Anda di halaman 1dari 58

BAB 1: MASALAH KAJIAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Sistem pendidikan di Malaysia menyediakan peluang-peluang pendidikan

kepada semua kanak-kanak untuk memasuki alam persekolahan. Peluang pendidikan ini

terbuka kepada semua warganegara tanpa mengira agama dan bangsa. Selain itu,

peluang mendapatkan perkhidmatan pendidikan tidak terbatas kepada mereka yang

normal, tetapi juga untuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan atau ketidakupayaan.

Kanak-kanak ini dikenali sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (Abdul Rahim Razali,

2005). Proses pembelajaran bahasa dalam perkembangan kanak-kanak amat penting

supaya mereka dapat berkomunikasi dengan baik. Kemahiran komunikasi yang

berfungsi untuk menghantar dan menerima maklumat di antara individu amat penting

dalam kehidupan seharian. Keberkesanan komunikasi amat penting dalam hubungan

sosial dan masyarakat.

Terdapat bukti kukuh yang menyatakan bahawa masalah dalam penggunaan

bahasa lisan kanak-kanak terencat akal, selalu menunjukkan perkaitan dengan

kemahiran membaca mereka (e.g., Byrne, Buckley, MacDonald, & Bird, 1995; Fletcher

1
& Buckley, 2002; Kay-Raining Bird, Cleave, & McConnell, 2000; Snowling, Hulme, &

Mercer, 2002)

Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan

koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan

simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan

untuk melahirkan idea dan bertukar-bertukar fikiran (Abdul Rahim Talib, 2007).

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi ynag dilahirkan daripada alat sebutan

(articulator), ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia

(Kamarudin Hj. Husin 1988).

Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR), terencat akal

merupaya keupayaan intelek yang sanagt ketara yang jatuh dibawah had purata

keupayaan intelek individu sebelum mencapai umur 18 tahun. Kerencatan akal juga

didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi aspek fungsi

mental, disamping kemahiran yang rendah dari aspek tingkahlaku adaptif. Tingkah laku

adaptif atau kemahiran penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti

kebolehan memakai pakaian, makan atau mengemas diri. Individu yang dikesan

mengalami kecacatan akal ada kalanya tidak dapat menjaga diri sendiri atau hidup

secara berdikari (Julia Jantan, 2007).

2
Kemahiran bertutur yang berkesan memerlukan kanak-kanak mampu

menuturkan kebayakan bentuk pertuturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa.

Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai termasuklah prosodi iaitu nada dan irama

dan begitu juga dengan fornem dan morfem. Pertuturan kanak-kanak terencat akal

berkait rapat dengan perkembangan bahasa yang diterima oleh mereka. Bahasa

digunakan seawal usia kanak-kanak untuk keperluan komunikasi, menyampaikan

kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran (Hatton, 1998).

Kelewatan perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat

dilihat pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbedeto, 1992). Masalah pertuturan

seperti masalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal.

Umumnya bagi kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan, perkembangan

bahasa mereka adalah selari dengan kanak-kanak normal, namun kemajuan

perkembangan bahasa mereka agak perlahan sekiranya kategori yang dialami terencat

akal teruk (Paula & Martin, 2006).

Di sekolah-sekolah pendidikan khas atau integrasi masalah pembelajaran,

pengajaran teknik dan kemahiran bertutur tidak dispesifikasikan secara khasnya kepada

kanak-kanak terencat akal. Keupayaan yang dimiliki mereka adalah terbatas dan

berbeza-beza mengikut kategori terencat akal. Dalam kajian ini, masalah bertutur lebih

difokuskan lagi dengan masalah sebutan perkataan yang dihadapi oleh kanak-kanak

terencat akal di sekolah secara kajian kes.

3
1.2 Penyataan Masalah

Dapatan daripada beberapa kajian mendapati terdapat banyak faktor yang

mempengaruhi kemahiran bertutur kanak-kanak terencat akal ini. Hal demikian

membawa gambaran bahawa mereka lemah dalam aspek kemahiran komunikasi dan

kemahiran bahasa. Kemahiran bertutur merupakan salah satu komponen dalam

kemahiran komunikasi yang membantu meningkatkan perkembangan hubungan sosial

kanak-kanak dengan persekitarannya. Masalah bertutur selalunya dikaitkan dengan

kanak-kanak bermasalah pendengaran namun masih terdapat ramai kanak-kanak

terencat akal yang masih belum mampu untuk bertutur dengan baik walaupun tidak

mempunyai masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran. Bagi mendapatkan

kemahiran bertutur yang lebih baik, adalah perlu untuk meningkatkan kemahiran bahasa

reseptif dan ekspresif seseorang kanak-kanak itu sebanyak mungkin.

Dalam kajian ini, penguasaan kemahiran bertutur difokuskan dengan mendalam

mengenai masalah sebutan yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah terencat akal.

Masalah dan punca kesukaran kanak-kanak terencat akal untuk menyebut perkataan-

perkataan dikaji mengenai peranan guru serta pendekatan yang biasanya diambil di

sekolah untuk membantu kanak-kanak terencat akal untuk menyebut perkataan.

Masalah yang cuba dihuraikan dalam kajian ini ialah adakah pendekatan yang diambil

oleh guru adalah berkesan dalam membantu kanak-kanak terencat akal meningkatkan

sebutan-sebutan perkataan seterusnya membantu kemahiran bertutur mereka. Kajian ini

juga akan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak terencat

4
akal yang menhalang mereka untuk menuturkan sebutan-sebutan perkataan dengan baik

dan jelas.

1.3 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini bertujuan menyelidik masalah sebutan perkataan di kalangan

kanak-kanak terencat akal dan pendekatan yang diambil guru untuk membantu mereka

menguasai kemahiran bertutur di sekolah pendidikan khas atau integrasi pendidikan

khas di Malaysia. Kajian ini bertujuan:

1. Untuk mengenal pasti punca-punca masalah sebutan perkataan yang dialami

oleh kanak-kanak terencat akal

2. Untuk mengenal pasti bentuk masalah sebutan perkataan yang dialami oleh

kanak-kanak terencat akal

3. Untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran

semasa yang diambil oleh guru dalam membantu kanak-kanak terencat akal

bertutur dengan baik

4. Untuk membantu guru menjalankan kaedah-kaedah yang lebih berkesan

terhadap masalah sebutan perkataan yang dijalankan di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kanak-kanak terencat akal

5
1.4 Soalan Kajian

Kajian yang dijalankan ini akan cuba soalan-soalan berikut:

1. Apakah punca-punca masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak

terencat akal?

2. Apakah bentuk masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak

terencat akal?

3. Adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di

sekolah dapat membantu kanak-kanak terencat akal untuk menguasai kemahiran

bertutur?

4. Apakah kaedah berkesan yang boleh diambil oleh guru untuk membantu

masalah sebutan perkataan kanak-kanak terencat akal?

1.5 Kepentingan Kajian

Melalui penyelidikan ini, guru pendidikan khas dapat membaiki kaedah

pendekatan dalam proses pengjaran dan pembelajaran di dalam kelas khususnya kanak-

kanak terencat akal. Kajian ini juga akan memberi faedah kepada guru pendidikan khas

untuk merancang aktiviti-aktiviti pengajaran yang dapat membantu meningkatkan

kemahiran bertutur kanak-kanak berkeperluan khas. Selain ini, kajian ini dapat

dijadikan asas kepada guru pendidikan khas untuk membentuk kaedah baru bagi

menangani masalah sebutan perkataan di kalangan kanak-kanak terencat akal dan

6
seterusnya memberi manfaat kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang lain.

Melalui kajian ini juga, guru pendidikan khas, ibu bapa, pihak Jabatan Pendidikan Khas

serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat menyusun satu program intervensi awal bagi

membantu kanak-kanak terencat akal bertutur dengan baik dengan memahami punca-

punca masalah yang dihadapi mereka.

1.6 Definisi Operasional Istilah

Terencat Akal : Individual with Disabilities Education Act (IDEA)

mendefinisikan terencat akal sebagai fungsi intelek (IQ) yang rendah serta kekurangan

dalam tingkah laku social sepanjang tempoh perkembangan yang memberi kesan

kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak. IQ lazimnya diukur melalui Ujian IQ

dimana skor purata ialah 100. Individu yang memperolehi skor bawah 70 hingga 75

dikenal pasti mengalami kerencatan akal. Untuk mengukur tingkah laku adaptif,

sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti iaitu:

a) Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian, mandi, makan dan

sebagainya

b) Kemahiran komunikasi seperti memahami apa yang dituturkan dan

berupaya memberi tindak balas

c) Kemahiran social seperti hubungan dengan rakan, keluarga, orang

dewasa dan masyarakat.

