Anda di halaman 1dari 62

TAJUK-TAJUK UNTUK UJIAN LISAN (ULBS) BAHASA MELAYU

ASPEK-ASPEK TUMPUAN
1.Pertuturan yang difahami, tersusun dan lancar.
2.Pemahaman terhadap soalan seperti boleh memberikan jawapan yang betul, tepat
dan menyakinkan.
3.Bahasa baku yang betul, tepat dan gramatis.
4.Intonasi yang bersesuaian.

GANGGUAN PERTUTURAN
1.Pertuturan yang tidak lancar.
2.Penggunaan bahasa pasar, dialek daerah dan slanga.
3.Gangguan bunyi yang kerap seperti "errrr!", berdeham dan sebagainya.
4.Tidak menjawab apa yang ditanya.
5.Gangguan pergerakan tangan, kepala atau mata yang keterlaluan.

JENIS-JENIS SOALAN
a)Soalan peribadi
 Nama, tempat tinggal, keluarga dan sebagainya.
 Soalan-soalan ini sekadar untuk mengetahui latar belakang anda dan
menenangkan anda untuk menghadapi soalan seterusnya.
 Jawablah dengan tenang, suara yang jelas dan ayat lengkap dalam bahasa baku.
 Jangan terperanjat jika Pemeriksa Lisan kadang-kala bergurau dengan anda
sekadar untuk mewujudkan kemesraan.
b) Soalan berdasarkan tajuk-tajuk yang disediakan

SENARAI TAJUK UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH ( ULBS ) BAHASA MELAYU SPM

1.PERINDUSTRIAN
-Jenis-jenis
-Kebaikan & keburukan penggunaan teknologi moden
-Prestasi negara dalam perindustrian
2.INDUSTRI DESA
-Jenis-jenis
-Usaha-usaha dan tujuan memajukan industri desa
-Sambutan terhadap hasil keluaran industri desa

-Halangan-halangan

Pada masa ini industri desa semakin berkembang di negara kita.


Pelbagai produk industri desa telah dipasarkan untuk keperluan
masyarakat. Untuk memajukan lagi industri desa, pelbagai usaha perlu
dijalankan dengan kerjasama semua pihak. Usaha pertama yang boleh
dilakukan ialah kerajaan memberikan bantuan dan galakan kepada mereka
yang berminat. Bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama
kepada pengusaha yang baru sahaja menjalankan sesuatu industri desa.

Kerajaan boleh memberikan bantuan modal dan khidmat nasihat secara


berterusan. Sebagai contoh, kerajaan perlu banyak mengadakan kursus yang
berkaitan industri desa seperti batik, kraftangan dan makanan tradisional.
Peranan kerajaan penting agar industri desa terus berkembang maju di
negara kita.

Selain itu, penggunaan alat-alat teknologi moden penting untuk


meningkatkan keluaran dan kualiti industri desa. Penghasilan produk industri
desa yang semakin meningkat dan berkualiti penting untuk mewujudkan daya
saing. Pihak yang terlibat perlu mengadakan kursus tentang cara
menggunakan peralatan mesin dan jentera. Sebagai contoh, penggunaan
mesin penting untuk menghasilkan produk industri desa yang berkaitan
dengan pembuatan makanan tradisional.

Jelas bahawa penggunaan alat teknologi moden, akan menarik lebih ramai
lagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam industri desa. Untuk
memajukan lagi industri desa kerajaan boleh memperkenalkan konsep ”
Satu Daerah Satu Produk”.

Melalui cara ini, setiap kampung perlu menghasilkan sesuatu produk dan
memasarkan sendiri barangan mereka. Dalam hal ini, mereka perlu diberikan
bimbingan, latihan dan cara-cara untuk memulakan sesuatu industri desa.
Sebagai contoh, kerajaan negeri Melaka telah memperkenalkan
rancangan ”Satu Daerah, Satu Industri”.
Sesungguhnya, setiap kerajaan negeri boleh mencontohi usaha tersebut
untuk mengembangkan ekonomi masyarakat khususnya di luar bandar.
Seterusnya, kerjasama semua pihak penting untuk memasarkan keluaran
industri desa.

Keluaran industri desa yang unik serta berkualiti mampu menarik perhatian
masyarakat luar. Pameran-pameran perlu diadakan dengan lebih kerap untuk
memperkenalkan lagi keluaran industri desa kepada masyarakat. Sebagai
contoh, pihak swasta seperti TV3 boleh membantu memperkenalkan industri
desa melalui program Jom Heboh.

Kesimpulannya, masyarakat yang menjalankan industri desa perlulah


merebut peluang sepenuhnya yang disediakan oleh kerajaan. Mereka
perlulah meningkatkan ilmu serta kemahiran bagi menghasilkan produk
tempatan yang berkualiti. Kita amat berharap agar industri desa yang

dijalankan di negara kita terus seiring dengan kemajuan Negara.

3.PEMBALAKAN
-Kesan Pembalakan
-Usaha usaha mengekalkan kawasan hutan
-Isu pembalakan haram

Hutan merupakan khazanah dunia yang amat bernilai. Hutan telah membekalkan
negara kita dengan pelbagai sumber seperti kayu-kayan dan ubat-ubatan. Malaysia
juga terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang sentiasa menjadi daya
penarik kepada pelancong-pelancong asing. Walaupun hutan telah membantu
negara mempelbagaikan sumber ekonominya, namun akhir-akhir ini, hutan
menghadapi ancaman kemusnahan daripada pihak-pihak yang tamak dan hanya
mementingkan kekayaan semata-mata. Peningkatan aktiviti pembalakan haram
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan telah menyaksikan dampak yang ketara
kepada negara. Jika masalah ini tidak ditangani, sudah tentu kita akan menghadapi
1001 masalah di hari muka. Pembalakan haram mampu menyumbang keapada
terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan
permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan
dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi
cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia
melimpah ke kawasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan
orang asli mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan. Adat
bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Kita tidak
seharusnya mementingkan diri sendiri. setiap tindakan yang kita ambil pastinya akan
memberi impak kepada orang lain.

Selain itu, kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti
pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal
semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar. Kemusnahan hutan
bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupoan yang tinggal didalamnya.
Jika tiada tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan manusia yang tidak
bermoral ini, nescaya perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku. Contohnya,
kepupusan sesuatu spesies hidupan. Justeru, langkah yang proaktif perlu lah
dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang lebih parah lagi daripada berlaku. Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Jangan biarkan cucu-cicit kita
tertanya-tanya, apa itu orang utan, harimau gajah, dan burung kakak tua. Di samping
itu, pembalakan haram turut mengakibatkan peningkatan suhu di negara
kita. Aktiviti pembalakan haram akan meningkatkan kandungan gas karbon dioksida
dalam udara. Gas ini mampu memerangkap haba di atmosfera daripada dipantulkan
semula. Fenomena inilah yang menyebabkan peningkatan suhu persekitaran.
Keadaan menjadi bertambah teruk apabila kurangnya tumbuhan yang menyerap gas
ini. Selain peningkatan suhu, fenomena ini turut mengakibatkan kesan rumah hijau
dan perubahan suhu setempat. Oleh yang demikian, kita perlulah menghargai
anugerah ciptaan tuhan yang tidak ternilai harganya ini. Mampukah kita hidup selesa
dalam keadaan yang panas sebegini? Tepuk dada, tanya selera. Selain berfungsi
sebagai peparu bumi, hutan juga bertindak seperti span di kawasan tadahan hujan.
Aktiviti manusia menebang pokok-pokok akan menjejaskan kawasan tadahan hujan
di tanah tinggi. Hal ini akan mengurangkan kadar serapan dan penyimpanan air
dalam tanih sekaligus menjejaskan bekalan air. Keadaan ini mendatangkan kebejatan
kepada penduduk sekitar. Tamsilnya, krisis air yang pernah berlaku di Lembah
Klangdan Melaka menyebabkan aktiviti harian penduduk seperti memasak, mandi
dan membasuh pakaian terganggu. Oleh itu, kita seharusnya sedar akan kepentingan
hutan dalam kehidupan kita. Sikap bagaikan enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing hanya akan memberi kemudaratan kepada kita. Intihanya, kita harus
berkolaborasi bagi membendung kegiatan ini daripada terus meragut keindahan
alam ciptaan ilahi. Pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan yang tegas terhadap
pesalah yang didapati menjalankan kegiatan pembalakan haram. Orang awam pula
hendaklah melaporkan sebarang pergerakan kenderaan pengangkut balak yang
mencurigakan. Dengan adanya kerjasama bagaikan aur dan tebing, sudah pasti
masalah ini dapat diatasi. Seperkara lagi, kita perlulah ingat bahawa kita tidak
mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita, tetapi kita hanya meminjamnya
daripada anak cucu kita.

