Anda di halaman 1dari 1

Antara cabaran……………..

ada lagi

Antara isu yang dikatakan membelenggu guru hari ini adalah


beban tugas pentadbiran, terpaksa menjalankan tugas “ibu bapa”
selain tanggungjawab hakiki sebagai pendidik, malah terpaksa
menggunakan wang dan pengangkutan sendiri untuk aktiviti pelajar di
luar sekolah seperti menyertai pertandingan bagi mewakili sekolah.

Dalam pada itu, Hashim turut menyentuh mengenai sikap segelintir


ibu bapa yang meletakkan ‘tanggungjawab’ ibu bapa sepenuhnya
kepada guru-guru malah ada mempertikaikan kemampuan guru
dalam mendidik anak mereka jika anak mereka gagal.

Guru kini sudah tidak mempunyai kuasa (penuh) untuk mendidik


anak-anak mereka kerana jika ‘tersentuh’ sedikit sudah pasti ibu bapa
akan melenting dan memarahi guru.

Disamping itu, perubahan sistem pendidikan yang kerap berlaku


akhir-akhir ini membebankan murid-murid dengan terlalu banyak
matapelajaran yang harus dipelajari. Misalnya, tahap 1(tahun 1,2,3)
sebanyak 10 matapelajaran yang harus dipelajari dalam satu minggu.
Di sini guru tiada masa untuk memberi tumpuan mengajar nilai dan
ahklak murid. Terpaksa mengejar masa untuk menghabiskan silibus.

Anda mungkin juga menyukai