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria
disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan
kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.

b. Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.

Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai
wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan
menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.

c. Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya

Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah.
Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat
usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.

d. Konflik Doktor Uwang dengan Ayu

Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan
oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta
diselamatkan sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat
mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia
mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya itu.

11
Konflik dengan orang lain
a. Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz
Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak
perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian
anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan
akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak muncul dan
menceritakan kisah yang sebenar.

b. Konflik antara Sister Felicia dan Raiha

Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan
terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih
menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu
Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak
menerima teguran tersebut.

C. Konflik antara Raiha dengan ayahnya

Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh
ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu
tercapai.

d. Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong

Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk
membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar
apabila emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong
itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa
wang bukan urusannya.

e. Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong

Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya
tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk
kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong
mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan
sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya
sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan
peribadi.

f. Konflik antara Sister Felicia dengan Doktor Uwang

Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakit.
Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu
berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang
ditegur oleh Doktor Uwang.

4. Klimaks / Puncak

Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai
Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas.

o Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa Pusat


Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi dicerobohi oleh seorang lelaki yang menyamar
menjadi doktor telah bergegas ke pusat rawatan tersebut.
o Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi dengan
kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat disambar api setelah
kereta yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak
perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta bantuan dan telah menyebabkan

12
Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan
tangannya yang kebas kembali pada saat itu dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal
kenderaan yang sedang dipandu seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai
Kasih.
o Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital miliknya
itu walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan untuk golongan menengah
bawah dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya.
o Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi kerana
kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada pergelangan tangan dan
tempurung lututnya.

5. Peleraian

o Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa
Doktor Uwang dan penggantian sendi pada anggota pergelangan tangan yang cedera
teruk dan lutut kakinya yang hancur.
o Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian
anak perempuannya itu.
o Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan
geram dengan membakar kereta mewah mereka.
o Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak
perempuan Raiha di situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar kereta mewah
tersebut.
o Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi
kerana takut.
o Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa
keadaan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Raiha

o Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6
bulan
o Doktor pakar bedah
o Anak kepada doktor pakar bedah
o Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakan Pakar Perunding
Pembedahan.
o Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
o Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
o Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.
o Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengakibatkan kematian anak kesayangannya.
o Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
o Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
o Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang mereka
berasal daripada Nunuk Ragang.

13
Watak Sampingan

Doktor Uwang

o Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih


o Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery
o Guru yang pernah mengajar Raiha unsur-unsur
o Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
o Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
o Berwajah kacak dan segak
o Berusia pertengahan empat puluhan
o Bertubuh sederhana
o Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
o Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
o Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

Unong Siron

o Bekas Pesakit Doktor Uwang


o Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk
bertungkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
o Kurus cengkung dan pucat
o Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
o Mempunyai masa depan yang cerah
o Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
o Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar negara

Doktor Sadiz

o Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
o Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
o Pakar Perunding Pembedahan
o Pakar Bedah Otak
o Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
o Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari
Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
o Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya
Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anak
perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan
rentung.
o Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui
kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.

Ayah Raiha

o Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan


o Seorang yang optimistik.
o Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini Doktor
Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
o Sudah meninggal dunia
o Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
o Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.

14
o Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai, tidak
berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
o Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

Sister Felicia Landosi

o Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.


o Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor
Sadiz
o Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
o Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.
Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak akibat
kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
o Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.
o Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlaluan terhadap ibu Unong Siron
yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun sudah
lima kali menjalani pembedahan.

LATAR

Latar Tempat

1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih


o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Raiha bertugas sebagai pakar bedah.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama enam kali
pembedahan
o Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan sehingga
terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah
bawah mendapatkan rawatan.
o Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai
doktor.

2. Apartment Raiha

o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya
tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan
Pantai Kasih
o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi
peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.

3. Rumah Tumpangan

o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari
rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung akibat
kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan mereka berada
di situ pada waktu itu.

15
4. Rumah Doktor Uwang
o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor
Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

5. Mahkamah Keluarga

o Tempat perbicaraan kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa
kematian anak perempuan mereka akibat rentung.

6. Wad Super VVIP

o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.