4.TEMPAT REKREASI
-Fungsi dan peranan taman rekreasi
-Sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi
-Penyediaan kemudahan di taman rekreasi

Fungsi dan Peranan Taman Rekreasi


sebagai tempat untuk beristirahat / menenangkan fikiran- lari dari kesibukan,
khususnyadi kota
sebagai tempat beriadah / bersenam- ke arah masyarakat yang cergas dan sihat
sebagai tempat beramah mesra antara individu, jiran tetangga serta untuk memupuk
kasihsayang ke arah keluarga bahagia
untuk menghijaukan / mengindahkan kawasan sekitar- menimbulkan suasana
nyaman
Sambutan Masyarakat terhadap Taman Rekreasi
amat diperlukan oleh anggota masyarakat hari ini, sama ada di kawasan-
kawasanperumahan, pekan, bandar, dan kota

mendapat perhatian pemaju-pemaju perumahan dan kerajaan-kerajaan tempatan


lalumenyediakan taman rekreasi

mendapat sambutan hangat daripada anggota masyarakat- dipenuhi oleh mereka


yangbersenam atau yang bersiar dengan teman serta anggota keluarga

Penyediaan Kemudahan di Taman Rekreasi


(a) Kemudahan yang Disediakan
alat-alat permainan untuk kanak-kanak
alat-alat untuk senaman ringan
tempat duduk, tandas awam, dan lorong pejalan kaki
bakul sampah, lampu, dna pondok telefon
gerai makanan dan minuman
(b) Keadaan Kemudahan di Taman Rekreasi
masih tidak dilengkapi dengan kemudahan tertentu
ada yang dalam keadaan kurang sempurna oleh faktor semula jadi dan perlu diganti
ada yang tidak digunakan dengan betul lalu rosak
ada yang tidak diberi penyelenggaraan yang sepatutnya oleh pihak yang berkenaan
Taman rekreasi merupakan satu kawasan lapang yang penting terutama di kawasan
perumahan. Usahakerajaan mewajibkan setiap projek perumahan mempunyai
taman rekreasi merupakan satu langkah bijak kerajaan. Tindakan ini sepatutnya
dilakukan sejak dahulu kerana kewujudan taman rekreasi memastikanpelbagai
impak positif muncul.Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah taman ini menjadi
tempat permainan kanak-kanak. Kita semuasedia maklum bahawa dalam dunia yang
penuh cabaran ini, ibu bapa sibuk bekerja sehinggamenyebabkan anak-anak
bersendirian di rumah. Jadi, kewujudan taman rekreasi di kawasan
perumahanmenjadi satu medan untuk golongan kecil ini bergembira dan
melepaskan perasaan mereka sebagaikanak-kanak. Hidup kanak-kanak terkongkong
di rumah tetapi bebas di taman rekreasi.Malah, kewujudan taman rekreasi ini
menjadi tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan antara jirantetangga.
Kebiasaannya ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka bermain di taman
ini dansementara menunggu anak-anak bermain, ibu bapa akan berbual dengan
jiran-jiran yang turutmenunggu anak-anak mereka. Interaksi ini memastikan
hubungan antara masyarakat lebih mesra danterjalin rapa

5.PENSWASTAAN
-Faedah faedah penswastaan
-Perkembangan penswastaan di Malaysia
-Penglibatan pihak swasta dalam bidang tertentu

Dasar penswastaan merupakan agenda besar-besaran dunia sejak diperkenalkan


lebih 20 tahun lalu oleh kuasa kapitalis dunia iaitu Amerika Syarikat dan Britain.
Dasar ini diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara kapitalis iaitu Presiden
Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher.
Dengan sokongan organisasi-organisasi seperti Bank Dunia, Tabung Dana
Antarabangsa, IMF dan Bank Pembangunan Asia, dasar ini berjaya memberi faedah
yang besar kepada kerajaan yang melaksanakannya termasuklah dari segi
pendapatan negara dan keutuhan politik. Dasar penswastaan adalah fenomena
politik dan ekonomi yang dilaksanakan sebagai pemindahan kepentingan atau
pelaburan tertentu kerajaan kepada sektor swasta. Dengan itu, kuasa membuat
keputusan kini beralih daripada tangan orang ramai kepada pihak swasta atau
pemilik baru organisasi awam. Malaysia menjadi antara negara terawal
melaksanakan dasar ini di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

Dasar penswastan bukan sahaja mengaandungi kelebihan , malah tidak kurang juga
dengan kelemahannya yang tersendiri.

Antara kelebihan Dasar penswastaan ialah :


1)Membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat
2)Rakyat menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan teratur.
3)Memberikan peluang kepada pekerja untuk memiliki saham sesuatu organisasi
4)Peluang yang lebih baik untuk peningkatan dalam kerjaya
5)Pengguna dapat membayar perkhidmatan yang disediakan oleh agensi yang
diswastakan dengan bayaran yang murah kerana mempunyai persaingan antara
syarikat.
6)Pekerja diberikan kelebihan dari segi skim gaji berbanding dengan sektor kerajaan

Antara kelemahan Dasar penswastaan ialah :


1)Mewujudkan eksploitasi antara pihak swasta kepada pengguna .
2)Rakyat akan terbeban dari segi kewangan akibat daripada sesetengah pihak swasta
yang mahukan keuntungan.

3)Meggugat kedudukan sektor awam yang sedia ada.

Walaupun objektif penswastaan bukanlah untuk mendapatkan hasil, program-program ini


telah memberi sumbangan pendapatan yang banyak kepada Kerajaan daripada
penjualan aset dan ekuiti.

Dasar ini juga memberi manfaat keapda golongan yang berpendapatan rendah.
Penglibatan yang menyeluruh ini telah dicapai melalui tawaran awam kepada orang
ramai dan juga pelabur institusi seperti amanah sahan negari. Pemilikan Bumiputra juga
telah meningkat menerusi program penswastaan entiti Kerajaan secara MBO. Menerusi
kaedah ini, bilangan usahawan Bumiputera yang terlibat juga meningkat selaras dengan
penwujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

Dasar ini juga membolehkan rakyat Malaysia mendapat teknologi dan kepakaran baru
melalui penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti asing, kontrak pengurusan atau
penyediaan khidmat perunding. Seterusnya membolehkan rakyat Malaysia dengan
sendirinya mengendali dan mengurus teknologi baru dalam bidang tertentu dalam
peningkatan kecekapan dan produktiviti.

Pelaksanaan program penswastaan akan dipertingkatkan menerusi stategi berikut:

1. Mempercepatkan proses mengenal pasti dan menilai projek dan entiti yagn akan
diswastakan serta menyeragamkan pelaksanaannya.

2. Memperluas dan mempertingkatkan peranan entiti yang diswastakan bagi memenuhi


matlamat sosioekonomi.

3. Memudahkan pemindahan teknologi dengan menggalakkan usaha penyelidikan dan


pembangunan (R&D) oleh syarikat besar yang diswastakan.

4. Memastikan penglibatan yang lebih meluas di kalangna syarikat tempatan khususnya


bagi penswastaan projek infrastruktur.

5. Menggalakkan penggunaan bahan tempatan secara meluas bagi memastikan idustri


dan perkhidmatan tempatan berkembang.

6. Memperluaskan penglibatan Bumiputera dalam pengurusan syarikat serta


melaksanakan penyusunan rangkaian pemasaran dan program pembangunan vendor.

7. Mengenal pasti dan menggalakkan instrumen dan sumber pembiayaan baru bagi entiti
yang diswastakan.

8. Memperbaiki rangka kerja badan kawal-selia untuk memastikan keberkesanannya.

9. Memperkukuhkan mekanisme pengesanan dan penilaian prestasi entiti yang


diswastakan.

10. Menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan yang telah diswastakan mengambil
bahagian dalam projek penswastaan di luar negara.

Penglibatan pihak swasta dalam bidang tertentu

 Jabatan Telekom Malaysia = Telekom Malaysia Berhad (TM)


 Lembaga Lebuhraya Malaysia = PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya Utara
Selatan)
 Lembaga Letrik Negara = Tenaga Nasional Berhad (TNB)
 Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia = Pos Malaysia
 Jabatan Penerbangan Awam (DCA) = Malaysia Airports Berhad
 Lembaga Pelabuhan Klang = Kelang Multi Terminal Sdn Bhd, North Port (Malaysia)
Berhad and West Port (Malaysia) Sdn Bhd
6.INDUSTRI PERIKANAN
-Masalah yang dihadapi oleh nelayan
-Penggunaan teknologi moden dalam industri perikanan
-Perkembangan dan sumbangan industri perikanan

a. masalah kekurangan modal, teknologi dan kepakaran


b. masalah kemunduran dalam kajian dan penyelidikan berkaitan dengan akitiviti
perikanan pinggir pantai dan ekosistem pantai
c. masalah kerjasama antarabangsa/antara negara , sempadan perairan dan ancaman
keselamatan – mematuhi perjanjian dan pencerobohan dan kegiatan perlanunan.
d. kerosakan kawasan pemeliharaan akibat aktiviti pembangunan dikawasan pinggir
pantai seperti pelancongan, prlombongan. Ini akan mengurankan hasil tangkapan
e. penangkapan ikan berlebihan – kehadiran pukat harimau, pukat cerut. Ini akan
memupuskan sumber.
f. masalah cuaca, ancaman musim tengkujuh, dan muara sungai yang semakin cetek
terutama selepas banjir.
g. masalah orang tengah : beli degan harga yang murah ( cekik darah)
h. tenaga kerja
i. pemasaran

Walaupun Malaysia telah mencapai lebihan dalam tahap sara diri bekalan ikan makanan
sejak tahun 2010, namun pengguna di negara ini terus menghadapi isu kenaikan harga
ikan. Ini menunjukkan cabaran yang dihadapi bukan sahaja bagi memastikan kecukupan
bekalan, tetapi juga jaminan kemampuan rakyat memperolehi ikan sebagai sumber
protin dalam makanan. Jaminan bekalan ikan makanan akan terus menjadi cabaran
yang besar di masa depan akibat kesan daripada perubahan iklim, faktor pengeluaran
yang terhad, kenaikan harga input, persaingan bahan makanan untuk pengeluaran bio-
tenaga dan liberalisasi perdagangan. Permintaan ikan makanan akan terus meningkat
akibat daripada pertambahan penduduk dan pendapatan serta perubahan citarasa
pengguna. Kesinambungan bekalan ikan yang mencukupi bergantung kepada daya maju
perusahaan ini untuk menjamin pendapatan kepada nelayan dan penternak ikan.

