Anda di halaman 1dari 1

Matlamat pengajaran perdagangan adalah untuk membentuk pelajar mengetahui,

memahami, dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif


dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan berkaitan. Matapelajaran KH pula
adalah bersifat amali dan berunsurkan teknologi yang dirancang untuk
mempertingkatkan produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara
kreatif, inovatif dan produktif.

Pengkaji mendapati sebagian pelajar kurang melibatkan diri dalam matapelajaran


pendidikan perdagangan dan KH kerana pelajar cepat merasa jemu dan bosan.
Perkara ini berlaku apabila guru hanya menggunakan teknik kuliah dan syarahan
semata-mata bagi matapelajaran perdagangan. Bagi matapelajaran KH pula, pelajar
kurang kreatif kerana kekurangan idea dalam menghasilkan sesuatu projek. Di
samping itu, kekurangan kemahiran dalam sub topik tertentu mendorong pelajar
tersebut kurang penglibatan dalama aktiviti-aktiviti tertentu.

Justeru itu, pengkaji menggunakan kaedah sedutan iklan dalam pengajaran dan
pembelajaran sebagai alternative baru yang mampu menarik minat pelajar dalam
menumpukan perhatian dan melibatkan diri secara aktif ketika sesi pengajaran dan
pebelajaran. Walaubagaimanapun, teknik kuliah dan syarahan tetap digunakan
dalam P&P dan dipelbagaikan dengan menggunakna teknik sedutan iklan.