Anda di halaman 1dari 4

Karangan Fakta: Gejala sosial dalam kalangan remaja

Pendahuluan:-

Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa
ke semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa
khususnya. Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan
sebagainya semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah
menjadi isu yang serius dipaparkan dalam akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, kita
tidak seharusnya memandang remeh akan masalah tersebut. Terdapat beberapa
masalah sosial ini terjadi kepada golongan remaja khususnya.

Isi: kurang mendapat didikan agama

Antaranya ialah ibu bapa kurang memberi didikan agama dan moral kepada
mereka.Hal ini menyebabkan mereka akan berasa terlalu bebas untuk melakukan
pelbagai perkara.Sebagai contohnya, membenarkan mereka keluar rumah hingga
lewat malam tanpa menghiraukannya. Oleh itu,perkara ini menyebabkan remaja
kehilangan pegangan dalam kehidupan dan bertindak sesuka hati. Jelaslah,ibu bapa
seharusnya memberikan didikan agama dan moral kepada mereka sejak kecil lagi
bak kata pepatah ‘melentur buluh ,biarlah dari rebungnya’.

Isi: tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya

Selain itu,ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada
anak-anak.Hal ini kerana,ibu bapa terlalu menyerahkan tanggungjawab mendidik
dan mengasuh anak-anak mereka kepada pembantu rumah atau pengasuh mereka
dan sibuk bekerja ibarat kera di hutan disususkan,anak di rumah mati
kelaparan.Sebagai contohnya,ibu bapa bekerja hingga lewat malam dan bekerja
keras sehingga tidak menghiraukan anak-anak mereka di rumah.
Kesimpulannya,sikap ibu bapa yang bagai enau dalam belukar yang melepaskan
pucuk masing masing harus dibuang supaya anak-anak dapat merasakan kasih
sayang yang secukupnya bagai menatang minyak yang penuh.

Isi:pengaruh dengan rakan sebaya

Di samping itu,remaja juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Hal ini


kerana,boleh menyebabkan masa depan mereka akan terjejas sekiranya mereka
salah memilih rakan.Sebagai contohnya,mereka mudah terpengaruh dengan rakan
seperti merokok,merempit, vandalisme,dan ponteng sekolah.Tuntasnya,akhlak yang
buruk akan merosakkan diri seseorang remaja seperti cuka merosakkan madu.

Isi: pengaruh media massa

Seterusnya,pelajaran seseorang remaja itu akan turut terjejas.Hal ini


demikian,kerana remaja akan sering ketinggalan dalam pelajaran sekiranya mereka
sering memonteng sekolah dan mereka juga tidak dapat memberikan perhatian
sepenuhnya di dalam kelas ketika guru mengajar.Tegasnya,ibu bapa seharusnya
mengambil berat tentang mereka supaya mereka berubah dan tidak membiarkan
mereka melakukan perkara yang tidak berfaedah ‘seperti nasi sudah menjadi bubur’.
Penutup:-

Ringkasnya,kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap


aktiviti dan pelakuan anak-anak mereka menjadi penyebab gejala ini kian
merebak.Dengan berbuat demikian,ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan
mengawasi setiap pergerakkan anak-anak mereka yang mencurigakan.Sekiranya
semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian,gejala ini akan dapat diatasi
dengan mudah.Jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dan tidak
boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja.

Karangan Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja (Punca, Kesan dan


Langkah-Langkah)

Masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan fenomena yang semakin


membimbangkan kita pada hari ini. Masalah seperti penagihan dadah, salah laku
pelajar, pergaulan bebas dan sebagainya semakin berleluasa dan kian meningkat.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam
kalangan remaja ini.

Salah satu daripanya ialah krisis keluarga yang menyebabkan kawalan sosial
ke atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar sudah pasti tidak
dapat mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan baik dan sempurna.
Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang sibuk
dengan tugas mereka di pejabat sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka
untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Akibatnya, terdapat anak-anak
yang melarikan diri daripada rumah, bergaul dengan rakan-rakan yang tidak
sepatutnya dan dari situlah bermulanya segala masalah sosial yang disebut di atas.