Kerajaan telah mengenal pasti akuakultur sebagai salah satu sumber utama untuk
meningkatkan pengeluaran ikan bagi memenuhi permintaan domestik dan
memperkembang potensi eksport. Pada tahun 2014 perusahaan akuakultur di negara ini
telah menghasilkan pengeluaran berjumlah kira-kira 520,514 tan metrik dengan nilai kira-
kira RM3.47 bilion. Pengeluaran tersebut telah menyumbang 26% kepada jumlah
pengeluaran ikan negara. Pembangunan akuakultur negara telah menunjukkan
perkembangan pesat dengan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 8% setahun
dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Kerajaan terus memberi tumpuan untuk menggalak
pembangunan akuakultur negara melalui program pembangunan di bawah Rancangan
Malaysia Ke Sepuluh dan tersenarai di kalangan Projek Utama di bawah Bidang
Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area - NKEA) Sektor Pertanian
sehingga tahun 2020.

Malaysia mampu mengoptimum pembangunan akuakultur berdasar potensi sumber


kawasan, kesesuian iklim dan kedapatan teknologi pengeluaran dalam memenuhi
peningkatan permintaan di pasaran domestik dan global. Berdasar kepada potensi
tersebut Yang Berhormat Menteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, semasa
Majlis Taklimat pada 3 Jun 2013, telah mengarahkan Jabatan Perikanan menyediakan
Pelan Tindakan bagi menggalakkan pembangunan akuakultur sehingga mampu
menyumbang 50 peratus daripada jumlah pengeluaran ikan negara menjelang tahun
2020. Sasaran baru sebanyak 1.443 juta tan metrik telah dijadikan salah satu inisiatif
utama di bawah Program Transformasi Agromakanan bagi memastikan sub-sektor
perikanan terus menyumbang kepada kecukupan bekalan makanan negara,
meningkatkan pendapatan pengusaha dan menjadikan bidang agromakanan sebagai
perniagaan yang berdaya saing dan mampan.

Penggunaan teknologi moden dalam industry perikanan


i. teknologi pembiakbakaan dan pemakanan ternakan akuakultuuuur berkembang
pesat
ii. teknologi kawalan air dan rawatan air kolam/sangkar/takungan
iii. teknologi pengawetan dan pembungkusan untuk menjamin kesegaran
terutamannya untuk pasaran eksport

Kesan Perikanan Pinggir Laut


- Bekalan ikan semakin berkurangan
- Kerosakan keseombanga laut
- pencemaran dari kilang memproses ikan
- mengalakan akuakultur ikan

Perikanan Laut Dalam

1. Konsep
- Kegiatan perikanan yang dilakukan secara besar-besaran yang melibatkan kawasan
laut yang lebih jauh yang melibatkan perairan antarabangsa seperti Lautan Pasifik,
Lautan Atlantik dan Lautan Hindi.
- Jarak lebih 32 km dan kedalaman melebihi 180 meter
- melibatkan kawasan perikanan antarabangsa iaitu di kawasan Zon Ekonomi Eklusiff.

7.AGENSI KERAJAAN
- Jenis-jenis agensi kerajaan
-Peranan dan fungsi agensi kerajaan
-Keberkesanan agensi kerajaan

Agensi kerajaan mempunyai peranan yang cukup bermakna dalam pembangunan


negara. Agensi kerajaan memerlukan semua tenaga yang ada untuk menjayakan
rancangan pemimpin kita. Cuma rakyat harus memberikan sedikit sokongan untuk
meringankan beban mereka dalam menjalankan tanggungjawab berat itu. Bersatu teguh
bercerai roboh harus menjadi renungan kita semua dalam perkara ini.

Agensi-agensi ini terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu :


a. Agensi Pusat b. Agensi Mengurus
Kebanyakan agensi kerajaan yang ada di negara kita terdiri daripada agensi mengurus.
Agensi-agensi ini berperanan untuk melaksanakan perkara-perkara yang menjadi
tanggungjawab kerajaan bagi melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan kepada
rakyat. Untuk mempastikan agensi-agensi mengurus berjalan dengan licin dan cekap
serta berkesan, maka agensi-agensi pusat bertanggungjawab menyediakan beberapa
keperluan bagi mengawasi perjalan mereka.
Agensi-agensi pusat bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal perjalanan
agensi-agensi mengurus. Tugas-tugas dan tanggungjawab berkenaan adalah seperti
berikut :
1. Menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara.
2. Membekal 2 keperluan asas bagi agensi-agensi kerajaan iaitu perjawatan dan
peruntukan kewangan.
3. Memberi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang diperlukan oleh agensi-agensi
mengurus.
4. Membentuk dasar dan perancangan mengenai 2 keperluan asas dan perkhidmatan-
perkhidmatan lain yang diberikan kepada agensi-agensi mengurus.
5. Mempastikan supaya 2 keperluan asas, dasar dan perancangan yang ada digunakan
atau dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh agensi-agensi mengurus.
Penyelarasan dan kawalan yang dibuat oleh agensi-agensi pusat ke atas agensi-agensi
mengurus dilaksanakan menerusi beberapa kaedah :
1. Pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan.
2. Pemeriksaan ke atas skim perkhidmatan, menambah atau menggredkan jawatan.
3. Pemeriksaan ke atas perancangan pembangunan ekonomi tahunan dan 5 tahun.
4. Penguatkuasa peraturan-peraturan kewangan dan perkhidmatan.
5. Menyelaras pembentukan dasar, program, projek dan pelaksanaannya.
6. Menganalisis maklumbalas mengenai pelaksanaan dasar, program dan projek-
projek kerajaan bagi mengesan masalah.

Jenis Agensi Pusat dan Peranannya


Dalam pentadbiran kerajaan terdapat 6 buah agensi pusat :
1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
2. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
3. Unit Perancang Ekonomi (EPU)
4. Unit Pe;arasan Pelaksanaan (ICU)
5. Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
6. Unit Penyelidikan Ekonomi (SERU)

Setiap negara mempunyai agensi kerajaan mereka yang tersendiri. Walaupun agensi
kerajaan sering dikritik oleh masyarakat tetapai agensi ini masih berperanan dalam
negara kita. Sememangnya agensi kerajaan sering menjadi kritikan masyarakat terutama
apabila perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja kerajaan itu tidak memenuhi
kehendak mereka. Namun untuk menyalahkan pekerja agensi awam sepenuhnya dalam
memberikan perkhidmatan yang telus dan berkualiti bukanlah satu tindakan yang bijak.
8.KEMPEN
-Tujuan diadakan kempen
-Sambutan masyarakat terhadap kempen
-Keberkesanan kempen

Tujuan Diadakan Kempen


 untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kepada rakyat- contohnya : "Kempen
Belilah Barang Buatan Malaysia"

 untuk mempengaruhi rakyat supaya meyokong usaha kerajaan- contohnya kempen


semasa pilihan raya

 untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat- contohnya: kempen


berkongsi kereta untuk mengurangan kesesakan lalu lintas di ibu kota

 untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha


murni kerajaan- contohnya: kempen anti dadah

 untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selesa seperti kempen
menderma darah

Sambutan Masyarakat terhadap Kempen


 Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada
masyarakat Malaysia

 buktinya- buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar-
harganya meningkat

 air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga

 Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa
dijadikan tanaman komersial

 ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar raya
yang utama juga

Keberkesanan Kempen
 ada kempen uang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang mendapat
sambutan daripada masyarakat

 Contoh kempen yang berjaya :


1. "Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia"- contohnya penjualan kereta nasional
Proton Saga kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun

2. "Kempen Jantung Hatiku"- sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan


daripada orang perseorangan badan korporat, dan sebagainya banyak sekali-
sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit jantung yang tidak
berkemampuan

 Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan:

1. kempen menggunakan bahasa baku- tidak banyak pihak termasuk


RadioTelevisyen Malaysia yang melaksanakan kempen ini

2. kempen keselamatan jalan raya- banyak kemalangan yang berlaku sebagai akibat
kecuaian pemandu; pengguna van masih melanggar peraturan menggunakan van,
pengguna kenderaan masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya

3. kempen berkongsi kereta- masih banyak pemandu lebih menggunakan keretanya


sendiri- kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan
9.INDUSTRI PELANCONGAN
-Usaha dan cara memajukan industri pelancongan
-Kesan industri pelancongan kepada negara
-Perkembangan industri pelancongan

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula
jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu
menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika
alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya.