7
World Health Organization (WHO) mendefinisikan kerencatan akal adalah satu

gangguan berunsur fungsi sub-purata kognitif dan defisit dalam dua atau lebih tingkah

laku adaptif sebelum usia permulaan 18 tahun. kerencatan tertumpu hampir

keseluruhannya pada kognitif, namun takrif terkini termasuklah suatu komponen

hubungan antara fungsi kognitif dan emosi ,dan suatu hubungan antara fungsi

kemahiran-kemahiran individu dalam persekitaran mereka. Individu kerencatan akal

juga ditakrifkan sebagai individu yang dianggap untuk memiliki satu rencatan mental:

iaitu IQ di bawah 70, kemampuan terhad dalam dua atau lebih kawasan tingkah laku

sesuai (seperti yang diukur secara satu tingkah laku sesuai skala pemeringkatan

contohnya. komunikasi, kemahiran urus diri, kemahiran-kemahiran sosial, dan

sebagainya), dan berlaku sebelum usia jelas 18 tahun. (Diagnostic and Statistical

Manual of Mental Disorders (DSM-IV), 2000).

Kemahiran Bertutur : menurut American Speech-Language-Hearing

Association (ASHA) kemahiran bertutur adalah cara berkomunikasi lisan. pertuturan

mengandungi berikutan:

a) Artikulasi: Bagaimana bunyi-bunyi pertuturan telah dibuat (contohnya, kanak-

kanak mesti belajar bagaimana untuk mengeluarkan "r" bunyi teratur untuk

mengatakan "rabbit" daripada "wabbit").

b) Suara: Menggunakan lipatan-lipatan suara dan pernafasan menghasilkan bunyi

(contohnya suara boleh disalahgunakan yang menyebabkan keserakan atau

kehilangan suara).

8
c) Kefasihan: Rentak pertuturan (contohnya teragak-agak atau gagap boleh

menjejaskan kefasihan)

Dalam linguistik (fonetik artikulasi), cara artikulasi menggambarkan bagaimana lidah,

bibir, dan alat pertuturan lain terlibat dalam membuat satu hubungan yang sama.

Konsep ini sering sahaja digunakan untuk mendefinisikan produksi konsonan-

konsonan namun kemahiran bertutur bolh ditakrifkan , sebagai kelakuan social yang

dijanakan oleh organ-organ artikulasi. Menurut Abdullah Yusoff (1995) latihan

pertuturan memerlukan jangkamasa yang panjang dan pendekatan yang sesuai. Latihan

pertuturan perlu dilakukan diperingkat fonetik, morfologi dan bahasa.

Masalah Sebutan Perkataan : sebutan didefinisikan sebagai aksi atau cara

menyebut suku kata, perkataan, dan ungkapan-ungkapan mengenai pengeluaran bunyi-

bunyi dan penempatan tekanan, intonasi, dan sebagainya (Schell dan Martins 2006).

Inggeris Oxford Dictionary mentakrifkan masalah sebutan sebagai "sebutan tidak betul

atau tidak tepat". Percanggahan pendapat mengenai ketepatan atau tidak sesuatu sebutan

istilah atau perkataan betujuan untuk membukti sebutan perkataan tersebut adalah

bermakna.

9
Fungsi perkataan adalah tidak mengandungi makna sendiri tetapi memberi

makna kepada ayat. Kanak-kanak mungkin memnyebut satu perkataan dalam

perhubungan untuk belajar bahasa tetapi tujuan komunikasi perkataan tersebut perlu

digabungkan dengan perkataan lain (Safani Bari, 2007). Sebutan ialah membunyikan

huruf-huruf, perkataan atau ayat dengan tepat dan jelas. Kanak-kanak perlu dilatih

menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada orang yng

mendengar pertuturannya. (Kamaruddin hj Husin, 1988)

1.7 Rumusan

Melalui kajian ini, diharapkan satu kaedah dan pendekatan yang lebih berkesan

dapat dirancang dan dilaksanakan oleh guru pendidikan khas dan pihak-pihak yang

terlibat seperti jabatan-jabatan kerajaaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO),

pertubuhan swasta dan orang perseorangan, ibu bapa dan masyarakat. Dalam kajian ini

masalah-masalah dan punca-punca kanak-kanak terencat akal kurang menguasai

kemahiran bertutur dan peranan guru pendidikan khas untuk membantu masalah

sebutan perkataan dikaji.

10
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pertuturan adalah satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu untuk

memajukan diri dalam bidang akademik dan kehidupan secara keseluruhannya.

Kesukaran berkomunikasi di kalangan kanak–kanak berkeperluan khas boleh

menyebabkan mereka sukar untuk menerima mesej yang disampaikan oleh guru dan

orang lain. Antara masalah yang timbul dalam kesukaran bertutur ialah masalah sebutan

yang terdiri daripada masalah artikulasi dan masalah fonologi.

2.2 Masalah Artikulasi dan Masalah Fonologi

Masalah artikulasi didefinisikan sebagai masalah yang mengganggu sistem

dalam sesuatu bahasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat seramai 10%

dariapada kanak-kanak prasekolah mengalami masalah artikulasi (ASHA, 2002).

Kebolehan sebutan menggunakan kod bunyi yang jelas dan betul bergantung kepada

beberapa pembolehubah iaitu umur pelajar, sejarah perkembangan, kemahiran ‘oral-

motor’ dan persekitaran.

11
Terdapat empat jenis kesilapan utama artikulasi menurut Mc Reynolds (1990) iaitu :

• Gangguan- menghasilakan bunyi yang berbeza daripada biasa

• Penggantian- menggantikan sesuatu bunyi dengan bunyi yang lain( fith for fish )

• Penyingkiran- menyingkirkan satu bunyi dengan bunyi lain ( fi' for fish)

• Penambahan- penambahan bunyi dalam satu kata( fisha for fish

(Boone 256-58)

Selain daripada itu masalah artikulasi juga dikaitkan dengan masalah fonologi.

Ia adalah mungkin disebabkan oleh masalah ‘organic’ ataupun masalah kefungsian.

Menurut ahli terapi pertuturan di sekolah, terdapat kira-kira 99% daripada kes kanak-

kanak yang mengalami masalah artikulasi adalah disebabkan oleh masalah kefungsian

(ASHA, 1999). Sesetengah masalah kanak-kanak berkeperluan khas adalah berkaitan

dengan peluang mempelajari jenis pertuturan yang bersesuaian atau tidak bersesuaian,

termasuklah peluang menjalani terapi pertuturan, darjah kehilangan pendegaran yang

tidak jelas serta ketiadaan model pertuturan yang sesuai.

Beberapa masalah kefungsian fonologi mungkin disebabkan oleh gangguan

ataupun kerosakan pada bahagian saraf. Perbezaan dalam pertuturan juga dikaitkan

dengan persekitaran dan juga perubahan bahasa. Organ artikulasi dan masalah fonologi

adalah saling berkaitan dengan keupayaan saraf dan fizikal yang diperlukan untuk

menghasilkan pertuturan, di mana aktiviti yang sangat kompleks melibatkan pelbagai

12
rangkaian yang sangat rumit, ketepatan dan koordinasi pantas di antara saraf otot, saraf

deria dan sistem kognitif.

Menurut American Psychiatric Association (2002), masalah pertuturan yang

disebabkan oleh faktor organic adalah termasuk kehilangan pendengaran, sumbing,

bentuk gigi yang tidak sempurna (dental malformation) dan juga ketumbuhan.

Kecacatan otak pula berkait dengan kerosakan saraf yang seterusnya boleh

menyebabkan masalah pertuturan seperti apraksia dan dysatria. Masalah artikulasi dan

fonologi boleh berbeza di antara individu bergantung kepada bahagian mana yang

mempunyai masalah.

2.3 Terencat Akal

2.3.1 Definisi Terencat Akal

Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR), kerencatan

akal didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi

mental, di samping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian.

