Anda di halaman 1dari 27

ISLB 113 ISLAMIC STUDIES


(SYARIAH ISLAMIYYAH)

aziz@uniten
Syariah Islamiyyah

Pengenalan

Syariah Islamiyyah pada istilah ialah :

" Segala hukum-hakam yang disyarakkan Allah ke atas


hambaNya yang terkandung di dalam Al-Quran dan
sunnah Nabi Muhammad s.a.w.“

Syariat Islam adalah merupakan satu-satunya sistem


kehidupan yang benar dan lurus kerana ia mampu menjaga
manusia daripada penyelewengan, kezaliman, keburukan dan
hawa nafsu ( luaran dan dalaman ) demi untuk menungkatkan
kualiti hidup manusia di dunia dan akhirat.
Syariah Islamiyyah

☑ Syariah Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan


manusia.
☑ Datangnya daripada dan ciptaan Allah yang maha
berkuasa
☑ Tiada kepentingan peribadi.
☑ Sesuai untuk semua bangsa dan sepanjang zaman.
☑ Menekankan permasalahan akhlak yang menjadi agenda
utama kepada kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.
☑ Mampu untuk menguasai manusia sepenuhnya
Maqasid al-Syariah

Pengenalan

Syeikhul Maqasid, Imam as-Syatibi tidak pun memberikan takrifan


khas mengenainya.

Dr. Ahmad ar-Raisuniyy telah mentakrifkannya sebagai:“Maqasid


Syariah (tujuan pensyariatan) ialah tujuan (sebenar) yang ingin
dihasilkan bagi ketetapan hukum Syarak (dengan tujuan) untuk
kemaslahatan manusia”.
Maqasid al-Syariah

Terdapat beberapa kalimah lain yang digunakan untuk


menunjukkan makna maqasid, antaranya ialah “al-illah”, “al-
munasabah” dan “al-hikmah”.

Kalimah “al-hikmah” adalah lebih banyak digunakan untuk


menunjukkan erti maqasid. Kerana ini kita boleh juga terjemahkan
maqasid Syariah sebagai “Hikmat Pensyariatan” atau “Tujuan
Pensyariatan”.
1.0 DEFINISI
Bahasa
Syariah adalah berasal daripada kata nama / root word (shara'a)
yang memberi makna:
! jalan lurus yang membawa manusia kepada kebaikan.
! punca/sumber air mengalir yang menjadi tempat tumpuan kepada
semua hidupan

Istilah
Syariah adalah segala perkara yang digariskan oleh Allah kepada
hambaNya merangkumi seluruh hukum-hakam yang pelbagai
sama ada dalam bentuk praktikal ataupun kepercayaan bagi
memastikan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat
( aqidah, ibadat, perundangan, akhlak, muamalat dan sistem
kehidupan seluruhnya ).
1.1 SYARIAH / AL-DEEN / AL-MILLAH

Syariah
Hukum-hakam ini dinamakan al-syariah berdasarkan kepada
komitmen / istiqamah serta ketelusan terhadap kebenaran dan
kebahagian bagi kehidupan sejagat.

Al-Deen / Al-Millah
Berdasarkan kepada ketundukkan dan pengabdian kehidupan
sejagat di atas muka bumi ini hanya kepada kekuasaan Allah
semata-mata.

Manakala perkataan Islam pula membawa maksud


ketundukkan dan kepatuhan yang mutlak kepada segala
perintah dan suruhan Allah semata-mata.
1.2 SYARIAH ISLAMIYYAH

ISTILAH
Maka pengertian Syariah Islamiyyah pada istilah ialah :

" Segala hukum-hakam yang disyarakkan Allah ke atas


hambaNya yang terkandung di dalam Al-Quran dan
sunnah Nabi Muhammad s.a.w."

Perbezaan Syariah dengan Kanun


Terdapat perbezaan dari sudut pengertian dan kandungan
perkataan Syariat dan perkataan Kanun yang digunakan
dewasa kini.
1.3 Perbezaan Syariah dengan Kanun

Walaubagaimanapun para ulama Islam kini telah menjadikan istilah


kanun bagi menggantikan perkataan Syariat (kanun samawi dan
kanun wadh'ie) kerana bertujuan untuk memudahkan pemahaman
di kalangan masyarakat umum. Sedangkan perkataan syariat
mempunyai makna yang lebih luas daripada kanun.

Ini adalah kerana perkataan kanun itu sendiri adalah perkataan yang
berasal daripada latin - canon yang memberi erti "sekumpulan
kaedah / asas-asas / dasar dan sistem yang digubal oleh cerdik
pandai sesuatu masyarakat guna untuk menyusun sistem
kemasyarakatan, ekonomi dan sosial sejajar dengan tuntutan dan
keperluan mereka."
1.3 Perbezaan Syariah dengan Kanun

Oleh yang demikian kita dapati bahawa fokus kanun hanyalah

☑ Dalam perkara yang melibatkan zahir semata-mata.


