Anda di halaman 1dari 2

Mayat warga Korea ditemui dalam rumah

 Bharian
 Berita
 Kes

Oleh Norasikin Daineh


norasikin_daineh@nstp.com.my

KONGSI ART IKEL

Share

Tweet

Share

KOTA KINABALU: Bau busuk dari sebuah bilik membawa kepada


penemuan mayat lelaki warga Korea Selatan di sebuah rumah di
Batu 2 1/2, Jalan Tuaran, dekat sini, semalam.

Mayat Moon Sok Jin, 46, ditemui pembantu rumahnya dalam


keadaan terduduk di tepi almari serta tidak berbaju dan hanya
memakai seluar panjang pada kira-kira jam 8 pagi.

Difahamkan, pembantu rumah melihat majikannya kali terakhir pada


Jumaat lalu dan dalam keadaan sihat.

Pembantu rumah itu dikatakan hanya datang ke rumah majikannya


dua hari dalam seminggu dan dia datang semula pada hari kejadian
untuk bekerja seperti biasa.

Ketika mengemas, wanita itu hairan kerana menghidu bau busuk dari
arah bilik mangsa dan terkejut apabila mendapati majikannya
terduduk di tepi almari dalam keadaan berbau busuk.

Difahamkan, lelaki terbabit tinggal di rumah itu bersama isteri dan


dua anaknya namun mereka telah pulang ke Korea Selatan, dua
minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra,


berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.44 pagi daripada
orang awam melalui talian kecemasan 999.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan luka pada
tubuh lelaki terbabit dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth
untuk bedah siasat," katanya sambil menambah kes diklasifikasikan
sebagai mati mengejut.

Anda mungkin juga menyukai