Anda di halaman 1dari 4

PENGGEMBALA YANG NAKAL

Oleh

Nur Husna Fikriyah binti Abu Hurairah

SK Permas Jaya 4

ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan selamat pagi diucapkan kepada para guru ,

para juri yang adil lagi bijaksana , tuan-tuan dan puan puan serta

kawan-kawan yang saya kasihi sekalian.

Saya Nur Husna Fikriyah binti Abu Hurairah dari sk Permas Jaya 4 ingin

menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk PENGGEMBALA YANG NAKAL.

Syair

Di sebuah kampung yang aman damai,

Tinggallah seorang budak lelaki,

Dia seorang penggembala kambing biri-biri,

Agak nakal,

Bidin namanya.
Bidin bekerja sebagai penggembala di sebuah ladang biri-biri. Kerja Bidin ialah

membawa sekawan biri-biri untuk meragut rumput pada setiap pagi.Dia akan

menunggu biri-biri itu meragut rumput sehingga petang. Setelah petang, dia

akan membawa biri-biri pulang ke kandangnya.

Pada suatu hari, Bidin membawa biri-biri itu meragut rumput di pinggir

sebuah hutan. Sementara menunggu biri-biri itu meragut rumput, Bidin berasa

sungguh bosan. Bidin berasa kesunyian.

“Kalaulah ada perkara yang membuatkan ku gembira,” getus hati Bidin.

Tiba-tiba dia mendapat satu akal.

“Haa… Apa kata kalau aku cuba cara ini. Manalah tahu, jika ada orang

yang terkena,” kata Bidin.

Bidin pun memulakan rancangannya.

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

Jeritan Bidin itu didengari beberapa orang pekerja di kawasan itu. Mereka

bergegas ke tempat di mana biri-biri sedang meragut rumput. Apabila sampai


di sana mereka melihat Bidin sedang tertawa.

“Kah! Kah! Kah! Kamu semua sudah tertipu. Mana ada serigala di

kawasan ini.,” kata Bidin sambil tertawa. Dia berasa gembira kerana dapat

mempermain-mainkan orang lain.

“Cis, kamu mempermain-mainkan kami!” kata salah seorang pekerja itu

dengan marah.

”Budak ini memang nakal,”kata seorang pekerja yang lain.

Pekerja-pekerja itu pun berlalu pergi dengan perasaan marah. Bidin tidak

berasa bersalah atas apa yang dilakukan olehnya terhadap pekerja-pekerja

ladang tersebut.

Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba muncul dari arah hutan.

Serigala itu terus menyerang biri-biri.Bidin berasa terkejut lalu dia menjerit

minta tolong. ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”

Namun begitu, jeritan Bidin tidak di endahkan oleh pekerja-pekerja di situ.

Mereka menyangka Bidin hanya bergurau. Mereka tidak mahu ditipu oleh

budak yang nakal itu lagi. Disebabkan tiada orang datang menolongnya,
beberapa ekor biri-biri yang dijaga oleh Bidin telah dibaham oleh serigala.

Bidin menyesal kerana selalu mempermain-mainkan orang. Akibatnya, dia

sendiri yang rugi.

Kawan-kawan, kita janganlah suka berbohong kerana berbohong hanya

merugikan diri sendiri dan orang tidak akan percaya dengan kita lagi. Siakap

senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama….. anda fikirlah

sendiri!.

Sekian sahaja cerita saya pada hari ini. Saya sudahi

dengan wabillahitaufikwalhidayah…Assalamualaikumwarahmatullahhiwabaro

katuh.

Anda mungkin juga menyukai