Tingkah laku penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan

memakai pakaian, makan atau mengemas diri. Kerencatan akal ini mesti dikesan

sebelum usia 18 tahun.

13
Seperti yang dinyatakan dalam bab 1, Individual with Disabilities Education Act

(IDEA) mendefinisikan terencat akal sebagai fungsi intelek (IQ) yang rendah serta

kekurangan dalam tingkah laku sosial sepanjang tempoh perkembangan yang memberi

kesan kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak. IQ lazimnya diukur melalui

Ujian IQ di mana skor purata ialah 100. Individu yang memperolehi skor bawah 70

hingga 75 dikenal pasti mengalami kerencatan akal. Untuk mengukur tingkah laku

adaptif, sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti iaitu:

a) Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian, mandi, makan dan

sebagainya

b) Kemahiran komunikasi seperti memahami apa yang dituturkan dan

berupaya memberi tindak balas

c) Kemahiran sosial seperti hubungan dengan rakan, keluarga, orang

dewasa dan masyarakat.

Julia Jantan (2007) menyatakan bahawa kerencatan akal berlaku akibat masalah

kegagalan otak berfungsi. Kerencatan akal yang berlaku pada individu bukan sahaja

melibatkan batasan fungsi mental tetapi turut melibatkan masalah emosi. Kemampuan

kognitif kanak-kanak terencat akal juga terganggu. Ini bermakna, kanak-kanak ini

lambat unutk menerima sesuatu maklumat yang disampaikan kepada meraka dan sukar

untuk memahami konsep-konsep yang kompleks.

14
2.3.2 Punca-punca Terencat Akal

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 30% kanak-

kanak yang mengalami kerencatan akal yang teruk disebabkan oleh ketidaknormalan

genetik seperti Sindrom Down.Manakala 25% disebabkan oleh palsi sereblum, 30%

disebabkan oleh meningitis dan masalah prenatal. Selebihnya sebanyak 15% pula tidak

dapat ditentukan faktor penyebabnya. Gen tunggal seperti phenylkenoturia (PKU) dan

kegagalan metabolisme sewaktu janin dalam kandungan juga merupakan antara faktor

kerencatan akal sekiranya tidak dapat dikesan pada peringkat awal lagi. Mutasi dalam

perkembangan gen juga boleh menyebabkan kerancatan akal.

Proses kelahiran yang menyebabkan kecatan fizikal di bahagian kepala, otak dan

sistem saraf tunjang juga merupakan antara ounce kerencatan akal. Contohnya,

kecacatan tuib saraf merupakan kecacatan sewaktu kelahiran yang menyebakan

kegagalan pembentukan saraf tulang belakang yang sempurna. Keadaan ini

menyebabkan pembentukan cecair yang berlebihan daripada tulang belakang yang akan

mengakibatkan hydrocephalus (bayi berkepala besar). Kesannya mengakibatkan

tekanan akibat kepala yang lebih besar boleh menyebabkan kegagalan dalam proses

pembelajaran (Julia Jantan, 2007).

15
Punca-punca Kerencatan Akal

Tempoh Kehamilan Semasa Kehamilan Selepas Kelahiran


-nutrisi tidak -kekurangan oksigen -jangkitan di otak
seimbang -kelahiran pramatang -kecederaan di
-jangkitan seperti kepala
HIV, rubella -penderaan atau
-penggunaan alcohol pengabaian emosi
-penggunaan dadah
Rajah 2.3.3 Punca-punca Kerencatan Akal -tumor otak

2.3.4 Ciri-ciri Kanak-kanak Terencat Akal

Umumnya kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah yang ketara dalam

mengurus diri. Namun menurut Warren & Abbedutto (1992), terdapat dua perkara

penting yang dilihat sebelum memastikan kanak-kanak itu mengalami kerencatan akal

iaitu:

a) Kebolehan mental untuk belajar, berfikir, menyelesaikan dan fungsi intelek (IQ).

b) Kebolehan sosial yang dimiliki untuk membolehkan hidup berdikari atau lebih

dikenali sebagai tingkah laku adaptif seperti memakai pakaian, mandi,

menguruskan diri dan sebagainya.

Umumnya, kanak-kanak terencat akal menunjukkan beberapa tanda tertentu

seperti menghadapi kesukaran untuk pertuturan, Kesukaran untuk mengingat, sukar

memahami peraturan-peraturan sosial dan tidak dapat mengingat atau membezakan

16
kesan dan akibat. Kanak-kanak terencat akal juga menghadapi masalah dalam

memproses penyelesaian masalah dan untuk berfikir secara logik atau kritikal. Dalam

menentukan kriteria psikologikal dan tingkah laku kanak-kanak terencat akal, tiada

instrumen yang tepat untuk memastikan seseorang individu itu terencat akal.

Terdapat pelbagai variasi tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak terencat

akal yang menjadikan setiap seorang dariapada merupakan individu yang unik.

Kebanyakan kanak-kanak terencat akal juga sukar untuk menumpukan perhatian

terhadap sesuatu atau sukar untuk berfikir secara logik (Wehman, 1988).

Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk keperluan komunikasi,

menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran (Hutton, 1998).

Kelewatan dalam perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat

pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbeduto, 1992). Masalah pertuturan seperti

masalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal. Umumnya, bagi

kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan, perkembangan bahasa mereka

yang mengalami kerencatan normal, namun kemajuan perkembangan bahasa mereka

agak perlahan sekiranya kategori yang dialami kerencatan akal yang teruk.

2.4 Kajian-kajian yang Berkaitan

17
Kebanyakan kajian yang dijalankan berkaitan dengan masalah pertuturan adalah

berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Namun begitu kemahiran

pertuturan amat diperlukan oleh kanak-kanak terencat akal dalam meningkatkan

kemahiran komunikasi mereka. Melalui penguasaan kemahiran komunikasi kanak-

kanak terencat akal dapat meningkatkan perkembangan sosial mereka. Menurut kajian,

kanak-kanak terencat akal tidak dapat memahami peranan menunggu giliran seperti

menunggu giliran apabila seseorang selesai bercakap sebelum memulakan topik

perbualan (Suhaila Sulaiman, 2007).

2.4.1 Kajian Dalam Negara

Menurut Abd. Rahman Hamdan (1996), pengajaran pertuturan ialah satu sesi

dimana murid-murid bermasalah pendengaran diajar bertutur dengan menggunakan alat

pertuturan (artikulasi) mereka bagi membantu merekamengeluarkan suara dan

komunikasi secara lisan. Sesi ini mungkin berlangsung dibilik darjah dengan bantuan

peralatan yang khusus. Menurut Abdullah Yusoff (1995), pendekatan pengajaran

pertuturan memerlukan orang pekak menuturkan bahasa lisan seperti orang biasa.

Pertuturan akan membabitkan sistem fonetik, morfologi dan sintaksis. Pendekatan ini

sukar dilakukan kerana kecacatan pendengaran mempengaruhi penerimaan bunyi dan

membawa kesan kepada penghasilan bunyi, iaitu sebutan.

Menurut Tan Chin Guan (1995), pengasas pertuturan Kiu Bahasa Melayu

menyatakan bahawa kaedah Pertuturan Kiu yang digunakan membolehkan pelajar-

18
pelajar berkeperluan khas terutamanya bermasalah pendengaran bertutur. Mereka juga

boleh berinteraksi dengan pelajar normal dengan cara bacaan bibir. Menurut Abdullah

Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2004), adalah sukar untuk memahami pertuturan

kanak-kanak bermasalah pendengaran jika guru tidak biasa dengan mereka. Hal ini ada

kaitannya dengan kelewatan member latihan dan pendedahan bunyi bahasa kepada

mereka. Sebagai contoh, ada kes murid pekak yang mempunyai sisa pendengaran tetapi

kerana tidak mendapat pendedahan dan latihan berbahasa awal di rumah oleh ahli

keluarga dan kakitangan professional menyebabkan mereka ke sekolah tanpa boleh

berbahasa lisan.

Menurut Noraini Ismail (1988), pihak-pihak yang terlibat dalam pengendalian

bagi murid-murid bermasalah pendengaran di sekolah rendah perlu mengambil aspek-

aspek berikut dalam pengajaran pertuturan seperti memeriksa dan menentukan darjah

kehilangan pendengaran, menggalakkan kanak-kanak tersebut menggunakan alat bantu

dengar, melatih kanak-kanak menggunakan alat bantu dengar dengan betul, meletakkan

kanak-kanak di dalam kelas yang paling mudah untuk membaca pergerakan bibir,

memperbaiki kesilapan artikulasi yang sering berlaku kepada kanak-kanak masalah

pendengaran serta memberi khidmat nasihat kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru-

guru yang terlibat tentang bantuan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak ini untuk

memperbaiki pertuturan.