7. Daerah Inanam

o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah


o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini

8. Hospital Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat

Latar Masa

1. Malam Hari
Kemalangan Doktor Uwang
o Doktor Uwang menerima panggilan palsu yang menyatakan bahawa berlakunya
kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan
tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat
rawatan tersebut.
o Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor
Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan
untuk membuat pembedahan terhadap pesakit golongan menengah dan sederhana.

Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih


o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister
Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
o Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu secara
psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai
doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia
ke hospital tersebut. Degan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.

Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz

o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia disambar
api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
o Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan
turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah
membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia
membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah
miliknya kerana berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak

16
perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah
membakar kereta mewahnya itu sehingga meragut nyata anak perempuannya itu.

Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih

o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan


kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu. Namun,
Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat
kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan
Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atasnya.

2. Waktu Senja

Pembedahan keenam
o Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja.
Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang.
Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan
tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut
adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.

Latar Masyarakat

1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan


Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat
Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada
pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia
mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.

2. Latar masyarakat yang takut berterus terang


Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku
sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felicia tahu bahawa Doktor
Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang
membawa terhadap Raiha.

3. Latar masyarakat yang ego

Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Doktor Sadiz
menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan
kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah
miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan
mereka yang kebetulan ada di situ disambar api tersebut.

4. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi

Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga
menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai
dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha,
dia mampu menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

5. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan


Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu
terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada
kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.

17
6. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas

Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan
bebas sewaktu mudanya.
Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya sehingga
menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.

7. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya

Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila
ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.
Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai
Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan
doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.

TEKNIK PENCERITAAN

1. Pemerian
Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia
Latar belakang Sister Felicia dideskripsi menggunakan kaedah pemerian. Penulis
menceritakan bahawa Felicia lahir akibat keterlanjuran ibunya yang hidup bebas sewaktu
muda. Felicia dibesarkan dengan penuh disiplin oleh ibunya sehingga menimbulkan sifat
memberontak dalam diri. Kematian ibunya membuatkan Felicia terkapai-kapai sebelum belajar
bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan.

Pemerian tentang kegelishan hidup Raiha selepas kematian anak perempuannya.

Setiap kali penulis menceritakan kematian anak perempuan Raiha, penulis menggunakan
teknik pemerian. Penulis menceritakan saat anaknya tiba-tiba disambar oleh kemarakan api
yang sedang memamah kereta Porsche milik bapanya. Kehadiran anaknya itu tanpa diduga
menyebabkan anaknya rentung. Kematian akibat rentung 100 peratus disebabkan oleh
disambar api yang dihidupkan apabila Doktor Sadiz berasa marah terhadap Raiha dengan
menyimbah minyak petrol ke arah kereta mewah tersebut.

Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang


Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa Doktor Uwang menggunakan teknik
pemerian. Penulis menceritakan bagaimana sebelum kemalangan, Doktor Uwang wajah anak
perempuan pak ciknya itu datang menerpa dalam ingatannya. Secara tiba-tiba pergelangan
tangannya terasa ngilu dan tempurung lututnya berasa kebas menyebabkan dia tidak dapat
mengawal kenderaan yang sedang dipandunya itu hingga menyebabkan dia melanggar
tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Pemerian tentang kematian Rohayu

Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat kecuaian Doktor Sadiz. Penulis
menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang dan Felicia menjadi saksi. Doktor Sadiz yang
begitu marah terhadap sikap Raiha yang membawa lari anak perempuan dan kereta mewah
Porsche kesayangannya itu, membuatkan Doktor Sadiz hilang pertimbangan. Dengan bantuan
Felicia yang membelikan minyak petrol dan Doktor Uwang yang menghantar Doktor Sadiz
hingga ke rumah tumpangan, Doktor Sadiz menyimbah kereta mewah itu dengan minyak petrol
yang dibawa. Tiba-tiba muncul anak perempuannya di tempat kejadian dan apa yang sedang
marak itu menyambar anak kecil tersebut hingga rentung.

18
2. Dialog
Dialog Raiha dan Doktor Sadiz
Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini. Perbualan di antara Raiha dan Doktor
Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak
mahu Raiha mengandung anak yang cacat sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak
tersebut mempunyai roh dan berhak untuk hidup.

