Anda di halaman 1dari 1

CONTOH KARANGAN BAHAGIAN A : KEPENTINGAN PERATURAN DI SEKOLAH

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan peraturan
di sekolah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

 mendidik pelajar supaya berdisiplin


 melahirkan pelajar yang berjaya
 melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dalam mengurus masa

KEPENTINGAN PERATURAN DI SEKOLAH


Mutahir ini, masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan pelajar semakin hangat
diperkatakan dari sehari ke sehari. Secara umumnya, kita telah mengetahui kejayaan
seseorang bermula daripada sikap peribadi yang dimiliki. Justeru itu, untuk memiliki sikap
yang baik dan disiplin diri yang mantap merupakan tonggak utama kejayaan pelajar.
Perlaksanaan peraturan sekolah kepada para pelajar adalah salah satu cara mnelahirkan
pelajar yang berjaya.
Antara kepentingan peraturan di sekolah ialah mendidik pelajar supaya berdisiplin.
Mematuhi peraturan bukanlah untuk menyusahkan pelajar tetapi mendidik mereka supaya
peka dengan persekitaran. Sebagai contoh, ketika perhimpunan rasmi pelajar di didik
supaya menghormati majlis yang diadakan dengan menjaga tingkah laku supaya sentiasa
senyap dan memberi tumpuan.
Selain itu, mematuhi peraturan dapat melahirkan pelajar yang berjaya. Dalam hal ini,
bukan sahaja sekolah malah negara juga turut berbangga kerana dapat membentuk modal
insan kelas pertama yang berkualiti sekaligus dapat menjadi pemagkin negara pada masa
akan datang. Disiplin dalam diri juga merupakan persediaan pelajar sebelum memasuki alam
perkejaan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Akhir sekali, peraturan yang dilaksanakan dapat melahirkan pelajar yang
bertanggungjawab dalam mengurus masa, menghargai kemudahan pendidikan yang
disediakan serta insan disekeliling mereka. Hal ini dapat mendidik mereka supaya
bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai seorang pelajar. Sebagai contoh, semua
pelajar diminta hadir ke sekolah 5 minit awal sebelum waktu persekolahan bermula. Ini
menunjukkan bertapa pentingnya pengurusan masa.
Tuntas bicara, pelaksanaan peraturan sekolah banyak memberi kebaikan kepada pelajar.
Hal ini bukan sahaja memudahkan guru untuk mengajar tetapi memdidik pelajar supaya
memiliki matlamat yang jelas untuk berjaya dan tidak menjadi seperti kapal patah haluannya.

(260 patah perkataan)