Langkah prima untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu
memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di
negara kita sehingga menjadi prasarana kelas pertamaterutamanya destinasi yang
menjadi tumpuan pelancong.

Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan
air dan elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong
mengunjungi negara kita.

Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia


(LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik
yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti
boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan.

Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin


kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita.

Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak kerajaan
dan badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran
kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi
(LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu.

Buktinya, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong yang


menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara.Keunikan budaya
rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menggamit
kedatangan pelancong.Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Sri Dr.
Ng Yen Yen menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi
tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja supaya
industri pelancongan dapat dimajukan. Setiap anak watan perlu merancang usaha-
usaha yang istiqamah, pragmatik dan efektif perlu diambil untuk melihat industri ini
merentasi benua dan dunia.

10.PERUMAHAN
-Masalah perumahan pada hari ini
-Isu yang berkaitan dengan pemaju perumahan
-Usaha mengatasi masalah perumahan

Di Malaysia, fenomena rumah yang tiada pembeli semakin kerap dilaporkan di media massa,
tidak kira di bandar seperti Kuala Lumpur bahkan di pinggir kota juga turut mengalami
masalah yang sama. Perkara ini seolah-olah tiada penyelesaian kerana semakin banyak
perumahan baru muncul, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Tindakan yang diambil oleh
pihak berwajib pula bagaikan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Akibatnya, banyak
perumahan yang terbiar dan kosong tanpa penghuni yang boleh disalahgunakan oleh orang
yang tidak bertanggungjawab. Jadi, masalah ini seharusnya mendapat perhatian yang
sewajarnya daripada pihak yang bertanggungjawab agar dapat diselesaikan dengan segera.
Sebenarnya, masalah ini bukannya berlaku dengan tiba-tiba tetapi banyak faktor
penyebabnya yang akhirnya memberikan kesan kepada kita.

Rumah yang tidak dapat dijual oleh pemaju kebanyakannya disebabkan oleh ketiadaan Sijil
Kelayakan Menduduki Rumah (CF). Sijil ini dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan sebagai tanda kelulusan atau pemberitahuan bahawa sesebuah rumah
selamat daripada bahaya dan boleh diduduki oleh penghuninya. Antara perkara yang perlu
dititikberatkan dalam pemberian CF ini ialah kualiti bahan binaan yang digunakan dan
ketahanan bangunan tersebut untuk menampung penghuni. Kadang-kadang, CF lambat atau
gagal diberi, kerana ketidaksempurnaan kerja atau berlaku penipuan dalam meluluskan
projek perumahan ini. Hal ini akan menyebabkan pengguna tidak mahu membeli rumah
kerana mereka khuatir keselamatan dan nyawa mereka akan terancam.

Selain itu, kos rumah yang terlibat seperti harga yang diletakkan oleh pemaju terhadap
rumah-rumah yang telah dibina itu tinggi dan mungkin terlalu mahal untuk individu yang
berpendapatan sederhana dan rendah. Hal ini berlaku demikian kerana, bahan-bahan
mentah yang digunakan seperti simen, rangka besi, dan pasir dibeli dengan harga yang
mahal berikutan pemborong meletakkan harga mengikut pasaran semasa. Oleh itu, untuk
mendapatkan pulangan modal, pemaju terpaksa meletakkan harga yang bersesuaian dengan
kos pembinaan tersebut. Harga yang tinggi ini menyukarkan penduduk yang berpendapatan
sederhana atau rendah untuk memiliki sebuah kediaman untuk mereka kerana khuatir
bahawa perbelanjaan mereka melebihi anggaran yang sepatutnya. Oleh hal yang demikian,
pemaju perlulah meletakkan harga yang berpatutan agar masyarakat Malaysia yang
berpendapatan sederhana dan rendah mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Kawasan perumahan yang tidak strategik turut mempengaruhi penjualan sesebuah rumah
tersebut. Kebiasaannya, para pemaju perumahan akan menjadikan tanah atau kawasan
baharu yang terletak di pinggir kota atau jauh dari bandar sebagai kawasan perumahan
yang baharu. Hal ini berlaku demikian kerana, di kawasan tersebut terdapat tanah yang
lapang, luas dan tiada lagi penduduk yang menghuninya. Walau bagaimanapun, kawasan
perumahan yang baru itu selalunya tidak mempunyai prasarana atau kemudahan
infrastruktur fizikal seperti jalan raya, pengangkutan awam, sekolah, kedai dan klinik.
Selain itu, jarak yang jauh dari kota atau tempat kerja meningkatkan ketidakinginan
masyarakat untuk membeli rumah itu. Akhirnya, kawasan perumahan baharu itu terus
menjadi projek gajah putih iaitu terbiar tanpa pembeli, sekali gus akan merugikan pihak
pemaju perumahan.

Masalah ini akan menimbulkan kesan terhadap masyarakat dan juga negara amnya. Masalah
tersebut ialah masalah sosial dalam kalangan warga tempatan atau pun yang dilakukan oleh
warga asing. Perkara ini disebabkan kawasan perumahan yang banya rumah kosong dan
terbiar lebih mudah disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab seperti
penagih dadah untuk melakukan aktiviti mereka kerana tiada orang untuk mengawasi dan
memantau kawasan tersebut. Rumah-rumah kosong ini juga dijadikan tumpuan oleh
pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. Di samping itu, kawasan perumahan tersebut seolah-
olah menggalakkan kegiatan-kegiatan yang tidak sihat dijalankan tanpa rasa segan silu oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Oleh itu, jawatankuasa penduduk di kawasan
perumahan berhampiran dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan terpaksa melakukan
rondaan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak elok
daripada berlaku.

Hasil kutipan cukai oleh kerajaan turut terkena tempiasnya apabila rumah-rumah tersebut
tidak laku di pasaran kerana pihak pemaju tidak mendapat pulangan yang disasarkan akibat
rumah yang dibina itu tidak dapat dijual sepenuhnya. Jadi, pihak pemaju tidak dapat
membayar cukai keuntungan syarikat yang akan digunakan untuk membangunkan negara
dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat. Di samping pendapatan kerajaan akan menguncup,
terdapat juga pekerja sesetengah syarikat perumahan yang terpaksa memberhentikan
pekerjanya dan hal ini sudah tentu menimbulkan masalah kepada pekerja yang
diberhentikan itu. Oleh itu, taraf hidup yang sepatutnya meningkat sejajar dengan
peredaran zaman berlaku penurunan dan impaknya akan dirasai oleh rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, pembangunan sesuatu kawasan yang disokong oleh pertumbuhan rumah-


rumah baharu sepatutnya mampu dimiliki oleh penduduk tempatan. Walau bagaimanapun,
hal ini tidak berlaku malahan jualan yang disasarkan tidak dapat dicapai akibat kesilapan
pihak pemaju itu sendiri yang mengharapkan untung yang berlipat kali ganda. Harapan
pemaju peruamahan tidak menjadi kenyataan, malahan masalah-masalah lain pula yang
berlaku. Oleh hal yang demikian, pemaju perumahan hendaklah sentiasa memikirkan cara-
cara untuk menjalankan promosi yang bersesuaian agar dapat menarik minat pembeli
rumah untuk membeli produk mereka itu dengan kerjasama pihak kerajaan. Diharapkan
juga, pada masa akan datang tiada lagi rumah yang terbiar kerana ketiadaan pembeli, dan
rakyat Malaysia mampu memiliki rumah mereka sendiri.

11.LEBUH RAYA
-Perkembangan lebuh raya hari ini
-Fungsi lebuh raya
-Isu yang berkaitan dengan lebuh raya

Negara kita dianggap antara negara termoden dalam pembinaan lebuh raya
terutama di rantau Asia Tenggara. Negara kita memang memiliki rangkaian lebuh raya
yang mengagumkan masyarakat luar. Antara lebuh raya yang terkenal di negara kita
ialah Lebuh raya Utara-Selatan, Lebuh raya Timur-Barat, dan Lebuh raya Sprint.
Sememangnya lebuh raya mempunyai pelbagai peranan dalam sesebuah negara itu.