Di samping ibu bapa, masalah ini juga berpunca daripada pengaruh media
massa. Dalam zaman teknologi yang berkembang pesat ini, para remaja mudah
terdedah kepada pelbagai pengaruh yang negatif melalui internet dan banyak
saluran yang laim sehingga minda mereka mudah diracuni oleh unsur-unsur yang
kurang sihat. Di sampin itu, tuntutan modenisasi yang turut memberikan tekanan
kepada remaja yang inginkan kebebasan untuk lepas daripada kongkongan ibu
bapa dan menuntut hak individu juga memyebabkan remaja menolak autoriti ibu
bapa yang mengawal tingkah laku mereka.

Masalah sosial ini juga berkait rapat dengan kemerosotan disiplin di sekolah.
Disebabkan ada segelintir pihak sekolah yang tidak mengenakan hukuman yang
tegas terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin, maka mereka ini akan berani
untuk melakukan perbuatan yang sama. Tabiat buruk ini akan dibawa oleh mereka
apabila meninggalkan bangku persekolahan kelak. Hal ini sudah tentu akan
memberikan persepsi yang negatif oleh masyarakat terhadap mereka dan juga
menyukarkan proses kemasukan ke pendidikan tinggi serta alam pekerjaan
memandangkan testimoni pelajar oleh pihak sekolah bersifat negatif.
Kesan daripada masalah sosial dalam kalangan remaja ke atas diri mereka
ialah mereka akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.
Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam
yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Selain itu,
kesan kepada keluarga ialah institusi kekeluargaan akan runtuh dan hilangnya
kebahagian dan keharmonian. Kemudian, kesan kepada masyarakat
ialah, masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan
tidak bersatu-padu. Hal ini akan berlakunya pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu
perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.
Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang
mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin
meningkat. Akhir sekali, kesan kepada Negara ialah negara akan kehilangan pelapis
generasi kepimpinan pada masa hadapan. Selain itu, kadar jenayah dalam negara
juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus
meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah ini ialah ibu
bapa mestilah memantau dan mengambil berat dengan setiap aktiviti yang dilakukan
oleh anak-anak. Hal ini demikian kerana pada masa ini ibu bapa lebih banyak
mementingkan kerjaya dan wang berbanding meluangkan waktu bersama-sama
anak-anak di rumah bak kata pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati
kelaparan’. Lantaran itu, anak-anak akan mudah untuk melakukan perkara-perkara
yang tidak baik. Selagi ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak,
selagi itulah perkara ini tidak boleh diselesaikan.

Selain itu, setiap individu mestilah pandai dalam memilih rakan. Hal ini demikian
kerana remaja pada masa ini lebih banyak membazirkan waktu mereka bersama-
sama rakan-rakan sebaya hanya untuk menginginkan kebebasan. Implikasinya,
remaja-remaja akan terjerumus dalam melakukan aktiviti yang tidak sihat.
Tamsilnya, mereka akan mengikut kumpulan-kumpulan gangster dan sebagainya.
Jika perkara sebegini masih berleluasa maka kes-kes seperti ini tidak akan
berkurangan.

Di samping itu, pihak kaunselor sekolah juga perlulah mengambil inisiatif dalam
membendung masalah ini dengan cara mengadakan program yang berkaitan
dengan masalah pelajar di sekolah. Hal ini disebabkan kerana remaja sekarang
lebih suka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah berbanding menyertai program yang memberi keinsafan dan pengajaran.
Dengan ini, pelajar yang bermasalah akan berminat untuk menyertai program yang
diadakan ini. Sebagai contoh, guru kaunselor mestilah dapat menarik minat pelajar-
pelajar tersebut dengan cara berjumpa dan memberi nasihat kepada pelajar itu.
Dengan adanya cara sebegini, remaja-remaja akan berubah dan insaf jika mengikuti
program tersebut.
Konklusinya,para remaja mestilah mengelakkan diri daripada terlibat dalam
masalah sosial.Selain itu, masyarakat juga mestilah prihatin terhadap setiap aktiviti
yang dilakukan oleh remaja. Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat
diatasi dengan mudah. Jelaslah bahawa peranan dan tanggungjawab semua pihak
sangat penting bagi mengurangkan berlakunya gejala gangsterisme bak kata
peribahasa ‘tepuk sebelah tangan tidak berbunyi’.

Anda mungkin juga menyukai