2.4.2 Kajian di Luar Negara

19
Robertson dan Rexter (1990) pula, kaedah Oral-Auditory adalah sangat berkesan

untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran menguasai pertuturan. Latihan Auditori-

Oral yang telah distrukturkan dapat membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran

mempelajari bahasa dengan lebih berjaya melalui interaksi yang berterusan dan

konsisten dengan bantuan dan sokongan persekitaran ahli keluarga.

Pushaw (1976), Fey dan Littlewood (1986) telah mencadangkan beberapa

strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan bagi mengatasi kanakkanak

yang mempunyai masalah pertuturan. Di antaranya ialah tempatkan murid berhampiran

dengan guru, guru juga perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan pengajaran,

percakapan dan arahan guru perlu jelas, perlu mengulang arahan yang agar sukar

difahami oleh murid, murid perlu digalakkan bercakap, jangan memaksa murid untuk

menghafal, elakkan murid daripada merasa tertekan, murid perlu diajak berbincang

berdasarkan topik tertentu yang berkaitan dengan pengalaman murid, menggunakan

pendekatan komunikatif dimana peranan guru menjadi kurang dan menggunakan

berbagai teknik yang melibatkan pemusatan pembelajaran murid.

Menurut Paul & Quigley, 1994 dalam mempelajari mana-mana bahasa

pertuturan, faktor kebolehan mendengar adalah penting Ketidakmampuan mendengar

menghalang seseorang itu mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang

dipelajari. Ramai daripada kalangan kita tidak dapat bertutur dalam bahasa yang tidak

pernah kita dengar kerana tidak pernah mendengar bunyi-bunyi bahasa berkenaan.

20
2.5 Rumusan

Melalui tinjauan literatur hasil daripada kajian-kajian lepas, dapat disimpulkan

bahawa masalah sebutan dan pertuturan di kalangan kanak-kanak terencat akal adalah

satu masalah yang ketara yang di hadapi oleh mereka. Kajian yang lebih spesifik

mengenai masalah ini masih belum dilaksanakan dan keseluruhan kajian berkaitan

masalah sebutan dan pertuturan lebih berbentuk umum untuk kanak-kanak berkeperluan

khas dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran. Penguasaan kemahiran

bertutur di kalangan kanak-kanak terencat akal akan menyebabakan kelewatan

perkembangan bahasa yang mempunyai hubung kait dengan keyakinan diri mereka dan

seterusnya menghadapi masalah untuk memahami konsep-konsep sosial.

21
BAB 3: KAEDAH KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, kaedah kajian yang akan dijalankan yang merangkrekabentuk

kajian yang dilaksanakan, populasi dan sampel kajian, lokasi kajian, instrument kajian

yang dipilih, tatacara pengutipan data, tatacara penganalisisan data dan rumusan dalam

melaksanakan kajian ini. Kaedah kajian yang dipilih ialah kaedah kualitatif.

3.2 Rekabentuk kajian

Rekabentuk kajian merupakan satu tatacara pengumpulan data yang bertujuan

untuk menjawab persoalan hasil daripada permasalahan kajian. Dalam kajian ini satu

kajian tinjauan dibuat untuk mengumpul maklumat mengenai permasalahan bahasa,

sebutan dan kemahiran bertutur berdasarkan objektif kajian. Rekabentuk kajian tinjauan

ini melibatkan pengumpulan maklumat secara efektif dan mengenal pasti keupayaan

kefahaman berkomunikasi kanak-kanak terencat akal. Kefahaman berkomunikasi ini

difokuskan mengenai proses fonologi pertuturan, kesalahan sebutan, kemahiran

komunikasi dan kemahiran sosial kanak-kanak terencat akal.

Kajian tinjauan ini melibatkan pengumpulan data melalui penggunaan beberapa

kaedah seperti ujian penilaian, senarai semak, temubual dan permerhatian individu atau

kumpulan yang terlibat. Chua (2006) menyatakan kajian kes atau tinjuan boleh

22
dilaksanakan untuk menyelidik sesuatu permasalahan pada satu perspektif yang luas

mengenai peristiwa, tingkah laku masyarakat dan boleh difokuskan kepada latar

belakang seseorang individu.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dan sampel kajian adalah terdiri daripada murid-murid terencat akal di

tiga sekolah kebangsaan yang menjalankan Program Pendidikan Khas Pembelajaran di

sekitar Kuala Lumpur. Lokasi sampel ialah murid-murid terencat akal di Sekolah

Kebangsaan Seri Nilam, Sekolah Kebangsaan Seri Indah dan Sekolah kebangsaan

Setapak. Sampel yang dipilih adalah seramai 20 orang dan dipilih secara rawak.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini akan menjalankan dua instrument kajian iaitu ujian fonetik dan

senarai semak pemerhatian. Menurut Hayward (2000) ujian fonetik boleh diuji melalui

dua kaedah iaitu melalui kaedah impresionik dan eksperimental. Ujian fonetik yang

akan dijalankan menggunakan kaedah impresionik iaitu bergantung kepada kepakaran

pendengaran penguji dalam membezakan bunyi-bunyi yang didengar. Instrumen senarai

semak pemerhatian menguji tiga aspek iaitu kesalahan sebutan, kemahiran komunikasi

dan kemahiran sosial.

3.4.1 Ujian Fonetik

23
Pemerolehan maklumat melalui ujian fonetik melibatkan pemerolehan dan

pembinaan kemahiran dalam mengenalpasti, membezakan dan menghasilkan satu siri

bunyi-bunyi bahasa secara keseluruhan dan meluas. Satu set borang ujian fonetik

disediakan dan ujian dijalankan dengan guru atau penguji menunjukkan gambar-gambar

tertentu dan kemudian meminta murid menyebut nama objek-objek yang ditunjukkan.

Bunyi sebutan murid akan dicatat dan direkod dan masalah artikulasi murid dikenal

pasti.

3.4.2 Kesalahan Sebutan

Aspek kesalahan sebutan adalah untuk mengenal pasti sebutan bahasa yang

kerap dilakukan oleh kanak-kanak terencat akal.ketika bertutur. Antara aktiviti yang

akan dijalankan ialah dengan meminta murid bercerita mengenai apa yang

diperdengarkan. Pemerhatian yang diberikan ketika aktiviti dijalankan ialah:

i. Meninggalkan sebutan awal atau akhir contohnya ‘lari’ kepada ‘ari’ atau

‘makan’ kepada ‘akan’

ii. Meninggalkan suku kata awalan seperti ‘cepat’ kepada ‘pat’

iii. Keliru dengan konsonan bersuara atau tak bersuara

iv. Kelancaran sebutan ketika bercerita

3.4.3 Kemahiran Komunikasi

24
Pemerhatian yang dibuat juga bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan murid

untuk memahami, mengikut dan member arahan tanpa bantuan, menguji keupayaan

bercerita menggunakan gaya, intonasi dan nada suara yang sesuai. Pemerhatian juga

bertujuan untuk memastikan keupayaan murid untuk memahami sesuatu maklumat atau

mesej daripada orang lain atau satu cara melahirkan keperluan dan pemikiran mereka.

3.4.4 Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial dibina untuk mengenal pasti keupayaan bersosial murid

menggunakan bahasa iaitu:

i. Memerhatikan interaksi sosial murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku

ii. Memerhatikan ketika aktiviti riadah, menyanyi dan bermain

iii. Memerhatikan kemahiran bercerita tanpa bantuan, penglibatan diri dalam

aktiviti dan kebolehan murid terhadap jenaka atau humor dalam kumpulan

JADUAL 3.1 Skala rujukan instrumen

Skala Peringkat Ciri-ciri


3 Baik i. Sebut suku kata atau perkataan dengan jelas

25
ii. Sebut perkataan dengan intonasi yang betul

iii. Pertuturan kemas, tepat, mudah difahami

iv. Kelancaran atau kelantangan dalam pertuturan


2 Sederhana i. Boleh sebut tetapi tidak jelas

ii. Pertuturan kurang lancer atau tersekat-sekat

iii. Pertuturan difahami tetapi terdapat kelemahan

dalam diskriminasi bunyi

iv. Terdapat sedikit intonasi dalam pertuturan


1 Lemah i. Tidak berupaya sebut suku kata, perkataan

dan ayat

ii. Pertuturan tak lancar dan kurang difahami

iii. Berkomunikasi dengan menggunakan tangan

dan menggunakan kepala sahaja

iv. Tidak berupaya mendiskriminasikan bunyi

Jadual 3.1 menunjukkan skala rujukan bagi menggunakan instrumen senarai semak

pemerhatian yang dijalankan oleh penguji.