Pembinaan lebuh raya memastikan perjalanan antara bandar ke bandar atau negeri
ke negeri menjadi mudah. Keadaan lebuh raya yang menghubungkan semua kawasan
ini menyebabkan semua tempat mampu dihubungi tanpa sebarang masalah.
Keinginan seseorang untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain mampu
dilaksanakan tanpa sebarang masalah yang banyak. Tanpa lebuh raya tempoh yang
lebih lama diperlukan dalam keadaan yang lebih memenatkan.
Lebuh raya mempunyai lebih daripada tiga lorong. Keadaan ini menyebabkan
pemandu boleh memandu dengan lebih selamat kerana kadar kemalangan mampu
dikurangkan. Kemalangan turut dapat diatasi kerana mempunyai kawasan yang luas
apabila berlaku sebarang kecemasan. Pemanduan yang selesa memastikan
kemalangan sifar kerana pengguna lebuh raya dalam keadaan cergas dan ceria.

Malah, pembinaan lebuh raya mampu menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah


kawasan. Lebih banyak industri atau perniagaan diwujudkan kerana pengguna boleh
sampai ke kawasan terbabit tanpa sebarang masalah. Kawasan yang sukar dihubungi
menjadi kawasan yang mudah dikunjungi tanpa masalah. Keadaan ini membawa
kepada wujudnya kawasan-kawasan bandar baru di sepanjang lebuh raya.
Pembinaan kawasan kilang di sepanjang lebuh raya sudah menjadi satu fenomena
biasa.
Tambahan pula, pembinaan lebuh raya turut memberi peluang kerja kepada
masyarakat. Pembinaannya memerlukan sumber manusia yang ramai dalam tempoh
tertentu. Penyelenggaraannya turut memerlukan pekerja yang banyak dalam tempoh
yang panjang pula. Semua ini menyebabkan lebuh raya memberi impak positif dalam
bidang pekerjaan negara kita.

Tanpa kita sedari pembinaan lebuh raya memberikan imej moden terhadap negara.
Masyarakat luar akan menilai pembangunan sesebuah negara itu melalui kemajuan
infrastrukturnya seperti lebuh raya. Kemodenan dalam lebuh raya terjelma dalam
sikap masyarakat dan pemimpin negara kita yang memang dahagakan pembangunan
yang positif.

Jadi, pembinaan lebuh raya memang baik untuk pembangunan ekonomi negara
terutama dalam era moden ini. Semua produk mampu digerakkan dalam tempoh
yang pantas dan murah melalui lebuh raya. Rakyat negara ini turut menikmati
pelbagai kemudahan yang tersedia ada di lebuh raya itu.
12. PENGIKLANAN
-Isu pengiklanan
-Pengaruh iklan
-Kesesuaian iklan

Pengiklanan boleh memberikan anda akses kepada dunia yang menarik peluang
di mana anda mempunyai peluang untuk mengenali pasaran, pembeli dan sistem
ekonomi keseluruhan pada skala global. Pengiklanan boleh termasuk TV, radio,
internet, mudah alih dan cara-cara lain media promosi. Dengan banyak peluang
kajian yang berbeza yang ditawarkan di seluruh dunia, sarjana muda dalam Iklan
boleh menjadi suatu pengalaman yang menarik dan menyediakan anda dengan
peluang kerjaya yang cemerlang.

Pengiklanan adalah bidang yang luas, yang antara lain termasuk pengedaran,
runcit, etika, pengurusan dan reka bentuk visual. Bermula sarjana muda dalam
Pengiklanan membuka banyak cara yang berbeza untuk memperluaskan
pengetahuan anda tentang dunia pemasaran. Sama ada ia 's sepenuh masa,
separuh masa atau kajian dalam talian, anda boleh mencari jalan untuk belajar
yang paling sesuai dengan anda.

Sememangnya iklan sudah menjadi sebahagian lumrah kehidupan manusia sejagat


pada era globalisasi ini. Iklan jelas terpampang di mana-mana seperti akhbar, poster,
papan iklan gergasi, dan radio. Situasi ini seolah-olah membuktikan betapa kuatnya
pengaruh iklan dalam kehidupan kita. Jadi, iklan memang membawa pengaruh-
pengaruh positif dan negatif terhadap kehidupan insan di dunia ini.

Pengaruh positif iklan ialah iklan menyebabkan pengguna mempunyai pilihan untuk
membuat pembeliannya. Kewujudan iklan menyebabkan pengguna mengetahui
betapa banyaknya produk yang sama tetapi berlainan jenama dihasilkan pada zaman
ini. Pengguna akan menggunakan semua maklumat yang ada di dalam iklan untuk
membuat pilihan terbaik mereka. Iklan memastikan pengguna membeli produk yang
terbaik mengikut keperluan mereka.

Selain itu, iklan menyebabkan wujudnya persaingan yang sihat antara pengeluar
sesuatu produk itu. Kalau kita kaji, pengeluar sesuatu produk itu akan cuba
menghasilkan iklan yang terbaik mengikut kemampuan mereka untuk menarik minat
pembeli. Keadaan ini menyebabkan semua pihak cuba menonjolkan kelebihan
produk mereka berbanding produk pesaing. Jelaslah, iklan menyebabkan pengeluar
memastikan produk mereka menepati mutu seperti yang tersiar di dalam iklan
mereka itu.

Namun begitu, iklan turut memiliki wajah negatifnya. Iklan sering mempergunakan
wanita terutama wanita seksi untuk melariskan jualan produk mereka. Malah, ada
produk yang tidak mempunyai kaitan dengan wanita tetapi menggunakan wajah
wanita seksi untuk iklan tersebut. Penggunaan model lelaki yang tampan dan sasa
turut diekploitasikan oleh iklan. Keadaan ini seolah-olah memberi makna palsu
seperti penggunaan produk ini akan menghasilkan wajah sebegitu atau penggunaan
produk ini menyebabkan wanita sebegini akan tertarik kepada seseorang. Bayangkan
pengaruhnya kepada remaja kita?

Tambahan pula, kewujudan iklan menyebabkan harga barangan akan meningkat. Kos
untuk menghasilkan sesuatu iklan amat tinggi kerana penggunaan model, teknologi
dan krew penerbitan yang berpengalaman. Malah, iklan yang disiarkan di media
massa terpaksa membayar kos masa penyiaran yang terlalu mahal. Keadaan ini
menyebabkan pengeluar akan meninggikan harga produk mereka untuk memastikan
iklan dapat dihasilkan.

Iklan turut menghasilkan satu kumpulan pengguna yang hanya mementingkan


jenama. Pegguna jenis ini sudah taksub dengan iklan jenama tertentu dan hanya
membeli atau menggunakan produk jenama tersebut tanpa memikirkan baik
buruknya kepada diri mereka. Iklan telah menghasilkan satu budaya pengguna yang
mementingkan status diri mereka pada pandangan masyarakat. Pengguna mahu diri
mereka dipandang tinggi dan dihormati apabila menggunakan sesuatu jenama itu.

Malahan, iklan turut menyebabkan pengguna memberi barangan yang tidak mereka
perlukan. Pembelian mereka semata-mata atas dasar melihat iklan yang menarik.
Penayangan iklan telah menyebabkan mereka tertarik dan membeli barangan itu
walaupun barangan itu tidak mereka perlukan untuk satu tempoh yang lama. Sikap
ini menjurus ke arah pembaziran dan pembelian yang boleh menyebabkan pengguna
berhutang atau mengalami masalah kewangan.

Kesimpulannya, iklan mempunyai dua peranan. Satu untuk memberitahu dan satu
lagi untuk memusnahkan. Mungkin pengguna perlu bersikap bijak dengan membuat
penilaian rasional selepas melihat sesuatu iklan. Pengguna tidak harus terburu-buru
membeli selepas melihat iklan. Atau mungkin iklan harus diharamkan.

13.SUKAN
-Perkembangan sukan di Malaysia
-Faedah-faedah bersukan
-Usaha-usaha meningkatkan mutu sukan
-Sains Sukan
-Masalah dalam bidang sukan

Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai
lapisan masyarakat negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi bola sepak, acara
larian, badminton, hoki, dan bola tampar yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia
tersebut. Media massa di negara ini juga sering menyiarkan siaran langsung sebarang
acara sukan yang menarik perhatian masyarakat untuk ditonton itu. Sebenarnya,
sukan ini membawa banyak faedah kepada individu, masyarakat, dan negara secara
tersirat.

Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa
puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai kerana
sebarang aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu
menjadikan individu tersebut menikmati suasana kehidupan yang bermakna selepas
selesai melakukan sukan tertentu itu. Lama-kelamaan kepuasaan ini membawa
keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu menyelesaikan
pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara sukan membawa
kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus untuk meneruskan kehidupan
harian mereka.