☑ Terdapat perbezaan antara individu masyarakat / antara satu
negara dengan negara yang lain.
☑ Tidak membicarakan soal aqidah dan kepercayaan yang
merupakan fitrah manusia.
☑ Mengenepikan sistem nilai / akhlak dalam kehidupan manusia.
Sebaliknya dalam Syariat telah membicarakan seluruh aspek kehidupan
manusia sama ada ianya berbentuk luaran / fizikal
atau dalaman / spiritual.

Oleh yang demikian kita dapati syariat Islam adalah merupakan


satu-satunya sistem kehidupan yang benar dan lurus kerana ia
mampu menjaga manusia daripada penyelewengan, kezaliman,
keburukan dan hawa nafsu ( luaran dan dalaman ) demi untuk
menungkatkan kualiti hidup manusia di dunia dan akhirat.

☑ Syariah Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.


☑ Datangnya daripada dan ciptaan Allah yang maha berkuasa
☑ Tiada kepentingan peribadi.
☑ Sesuai untuk semua bangsa dan sepanjang zaman.
☑ Menekankan permasalahan akhlak yang menjadi agenda utama
kepada kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.
☑ Mampu untuk menguasai manusia sepenuhnya
Perbincangan dalam Syariah Islamiyyah mengandungi seluruh
tata laku kehidupan manusia yang merangkumi isu-isu berikut:

a. Akidah - Membincangkan persoalan ketuhanan berasaskan


kepada kepercayaan kepada Allah, keimanan kepada Malaikat,
Rasul, Akhirat, (perkara-perkara ghaib / samawi).

b. Ibadat - Membincangkan tentang konsep perhubungan antara


hamba / manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa toharah
dan lain-lain.

c. Akhlak - Membincangkan tentang tatasusila kehidupan manusia yang


terbaik, sistem pemerintahan, etika dan budaya hidup yang
murni antara manusia dan Allah, manusia dan manusia, manusia
dan alam sarwajagat.
d. Muamalat - Membincangkan aspek pergaulan dan perhubungan dua
hala antara sesama insan, hak-hak dan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan. Seperti dalam kontrak, perjanjian, perekonomian,
kewangan dan seumpamanya

e. Jenayah - Membicarakan tentang aspek perlakuan manusia sama


ada melibatkan pencabulan dan balasan.

f. Kekeluargaan - Membicarakan tentang sistem kekeluargaan yang


bahagia, hak-hak dan tanggungjawab antara suami dan isteri, anak-
anak, penceraian, pusaka, silaturrahim dll.
aqidah

akhlak ibadah

Syariah
Islamiyyah

muamalat jenayah

kekeluargaan
1.4 Matlamat Syariah Islamiyyah

Matlamat utama Syariah Islamiyyah adalah untuk menentukan supaya


ummat manusia mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat sejajar
dengan peruntukan dan keredhaan Ilahi.
Maka matlamat Syariah Islamiyyah dapat disimpulkan adalah untuk :

☑ Memelihara Agama Allah


☑ Memelihara akal fikiran
☑ Menjaga nyawa
☑ Menjaga maruah dan nasab keturunan
☑ Menjaga harta
1.5 Hubungan antara Syariah dengan Fiqh

Fiqh pada bahasa ialah : mengetahui sesuatu serta faham.

Manakala pada istilah syarak pula fiqh didefinisikan sebagai :


" Mengetahui hukum-hukum syarak yang berkaitan secara langsung
dengan perbuatan dan tindakan manusia daripada dalil-dalilnya yang
terperinci".

Oleh yang demikian maka kita dapati bahawa hukum-hukum syarak


yang mempunyai hubungan secara langsung dengan perbuatan
manusia malah menjadi obligasi kepada mereka terbahagi kepada :

☑ Wajib ☑ Haram ☑ Sunat ☑ Makruh ☑ Harus

Manakala hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia sama


ada ianya menepati perintah Allah atau sebaliknya terbahagi kepada
Sahih dan Batil.
Perbezaan

Merujuk kepada pengertian fiqh di atas maka kita dapati fiqh adalah
merupakan sebahagian daripada hukum syarak di mana hukum syarak
Lebih luas perbincangan dan skopnya. Ini dapat kita lihat daripada
perbezaan yang wujud pada skop dan kandungannya.

Manakala hukum fiqh hanyalah


Syariah merangkumi semua
merangkumi perkara - perkara
jenis hukum - hukum syarak
yang berkaitan dengan amali /
sama ada perkara-perkara yg
praktikal sahaja seperti ibadat,
melibatkan kepercayaan (akidah)
muamalat, jenayah, akhlak dan
ataupun praktikal (ibadat,
seumpamanya.
muamalat, jenayah, akhlak dll).
Perbezaan

Syariah Islamiyyah adalah Hukum fiqh adalah


hukum yang diturunkan Allah berdasarkan kepada istinbat
(anugerah Allah) dan merupakan para ulama daripada dalil-dalil
perundangan yang lengkap untuk syarak (bersifat zanni)
kehidupan manusia.