3.5 Tatacara Pemerolehan Data

Sebelum kajian dijalankan beberapa perkara perlu dilaksanakan untuk

memastikan keberkesanan perlaksanaan kajian tersebut. Antara perkara yang perlu

dilakukan ialah menghantar surat kebenaran kepada Guru Besar sekolah-sekolah yang

26
berkaitan untuk melaksanakan kajian. Salinan surat kebenaran akan diberikan kepada

Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak Institut Perguruan Ilmu Khas. Setelah mendapat

kebenaran, satu sessi taklimat akan dibuat kepada penyelaras program dan guru-guru

yang terlibat. Perjumpaan ini amat penting kerana kaedah-kaedah perlaksanaan

instrumen perlu dijelaskan dengan teliti supaya sampel kajian dapat memberi maklumat

yang berkesan dan dapat dikaji. Melalui sessi ini juga guru-guru atau penguji tidak

menemui sebarang kesulitan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Tempoh masa yang sesuai ditetapkan agar sampel dapat memberikan maklumat-

maklumat yang dikehendaki. Selepas item dan ujian penilaian dijawab, proses

pengumpulan ujian dan soal selidik dijalankan untuk dianalisa.

3.6 Tatacara Analisis Data

Melalui maklumat yang telah diperolehi hasil daripada borang ujian dan soal

selidik, dapatan data akan dianalisa mengikut bahagian-bahagian tertentu. Untuk borang

ujian fonetik, dapatan tersebut akan dikaji mengenai bunyi-bunyi pertuturan mengikut

Sistem Bunyi Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA). Dapatan daripada senarai semak yang

dilaksanakan pula menggunakan skala Likert 3 mengikut skala dalam jadul 3.1 dimana

item ditanda (√) pada kotak yang disediakan. Dapatan data akan dianalisa mengikut

aspek yang diuji kemudian bilangan kekerapan dan peratuan dicatat.

3.7 Rumusan

27
Data-data dan maklumat adalah amat diperlukan dalam menjalankan kajian dan

dianalisa secara kekerapan dan peratusan. Cara perlaksanaan dan menganalisis data

ditentukan dalam bab ini. Instrumen yang dipilih akan digunakan dalam mengumpul

data berdasarkan objektif dan rekabentuk kajian supaya dapat menjawab permasalahan

kajian.

BAB 4: DAPATAN KAJIAN

28
4.1 Pengenalan

Dalam bab ini dapata kajian dilaporkan berdasarkan soalan-solan kajian yang

dibuat. Antara perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah mengenai profil

responden iaitu murid-murid terencat akal yang telah menjalankan instrumen-instrumen

kajian, analisis dapatan kajian dan rumusan mengenai daptan tersebut. Dapatan adalah

mengenai masalah sebutan dan pertuturan yang dihadapi oleh responden di setiap

populasi sampel kajian dijalankan. Dapatan kajian yang dibentangkan melihat terus

kepada jawapan kekerapan atau peratusan yang tertinggi dan yang terendah. Kekerapan

atau peratusan ini diambil melalui skala yang ditetapkan dan aspek-aspek masalah yang

dihadapi oleh responden.

4.2 Profil Responden Kajian

Profil atau latar belakang responden adalah berdasarkan profil murid terencat

akal yang dicatat dalam soalan ujian fonetik dan senarai semak sebutan dan pertuturan

yang dibina. Profil responden yang didapati dibahagikan kepada profil mengikut jantina

dan profil mengikut penggunaan bahasa. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang

murid terencat akal di tiga sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

4.2.1 Profil responden mengikut jantina

29
Jadual 4.1 menunjukkan profil responden mengikut jantina. Daripada 20 orang

responden iaitu kanak-kanak terencat akal, seramai 13 orang (65%) adalah murid lelaki

manakala tujuh orang (35%) adalah murid perempuan.

JADUAL 4.1 Profil responden mengikut jantina

Jantina Kekerapan Peratusan (%)


Lelaki 13 65
Perempuan 7 35
Jumlah 20 100

4.2.2 Profil responden mengikut penggunaan bahasa

Profil responden mengikut penggunaan bahasa merujuk kepada pengunaan

Bahasa Melayu dalam pertuturan harian responden. Jadual 4.2 menunjukkan daripada

20 orang responden, 15 orang (75%) menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan

harian manakala lima orang (25%) tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam

pertuturan harian.

JADUAL 4.2 Profil responden mengikut penggunaan bahasa

Kumpulan Kekerapan Peratusan (%)


Bahasa Melayu 15 75
Bukan bahasa Melayu 5 25
Jumlah 20 100

30
4.3 Dapatan Kajian

Bahagian ini menjelaskan dapatan kajian melalui instrumen-instrumen kajian yang

dilakukan iaitu (a) masalah artikulasi yang dihadapi responden berdasarkan ujian

fonetik (b) kesalahan sebutan berdasarkan senarai semak (c) kemahiran komunikasi

berdasarkan senarai semak dan (d) kemahiran sosial berdasarkan senarai semak.

4.3.1 Analisis masalah artikulasi

analisis mengkaji masalah artikulasi yang dihadapi responden iaitu (a) gangguan (b)

penggantian (c) penyingkiran dan (d) penambahan. Masalah artikulasi yang dihadapi

responden ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

JADUAL 4.3 Masalah artikulasi yang dihadapi

Kesilapan artikulasi kekerapan Peratusan (%)


Gangguan 2 4
Penggantian 15 31
Penyingkiran 25 52
penambahan 6 13
Jumlah 48 100

Jadual 4.3 menunjukkan kesilapan artikulasi yang ditunjukkan oleh 20 orang

responden. Setiap responden menunjukkan satu atau lebih kesilapan artikulasi yang

berlainan. Kesilapan penggantian mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu 52% diikuti

31
penggantian 31%. Kesilapan penambahan dan gangguan pula masing-masing

menunjukkan peratusan 13% dan 4%.

4.3.2 Analisis kesalahan sebutan

Dalam masalah sebutan terdapat lima item yang diperhatikan ialah:

a) Meninggalkan sebutan awal atau akhir perkataan

b) Meninggalkan suku kata

c) Pertuturan tidak jelas apabila terlalu seronok

d) Pertuturan tidak jelas apabila cuba bertutur dalam ayat panjang

e) Keliru dengan konsonan bersuara dan tidak bersuara

JADUAL 4.4 Analisis purata kesalahan sebutan

Peringkat Kekerapan Peratusan (%)


Baik 3 15
Sederhana 11 52
Lemah 6 29
Jumlah 20 100

Berdasakan jadual di atas didapati bahawa secara purata murid terencat akal

mencapai peringkat sederhana bagi senarai semak item kesalahan sebutan dengan 11

orang (52%) murid, diikuti dengan murid mencapai peringkat lemah seramai enam

orang (29%) murid. Hanya seramai tiga orang murid (15%) sahaja mencapai peringkat

baik.

32
Setiap soalan senarai semak bagi item kesalahan sebutan dikaji dan dianalisis

dengan kekerapan dan peratusan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.5.

JADUAL 4.5 Analisis soalan kesalahan sebutan

Soalan Peringkat Kekerapan Peratusan (%)


1(a) Baik 7 35
Sederhana 11 55
Lemah 2 10
Jumlah 20 100
1(b) Baik 6 30
Sederhana 11 55
Lemah 3 15
Jumlah 20 100
1(c) Baik 4 20
Sederhana 13 65
Lemah 3 15
Jumlah 20 100
1(d) Baik 2 10
Sederhana 8 40
Lemah 10 50
Jumlah 20 100
1(e) Baik - -
Sederhana 9 45
Lemah 11 55
Jumlah 20 100

33
Analisis soalan bagi item kesalahan sebutan menunjukkan soalan 1(a) mencapai

peringkat baik paling tinggi dengan seramai tujuh orang (35%) murid dan sederhana

seramai 11 orang (55%) murid. Soalan 1(e) pula mencapai peringkat paling lemah yang

terbanyak dengan seramai 11 orang (55%) murid dan sederhana seramai 9 orang (45%)

murid. Tiada murid yang mencapai peringkat baik dalam menjawab soalan 1(e).