Selain itu, golongan yang sering bersukan boleh memperoleh kebaikan daripada
aspek kesihatan diri mereka pula. Sebarang aktiviti sukan pasti akan membawa
seseorang itu berpeluh lalu banyak toksik badan akan dilepaskan dengan lancar.
Apabila semua toksik badan dibuang secara baik sudah pasti sistem badan akan
berjalan dengan tersusun sehingga menyukarkan sebarang penyakit berbahaya
berlaku. Akibatnya, masyarakat di negara ini tidak akan menghabiskan wang mereka
untuk kos rawatan di hospital itu kerana tidak mengalami penyakit kronik seperti
diabetes, jantung, dan kerosakan buah pinggang.
Kajian juga membuktikan bahawa perpaduan masyarakat boleh dipupuk menerusi
acara sukan yang diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini dicapai kerana kejayaan
atau kegagalan pasukan kebangsaan dalam sebarang acara sukan turut dirasai oleh
masyarakat tanpa mengira keturunan itu. Situasi ini mendidik masyarakat erti
menikmati sesuatu baik dalam bentuk positif atau negatif secara bersama-sama
sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut. Lantaran itu, semua cabaran
negara akan lebih mudah diharungi kerana rakyat memiliki rasa kekitaan yang
mendalam hasil daripada aktiviti sukan yang murni itu.

Tambahan pula, sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan oleh sesebuah
negara itu bakal menjana pertumbuhan ekonomi negara juga. Usaha menganjurkan
acara sukan bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia bola sepak
memerlukan pembinaan stadium serta kemudahan awam lainnya terutamanya
pengangkutan awam. Aktiviti sebegini memerlukan sejumlah modal yang besar
untuk membawa semua projek ini berjalan lancar sehingga menjadikan perniagaan
sampingan turut berkembang. Sesungguhnya, aktiviti sukan yang diadakan apabila
dirancang dengan teliti boleh memajukan sektor ekonomi negara dengan begitu
mudah.

Kesimpulannya, semua kebaikan sukan tadi memang boleh terserlah apabila sukan
dimajukan dengan sebaik mungkin. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah
memberikan sokongan apabila anak mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan
itu. Tanpa disedari sukan itu boleh menghasilkan pelbagai kebaikan yang berguna
untuk individu, masyarakat, dan negara. Slogan majulah sukan untuk negara harus
dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus
mendat tempat dalam jiwa rakyat.

14.KEPENDUDUKAN
-Isu rakyat termiskin
-Migrasi dan perpindahan penduduk
-Isu kepadatan penduduk
-Kualiti hidup
15.BADAN KEBAJIKAN DAN SUKARELA
-Penglibatan masyarakat dalam badan kebajikan
-Sumbangan dan peranan badan kebajikan sukarela
-Masalah-masalah yang dihadapi

16.PENCEMARAN ALAM
-Punca-punca pencemaran alam
-Usaha-usaha mengatasi
-Kesan daripada pencemaran alam
17.GOTONG-ROYONG
-Kebaikan amalan gotong royong
-Amalan gotong royong pada hari ini
-Cara-cara menggalakkan gotong royong

18.SAMBUTAN HARI PERAYAAN DAN KEBESARAN


-Cara-cara menyambut hari perayaan dan kebesaran
-Kesan-kesan mengadakan sambutan hari perayaan
-Suasana sambutan hari perayaan
19.ADAT RESAM DAN ISTIADAT
-Adat resam pelbagai kaum
-Fungsi dan peranan adat resam
-Amalan adat resam pada hari ini

20.PENGANGGURAN
-Punca-punca pengangguran
-Usaha-usaha mengatasi pengangguran
-Kesan daripada pengangguran
21.TENAGA KERJA ASING
-Faktor-faktor kedatangan tenaga kerja asing
-Usaha-usaha pengawalan tenaga kerja asing
-Kebaikan dan keburukan tenaga kerja asing

Isu pendatang asing di Malaysia sememangnya sudah lama diperkatakan dan


digembar-gemburkan oleh media massa mahupun media elektronik.
Pendatang asing yang datang ke Malaysia terbahagi kepada dua iaitu
pendatang asing berpermit dan pendatang asing tanpa permit ataupun
disebut sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kedatangan pendatang asing ini mempunyai kebaikan dan


keburukannya yang tersendiri. Pendatang asing berpermit yang datang ke
Malaysia lazimnya bertujuan untuk menimba ilmu di institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan, melancong, berniaga dan majoritinya adalah untuk
bekerja sebagai buruh dan sebagainya. Lain pula halnya dengan PATI,
mereka kebanyakannya datang untuk bekerja atas dasar keperluan hidup
yang mendesak. Mereka tidak memilih pekerjaan, makanan, dan tempat
tinggal.

Kedatangan pendatang asing dapat meningkatkan taraf ekonomi negara apabila


matawang negara mereka mengalir masuk ke negara kita apabila mereka
belajar, melancong, dan berniaga di sini. Apabila mereka kembali ke negara
asal mereka, mereka pasti akan menceritakan tentang keistimewaan dan

keunikan Malaysia pada saudara dan sahabat-handai(好朋友). Lantas(立

即地), memberi imej baik kepada Malaysia dan seterusnya dapat terus
memacu pembangunan dan ekonomi negara dengan lebih pesat(迅速發展

地).

Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram
mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak

(到達最高峰). Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia

mengalami perkembangan ekonomi yang tinggi sehingga menyebabkan


pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama
penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal
seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya. Malah,
kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan satu saingan

(競爭) yang menarik.

Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus


meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh
pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan
kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan

masalah seperti mogok(罷工). Jadi, keadaan persaingan seperti ini

menyebabkan ekonomi negera diminati oleh pelabur asing. Di samping itu,


imej negara turut meningkat kerana sudah pasti masyarakat antarabangsa
menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini adalah kerana ekonomi
negara yang mantap dan berkembang. Negara dilihat sebagai sanggup
berkongsi kekayaan dengan negara jirannya dan contoh negara yang maju
dalam ekonominya. Negara juga akan dianggap mempunyai pemimpin dan
rakyat yang bersatu dalam mencapai cita-cita negara. Bukankah ini satu
pandangan yang kita harapkan daripada negara luar terhadap keupayaan
negara kita?

Namun, di sebalik kebaikan kedatangan pendatang asing, terselit seribu satu


keburukan. Kehadiran pekerja asing terutama secara haram ini telah
menyebabkan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat. Ada pekerja
asing yang datang ke sini tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh tertentu
dan melakukan jenayah menjadi alternatif untuk mereka memperoleh sedikit
wang bagi membiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi, semakin ramai
pekerja asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk meningkatnya jenayah
di negara kita. Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan kehidupan
rakyat.

Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap bulan menghantar wang balik ke
negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan wang itu tidak digunakan untuk
membangunkan semula ekonomi negara secara efektif. Sebaliknya, wang negara
digunakan untuk menjana ekonomi negara asal pekerja asing itu. Wang negara
digunakan untuk membiayai kehidupan keluarga pekerja asing itu. Jadi, keadaan ini
tidak sihat terutama untuk jangka masa panjang atau ketika negara dalam kegawatan
ekonomi. Keselamatan sosial kita juga terancam.

Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki
oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya
terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka
terus melakukan jenayah di sini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering
berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah
taman perumahan dimasuki pencuri setiap malam buat satu tempoh yang panjang.
Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes
penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang
luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk
menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan
rompakan pada siang hari.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang
sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin
tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka yang berasal dari kawasan mundur
dan kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi,
penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik
telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula.
Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan
hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan
meningkatkan kes jangkitan AIDS.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan


masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram.
Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai
kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan
kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh
itu,pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada
masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita
juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta
pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.

Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan
elektrik, dan air. Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih
suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan,
dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan
peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam
bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam
perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu
hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya,
berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan.

Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin
sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita. Kesimpulannya, kemasukan
pekerja asing ke sesebuah negara adalah fenomena sejagat dalam era dunia tanpa
sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang kemasukan ini kerana tawaran yang
diberikan mereka adalah sangat menarik seperti kos buruh yang murah dan
kemahiran yang dimiliki.

Namun membendung kemasukan pekerja asing yang tidak mahu berdaftar adalah
cabaran besar kepada kita kerana mereka ini boleh mencetuskan masalah sosial yang
lebih parah pada masa hadapan. Ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan
masyarakat wajar melihat kerjasama pintar sebagai satu jalan penyelesaian seperti
memperkasa progam kesedaran di akar umbi dan pada masa yang sama menambah
baik peranan agensi penguatkuasa supaya Malaysia bebas daripada pendatang asing
tanpa izin.
22.KESEDARAN SIVIK
-Usaha memupuk kesedaran sivik
-Kebaikan mempunyai kesedaran sivik
-Sikap masyarakat pada hari ini

23.PERPADUAN KAUM
-Kepentingan dan faedah perpaduan kaum
-Usaha-usaha memupuk perpaduan kaum
-Perpaduan kaum pada hari ini

Pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan


tolakansur agama selama ini pastinya dapat diperkukuhkan dengan laungan slogan1
Malaysia. Sensitiviti pihak kerajaan yang sentiasa berusaha menyuburkan semangat
perpaduan dalam masyarakat heterogen perlu diberi pujian. Bagaimanakah
perpaduankaum menatijahkan impak positif kepada negara? Tuntasnya, tepuk
dada tanya selera.Secara dominan, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum
dalam kalanganmasyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Keharmonian sesebuahnegara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang
jelasnya akan membukaruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga
dan idea bagi memajukannegara. Hal ini pastinya mampu mewujudkan sebuah entiti
masyarakat yangmementingkan kerjasama bak kata pepatah ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruniserta secara tidak langsung dapat mengikis sikap individualistik.
Tamsilnya, organisasimasyarakat yang berbeza latar belakang, agama dan adat resam
mampu duduk semejaberjuang mempertahankan keharmonian negara daripada
dicabuli pihak tertentu. Hal inipastinya, dapat mengeratkan perpaduan kaum di
negara kita dan negara bertambahgah di persada dunia.Nama negara juga akan
disanjungi dan meningkatkan imej negara di matadunia. Malaysia past
inya akan menjadi ‘role model’ kepada negara
-negara di pentas dunia, seterusnya akan dapat meningkatkan imej negara.
Di negara lain, perpaduan berkemungkinan berada pada tahap yang amat rendah
jika dibandingkan dengannegara kita yang mempunyai masyarakat yang bersatu
padu. Contohnya pada 31Oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan
Perdana Menteri Britainmempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula
perpaduan. Oleh hal yangdemikian, sebagai rakyat yang cinta akan watan, kita perlu
melaksanakan langkah-langkah proaktif bagi mengekalkan perpaduan antara kaum
kerana bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.