Hukum Syarak tidak berubah dari


Ini berbeza dengan hukum fiqh
dahulu, sekarang dan sampai
di mana kita dapati sebahagian
bila-bila.
daripada hukumnya boleh
berubah mengikut suasana
dan tempat.
MAQASID AS-SYAR’IYYAH

• Iaitu matlamat perundangan syariah


• Tujuan ditetapkan undang-undang ke atas semua aspek
kehidupan manusia
• Melihat kepada kemaslahatan dalam kehidupan manusia
• Hukum dan ketentuan agama diarah untuk mencapai dan
memelihara kemaslahatan manusia berhubung perkara
dharuriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah.

19
• Kemaslahatan manusia terbahagi kepada 3 iaitu:

• Dharuriyyah
• Hajiyyah
• Tahsiniyyah
Dharuriyyah

• Iaitu yang tidak mungkin ada kehidupan


tanpa adanya perkara tersebut.
• Apabila kerosakan berlaku dalam perkara
dharuriyyah maka akan hancurlah
kehidupan manusia.
• Perkara yang termasuk dalam dharuriyyah
ialah pemeliharaan agama, jiwa, akal,
keturunan dan harta.

21
Hajiyyah
• Perkara yang dihajatkan oleh manusia
untuk mencapai kemudahan dan
kesenangan dalam hidupnya.
• Sekiranya perkara berkenaan hajiyyah
tiada maka tidak rosak kehidupan manusia
secara total.
• Apabila perkara hajiyyah tiada manusia
akan merasa susah.

22
Tahsiniyyah
• Segala sesuatu yang membawa kepada
kebaikan.
• Ia boleh jadi adat, budaya, kebiasaan.
• Sekiranya tahsiniyyah tiada maka
kehidupan manusia akan berasa susah
disebabkan oleh cara kehidupan yang
tidak normal.
• Perkara tahsiniyyah ialah perkara yang
berkaitan dengan fitrah manusia.
23
Perkara Dharuriyyah
• Golongan yang murtad ialah perosak agama-hukum hudud ialah
bunuh – matlamat sebagai pengajaran dan untuk menjaga agama.
• Sekiranya terdapat kehilangan jiwa/anggota – hukum hudud ialah
qisas – matlamat sebagai pengajaran, keadilan kepada jiwa dan
diharamkan membiarkan jiwa/anggota menjadi binasa malah wajib
untuk menjaganya.
• Minum arak boleh memabukkan – hukum hudud ialah dengan
sebatan- matlamat sebagai pengajaran dan untuk memelihara akal.
• Berzina/menuduh orang berzina/menggugurkan kandungan boleh
merosakkan keturunan manusia – hukum hudud bagi zina ialah
rejam hingga mati/sebatan – matlamat sebagai pengajaran dan
memelihara keturunan manusia.
• Mencuri/riba/makan harta anak yatim boleh menjejaskan harta –
hukum hudud bagi mencuri ialah potong tangan – matlamat sebagai
pengajaran dan memelihara harta manusia.

24
Perkara Hajiyyah
• Diharamkan perjudian kerana perjudian akan
menyusahkan kehidupan manusia. Berlaku monopoli dan
pergaduhan dalam masyarakat.
• Disyariatkan rukhsoh apabila terdapat kesempitan.
Contohnya solat/puasa ketika sakit/musafir lebih
memberi kesenangan kepada manusia.
• Diharuskan perceraian bagi suami/isteri yang hidup
dalam perselisihan/pergaduhan yang berpanjangan
untuk mendapat ketenangan dan mengelakkan berlaku
permusuhan.
• Disyariatkan bayar diyat oleh seseorang yang membunuh
dengan tidak sengaja untuk menenangkan hati dan
mengelakkan permusuhan.
25
Perkara Tahsiniyyah
• Disyariatkan membersihkan pakaian, badan,
tempat untuk mencapai kehidupan yang baik.
• Menutup aurat bagi menjaga tubuh badan
manusia dan mengelakkan berlaku perkara tidak
baik dalam masyarakat.
• Memakai pakaian yang elok dan cantik pada hari
raya/ ketika ke masjid untuk mencapai
kegembiraan dan ketenangan pada jiwa.

26
Pendapat Para Ulama’
• Imam Al Iz bin Abdissalam – “Sesungguhnya syariat itu
seluruhnya adalah kemaslahatan, baik mencegah dari
kerosakan maupun mencapai kemaslahatan”
• Ibnu Taimiyah – “ Sesungguhnya syariat Islam itu
didatangkan untuk mencapai kemaslahatan serta
menyempurnakannya dan membekukan kerosakan dan
menguranginya”
• Ibnu Qayim al-Jauzi – “Sesungguhnya syariat ditegakkan
atas dasar kebijaksanaan dan kemaslahatan, untuk
kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat,
semuanya keadilan, rahmat, kemaslahatan dan
kebijaksanaan”
27

Anda mungkin juga menyukai