4.3.3 Analisis kemahiran komunikasi

Kemahiran komunikasi adalah perlu untuk memastikan keupayaan bertutur dan

berbahasa. Oleh itu lima item yang diuji dan dibuat analisis ialah:

a) Boleh memahami perkataan kunci dalam ayat tanya seperti mana, bila dan apa

b) Boleh mengikut dan memberikan arahan tanpa bantuan

c) Boleh bercerita tentang aktiviti harian dengan ringkas

d) Boleh menjawab soalan dalam pelbagai pola ayat mudah

e) Menggunakan intonasi dan nada suara yang sesuai ketika bertutur

34
JADUAL 4.6 Analisis purata kemahiran komunikasi

Peringkat Kekerapan Peratusan (%)


Baik 3 13
Sederhana 6 29
Lemah 11 58
Jumlah 20 100

Berdasakan jadual di atas didapati bahawa secara purata murid terencat akal

mencapai peringkat lemah bagi senarai semak item kemahiran komunikasi dengan 11

orang (58%) murid, diikuti dengan murid mencapai peringkat sederhana seramai enam

orang (29%) murid. Hanya seramai tiga orang murid (13%) sahaja mencapai peringkat

baik.

Setiap soalan senarai semak bagi item kemahiran komunikasi dikaji dan

dianalisis dengan kekerapan dan peratusan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.7.

JADUAL 4.7 Analisis soalan kemahiran komunikasi

35
Soalan Peringkat Kekerapan Peratusan (%)
2(a) Baik 3 15
Sederhana 7 35
Lemah 10 50
Jumlah 20 100
2(b) Baik 5 25
Sederhana 8 40
Lemah 7 35
Jumlah 20 100
2(c) Baik 2 10
Sederhana 6 30
Lemah 12 60
Jumlah 20 100
2(d) Baik 2 10
Sederhana 9 45
Lemah 9 45
Jumlah 20 100
2(e) Baik 1 5
Sederhana 9 45
Lemah 10 50
Jumlah 20 100

Analisis soalan bagi item kemahiran komunikasi menunjukkan soalan 2(b)

mencapai peringkat baik paling tinggi dengan seramai lima orang (25%) murid dan

sederhana seramai lapan orang (40%) murid. Soalan 2(e) pula mencapai peringkat

paling lemah yang terbanyak dengan seramai 10 orang (50%) murid dan sederhana

seramai 9 orang (45%) murid. Seorang sahaja murid (5%) mencapai peringkat baik

dalam soalan 2(e).

4.3.4 Analisis kemahiran sosial

Kemahiran sosial dikaji dari segi penglibatan dan keupayaan murid terencat akal

dalam aktiviti yang dilaksanakan. Lima item yang diperhatikan ialah:

a) Boleh bercerita berdasarkan gambar bersiri

36
b) Boleh melibatkan diri dalam permainan seperti bunyi, rentak dan perkataan

c) Boleh mengikut peraturan permainan

d) Boleh mengikut jalan cerita berdasarkan visual di televisyen

e) Boleh berjenaka walaupun percakapan terhad

JADUAL 4.8 Analisis purata kemahiran sosial

Peringkat Kekerapan Peratusan (%)


Baik 4 19
Sederhana 7 35
Lemah 8 46
Jumlah 20 100

Jadual 4.8 di atas menyatakan bahawa secara purata murid terencat akal didapati

mencapai peringkat lemah bagi senarai semak item kemahiran sosial dengan lapan

orang (46%) murid, diikuti dengan murid mencapai peringkat sederhana seramai enam

orang (35%) murid. Hanya seramai empat orang murid (19%) sahaja mencapai

peringkat baik.

37
Setiap soalan senarai semak bagi item kemahiran komunikasi dikaji dan

dianalisis dengan kekerapan dan peratusan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.9

JADUAL 4.9 Analisis soalan kemahiran sosial

Soalan Peringkat Kekerapan Peratusan (%)


3(a) Baik 2 10
Sederhana 5 25
Lemah 13 65
Jumlah 20 100
3(b) Baik 4 20
Sederhana 8 40
Lemah 8 40
Jumlah 20 100
3(c) Baik 5 25
Sederhana 5 25
Lemah 10 50
Jumlah 20 100
3(d) Baik 5 25
Sederhana 9 45
Lemah 6 30
Jumlah 20 100
3(e) Baik 3 15
Sederhana 8 40
Lemah 9 45
Jumlah 20 100
Analisis soalan bagi item kemahiran sosial menunjukkan soalan 3(d) mencapai

peringkat baik paling tinggi dengan seramai lima orang (25%) murid dan sederhana

38
seramai sembilan orang (45%) murid. Soalan 3(a) pula mencapai peringkat paling

lemah yang terbanyak dengan seramai 13 orang (65%) murid dan sederhana seramai

lima orang (25%) murid. Hanya dua orang murid (10%) mencapai peringkat baik dalam

soalan 3(a).

4.4 Rumusan

Dapatan kajian ini adalah hasil dapatan berdasarkan jawapan ujian fonetik dan

jawapan ujian soal selidik daripada responden. Dapatan kajian diproses menggunakan

sistem fonetik bunyi dan abjad fonetik antarabangsa (IPA) bagi ujian fonetik dan skala

Likert 3 seperti dalam Jadual 3.1 untuk senarai semak. Dapatan kajian dipersembahkan

dengan jadual kerana mudah untuk difahami dan dirujuk dalam menjalankan kajian ini.

Diharapkan melalui dapatan kajian ini, pengkaji-pengkaji lain dapat

menambahkan maklumat yang berguna untuk membantu kanak-kanak terencat akal

mengatasi masalah pertuturan yang dihadapi oleh meraka melalui perlaksanaan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

39
BAB 5: PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini mengandungi empat bahagian iaitu rumusan dapatan kajian,

perbincangan kajian, implikasi kajian dan cadangan dan kesimpulan kajian. Hasil

daripada rumusan dan perbincangan kajian, kesimpulan berdasarkan objektif kajian

dibuat untuk memperluaskan bidang kajian. Beberapa cadangan dikemukakan untuk

mengatasi masalah kajian.

5.2 Rumusan Dapatan Kajian

Hasil daripada instrumen-instrumen kajian yang telah diuji, beberapa

kesimpulan mengenai kesuluruhan kajian dibuat berdasarkan dapatan objektif kajian

yang dibuat. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah

sebutan dalam kemahiran bertutur murid terencat akal di sekolah. Setelah instrumen-

instrumen kajian dibuat, masalah sebutan dan pertuturan yang diuji telah dikenal pasti.

Instumen ujian fonetik menguji masalah artikulasi responden. Menurut ASHA

(1999), terdapat kira-kira 99% daripada kes kanak-kanak mengalami masalah artikulasi

adalah disebabkan oleh masalah kefungsian. Hasil dapatan kajian menunjukkan kanak-

40
kanak terencat akal cenderung untuk melakukan kesilapan artikulasi jenis penggantian

dan penyingkiran iaitu 31% dan 52%. Perkataan-perkataan yang sukar dalam item

instrumen menunjukkan kekerapan kesilapan artikulasi ini berlaku dan secara

keseluruhan kanak-kanak terencat akal gagal untuk menyebut suku kata perkataan

dengan tepat.

Hasil dapatan kajian melalui instrumen senarai semak pula mendapati hampir ke

semua responden mencapai peringkat lemah dalam ketiga-tiga item pertuturan yang

diuji. Dapatan kajian menunjukkan responden mencapai peringkat lemah dalam ketiga-

tiga item yang diuji ialah 29%, 59% dan 48%. Kanak-kanak terencat akal yang diuji

juga menunjukkan kelemahan yang ketara dalam item kemahiran komunikasi di mana

59% murid mencapai peringkat lemah.