Selain itu dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi Malaysiapasti
bertambah mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor
ekonomiMalaysia yang mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan
dengan negaraserantau yang berhempas pulas menghadapi kepincangan
ekonomi. Seterusnyapelabur asing tidak bimbang untuk melabur di Malaysia kerana
keadaan negara kitayang aman dan damai, sekali gus dapat menjana ekonomi supaya
terus berkembang.Sebagai contohnya rakyat yang bersatu padu akan berusaha
mengerah keringat bagimemastikan negara terus maju dan menggembeleng tenaga
memulihkan ekonominegara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas
perpaduan yang telahlama bertapak mampu diperkukuhkan dan diperkasakan la
24.KEPENGGUNAAN
-Kepentingan pendidikan kepenggunaan
-Peranan dan fungsi persatuan pengguna
-Masalah yang dihadapi oleh pengguna

Bayi-bayi mati akibat kandungan melanin dalam tepung susu’ ‘Pelajar kolej dibebani hutang
sebanyak RM50 000 akibat penggunaan kad kredit’. Isu-isu ini yang terpampang besar pada
halaman surat khabar dan menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat telah mendedahkan
betapa ceteknya pengetahuan kepenggunaan dalam komuniti kita. Persoalan yang timbul dalam
benak kita, apakah punca masyarakat kurang berupaya untuk bertindak sebagai pengguna yang
bijak? Apakah pula kesannya? Setelah dikenalpasti punca dan impak masalah kecetekan ilmu
kepenggunaan dalam kalangan masyarakat, bagaimanakah kita dapat menyelesaikan masalah
tersebut agar pengguna bestari dapat dilahirkan?
Faktor utama masyarakat hari ini kurang faham akan peranan mereka sebagai pengguna
yang bijak ialah kurangnya pendedahan kepada masyarakat tentang ilmu kepenggunaan.
Masyarakat hari ini tidak mengetahui tentang hak-hak yang diperuntukkan kepada mereka. Hal ini
disebabkan pelajaran di sekolah tidak menitikberatkan ilmu tersebut. Tambahan pula, ilmu-ilmu
pengendalian kewangan tidak diajar di sekolah. Pendidikan kepenggunaan pula kurang diberikan
oleh pihak berkuasa kepada masyarakat. Contohnya, pendidikan kepenggunaan hanya diberikan
kepada penduduk di bandar-bandar seperti Pulau Pinang yang mempunyai cawangan Persatuan
Pengguna yang besar. Penduduk di bandar kecil atau luar bandar pula langsung tidak didedahkan
tentang hak-hak mereka sebagai pengguna. Tegasnya, masyarakat hari ini yang tidak didedahkan
tentang ilmu kepenggunaan menghalang mereka daripada menjadi pengguna yang bijak.
Natijahnya daripada kecetekan ilmu kepenggunaan, masyarakat kehilangan pengguasaan
terhadap kewangan mereka. Hak mereka seringkali diekploitasi oleh peniaga yang tidak
bertanggungjawab. Contohnya, pengguna yang menjumpai rambut dalam makanan mereka
ataupun mendapati bahawa barangan yang dibeli, tidak melindungi hak mereka sendiri dengan
mengadukan kes mereka. Dengan ceteknya ilmu kepenggunaan, masyarakat turut menjadi boros
dalam perbelanjaan. Di merata-rata tempat, dapat dijumpai golongan yang menggunakan kad
kredit secara melampau sehingga diri mereka dibebani oleh hutang yang mengunung. Mereka
tidak dapat mengurus kewangan dengan cekap dan akibatnya kehidupan mereka menjadi
terumbung ambing kerana kesempitan wang. Ringkasnya, pengguna yang tidak bijak akhirnya akan
hilang kawalan terhadap kewangan mereka.
Ubat penawar yang paling berkesan adalah dengan mendedahkan masyarakat dengan
ilmu kepenggunaan yang cukup. Usaha yang berlipat ganda harus dilakukan dengan kerjasama
pihak kerajaan dan pihak swasta. Misalnya Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna
Malaysia(FOMCA). Mereka harus mengadakan kursus pendidikan kepenggunaan di seluruh negara.
Ilmu kepenggunaan juga dapat disebarkan menerusi peranan media massa dan juga pendidikan di
sekolah. Contohnya, televisyen menyiarkan iklan yang menunjukkan pengguna-pengguna
mengadu apabila ditindas oleh peniaga yang mengenakan harga yang terlampau tinggi dan
apabila peniaga bertindak kasar terhadap mereka. Pendek kata, usaha untuk mendedahkan ilmu
kepenggunaan kepada masyarakat harus ditingkatkan agar pengguna bestari dapat diwujudkan di
seluruh negara.
Konklusinya ilmu kepenggunaan amatlah penting dan patut dikuasai oleh masyarakat
Malaysia. Semua pihak seharusnya berganding bahu untuk menyebarkan ilmu berharga tersebut
kepada penduduk negara agar rakyat negara kita lebih berilmu dan pandai mengurus kewangan
sendiri. Ingatlah, pengguna yang bijak dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh
itu, marilah kita menjadi pengguna yang bestari lagi lestari.

25.HOBI DAN KEGIATAN MASA LAPANG


-Jenis-jenis hobi
-Fungsi dan tujuan bergiat dalam sesuatu hobi
-Usaha-usaha menggalakkan masyarakat mempunyai hobi

Karangan Berpandu: Hobi Yang Berfaedah

 Mengisi masa lapang


 Menyihatkaan tubuh badan
 menambahkan ilmu pengetahuan
 Memupuk nilai murni

Setiap manusia mempunyai hobi tersendiri. Hobi merupakan sesuatu


perkara yang diminai dan selalunya dilakukan pada waktu lapang. Terdapat
banyak kelebihan melakukan hobi yang berfaedah.

Melakukan hobi yang berfaedah dapat mengisi masa lapang. Kita dapat
mengisi waktu senggang itu dengan hobi yang berfaedah. Tamsilan yang jelas,
seseorang pelajar membaca buku pada masa ketiadaan guru dalam kelas.
Kesannya, masa dapat dipenuhi dan tidak merugikan masa kerana masa itu emas.
Oleh itu, penuhilah masa lapang dengan hobi yang berfaedah.

Selain itu, kita juga dapat menyihatkan tubuh badan. Aktiviti bersukan
seperti bermain badminton, berkayak, bermain bola dan lain-lain mampu
meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Tambahan pula, bersukan juga perlu
dilakukan dalam kehidupan seharian. Masa lapang adalah waktu yang terbaik
untuk melakukan hobi yang berfaedah. Kesimpulannya, mengisi masa lapang
dengan sesuatu yang berfaedah dapat menyihatkan tubuh badan.

Di samping itu, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan


membaca buku pada waktu lapang. Bukan sahaja dengan membaca buku, kita
juga boleh melakukan hobi seperti berjalan dan beriadah. Kesannya, kita dapat
mengetahui apa yang berlaku di sekeliling dan mendapat informasi tentang dunia
luar. Tuntasnya, melakukan hobi yang berfaedah dapat meningkatkan tahap
pengetahuan seseorang.

Seterusnya, kita dapat memupuk nilai murni dalam diri kita dan kalangan
masyarakat. Dengan aktiviti membaca buku sebagai hobi, kita dapat memupuk
nilai kerajinan. Hobi seperti mendaki gunung bersama kawan dapat mewujudkan
nilai kerjasama. Sejajar dengan hal ini, melakukan hobi yang berfaedah juga dapat
melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Secara kesimpulannya, nilai
murni dapat dipupuk dengan melakukan hobi yang berfaedah.

Tuntasnya, terdapat banyak kelebihan yang diperoleh daripada


melakukan hobi yang berfaedah.