Dialog Raiha dan ayahnya


Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada dalam novel ini. Ayah Raiha
tidak bersetuju Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya kerjaya tersebut lebih sesuai
disandang oleh orang lelaki yang lebih berdaya juang dari segi fizikal dan mental. Raiha turut
mempersoalkan keputusan ayahnya itu sedangkan ayahnya juga adalah seorang pakar bedah
tetapi tidak memberikan sokongan kepadanya.

Dialog Raiha dan Sister Felicia

Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke pejabat bagi
memberikan penjelasan tentang sika kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia
menjelaskan bahawa ‘sapi tua’ panggilan terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak jujur
kerana mencadangkan pembedahan terhadap anaknya di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Walaupun dia mendapat lima peratus daripada jumlah kos yang dibayar tetapi Raiha
berpendapat dia tidak harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit.

Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih

Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan penceroboh Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan penceroboh yang merupakan
bekas pelajar perubatan dan kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya
sekarang ini. Ibu Unong dalam dialognya meminta pemuda itu membantu anaknya yang tenat
kerana dia berpendapat hanya pemuda itu sahaja yang dapat membantu merawat anaknya
yang tenat itu.

3. Imbas kembali

Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha


Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu. Kematian Rohayu sering diimbas
kembali oleh Raiha kerana dia masih belum mendapat jawapan pasti punca kematian anak
istimewanya itu. Sewaktu di rumah mahupun di mana-mana sahaja imbasan anak
perempuannya itu sering menghantui fikirannya.
Doktor Uwang juga sering mengimbas kembali saat kematian anak perempuan Doktor Sadiz
di hadapan matanya. Dia juga terbayang-bayang wajah anak perempuan itu meminta ihsan
daripadanya. Dia juga mengimbas kembali sewaktu melakukan outopsi ke atas anak
perempuan itu.

Imbas kembali zaman sekolah rendah

Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia. Mereka


memang bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik dan diejek status
kelahirannya. Felicia adalah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat gaya hidup bebas
yang diamalkan.

19
4. Saspens
Saspens punca kematian anak perempuan Raiha
Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian
anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia
telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta
maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut.
Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.

Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih

Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar sebagai
doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia
juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega
apabila Raiha berjaya memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron
memerlukan bantuan pemuda itu di hospital yang lain.

GAYA BAHASA

1. Peribahasa
2. Similie
Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,

3. Penggunaan Diksi

Kata-kata istilah sains perubatan

Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh penulis. Penulis menggunakan ilmu bantu
bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang perubatan. Antaranya X-Ray, Clinical
year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi
(SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis

Perkataan masyarakat setempat

Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis menggunakan
istilah daerah atau tempatan. Antaranya Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol

20
NILAI

1. Nilai Kerajinan
Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan
pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi
seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya
iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-
apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.

2. Nilai Ketekunan

Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga
menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui
oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi
pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

3. Nilai Keberanian

Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah
disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan
kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak
disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi
Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes
tersebut.

4. Nilai Bertanggungjawab

Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai


pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak
sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang
sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat
sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.

5. Nilai Keprihatinan

Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak
enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut
adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan
agar pembedahan keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan
berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.

6. Nilai Ketabahan

Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar
bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah
sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu
dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan
ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang
pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk
bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

7. Nilai Hemah Tinggi

Raiha melayan kerenah pesakit, iaitu Unong Siron dan ibu Unong Siron dengan begitu sopan
dan berbudi bahasa

21
PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.


Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar
bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk
menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha
akhirnya Berjaya dikecapi.

2. Kita hendaklah menghormati hak orang lain

Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk
mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan
wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos
enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.

3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan

Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab


sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab
menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar
yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.

4. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.

Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran


pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu untuk
membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik.
Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjakan wang insurans anaknya demi
melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.

5. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.

Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk
mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh
ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya
sebagai pakar bedah tercapai juga.

7. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.

Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya,
Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di
Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu
menggugurkan anak cacat yang dikandunginya sering menjadi bahan kemarahan Doktor
Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada
Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan
tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.

22

Anda mungkin juga menyukai