Melalui dapatan kajian ini juga, kanak-kanak terencat akal yang diuji

menunjukkan kelemahan dalam aspek sebutan. Hasil daripada instrumen ujian fonetik

dan senarai semak item masalah sebutan, banyak suku kata yang mempunyai bunyi

diftong seperti /oi/, /ai/ dan bunyi vokal seperti /saat/ gagal dibunyikan dengan tepat.

Masalah ini juga dikenal pasti ketika menjalankan item kemahiran komunikasi terhadap

responden. Selain itu, kajian juga menunjukkan kanak-kanak terencat akal yang diuji

mempunyai masalah penggunaan laras bahasa yang sesuai dalam situasi yang berbeza.

Masalah ini dapat dikesan apabila pemerhatian dibuat ketika aktiviti bercerita

dan permainan dilakukan. Kesalahan laras bahasa ini amat ketara dalam item kemahiran

komunikasi dan item kemahiran sosial. Masalah ini mungkin berpunca daripada

41
kurangnya interaksi sosial kanak-kanak terencat akal dengan persekitaran dan

menyebabkan mereka tidak memahami penggunaan laras bahasa yang sesuai dalam

petuturan seharian mereka.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Perbincangan kajian ini dibuat berdasarkan objektif kajian iaitu punca-punca

masalah sebutan dan bentuk masalah sebutan dan pertuturan yang dihadapi. Melalui

dapatan kajian ini, faktor usia kanak-kanak terencat akal ini mempengaruhi

perkembangan bahasa mereka. Reed (1996) menyatakan bahawa perkembangan bahasa

kanak-kanak meningkat berdasarkan kematanagan usianya. Usia yang berbeza sewaktu

memperolehi bahasa mempengaruhi penguasaan kemahiran bertutur kanak-kanak

terencat akal. Di sekolah pendidikan khas misalnya, kanak-kanak terencat akal tidak

dibezakan mengikut umur, oleh itu didapati kebanyakan murid yang lebih dewasa

mempunyai perkembangan bahasa yang lebih baik berbanding murid yang lebih muda.

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat masalah ketara dalam masalah

sebutan dan pertuturan adalah dari kalangan responden bukan menggunakan Bahasa

Melayu sebagai bahasa pertuturan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2. menurut

Brown (1973), keadaan pengalaman murid yang tidak memberikan rangsangan untuk

menguasai sesuatu bahasa sejak kecil lagi boleh menjejaskan perkembangan pertuturan

mereka.

42
Bagi pertuturan yang sukar untuk difahami, Kermin (1989) menyatakan kanak-

kanak tersebut mungkin mempunyai masalah artikulasi dan pertuturan. Berdasarkan

pemerhatian kajian, masih terdapat murid yang mempunyai pertuturan yang sukar untuk

difahami. Antara punca yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah kanak-kanak

terencat akal mungkin mempunyai masalah dalam penyusunan huruf-huruf dan bunyi

konsonan dalam fonologi (Bleile dan Moran, 1986).

Dapatan daripada kajian ini juga mengenal pasti bentuk masalah pertuturan yang

dihadapi kanak-kanak terencat akal adalah lebih kepada masalah artikulasi. Hallahan

dan Kauffman (2003) menerangkan bahawa kecacatan dalam gaya pertuturan adalah

amat berkaitan dengan masalah artikulasi. Instrumen ujian fonetik yang dijalankan

menunjukkan dua dari empat kesilapan artikulasi amat ketara apabila diuji kepada

kanak-kanak terencat akal.

Hallahan dan Kauffman (2003) juga menyatakan kanak-kanak yang mengalami

kerosakan mental sering memberi gambaran bahasa yang konkrit dan tidak berupaya

memberikan gambaran bahasa secara abstrak.

5.4 Implikasi Kajian dan Cadangan

43
Bedasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, beberapa masalah yang

berkaitan dengan masalah sebutan dalam kemahiran bertutur kanak-kanak terencat akal

telah dikenal pasti. Sehubungan itu beberapa cadangan yang sesuai boleh dilaksanakan

untuk membantu secara am kanak-kanak terencat akal mengenai masalah pertuturan dan

maslaah sebutan secara khususnya. Boo Poong Ying dan Ragbir Kaur (1998)

mencadangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menimbangkan

perkara-perkara berikut:

i. Pengajaran dan pembelajaran perlulah mudah lentur atau fleksibel iaitu

memenuhi keperluan murid.

ii. Kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan supaya

murid tidak bosan atau hilang minat pada pengajaran.

iii. Guru perlu memberi lebih tekanan kepada pengajaran secara kumpulan atau

individu.

iv. Guru perlu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

melalui isi pengajaran yang lebih bermakna, berkesan dan seronok kepada

murid.

5.4.1 Pengajaran Penguasaan Kemahiran (‘Mastery Learning’)

44
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah ini dilaksanakan mengikut

langkah-langkah kecil dalam pengajaran daripada mudah ke sukar. Olson dan Platt

(1992) menyatakan bahawa kaedah pengajaran penguasaan kemahiran amat berguna

untuk mengajar kemahiran asas, konsep-konsep dan fakta-fakta. Antara teknik yang

berkesan ialah:

i. Teknik latih tubi, guru memberikan latihan berulang kali kepada murid supaya

murid benar-benar menguasai kemahiran

ii. Teknik bercerita, bertujuan untuk menambahkan pembendaharaan kata murid

teutamanya dalam masalah sebutan

Menurut Blair (1988), kebolehan kanak-kanak menceritakan sesuatu yang

didengarinya merupakan satu perkara yang positif dalam usaha untuk

memperkembangkan kemahiran bertutur mereka. Seperti aktiviti pemerhatian senarai

semak, iaitu bercerita, guru boleh melaksanakan aktiviti tersebut sebagai aktiviti yang

berkesan membantu kemahiran bertutur murid.

5.4.2 Pembelajaran Koperatif

45
Teknik pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang melibatkan

sekumpulan murid yang bertugas sebagai satu pasukan bagi menyelesaikan masalah

atau melengkapan satu-satu tugasan demi mencapai sesuatu matlamat yang sama atau

kumpulan (Azhar Wahid, 2007). Ia amat sesuai bagi murid-murid yang mepunyai

pelbagai latar budaya atau kaum, kebolehan dan keupayaan. Fokus utama pembelajaran

koperatif dalam mengatasi masalah kemahiran bertutur ialah melibatkan murid secara

bersama-sama dengan guru yang bertindak sebagai fasilitator berusaha mencapai

kejayaan yang dikehendaki.

Prinsip-prinsip utama pembelajaran koperatif ialah:

i. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif

ii. Saling menggunakan interaksi bersemuka

iii. Akuantabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri

iv. Kemahiran koperatif

v. Pemprosesan maklumat secara berkumpulan

Pembelajaran koperatif akan menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan

positif dalam satu kumpulan tugasan. Ini akan mewujudkan satu situasi berkongsi idea

46
dan penerimaan pandangan secara bersemuka di kalangan mereka. Antara aktiviti yang

dicadangkan untuk membantu murid terencat akal ialah:

i. Melakukan simulasi aktivti harian secara berkumpulan contohnya melakonkan

aktiviti penggunaan telefon. Murid secara bergilir-gilir melakukan aktivti yang

ditetapkan oleh guru

ii. Lakonan sesuatu aksi tertentu seperti cerita menggunakan ‘puppet’. Dialog

lakonan disediakan oleh guru dan murid secara berpasangan melakonan gaya

yang sesuai dengan dialog yang betul.

iii. Teknik nyanyian secara berkumpulan iaitu guru menyediakan seni kata lagu dan

meminta murid secara bersama-sama menyanyi dengan baik.

5.4.3 Pengajaran Adaptif

Dalam proses pengajaran, perbezaan individu harus diberi perhatian kerana

pertamanya, dengan mengiktiraf perbezaan setiap murid, guru boleh membantu murid

menggunakan pengalaman mereka untuk memahami pengajaran guru. Kedua, dengan

memahami perbezaan latar belakang murid sendiri, sebenarnya guru dapat menyelami

masalah, kekuatan dan kelemahan murid secara individu.

