Anda di halaman 1dari 4

engaruh Agama Hindu /Buddha Dalam Kerajaan Awal.

a) Proses permulaan kedatangan pengaruh


Hindu/Buddha.

1. Peranan Ksyatria atau tentera – melalui penaklukan.


2. Peranan pedagang atau Vaisya.
3. Peranan Brahmin atau pendeta.
4. Penyesuaian budaya India yang menarik sahaja dengan
budaya tempatan berlaku, buktinya arca bercirikan Asia
Tenggara di Srivijaya – ikatan tali kulit harimau hanya
ada di Srivijaya.
5. Aspek Hindu/Buddha yang diambil berbeza antara
seoang pemerintah di Asia tenggara dengan pemerintah
Asia Tenggara yang lain – di Kedah Tua (Buddha),
Dieng di Indonesia (Hindu), Pulau Bangka (Hindu
mazhab Vishnu).
6. Pengaruh Hindu/Buddha berlaku serentak dengan
hubungan perdagangan, apabila Rom menghentikan
perdagangan emas ke India maka India beralih mendapat
emas di Asia Tenggara.

b) Pengaruh Hindu/Buddha dalam sistem pemerintahan.

1. Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem


beraja India. Di bawah raja ialah kerabat diraja dan
pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas
itu rakyat dan hamba (bawah sekali).
2. Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya
menjadi undang – undang, menentangnya dianggap
derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada
golongan diperintah.
3. Rakyat takut derhaka maca muncul konsep dewa-raja
yang mempuntai sakti. Unsure mitos dan lagenda
digunakan untuk memperkuatkan kedudukan
pemerintahannya.
4. Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin bertujuan
membezakan kedudukan raja daripada golongan
diperintah.
5. Raja yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina
kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde
kosmos). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu
kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja
perlu mengatur kesejahteraan negara dan rakyat (alam
semesta).

c) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.

1. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.


2. Raja dianggap raja dewa.
3. Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.
4. Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.
5. Raja juga dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai
tentera dan hakim.

d) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan


Srivijaya.

1. Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana.


2. Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.
3. Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu
yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra.
Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja
kecuali raja putra kerana beliau anak gundik.
4. Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat
(parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain seperti
haim, temenggung dan penghulu.
5. Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.
6. Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan
bhupati (orang-orang kaya).
7. Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu
Palembang, berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat di
situ.

e) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.

1. Monumen ialah binaan/bangunan daripada batu untuk


memperingati orang ternama atau peristiwa penting
seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung.
2. Candi – berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan
abu jenazah raja dan keluarganya, menyimpan patung
dewa utama dan lambing kehebatan raja.
3. Angkor wat dan Borobudur melambangkan order
kosmos.
4. Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam disebut
wat, tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebut
candi.
5. Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk agama
Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di
Thailand untuk agama Buddha.
6. Patung Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma, Durga.
7. Patung Buddha seperti patung Avalokitesvara.
8. Candi dan patung di Asia Tenggara hasil campuran gaya
tempatan dan India. Antara pengaruh India tersebut ialah
patung zaman Dinasti Gupta.

f) Pengaruh Hindu dalam kesenian Angkor Wat.

1. Angkor Wat dibina di siem Reap untuk agama Hindu.


2. Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.
3. Ia juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.

g) Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur.

1. Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha


Mahayana.
2. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan panna,
setiap tingkat dwakili oleh patung stupa dan patung
Buddha.
3. Di tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.

h) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian candi


Lembah Bujang.

1. Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat


Pendiat dan Pangkalan Bujang.
2. Candi Hindu – terbahagi 2 iaitu Vimana ( bahagian suci
tempat arca keagamaan ) dan Mandapa ( bahagian luar).
3. Candi Buddha – memiliki pelan jenis cruciform.

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Anda mungkin juga menyukai