26.WARGA TUA
-Sikap masyarakat terhadap warga tua
-Usaha-usaha membantu warga tua
-Kebaikan membantu warga tua
27.KANAK-KANAK
- Isu kanak-kanak terbiar
-Penggunaan tenaga kerja dalam kalangan kanak-kanak
-Tanggungjawab masyarakat terhadap kanak-kanak

28.KESIHATAN
-Kepentingan kesihatan
-Cara-cara menjaga kesihatan
-Tahap kesihatan rakyat
-Gaya Hidup Sihat
29.MAJIKAN DAN PEKERJA
-Tanggungjawab majikan terhadap pekerja
-Kualiti kerja dan produktiviti
-Etika kerja

30.TELEVISYEN / VIDEO / FILEM


-Pengaruh terhadap masyarakat
-Kesesuaian rancangan terhadap masyarakat
-Fungsi dan peranannya
-Cetak Rompak
31.PASAR RAYA / PASAR TANI / PASAR MALAM
-Perkembangan di Malaysia
-Kebaikan dan keburukannya
-Sebab-sebab tempat tersebut menjadi tumpuan

32.AMALAN MEMBACA
-Sikap membaca di kalangan masyarakat
-Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
-Faedah membaca
33.PERUBATAN MODEN
-Perkembangan perubatan moden
-Kesan penggunaan ubat-ubat moden
-Kemudahan perubatan di Malaysia

34.PERUBATAN TRADISIONAL
-Peranan dan pengaruh bomoh
-Perbandingan p.moden dengan p.tradisional
-Keberkesanan penggunaan perubatan tradisional
35.SAINS DAN TEKNOLOGI
-Kemajuan dan perkembangan
-Ciptaan-ciptaan baru
-Kesan sains dan teknologi

36.PENDIDIKAN
-Perkembangan pendidikan di Malaysia
-Masalah pendidikan di Malaysia
-Kepentingan pendidikan
37.AKTIVITI KOKURIKULUM
-Jenis-jenis aktiviti kokurikulum
-Kebaikan dan faedah menyertai kokurikulum aktiviti kokurikulum pelajar
-Halangan pelaksanaan

38.KEBUDAYAAN
-Kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia
-Konsep kebudayaan kebangsaan
-Pengaruh luar dalam kebudayaan
39.NILAI-NILAI MURNI
-Usaha memupuk nilai murni
-Kepentingan mempunyai nilai-nilai murni
-Nilai murni di kalangan masyarakat hari ini

40.KHAZANAH BUMI / HUTAN


-Jenis-jenisnya
-Usaha-usaha mengekalkan khazanah tersebut
-Sumbangan kepada negara
41.PERLADANGAN
-Isu tenaga kerja di bidang peladangan
-Perkembangan dan sumbangannya kepada negara
-Usaha-usaha memajukan sektor perladangan

42.PERUNDANGAN
-Peranan dan fungsi undang-undang
-Keberkesanan undang-undang
-Jenayah di negara kita
43.PERTANIAN TRADISIONAL
-Kebaikan dan keburukan pertanian tradisional
-Sebab-sebab pertanian tradisional masih diamalkan
-Kesesuaian pertanian tradisional pada zaman moden

44.PERTANIAN MODEN
-Kebaikan dan Keburukan pertanian moden
-Penggunaan teknologi moden dalam pertanian
- Isu pasaran dan harga hasil pertanian
45.TANAH
-Masalah tanah terbiar
-Penerokaan tanah secara haram
-Kesan pembangunan yang pesat

46.SEMANGAT KEBANGSAAN/ PATRIOTIK


-Usaha-usaha memupuk semangat kebangsaan
-Kepentingan semangat kebangsaan kepada negara
-Penghayatan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat
47.HAL EHWAL SEMASA
-Perkembangan politik tanah air
-Masalah-masalah sosial di negara
-Kemajuan negara dalam bidang ekonomi

48.PERMAINAN TRADISIONAL
-Jenis-jenisnya
-Fungsi dan peranannya pada masyarakat
-Usaha bagi menghidupkan dan mengekalkannya
49.KEKELUARGAAN
-Hubungan kekeluargaan sekarang
-Cara-cara mengekalkan hubungan kekeluargaan
-Kepentingan kekeluargaan di kalangan masyarakat
-Kempen Utamakan Keluarga

50.PROJEK PERUMAHAN
-Tujuan diadakan projek perumahan
-Kebaikan dan keburukan projek perumahan
-Jenis-jenis projek perumahan
51.KOPERASI DAN PERSATUAN
-Jenis-jenis dan peranan
-Fungsi dan tanggungjawab koperasi @ persatuan
-Sambutan terhadap koperasi @ persatuan
-Program Usahawan Muda

52.PENYAKIT BERBAHAYA
- Jenis-jenisnya
- Cara-cara mencegahnya
- Punca-punca penyakit berjangkit
53.MUZIK
-Dunia muzik hari ini
-Kerjaya dalam bidang muzik
-Kebaikan dan keburukan muzik

54.SEJARAH
-Tempat-tempat bersejarah
-Pemulihan tempat-tempat bersejarah
-Permasalahan dalam mengekalkan tempat -tempat bersejarah
55.PERNIAGAAN /PERDAGANGAN
-Jualan murah
-Barang-barang tempatan dan barang import
-Kebaikan berniaga
-Karnival Jualan Mega

56.AMALAN PEMAKANAN
-Jenis-jenis makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
-Makanan seimbang
-Kebersihan tempat menjual makanan
57.JIMAT CERMAT
-Tujuan berjimat cermat
-Cara-cara menggalakkan berjimat cermat
-Faedah-faedah mengamalkan berjimat cermat

58.PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR


-Perkembangan di Malaysia
-Cara-cara menggalakkan masyarakat makan ikan
-Masalah yang dihadapi oleh penternak ikan
-Projek akuakultur
59.DISIPLIN PELAJAR
-Tahap disiplin pelajar hari ini
-Punca-punca yang menimbulkan masalah disiplin
-Usaha-usaha mengatasi masalah disiplin

60.MEDIA CETAK
-Jenis-jenis media cetak
-Pengaruh media cetak
-Peranan dan fungsi media cetak
-Masa depan media cetak
61.ALAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN
-Jenis-jenis alat pengangkutan dahulu dan sekarang
-Isu berkaitan dengan kenderaan awam
-Peranan dan fungsi pengangkutan

62.SEMANGAT KEJIRANAN
-Pentingnya semangat kejiranan
-Usaha meningkatkan semangat kejiranan
-Permasalahan kejiranan hari ini
63.PROJEK PENGINDAHAN KAWASAN /KECERIAAN
-Tujuan dan fungsi mengindahkan kawasan
-Cara-cara mengekalkan keindahan
-Permasalahan dengan pengindahan kawasan
-Peranan sekolah dan pelbagai pihak

64.KESELAMATAN NEGARA
-Peranan pasukan keselamatan
-Keadaan keselamatan negara pada hari ini
-Kerahan tenaga rakyat
-Program Latihan Khidmat Negara
65.ALAM SEKITAR
-Keadaan alam sekitar hari ini
-Usaha-usaha mengekalkan alam sekitar
-Tujuan mengekalkan keindahan alam sekitar
-Kesan kemusnahan alam sekitar

66.PELABELAN
-Kepentingan dan fungsi penggunaan label
-Keberkesanan penggunaan label
-Isu permasalahan penggunaan label
67.BENCANA ALAM
-Jenis-jenis bencana alam
-Punca-punca bencana alam
-Usaha menghadapi bencana alam

68.SENI MEMPERTAHANKAN DIRI


-Jenis-jenis seni mempertahankan diri
-Perkembangan seni mempertahankan diri
-Kebaikan dan keburukan seni mempertahankan diri
69.KEMUDAHAN AWAM
-Jenis-jenis kemudahan awam di Malaysia
-Sikap dan tanggungjawab masyarakat
-Permasalahan kemudahan awam

70.BUAH-BUAHAN TEMPATAN
-Kebaikan dan kelebihannya
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Usaha memajukan industri buah-buahan tempatan
-Prospek pemasaran
-Halangan
71.SEKOLAH
-Sekolah Idaman
-Kempen 3K
-Hari Kantin
-Anugerah Cemerlang
-Ponteng sekolah
-Program Peningkatan Akademik
-Motivasi
-Sekolah Bestari

72.INTERNET & KOMPUTER/ MULTIMEDIA


-Kebaikan dan kelebihannya
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Kesan penggunaan internet
-Dasar Langit Terbuka
-Kafe Siber
73.KEPIMPINAN
-Peranan Pemimpin
-Ciri-ciri Pemimpin
-Kepentingan pemimpin

74.VANDALISME @ RAGUT
-Sebab-sebab Berlaku
-Langkah Mengatasi
-Peranan Semua Pihak
-Kesan
75.KEMALANGAN JALAN RAYA
-Sebab-sebab berlaku
-Langkah Mengatasi
-Peranan Semua Pihak
-Kesan

76.SLOGAN-SLOGAN KERAJAAN
-Definisi Slogan
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Usaha Memastikan Matlamat Tercapai
77.KOMSAS
-Kepentingan membaca karya sastera
-Sepintas lalu buku antologi komsas tingkatan 4 dan 5
-Kekuatan novel komsas tingkatan 4 dan 5