Menurut D. Borish (2000), pengajaran adaptif sesuai untuk mengajar murid

yang mempunyai latar belakang budaya, bahasa, gender, status sosio-ekonomi yang

47
berbeza. Antara pendekatan pengajaran adaptif yang sesuai digunakan dalam mengatasi

masalah pertuturan murid terencat akal ialah pendekatan Remedial (Remedial

Approach). Pendekatan ini menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran, atau

tingkah laku paling asas yang memberikan faedah kepada murid yang mempunyai

masalah pertuturan yang ketara. Sebagai contoh, guru boleh meletakkan murid yang

tidak mempunyai masalah pertuturan dalam satu kumpulan dengan murid yang

mempunyai kelemahan dalam pertuturan. Guru juga boleh mengajar kemahiran

mendengar kepada murid-murid yang tidak mahir dalam sebutan terlebih dahulu

sebelum menggunakan pendekatan linguistik sepenuhnya kepada semua murid.

Pendekatan adaptif dapat meningkatkan kejayaan untuk semua murid, tanpa

mengambil kira perbezaan individu. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah

remedial atau pemulihan terlebih dahulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran

dilakukan. Oleh itu dalam pengajaran adaptif ini, prasyarat yang penting ialah guru

perlu mengetahui dan memahami tahap kebolehan murid dengan pihilan-pilihan

instruksional yang boleh meningkatkan daya penerimaan mereka.

5.5 RUMUSAN

48
Walaupun dapatan-dapatan kajian ini banyak disokong oleh kajian yang bukan

memfokuskan kanak-kanak terencat akal, namun hasil dapatan ini boleh diadaptasi dan

diaplikasikan untuk membantu murid terencat akal yang menghadapi masalah sebutan

dan pertuturan dalam memaksimakan pembelajaran mereka. Guru-guru pendidikan khas

perlu menjana minda secara kreatif dan inovatif untuk menggunakan pendekatan

pengajaran yang lebih sesuai dalam menagani masalah ini.

Tiga langkah yang boleh dilaksanakan guru untuk meningkatkan perkembangan

bahasa kanak-kanak ialah pertama, guru perlu menyediakan persekitaran yang

menggalakkan murid untuk bertututur. Kedua, guru dan individu yang terlibat perlu

memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan bebas, dan ketiga, aktiviti-

aktiviti yang menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran bertutur perlu

digunakan agar murid sentiasa sedia dan lebih selesa. Selain daripada guru-guru, ibu

bapa juga merupakan orang yang paling penting bagi memastikan pengajaran pertuturan

dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ibu bapa seharusnya selalu bertanya kepada guru apakah masalah yang dihadapi

oleh anak-anak mereka dan apakah kaedah-kaedah yang boleh membantu anak-anak

mereka dalam pertuturan yang boleh mereka laksanakan sendiri di rumah. Hal ini

berlaku kerana pengajaran pertuturan akan lebih efektif jika adanya kesinambungan

antara di sekolah dan juga di rumah.

RUJUKAN

49
Abd. Rahman Hamdan. 1996. Pengajaran Pertuturan kanak-kanak bermasalah

Pendengaran. Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah Yusoff. 1995. Fikiran, Persekitaran dan Pembentukan Isyarat Orang

Pekak. Jurnal Dewan Bahasa 39(7): 543 -552

Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed. 2004. Penguasaan Bahasa Melayu

dalam Kalangan Murid Pekak: Suatu Soroton dari Perspektif Linguistik. Jurnal Dewan

Bahasa. 639-680.

Ahmad Tahir. 1988. Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu: Pelaksanaan dan

Penilaian. Jurnal Dewan Bahasa. 35(6): 543-551

Fey dan Littlewood.1986. Effective Speech to The Deaf.

http//www.efectivespeech.com.

Pushaw. 1976. Effective Speech to the Deaf. http//www.effectivespeech.com

Watson et al, 1999. Deaf and Hearing Impaired Pupils in Mainstream School.

London: David Fulton Publisher

Yasin Abdul Majid. 1987. Pengajaran Bahasa Melalui Kaedah Bercerita. Jurnal

Dewan Bahasa. 32(6): 36-48.

50
Denes, P.B. & Pinson, E.N. 1993. The speech chain. New York. W.H. Freeman and

Company.

Indirawati Zahid. 2006. Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional

Publishing Sdn Bhd.

Tome, E.C.S, Edward, A.P, James, R.P, Carol, A.D (2004). Teaching Student With

Special Needs In Inclusive Setting. (4nd ed). United State of America.

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Khas Malaysia.2000. Buku

Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-murid Berkeperluan Khas.

Hallahan, D.P & Kauffman, J.M. (20003). Exceptional children: Introduction to special

education. Boston: Allyn and Bacon.

Abdul Razak Habib. (2006) . Kaedah Kajian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur Open

Univesity Malaysia.

Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan – Bacaan

Asas. Kuala Lumpur. DBP

Heward, W L (1996) Exceptional Children – An Introduction to Special Education (5th

Ed.). New Jersey. Prentice Hall

51
Sellin, D F (1979) Mental Retardation – Nature, Needs and Advocacy. Boston. Allyn

and Bacon Inc.

Warren, S.F., & Abbeduto, L. (1992). The relation of communication and language

development to mental retardation. American Journal of Mental Retadation, 97(2), 125-

130.

Wehmann, P., Moon, M. S., Everson, J.M., Wood, W., & Barcus, J. M. (1988).

Transition from school to work: New challenges for youth with severe disabilities.

Baltimore: Paul H. Brookes.

Oliver, M. (1990). Understanding disability: From theory to practice. London:

Macmillan.

52
LAMPIRAN A

53
PEMERHATIAN MASALAH DALAM KEMAHIRAN
BERTUTUR MURID TERENCAT AKAL

BAHAGIAN A: Latar Belakang Murid


Maklumat Murid
Nama Murid : ______________________ Kelas : ____________
Tarikh lahir : __________________ Umur : _______________

Jantina :-
Lelaki ( )
Perempuan ( )

Bangsa:-
Melayu ( )
Cina ( )
India ( )
Lain-lain ( ) ( Nyatakan :................................. )

BAHAGIAN B:
ARAHAN : Sila tandakan (√) pada kotak yang disediakan bagi setiap peringkat
yang dilcapai oleh murid dengan menggunakan petunjuk-petunjuk berikut:
1 – LEMAH
2 – SEDERHANA
3 – BAIK

Skala Peringkat Ciri-ciri


3 Baik v. Sebut suku kata atau perkataan dengan
jelas

54
vi. Sebut perkataan dengan intonasi yang
betul
vii. Pertuturan kemas, tepat, mudah difahami
viii. Kelancaran atau kelantangan dalam
pertuturan
2 Sederhana v. Boleh sebut tetapi tidak jelas
vi. Pertuturan kurang lancer atau tersekat-
sekat
vii. Pertuturan difahami tetapi terdapat
kelemahan dalam diskriminasi bunyi
viii. Terdapat sedikit intonasi dalam
pertuturan
1 Lemah v. Tidak berupaya sebut suku kata,
perkataan dan ayat
vi. Pertuturan tak lancar dan kurang difahami
vii. Berkomunikasi dengan menggunakan
tangan dan menggunakan kepala sahaja
viii. Tidak berupaya mendiskriminasikan bunyi

1. Pemerhatian Kesalahan Sebutan

Bil. Pemerhatian 1 2 3
(a) Meninggalkan sebutan awalan dan akhiran
perkataan
(b) Meninggalkan suku kata

55
(c) Pertuturan tidak jelas apabila terlalu seronok
(d) Pertuturan tidak jelas ketika bertutur dalam ayat
yang panjang
(e) Keliru dengan konsonan yang bersuara dan
yang tidak bersuara

2. Pemerhatian Kemahiran Komunikasi

Bil. Pemerhatian 1 2 3
(a) Boleh memahami perkataan kunci dalam ayat
tanya
(b) Boleh mengikut dan memberi arahan tanpa
bantuan
(c) Boleh bercerita tentang aktiviti harian diri sendiri
(d) Boleh menjawab soalan dengan pelbagai pola
ayat yang mudah
(e) Menggunakan intonasi dan nada suara yang
sesuai ketika bertutur

3. Pemerhatian Kemahiran Sosial

Bil. Pemerhatian 1 2 3
(a) Boleh berinteraksi dengan rakan di dalam kelas
(b) Melibatkan diri dalam permainan yang
menggunakan bunyi, rentak dan perkataan
dengan suka rela
(c) Boleh mengikut peraturan permainan
(d) Boleh mengikut jalan cerita berdasarkan visual
di televisyen
(e) Boleh berjenaka walaupun percakapan terhad

56
Cacatan :-
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
___________________________________

LAMPIRAN B
57
58